Datuk Zaid Ibrahim mengadakan sidang akhbar seperti yang dijanjikannya pagi Jumaat di mana beliau antara lain sahkan sudah hantar surat untuk keluar PKR berkuatkuasa 16 Disember. "Saya akan bertanding, tetapi saya akan bertanding," janjinya yang sebelum ini umum tarik diri bertanding jawatan timbalan presiden PKR dua minggu lalu.. Bagaimanapun, beliau berharap dapat tubuh parti yang ada label dan dapat 'kawan-kawan' bertanding kerana baginya politik bukan 'bisnes individu'. Beliau juga menafikan dakwaan pemimpin-pemimpin PKR kononnya sudah menubuhkan parti baru sebelum umum keputusan tarik diri bertanding jawatan timbalan presiden parti itu baru-baru ini. Malah katannya, beliau tidak akan mengambil alih mana-mana parti kecil termasuk AKIM seperti disebut pihak terbabit sebelum ini. Zaid juga memberitahu Agendadaily selepas sidang media itu, beliau tidak akan menyertai parti dalam pakatan pembangkang termasuk PAS. Sementara itu, menurut Zaid surat rasmi keluar PKR dihantar hari ini tetapi berkuatkuasa 16 Disember. Malah katanya, ketika pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor beliau tidak melobi untuk jadi calon tetapi setelah dipilih segala perbelanjaan kempen ditanggung sendiri. Zaid berkata, apa yang berlaku terhadapnya dalam PKR tidak mematahkan semangat juang politiknya kerana beliau anggap dirinya seorang pejuang yang kuat. Mengulas mengenai tindakan bekas pemimpin PKR membawa kes pemilihan jawatan timbalan presiden ke mahkamah, Zaid berkata itu adalah hak mereka untuk berbuat demikian walaupun Anwar mungkin menuduh beliau dibelakang semua itu. -19/11/2010
Beliau juga memberitahu rancangan nak tubuh sebuah parti baru untuk letak calon bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam sidang akhbar di rumahnya itu, Zaid berkata apa keadaan sekalipun: hujan, ribut atau petir beliau sendiri pasti akan bertanding.
Katanya jika parti baru itu tak sempat ditubuhkan apabila pilihanraya diadakan, beliau akan bertanding sebagai calon bebas.
Ditanya kenapa beliau memilih 16 Disember sebagai tarikh keluar PKR." Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember," katanya.
Zaid berkata beliau mengambil keputusan untuk keluar PKR bukan kerana merajuk atau penakut tetapi ada di kalangan pimpinan PKR sudah anggap dirinya pengkhianat.
Katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri gelar dirinya sebagai 'Trojan Horse' dan 'Sore Loser' manakala Saifudin Nasution menuduhnya berniat jahat merancang untuk menubuhkan parti baharu sebelum pun beliau masuk bertanding Timbalan Presiden PKR.
Selain itu Dr Syed Husin Ali dan Azmin Ali pun tuduh beliau ada niat jahat menggugat kepimpinan parti sejak mula-mula masuk parti lagi.
Kata Zaid sumbangannya kepada PKR selama ini juga diperkecilkan.
Zaid jelaskan semuanya Jumaat ini...