UMNO NIBONG TEBAL...TEBALKAN MUKA..

KEBANYAKKAN BLOG UMNO JIKA DI BACA TIDAK MEWAKILI HASRAT PARTI MEREKA KECUALI MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG JELIK-JELIK BUAT PAKATAN RAKYAT.MISALNYA AL JUBURI,DAN KEBANYAKKANNYA MENYERANG DSAI.




Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Phee Boon Poh,


Penulis mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal memohon maaf diatas artikel pada 16/11/2009 yang lalu bertajuk APAKAH AGENDA DAP BERI BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN DI TOKONG. Pihak kami telah memadam artikel tersebut setelah didapati ia agak mengelirukan dan seolah-olah pihak kami menuduh kerajaan negeri sebagai penganjur majlis sumbangan tersebut. Pembantu Khas kepada YAB Lim Guan Eeng dan YB Phee Boon Poh telah membuat laporan polis diatas tersebarnya SMS berkaitan penyampaian bantuan di tokong.

Dari berpuluh-puluh blog yang menyiarkan artikel berkenaan penyampaian sumbangan di tokong ini, Phee Boon Poh nampaknya menjadikan blog pemuda UMNO Nibong Tebal untuk dijadikan bahan bukti kepada pihak polis. Namun, penulis bertanggungjawab atas apa jua artikel yang disiarkan.Penulis telah memberi keterangan bagi membantu siasatan kepada Pegawai Polis dari IPD Timur Laut. Penulis memberikan kerjasama yang cukup baik bagi membantu siasatan




pria_malaya08 wrote:


Lagi pengajaran buat media umno termasuk media baru mereka..fitnah membawa padah!..ambil pengajaran dari kes saman fitnah Anwar terhadap NST hari ini...Media ampu umno, NST telah diarahkan membayar RM 100 000 kepada Anwar Ibrahim atas fitnah dan salah lapor yang dilakukan mereka, baca di sini.. Apa pun tahniah diatas keberanian blog Pemuda Umno Nibong Tebal, kita masih tertunggu2, apakah blog Ruang Bicara Faisal akan memohon maaf atas fitnah yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim, boleh rujuk di sini..wallahua'lam.. http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/11/permohonan-maaf-blogger-umno-terhadap.html