SIAPA SUDAH MULA MAIN KOTOR?

Tuesday, November 2, 2010


KEMUNCAK penentuan ibarat ‘menghitung hari’ siapakah bakal dinobatkan pengundi Parlimen Batu Sapi sebagai ‘Wakil Rakyat Baru’ untuk 30 bulan lagi setelah hanya kira kira 45 jam dari sekarang percaturan politik di PRK Batu Sapi akan ditutup.

Kerancakan mengatur langkah dan strategi di pusingan terakhir bagi setiap parti politik yang bertanding seperti BN, PR dan SAPP nampak jelas begitu ketara sekali kesibukannya sehinggakan ada calon yang kebingungan kerana program debat sini dan debat sana, akhirnya calon PKR Haji Ansari tersesat ‘venue’.

Haji Ansari pada mulanya menyangkakan perhimpunan SAPP di Dewan Serbaguna Hakka, Batu 6, pada Ahad yang dihadiri kira-kira lebih 2,000 orang itu adalah ‘venue’ debat di antara Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dengan Calon SAPP Batu Sapi Datuk Yong Teck Lee, tetapi sebenarnya debat itu telah dibatalkan.

Bagaimana pun, Ansari setelah dimaklumkan Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong bahawa debat itu telah dibatalkan beliau telah meninggalkan tempat itu walaupun dipelawa untuk duduk di kerusi depan selaku tetamu kehormat untuk mengikuti ceramah politik di situ.

Sementara itu, dipihak BN pula petugas parti itu kini sibuk mengatur strategi lain dalam usaha terakhir menarik seberapa ramai pengundi Batu Sapi untuk memihak/mengundi kepada calon BN Datin Linda Tsen pada 4 November kelak.

Di kawasan perkampungan pengundi bumiputra Islam kelihatan beberapa tompok dan longgokan barangan peralatan rumah seperti zing dan sebagainya konon untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Salam Hormat,

YUSOP Z (sabahkini)

No comments: