Daftar Pemilih Diragui, SPR Wajar Batal Pilihanraya

PETALING JAYA 13 FEB: Pilihanraya Umum Ke-13 wajar dibatalkan sekirannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mengambil sebarang tindakan berhubung daftar pemilih semakin hari semakin meragukan.

Gesaan itu dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah terhadap SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara masih berpeluk tubuh walaupun ah setahun perkara ini dibangkitkan, sekaligus menguatkan dakwaan wujudnya unsur 'khianat'.

Menurut Anwar sejak Oktober 2011, sejumlah 42,000 dalam daftar pemilih diragui tidak didaftarkan dengan JPN.

"Oleh itu, kami menggesa SPR harus batalkan pilihanraya ini, kebanyakannya yang didaftarkan itu berumur lebih 90 tahun dan 100 tahun," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Prihatin dengan perkembangan yang membimbangkan ini, Anwar memberi contoh analisis pertambahan pengundi di negeri Selangor.

"Di Selangor umpamanya, berdasarkan analisis terperinci, beberapa kawasan Parlimen, berlaku pertumbuhan (pengundi) mendadak, Subang umpamanya, pertumbuhan pemilih 35 peratus daripada 84,000 kepada 114,000.

"Kota Raja 29.5 peratus, penambahan 21,000, Puchong 25 peratus, soal daftar pemilih itu perlu dijelaskan, tapi ini keupayaan pembangkang meneliti kerana kecurigaan terhadap kebebasan integriti atau kewibawaan SPR," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tegas beliau, sebagai badan bertanggungjawab, SPR dan JPN perlu teliti dengan urusan kerja mereka supaya tidak timbul isu berbangkit.

"Sebab itu perlu ada mekanisma yang lebih telus, pendaftaran lebih sistematik dan makluman awal diberikan kepada semua pihak supaya dapat disemak dengan teliti.

"Dibangkitkan juga perpindahan pengundi Wilayah Persekutuan yang salah di segi undang-undang iaitu 600 pemilih dipindahkan ke alamat yang sama, ada masalah di sini.

"Jawatankuasa Parlimen Terpilih (PSC), Azmin (Ali), Dr Hatta (Ramli) dan Anthony Loke akan terus hadir dan mendesak supaya hal ini dibaiki sebelum pilihanraya akan datang,"ujarnya.

Terdahulu, perkara tersebut dibangkit apabila daftar pemilih SPR mengandungi lebih 1000 senarai pengundi berusia lebih 100 tahun di Perak.

No comments: