JANGAN SALAHKAN MEREKA KERANA MEREKA UMNO.......





updates -8.00 pagi











GAMBAR-GAMBAR DARI SUMBER INTERNET.

DR Javier Jayakumar hari ini mengutuk tindakan menteri dalam negeri kerana campurtangan dalam sisatan polis berhubung dengan tindakan beberapa ahli Umno yang mengarak kepala lembu dengan alasan bahawa Hishamudin telah berjumpa dengan ahli umno terbabit dan juga kerana campurtangan dalam kes yang sedang disiasat.Baru-baru ini perdana menteri meminta ketua polis selangor menyiasat sesiapa yang terbabit dalam peristiwa tersebut

Menurut Jayakumar lagi, dengan tindakan beliau campurtangan dalam kes tersebut, saya meminta beliau melepaskan jawatan sebagai menteri dalam negeri sambil menyebut bahawa

"Semua penyamun,perogol,penjenayah dan juga perompak harta rakyat...atau apa sahaja anda , jika anda sedang di disiasat sila jumpa peguam negara sebelum beliau melakukan sesuatu tindakan" demikian jelas Jayakumar lagi..

Beliau juga membidas menteri terbabit kerana mendakwa bahawa sejak beberapa tahun lepas , beliau yang sering menghunus kerisnya dan menyatakan basahkan keris dengan darah ,menahan perarakan seramai 580 orang , malah menyokong tindakan menahan peguam yang memprotes tindakan kerajaan , malah apabila rakyat berarak ke istana atas hak asasi, beliau menghentam , namun dalam kes ini beliau cuba campurtangan." demikian jelas Jakumar lagi.


Beliau juga mendakwa bahawa slogan 1 Malaysia yang dilaungkan oleh kerajaan pimpinan perdana menteri Dato Najib adalah tidak seperti yang diharapkan kerana, "Adakah kita perlu untuk berpindah ke dalam hutan agar umno dapat memerintah dengan bebas. Kita ajar anak-anak kita prinsip rukunegara dan bertoleransi, namun akhirnya kita pula yang disisihkan dari melakukan ibadat dengan bebas" .

Malah beliau juga mendakwa bahawa prinsip rukunnegara yang dianggap sebagai hidup dalam aman dan damai serta toleransi gagal di fahami oleh menteri tersebut.Jika ini berlaku bagaimana rakyat menghormati menteri yang seringkali bertindak dengan tidak bijaksana.


Sementara kerajaan Pakatan Selangor akan mengadakan perjumpaan dengan semua penduduk . Beliau merayu agar penduduk bersikap terbuka, dan bertolak ansur dalam memberi dan menerima dan mengamalkan semangat kejiranan dan harmoni dalam membentuk masyarakat yang mengamalkan kasih sayang.

No comments: