PENYELESIAN
YANG MUDAH
Tamrin Tun Ghafar
1. Politik Negara ini memang meriah - tak sunyi dari berbagai isu dan kontroversi.
2. Bermula dengan 'Langkah Sheraton' kemudian diikuti oleh PERANCANGAN Muhyiddin bagi menguatkan kedudukan beliau dengan MERASUAH berbagai Jawatan Menteri, Timbalan Menteri, MB, EXCO dan GLC , ini termasuk beberapa Ketua Bahagian BERSATU.
3. Tak cukup dengan itu , baru - baru ini Parti BERSATU membuat permohonan rasmi untuk bergabung dengan Muafakat Nasional ( MN ) gabungan 2 parti yang ditaja oleh MUSUH KETAT mereka,!UMNO dan PAS; rupa - rupanya Muhyiddin ini JENIS SPESIS yang suka JILAT LUDAHNYA SENDIRI , kemudian buat SELAMBA atau MUKA SADIN seolah - olah mengesahkan apa yang dilakukan itu adalah asam garamnya sejak zaman 'hingusan' lagi.
4. Kontroversi yang paling terbaru sekali apabila seorang Menteri dari PARTI AMALAN SESAT ( PAS ) atau ada kalanya digelar PARTI ANGKUT SAMPAH ( PAS ) , Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri MENCABUL Perundangan Negara.
5. Di mana datangnya perkataan 'At-Tikiri' ? - seperti juga sebahagian penganut PAS ini mereka akan mengguna atau menggelar nama mereka mengikut tempat lahir atau di mana yang bersesuaian sepertimana yang diamalkan oleh 'Tok Sheikh' di Timur Tengah - At - Takiri ini berasal dari nama daerah atau kawasan bernama Seberang Takir di mana beliau dilahirkan.
6. Ada 3 orang Menteri dan 5 orang Timbalan selain dari Pengerusi-Pengerusi GLC dan Tuan Presidennya pula adalah Duta Khas BERTARAF Menteri.
7. Di kalangan mereka yang cerdik tak ramai - kebetulan mereka terdiri dari kumpulan yang tak berserban atau bersongkok seperti Setiausaha Agungnya.
8. Tak pasti sama ada mereka yang mengiringi beliau ke Turki terdiri dari ahli keluarga dan pegawai Kementerian juga TIDAK melakukan kurantin 14 hari dari tarikh kepulangan.
9. Selain dari menghadiri Sidang Parlimen, Menteri Perusahan Perladangan dan Komiditi ini TELAH juga menghadiri beberapa program yang dihadiri oleh orang ramai.
10. Makcik 'gelang merah jambu' didenda sebanyak RM8,000, pengusaha kedai kopi di Kedah dipenjara 5 bulan dan denda RM12,000 - ini kerana mereka MENCABUL undang - undang seperti juga Menteri yang tak cerdik ini.
11. Yang peliknya yang membuat kenyataan berhubung salahlaku Menteri ini ialah Timbalan Menteri Kesihatan yang juga pernah didenda kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP sedangkan Menteri Kesihatan senyap sahaja - mungkin masih mengira jumlah sebenar Negeri dalam Malaysia dan jumlah sebenar Negara dalam dunia.
12. Cadangan pertama beliau sebagai Menteri bagi menangani harga minyak sawit yang merudum ialah MENGGANTIKAN sawit dengan tanaman buluh sedangkan apabila Teresa Kok, Menteri Industri Utama Kerajaan PH membuat cadangan yang sama, beliaulah orang yang PERTAMA MENENTANG cadangan tersebut.
13. Alasan kononnya Istana Negara membenarkan beliau turut menghadiri upacara di Istana telah MEMBUKTIKAN beliau negatif Covid 19 dengan jelas menampilkan KEBODOHAN beliau.
14. Undang - undang mensyaratkan setiap orang yang sampai dari Luar Negara WAJIB menjalani kuarantin selama 14 hari.
15. Undang - undang ini PASTI dibincang dalam Mesyuarat Kabinet dan diperingatkan selalu melainkan beliau ini TIDAK FAHAM atau DUNGUnatau faham tapi DEGIL kerana nak tunjuk bahawa sebagai seorang Menteri beliau ‘TAK MAKAN SAMAN’.
16. Sebenarnya ada 4 cara mudah yang boleh menyelesaikan kontroversi ini :
i. LETAK Jawatan Menteri secara terhormat,
ii. Bagi membuktikan bahawa Muhyiddin ini adil dan tidak pilih bulu, lakukan PEMECATAN seperti beliau PECAT 282 Ahli BERSATU.
iii. Hadi buat satu FATWA baru yang mengecualikan Menteri Bodoh ini daripada sebarang tindakan berdasarkan KONONNYA tatkala berlaku wabak Para Sahabat DIKECUALIKAN dari arahan Baginda Nabi Muhammad SAW untuk berada di rumah.
iv. Memandangkan nyawa Muhyiddin berada di hujung pedang, Hadi boleh MENGUGUT Muhyiddin supaya mengarahkan agar denda terhadap Menteri ini TAK LEBIH RM1,000 atau sebaik - baiknya TIDAK ADA sebarang tindakan diambil ; jika engkar PAS boleh ugut 'TARIK HAND BREAK' terhadap kerajaan.
17. Terserah pada Hadi MEMBUKTIKAN persahabatan beliau bersama Menteri ini ikhlas atau beliau juga TIDAK PEDULI seperti Muhyiddin tidak peduli perasaan pengundi khususnya penyokong BERSATU di Johor.
Wassalam
Terima Kasih.