MODAL "TIADA LAGI PENCEN" MAINAN PEMBANGKANG


Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Imej mungkin mengandungi: 5 orang






Secara sahihnya, kerajaan telah tegaskan sekali lagi bahawa dakwaan tiada lagi pencen untuk kakitangan awam adalah satu berita yang diputarbelitkan. Hakikatnya, semua kakitangan awam sekarang termasuk PDRM dan tentera yang berada di dalam skim pencen, akan tetap terus menikmati pencen mereka.

Memang terdapat beberapa pandangan dari beberapa pihak mencadangkan agar kerajaan menimbangkan semula pengwujudan beberapa jawatan tetap yang lain di masa akan datang diberikan dua kategori iaitu tetap dan berpencen dan tetap tidak berpencen, namun mendapat manafaat dan imbuhan besar seperti yang dinikmati oleh beberapa badan berkanun atau swasta yang lain. Itu pun tidak dimuktamadkan oleh kerajaan dan tidak pernah dibincangkan oleh Kabinet setakat ini.

Jelas, isu ini cuba dimanipulasikan oleh pihak Pembagkang untuk memburukkan imej kerajaan di mata penjawat awam. Kepada penjawat awam, jangan mudah terpedaya dengan taktik Pembangkang yang sentiasa akan mencari peluang untuk mereka cipta fitnah.

WFAUZDIN NS