TPM Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Umno Telok Kemang harus mennyenaraikan beberapa nama sebagai calon dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.Namun di pihak Umno Telok Kemang pula seolah-olah tidak ada nama calon lain lagi kerana melihat akan Isa Samad adalah calon terbaik.Terdesak sungguh Umno sekarang ini untuk memilih calon sedangkan PAS telah sedia mengemukakan senarai calon yang berderet menanti.
Malah dalam satu temuramah dengan Hj Hadi, beliau menjelaskan bahawa PAS yakin akan mendapat sokongan yang melonjak dan tidak mustahil menang walau umum mengetahui akan jumlah undi pos seramai 5000 undi itu ditangan Bn, namun hakikatnya, menurut Hj Hadi lagi ialah undi pos itu, jika benar-benar Bn berani dan iklas untuk melihat sama ada rakyat menolak atau menyokong mereka, maka biarkan ianya berjalan dengan telus.Itu jelas suratan hakikat yang diinginkan oleh pihak Pakatan Rakyat.
"Undi pos tidak semestinya memihak kepada mereka kerana kita juga pernah mendapat sokongan daripada undi pos ini.
"Cuma yang kita mahu ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telus dalam proses undi pos termasuk membenarkan kempen kepada pengundi pos dan mereka juga boleh hadir sama-sama mendengar kempen kita," katanya.
Lain pula bunyinya di pihak Umno yang sedang berhempas pulas memikirkan sama ada mahukan Isa Samad yang dilihat tidak berapa besih itu menjadi calon atau melihat bahawa ada calon lain yang lebih bersih, agar peristiwa ahli Umno mengkhianati pucuk pimpinan Umno dengan meletakan Sharozat sebagai calon Bn di Permamatang Pasir baru-baru ini.
Umno Telok Kemang katanya hanya menghantar satu nama saja iaitu nama Mohd Isa.
Bagi Muhyiddin ada sebab kenapa beliau tidak mahu kepada Mat Isa. Mungkin mengenangkan diri Mohd Isa tidak berapa bersih. Mohd Isa pernah digantung sebagai Naib Presiden kerana rasuah. Tetapi itu bukan alasan sebenar bagi Muhyiddin.
Apa yang dapat dilihat di sini keengganan Muhyddin itu kerana Mohd Isa akan menjadi ancaman kepada politiknya.
Mohd Isa tidak begitu menonjol kepimpinannya di luar. Tetapi ia sangat dikagumi di Negeri Sembilan. Sekiranya beliau diberi peluang semula menerusi pilihan raya kecil ini memberi kesempatan untuk beliau come back. Inilah yang paling ditakuti oleh Muhyiddin. Makanya bagi Muhyiddin beliau ada sebab yang tersirat dan tersurat kalau beliau mahukan beberapa nama lain lagi untuk menjadi calon Bagan Pinang dan bukan nama Mohd Isa sebagai calon tunggal.
Muhyiddin dan Mohd Isa sudah lama bermasam muka dan lama berlaku dulu. Ia bermula semasa pemilihan pucuk pimpinan Umno tahun 2004. Mohd Isa diketahui bahawa antara pengerusi perhubungan Umno negeri yang tidak menyokong Muhyiddin semasa pertandingan Umno tahun 2004 dulu. Apabila Mohd Isa tiba-tiba dikenakan hukuman gantung ia pula dilihat ada kena mengena dengan Muhyiddin.
Pertelingkahan antara kedua tokoh inilah yang boleh menyebabkan UBN tidak selesa dalam pilihan raya kecil ini. Sudah tentu kalau Mohd Isa tidak akan dipilih menjadi calon akan berlaku protes dari kalangan Umno Telok Kemang. Penolakan Isa sebagai calon bermakna Umno tidak menghormati suara akar umbi Umno Telok Kemang.
Namun dalam masa yang sama juga Umno di negeri sembilan sendiri berpuak-puak. Ianya di katakan mempunyai 9 puak dan gagal di tangani oleh Mohh Hassan sebgi pengerusi perhubungan negeri sembilan yang baru.inilah yang merunsinghkan Umno bahagian Telok Kemang. Walau punya 5000 undi, ianya belum tentu memihak kepada Bn kecuali salah satu kompnennya memaionkan peranan yang paling penting iaitu SPR.
Ini memberikan satu pelung yang cukup baik bagi PAS kerana selain ianya dilihat tidak menguntungkan Umno tetapi ianya menguntungkan PAS. Sallehuddin Ayub yang di pertanggungjawabkan sebagai pengarah ilihanraya kecil ini mampu melaksanakan tugasnya dengan sempurna bagi melihat betapa Bn akan berkubur dengan undi pos.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 Sept lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 manakala Azman memperolehi Azman 6,430 undi.