VIDEO : UCAPAN ANWAR DI MAJLIS PENUTUPAN SIMPOSIUM EKONOMI MALAYSIA







Saya hadir ke Parlimen pagi tadi bagi menyampaikan ucapan penutup bersempena dengan acara atau simposium yang berkisar tentang ekonomi Malaysia.

Acara itu dilangsungkan secara bersama antara Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Pejabat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus dan juga pihak Backbenchers.

Simposium itu juga menampilkan wakil dari Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Puan Zakiah Bt Jaafar, Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Bt Mohd Yunus dan tokoh akademik Professor Dr Edmund Terence Gomez dari Universiti Malaya.

Kita membicarakan soal ekonomi, semestinya, namun persoalan yang menjadi fokus adalah bagaimana mahu kita pacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan mampan. Saya menyentuh panjang lebar mengenai masalah kesenjangan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang semestinya memerlukan perhatian segera sambil tidak dikesampingkan masalah kemiskinan yang melarat, samada di desa atau di bandar.

No comments: