PAS: PERLU PERJELASKAN KEPADA RAKYAT



Drama PAS Kelantan calar imej Nik Aziz — Jamhariah Jaafar

NOV 27 — Drama dalaman PAS Kelantan semakin menarik. Di kala Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri, Datuk Husam Musa mengatakan dia bukan calon yang layak untuk memegang jawatan Menteri Besar, anak Datuk Nik Aziz Nik Mat, merayu supaya jangan siapa menghalang ayahnya daripada meletak jawatan.

Nik Mohamad Abduh dalam blognya secara tegas berkata: “Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”.

Nyata ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa Mursyidul Am PAS yang kini diselubungi kesedihan yang tidak kunjung padam, sehingga niatnya untuk menunaikan haji di Makkah tahun ini terpaksa dibatal.

Nik Mohamad Abduh di dalam blognya tidak menyembunyikan kekecewaan terhadap beberapa individu PAS yang mencetus pelbagai kontroversi, sehingga membuatkan ramai berasa sudah tiba masanya untuk Tok Guru berundur daripada kepemimpinan perdana.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali memberi 10 sebab mengapa Nik Aziz perlu meletak jawatan. Alasan diberi amat pedih, antaranya — Nik Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar; kerap uzur; nyanyuk; tidak kreatif dalam pemerintahan; menjadi alat pakatan pembangkang termasuk parti yang jelas menentang pelaksanaan negara Islam; dan ramai pemimpin PAS Kelantan dan pusat memang mahu dia bersara, tapi tidak berani bersuara.(RAMAI YANG MENAMAKAN INI SEBAGAI ...KA.....)

Isu hangat dicetuskan tahun ini bermula daripada penentangan tegas kepada sebarang usaha untuk bekerjasama dengan Umno, membawa kepada usul supaya diadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) bagi berbincang mengenai tindakan ramai pemimpin PAS yang dilihat “amat cenderung untuk menubuh kerajaan perpaduan dengan Umno”.(TF 2010)

Akhirnya semua bersetuju mengadakan satu seminar khas sehari yang memberi ruang kepada ahli akar umbi meluahkan pendapat. Antara persoalan yang timbul pada seminar itu ialah antara Mursyidul Am dan Presiden, siapa yang lebih berkuasa?

Namun, kontroversi tidak berakhir di situ dan ia bersambung di Kelantan. Bermula dengan isu tajaan mengerjakan haji sehingga Nik Aziz membatalkan pemergiannya dan keluarga ke Makkah, kepada pemecatan serta-merta pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz atau lebih dikenali sebagai blogger Kickdefella... mengheret kepada suasana yang lebih parah.

Isu PMBK menjadi kronik apabila Nik Aziz membuat keputusan melantik menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK. Tindakan itu menerima kritikan keras dan Syed Azidi menggunakan blognya untuk ‘menyerang’ Ariffahmi.

Nik Aziz kemudian membuat keputusan meminta Ariffahmi meletak jawatan CEO — selepas dinasihatkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, serta beberapa pemimpin PAS lain.

Melihat kepada kemelut yang menjejaskan imej PAS Kelantan dan mendengar suara akar umbi bahawa sudah tiba masanya Nik Aziz berundur, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, membuat saranan supaya Menteri Besar itu menamakan penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila beliau meletak jawatan nanti.

Justeru, apabila Nik Mohamad Abduh melabel Syed Azidi sebagai “Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya”, ramai tersenyum sinis tatkala Husam dengan pantas menepis tanggapan bahawa dia berminat untuk menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Husam kelmarin menegaskan dia tidak berminat untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Malah secara sinis tapi serius, dia berkata: “Kalau tawar Perdana Menteri saya nak... Menteri Besar ini kolam kecil sangat... saya jenis badan besar suka berenang kolam besar.”

Ramai pemerhati politik melihat kenyataan pemimpin muda PAS ini daripada pelbagai sudut dan ada antara mereka bersetuju bahawa Husam sebenarnya tidak menetapkan Kelantan sebagai sasaran, sebaliknya memang menumpu perhatian di gelanggang perdana.

Persoalannya ialah sama ada dia akan menjadi rakan atau pesaing Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Rakyat?

Drama PAS Kelantan masih belum berakhir. Syed Azidi melalui blognya semalam menyerlahkan kedudukan sebagai “penyokong setia Husam”, di samping mencetus beberapa persoalan yang bakal mencemarkan lagi imej Nik Aziz.

Daripada dakwaan wujud “sebuah dinasti keluarga Nik Aziz” di negeri Serambi Makkah itu, kepada isu berkaitan aktiviti Majlis Perbandaran Kota Bharu, Sekolah Darul Anuar, tanah wakaf di Pulau Melaka dan sebuah stesen minyak.

Nik Aziz adalah Menteri Besar Kelantan, yang harus bertanggungjawab atas setiap tindak tanduknya... sudah tiba masanya beliau membuat keputusan yang boleh mengembalikan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin dan ulama yang disegani.

INSYAALLAH AKAN DI SELESAIKAN OLEH PAS.CUMA KALAU JAMHARIAH MENULIS KEKECOHAN KERAJAAN BN/UMNO LAGI BANYAK ISU DAN MODAL UNTUK DIKUPAS PANJANG LEBAR.

No comments: