KENYATAAN AKHBAR ANGKATAN MUDA KEADILAN

 KENYATAAN AKHBAR 

ANGKATAN MUDA KEADILAN


DIVIDEN TAMBAHAN RM25 BILION PETRONAS, APA JADI PADA KRITIKAN LAMPAU OLEH UMNO?


Pada 30 Ogos 2022 yang lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengumumkan dividen tambahan kepada kerajaan oleh Petronas sejumlah RM25 bilion, menjadikan angka keseluruhan pembayaran dividen kepada kerajaan tahun ini mencecah RM50 bilion.


Jumlah tersebut tidak terlalu berbeza berbanding RM54 bilion, termasuk sejumlah RM30 bilion dividen tambahan yang diterima oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah tunggakan bayaran balik GST yang tidak diurus dengan betul oleh pentadbiran Najib Razak pada 2019. Bezanya kini; pembayaran dividen ketika pentadbiran Pakatan Harapan pernah dikritik oleh UMNO sebagai menjarah dan memerah duit Petronas, sedangkan kritikan yang sama tidak dilemparkan terhadap tindakan sama pentadbiran sendiri hari ini.


Harus diingatkan, dividen khas yang dibayar oleh Petronas pada 2019 dahulu adalah bagi menampung tunggakan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas kerajaan Barisan Nasional, dengan secara salah, tidak memindahkan kutipan cukai GST ke dalam Tabung Bayaran Balik GST seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang di bawah Seksyen 54 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 ketika itu.


Kita wajar menuntut jawapan dan respon dalam isu ini terutama daripada pemimpin-pemimpin yang pernah lantang mengkritik sebelum ini termasuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Saudara Asyraf Wajdi yang masih belum bersuara apabila kerajaan yang Perdana Menteri dan Menteri Kewangannya adalah pempimpin kanan dalam parti dan gabungan pemerintah.


Adakah Saudara Asyraf Wajdi dan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan yang lain bersedia untuk mengkritik, atau menarik semula kritikan mereka terhadap langkah Pakatan Harapan dahulu?


Jika diteliti semula, kerajaan gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional  yang memerintah hari ini telah pun sebenarnya membuat unjuran bagi tujuan mendapatkan sumbangan dan dividen daripada Petronas pada jumlah yang lebih tinggi daripada apa yang diterima ketika Pakatan Harapan.


Dalam laporan yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad, Petronas sepatutnya dianggarkan menyumbang sebanyak RM55 bilion hingga RM59 bilion kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini. Jangkaan itu termasuk sumbangan dalam bentuk dividen, Cukai Korporat, cukai petroleum, Cukai Makmur, bayaran tunai hasil petroleum, serta duti eksport.


Sasaran pendapatan kerajaan tersebut dibuat dengan unjuran keuntungan oleh Petronas (selepas cukai) bagi tahun 2022 adalah sekitar RM75 bilion hingga RM80 bilion. Perkara ini dinyatakan oleh menteri bertanggungjawab ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen pada Julai lalu.


Demikian pun, dipercayai kemampuan Petronas untuk memberikan sumbangan dan dividen yang setinggi itu dibuat ketika laporan kewangan mengandaikan harga minyak mentah kekal pada paras yang relatifnya tinggi iaitu lebih AS$100 setong beserta situasi di mana pengeluaran tidak terganggu sepanjang tahun.


Meyakini keupayaan dan integriti pengurusan semasa Petronas, menjadi harapan agar Petronas, dalam mengumumkan pemberian sumbangan dan dividen kepada kerajaan, telah pun mengambil kira kemampuan dan daya saing syarikat, selain aspek penampan serta keupayaan dalam berhadapan dengan sebarang ketidaktentuan.


Pihak kerajaan turut digesa untuk mengamalkan ketelusan dalam ehwal ini agar dapat dipastikan bahawa segala perbelanjaan daripada hasil sumbangan dan dividen Petronas ini digunakan secara betul; bukan untuk menampung kepentingan pihak tertentu, menampal kerugian akibat keculasan kerajaan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, apatah lagi bagi tujuan berkait kepentingan dalam pilihan raya akan datang.


ADAM ADLI ABD HALIM

KETUA,

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA


Kenyataan Media 4 September 2022

 Kenyataan Media

4 September 2022


Saya menggesa Ketua Polis Negara untuk segera menghentikan segala bentuk tekanan dan gangguan terhadap saudara Rafizi Ramli. 


Tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut merampas telefon bimbit milik beliau untuk tujuan siasatan terkait projek kapal tempur pesisir (LCS) juga agak keterlaluan.


Langkah ini ternyata suatu intimidasi terhadap beliau dalam menentang gejala rasuah di negara ini seperti yang pernah berlaku kepada anak-anak muda dan mahasiswa dalam Himpunan Turun.


Pihak polis juga harus berlaku adil dalam hal ini termasuk menyiasat Datuk Dr Abd Latiff Ahmad kerana laporan polis terhadap beliau turut dibuat tempoh hari.


Harus diingat amalan dua darjat seperti ini tidak harus diamalkan sebaliknya perlu benar-benar telus menjalankan siasatan tanpa sebarang tekanan dikenakan.


ANWAR IBRAHIM



PENTABSUB ROSMAH HENTAM RIZAL MANSOR TUDUH DIA KHIANAT.

 CYTRO




Saya bukan nak back up Rizal Mansor. Memang dia salah merembat duit jugak kes solarMah ni. RM500k jugak dia dapat. Tu yang kita tahu la. Yang bab tak tahu tak boleh nak jangka. 


But sebab dia jadi Crown Witness la, kita boleh nampak jenayah Mam Besar. Sampai jatuh hukum kerana memang salah. 


Dalam kes ini jugak, Rizal dedahkan Big Mam ada cybertroopers dia. Siap bayar RM100k sebulan untuk itu saja. Untuk jaga reputasi dia. 


Hebat betul ni. Isteri PM pun ada askar sendiri. Defend dia mati2an di media sosial. Kalah politicians lain. 


Nanti ada la taksuber cakap Ini semua fitnah belaka. 


Allah itu maha adil lagi bijaksana. Sekarang tengok la kebenarannya. 


Profile FB Rizal Mansor penuh dengan cytro mereka. Maki hamun gunakan akaun palsu. Tegakkan benang yang basah untuk tuan mereka. Makanya, betul la apa yang Rizal cakap. Cytro Mah ni wujud bukan fitnah. 


Mereka ni cuma berani belakang fake account. Tengokkan la hari tu, yang support NR bagi petisyen ke istana tak sampai 300 orang pun. Dalam alam maya saja gah rupanya. 


Filipina baru2 ni, yang menang pilihanraya adalah anak koruptor terteruk negara itu, Ferdinand Marcos. Anaknya, BongBong, menang pilihanraya dan jadi Presiden kerana guna cybertroppers atau troll farm. Sana pun masih lagi guna prinsip Cash is King. Ada duit semua jadi. 


Nanti saya up satu posting mengenainya. 


Kita kena lawan fake account dan cytro ni. Jangan bagi mereka menjajah minda dan kacau demokrasi. Habis Malaysia nanti! 


~LM~



TIADA RAKYAT MARAH PM, TIADA SEBAB JUGA RAKYAT NAK SALAHKAN PH

 

UMNO tidak mahu rakyat marah kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib Razak dalam kes rasuah SRC International, kata Setiausaha Agung parti itu, Ahmad Maslan.

Sebaliknya, kata beliau, kemarahan mereka perlu ditujukan kepada Pakatan Harapan (PH) kerana telah melakukan pendakwaan yang bersifat terpilih terhadap Najib.

“Kami tidak mahu rakyat marah kepada Ismail Sabri, tetapi rakyat perlu marah kerana berlaku pendakwaan politik terpilih kepada Najib ketika era pemerintah kerajaan PH sebelum ini,” ujar beliau.

Mat…Oh Mat….mimpi ke?

Sudah hampir dua minggu Najib dipenjarakan, sebenarnya tiada kedengaran rakyat marah kepada Ismail Sabri atas hukuman yang menimpa Najib itu.

Rakyat secara umumnya menerima dengan baik keputusan Mahkamah Persekutuan itu kerana ia dibuat berdasarkan fakta yang jelas bahawa ada kemasukan wang RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Tiada sebab untuk rakyat marah kepada Perdana Menteri atas hukuman kepada Najib itu kerana ia adalah keputusan mahkamah dan bukan hukuman yang diputuskan oleh Ismail Sabri.

Bahkan, rata-rata rakyat gembira kerana Perdana Menteri telah menunjukkan sikap serta pendirian tidak mahu campurtangan dalam urusan mahkamah, sesuai dengan konsep pengasingan kuasa yang menjadi amalan negara.

Yang ada menunjukkan rasa marah hanyalah segelintir pentaksub Najib dalam UMNO yang enggan menerima hakikat kesalahan memang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu yang mana ia telah dibuktikan tanpa keraguan yang munasabah dalam mahkamah.

Jadi, tak perlulah Ahmad Maslan cuba memberi nasihat agar rakyat jangan marah kepada Ismail Sabri.

Hakikatnya, memang tiada rakyat yang marah pun kepada Perdana Menteri, malah majoritinya bersyukur kerana “jerung besar” telah menerima hukuman yang sewajarnya.

Dalam banyak perbualan saya dengan ramai orang dan dapatan di media sosial sendiri, tiada kedapatan sama sekali rasa marah rakyat kepada Ismail Sabri sebagaimana digambarkan Ahmad Maslan itu.

Jika Ahmad Maslan termasuk dalam kalangan pentaksub Najib yang sedang marah kepada Ismail Sabri ketika ini, lebih baik beliau cuba menasihati dirinya sendiri, selain lain kali basuhlah kaki sebelum tidur agar tidak bermimpi yang bukan-bukan.

Begitu juga, tidak perlu sama sekali Ahmad Maslan mengajak rakyat mengalihkan kemarahan mereka kepada PH berikutan pemenjaraan Najib itu.

Tiada apa-apa kesalahan telah dilakukan oleh PH, tetapi pendakwaan yang dilakukan kepada Najib ketika era PH menjadi kerajaan adalah kerana telah terbukti ada kesalahan melanggar undang-undang dibukti dilakukannya.

Kalau tiada wang RM42 juta ditemui dalam akaun bank peribadi Najib, sudah tentu, bukan saja PH, malah siapa pun jadi kerajaan, mereka tiada keupayaan untuk mendakwa Najib di mahkamah.

Dalam kes Najib, tiada pendakwaan terpilih telah berlaku, pokoknya pendakwaan dilakukan adalah kerana ada kesalahan yang dilakukan Najib sendiri.

Dari segi rakyat, mereka sebetulnya amat bersyukur kepada PH lantaran berani membawa seorang bekas Perdana Menteri ke muka pengadilan.

Yang patut kita marah sebenarnya ialah Najib kerana dengan skandal 1MDB yang terkait dengannyalah menyebabkan negara dan rakyat terus menanggung hutang hingga puluhan tahun akan datang.

UMNO malah lebih patut marah kepada Najib kerana beliaulah menjadi punca utama UMNO dan BN hilang kuasa pada 2018 lalu. – ShahbudinHusin 04/09/2022.



CUKUP LAH 29 BULAN BN-PN MEMERINTAH.102 KES MAHKAMAH GUGUR.


 

HARGA PETROL DIAPUNGKAN TAHUN DEPAN


 

Maybank Investment Bank menjangkakan harga petrol akan diapungkan tahun depan. Terkejut? Apa nak terkejutnya? Benda bukan rahsia lagi pun.


Dah lama aku agak. Sebab Zafrul pun dah pernah kata, B40 guna subsidi petrol dalam RM500 saja setahun. Duit subsidi ini akan dikreditkan ke dalam akaun setiap tahun.


Kemudian harga petrol diapungkan dengan alasan yang subsidi hanya diberikan kepada golongan sasar sahaja. Aku dah nampak lama rancangan ni.


Ada yang tanya, berani ke Isnail nak buat. Nanti akan mengundang kemarahan rakyat. Jawapan aku mudah saja. Dia buat selepas menang pilihanraya.


Dah menang, dia boleh buat suka hati dia. Kalau dapat majoriti ⅔, dah kira bonus. Lepas tu rakyat Malaysia ni, mudah kena beli. Beri duit sikit, terus melambung kerajaan dia puji.


Marah B40 pun, bila tengok RM500 masuk akaun setiap tahun, dia cium juga tangan Isnail Burberry tu. Bukan susah sangat nak uruskan pun.


Itu yang rakyat bakal dapat kalau UMNO menang lagi. Tapi bukan itu je. Ada bonus lagi. GST setia menanti. Jadi bersedialah untuk kena pow.


Amacam? Nak undi UMNO jugak lagi? Kalau UMNO menang, dia buat semua ni, orang Melayu tak susah ke? Siapa yang sebenarnya ancam Melayu? Guane boh?


 

Raja Gelap 


JUJUR ATAU TIDAK PEMIMPIN MACAM INI?

 



Bila Hadi kata PAS akan teruskan rundingan dengan UMNO tapi tanpa presidennya Zahid Hamidi, aku teringat peristiwa tak berapa lama dahulu. Kisah yang jadi punca berpecahnya Pakatan Rakyat.


Masa tu Hadi dah mula merapu dan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan menyakiti kawan sendiri. Hingga akhirnya DAP buat keputusan untuk teruskan kerjasama dengan PAS tanpa Hadi.


Punyalah marah PAS masa tu. Tuduh tak hormat parti orang. Tak mahu kerjasama dengan. presiden bermakna tolak seluruh parti. Padahal sengaja je buat begitu supaya PR berpecah dan PAS dapat mengendeng UMNO.


Maka akhirnya PR pun terburai. Tapi aku masih ingat yang PAS Selangor tak mahu tinggalkan PR sebab takut hilang jawatan. Masa tu MB Selangor Azmin. Si pengkhianat ni pun sibuk nak simpan Adun PAS. Rupanya dia ada plan lain dan masa tu.


Tiba-tiba hari ini, PAS  buat perangai yang sama. Nak runding dengan UMNO tanpa presiden UMNO (https://bit.ly/3cKYPnE). Eh time dia buat tak ada pula nak kata tak hormat presiden parti orang ye? PAS buat auto suci. Eh?


Aku macam dapat hidu strategi mereka. Teori aku (teori je tau), mungkin PN tengah tunggu Zahid masuk penjara. Bila ada presiden kosong, kalau buat pemilihan, dan tentu Isnail boleh menang. UMNO memang pandang yang ada pangkat je.


Sebaik jadi presiden, tak mustahil wujud kerjasama antara PN dan UMNO. Dengan cara itu, Isnail boleh kekal memerintah manakala PN terutama PPBM terselamat dari ajal. Ini pendapat aku la...


Rayuan Mahiaddin kepada PH adalah Plan B kalau Plan A ini gagal. Selain itu, Mahiaddin mungkin berharap kenyataan dia boleh sebabkan keretakan dalam PH. Manalah tau ada yang terpengaruh.


Dan sebab itu juga Mahathir pun tiba-tiba kata tak menolak kemungkinan bekerjasama dengan PH. Itu pun umpan untuk undang perbalahan dalam PH. Aku yakin permusuhan antara Pejuang dan PPBM hanyalah menurut skrip. Di belakang tabir, mereka masih akrab dalam usaha pecahkan PH.


Siapa juga yang rancang ni nampak macam cerdik. Taktik ini (pecahkan PH) boleh berjaya kalau ketika ini Rafizi masih bercuti. Tapi sekarang Rafizi sudah kembali. Rasanya ini taktik yang akan makan diri.


Apa pun, PAS sekarang ni tak ubah macam pepatah lama. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Cara dia kenen UMNO sampai  cemar maruah. Syukurlah aku dah tinggalkan PAS. Alhamdulillah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


Data pesalah rasuah Najib dikemaskini

 

Data pesalah rasuah Najib dikemaskini

 Share on twitter
  on whatsapp
 Shar
 
Share on telegram

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemaskini pangkalan data pesalah rasuah di dalam laman webnya melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tinjauan Kosmo! mendapati, status Najib kini diletakkan sebagai ‘pesalah rasuah’ berbanding ‘sedang dirayu’ ketika keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Najib bersalah melibatkan kes SRC International Sdn. Bhd. dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Penukaran status itu baharu sahaja dilakukan kerana sebelum ini ia masih di peringkat rayuan ketika tinjauan sehari selepas Najib dikekalkan bersalah oleh panel hakim di Mahkamah Persekutuan.

SPRM melalui laman webnya telah memuat naik pangkalan data pesalah rasuah sebagai salah satu usahanya untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai pelaku rasuah yang telah menerima hukuman.


Berani dia sound presideng parti ana. Nak masuk melaka gamaknya tu….


 

(ULANG SEMULA ATAS PERMINTAAN AHLI UMNO) DENGAN PENEGASAN PRESIDEN UMNO INI, BAIKLAH PAS BERHENTI JADI ‘GILA TALAK’

 

1. Saya mengambil maklum pandangan YB Timbalan Presiden PAS semalam yang menyatakan bahawa PAS tidak pernah mengisytiharkan pembubaran Muafakat Nasional.

2. Biarlah di sini dikongsi berkenaan citra yang terlahir daripada gagasan Muafakat Nasional. Sekurang-kurangnya daripada perspektif saya dan juga Parti, dan mengapa gagasan yang formidable sebegini akhirnya gagal dipertahankan.

3. Muafakat Nasional lahir daripada keperluan mendesak dua parti terbesar Malaysia akibat daripada kehilangan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan pada ketika itu.

4. Keyakinan kepada kerajaan PH ketika itu mula menyusut, masa hadapan ketika itu kelihatan malap dan hala tuju semakin tak jelas. Itu sudah jadi nukilan sejarah yang tidak perlu lagi dihuraikan dengan panjang lebar.

5. Tetapi atas sebab itulah Muafakat Nasional ditawarkan kepada rakyat Malaysia, sebagai satu bentuk resolusi yang berani dan tegas daripada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang atau kelas sosial, supaya Malaysia dapat dipimpin semula dengan lebih terarah dan bertanggungjawab.

6. Kerjasama UMNO dengan PAS seharusnya menjadi entiti terbaik bagi memimpin jalan kehadapannya.

Mengapa? kerana di dalam PRU14 yang lalu, jumlah undi kepada BN yang dipimpin UMNO dan PAS boleh mencecah hampir 50 peratus undi yang mengatasi undi PH.

7. Rakyat pula tidak yakin dengan janji melangit yang ditawarkan PH dan barisan kepimpinannya.

9. Semangat Muafakat Nasional tidak sekadar dimanifestasikan sebagai kerjasama politik, tetapi terjemahan besarnya adalah dalam satu bentuk wadah nasional yang lebih subur dan murni yang dipasakkan kepada sejarah dan watak Malaysia, Rukun Negara dan Keluhuran Perlembagaan.

11. Sepertimana idealisme yang terbentuk melalui etos the American Dream, yang dimiliki dan dicerapkan dalam kehidupan harian rakyat di Amerika. Bukan sekadar retorik politik.

12. Muafakat Nasional memerlukan kestabilan dan kekuatan politik, dan citra ini diterjemahkan oleh rakyat melalui siri-siri kemenangan dalam PRK selepas PRU14 yang memperlihatkan synergy yang jelas antara kedua-dua parti dan menghantar mesej yang jelas kepada Kerajaan ketika itu untuk memperbetulkan haluan dan mendengar nadi rakyat. Ini semua telah dijadikan sandaran asas dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional.

13. Kunci kejayaan dan kestabilan politik Muafakat Nasional adalah kepercayaan, dan kepercayaan ini dirobekkan oleh PAS apabila memilih untuk menganggotai Perikatan Nasional dibawah BERSATU dan menenggelamkan momentum kerjasama yang dibina bersama UMNO melalui Muafakat Nasional.

14. Bagaimanakah kestabilan, keyakinan dan kerjasama yang kukuh dapat terjalin sekiranya perkara paling asas iaitu prinsip dan kepercayaan diabaikan? Lebih lagi dengan parti yang sememangnya jelas ingin menghancurkan UMNO dari luar dan dari dalam.

15. Apa yang saya lihat, kerjasama yang PAS sampaikan hanya satu bentuk kerjasama politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat Muafakat Nasional yang sebenar. Hanya dengan kembali kepada kerjasama asal, barulah keikhlasan PAS dapat dilihat.

16. Kini UMNO perlu bergerak ke depan, Parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak tanduk dan sikap PAS sendiri. Tak perlu sedu sedan apabila PAS sendiri sentiasa main selamat dan mandi dalam beberapa kolam.

17. Inilah realiti politik yang perlu kita hadapi!

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO

2 September 2022.


WOIII MAT SAGON...UMNO KATA TAK MAU TAK MAU LA..UNDI MELAYU TAK PECAH CUMA TAK MAU UNDI PAS SAJA.....TAKUT TAK ADA JAWATAN KA APA ...LA NI YANG PERINTAH BUKAN MELAYU ISLE KE ?

 

Kami tetap mahu Umno dan Bersatu, elak undi Melayu berpecah, kata PAS






Idris Ahmad mengingatkan ahli PAS bahawa perjuangan menyatukan
 umat Islam demi masa depan generasi akan datang, bukannya untuk
 mengejar kuasa atau kedudukan.

ALOR SETAR: Ketika Umno dan PAS berbalas kenyataan mengenai masa depan Muafakat Nasional (MN), seorang pemimpin kanan PAS tampil menegaskan parti itu tetap mahu bersama Umno dan Bersatu demi agenda penyatuan ummah.

Walaupun sering diasak dengan tanggapan “main banyak kolam”, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, pendirian untuk menyatukan semua parti Melayu Islam bagi mengelakkan undi Melayu berpecah, seperti yang berlaku pada PRU14.

Akibatnya, PAS pimpinan Abdul Hadi Awang terpaksa bergerak solo, selepas Pakatan Harapan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 2018, menjatuhkan pentadbiran Barisan Nasional buat julung kali dalam sejarah negara.

“PAS selalu ditanya, PAS nak pilih mana, sama ada dengan Umno atau Bersatu? Tak…kami pilih dua-dua.

“Itu naratif kami, biar rakyat menilai, walaupun orang mencerca dan perli sekali pun, kita tetap menyatakan soal perpaduan ini penting,” kata Idris ketika berucap dalam himpunan jentera PAS Pusat sempena Muktamar PAS ke-68 malam tadi.

Beliau berkata, jika berlaku perpecahan undi Melayu, keadaan sama seperti PRU14 akan berulang.

Pada PRU14, PAS memenangi 18 kerusi Parlimen, iaitu Terengganu (6), Kedah (3) dan Kelantan (9).

Idris yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengingatkan ahli PAS bahawa perjuangan menyatukan umat Islam demi masa depan generasi akan datang, bukannya untuk mengejar kuasa atau kedudukan.

“Kalau kita terus bercakap mengenai perebutan kuasa, jawatan dan kepentingan kita, apa akan jadi kepada generasi anak cucu kita?” soalnya.

Kelmarin, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Umno perlu bergerak solo pada PRU15 memandangkan PAS hanya menawarkan kerjasama politik “dangkal” dalam MN.

Katanya, kestabilan, keyakinan dan kerjasama kukuh dalam MN tidak dapat dijalin kerana PAS menjalin hubungan dengan parti yang secara jelas mahu menghancurkan Umno dari luar dan dalam.

Beliau merujuk keputusan PAS menyertai Perikatan Nasional yang diterajui Bersatu, parti serpihan Umno.

Hadi kemudian tampil membalas kenyataan Zahid dengan berkata, kenyataannya tidak mewakili keseluruhan suara Umno.

DAPAT KUASA "BOHONG" KATA MAT SABU BUAT LAWAK..KALAU SUKAN PAKAI BIKINI ...

SPEKULASI NAJIB DI PENJARA ATAU TIADA


 

HP SAYA DAH 5 KALI DIRAMPAS-RAFIZI


 

KATA RAFIZI UMNO TAK LEH MENANG


 

PERBUALAN AZEEZ DAN BEKAS PENGARAH SPRM YANG DAH BERHENTI


 

SOLARMAH [Part 2]

 SOLARMAH 

[Part 2]




CROWN WITNESS 


1. Dulu, ada seorang raja dadah terkenal seantero dunia. Namanya Pablo Escobar. Orang Colombia. Harta dia saja sampai RM30b, zaman 90-an dinobatkan antara 10 orang terkaya di dunia. 


2. Bisnes dia hanya jual dadah kokain untuk pasaran Amerika. Polis bertahun2 cuba nak cari bukti dan penjarakan dia. Tapi kalau2 dah set2 mafia dadah ni, mmg confirm la susah nak jumpa. Diaorg cover baik punya. 


3. Jadi apa polis buat? Dia cari pembelot dalaman. Orang yang rapat dengan Escobar yang boleh bukti2 nyata. Alih2 diaorang jumpa. Orang kepercayaan dia yang sama2 menyangak. Namanya, Berry Seal. Orang Amerika. Mereka janjikan dia jadi “CROWN WITNESS”. 


4. Peranan dia hanya bagi segala bukti yang ada dan sebagai timbal balik polis bagi pelindungan sebagai saksi utama. Dan dia takkan didakwa. Makanya sejak dari situ, polis Columbia tahu la selok belok jenayah Escobar. Dan bina kes dari situ. 


5. Escobar tak pernah berjaya didakwa di Mahkamah. Sebab dia ugutnya Hakim2 dan bunuh pegawai penyiasat. Kes dia tak pernah lekat. Namun, akhirnya Raja Dadah itu dibunuh jua. Oleh polis Amerika. Orang dia sendiri yang belot. Geng2 penyangak juga. 


*****************************************************


6. Makanya, kena faham, dalam menyiasat kes dan buat pendakwaan, bukan kerja senang. Tambah lagi pesalah kes2 jenayah terancang seperti rasuah dan salah guna kuasa. 


7. Kebanyakan masanya, polis kena cari orang dalam sendiri. Yang boleh jadi saksi dan bagi banyak bukti. Selalunya orang rapat pesalah sendiri. 


8. Bukan apa, jenayah korupsi dan salah guna kuasa ni selalunya pesalahnya orang bijak pandai. Kebanyakan pesalahnya adalah pemimpin yang ada kuasa. Bila mereka buat jenayah, semestinya semua bukti dan track akan ditutupi. 


Contoh paling jelas, terima wang rasuah tak masuk akaun, tapi bagi cash. 


9. Makanya, untuk tangkap mereka ini, polis gunakan taktik cari pembelot dalaman. Ini namanya “Crown Witness” atau saksi Utama Pendakwaan. Mereka ini lah lubuk polis untuk pecah lubang. 


10. Jadi apa timbal balik yang mereka dapat? Semestinyalah dikecualikan daripada kena dakwa. Mereka akan terlepas jua. 


10A. Ada juga yang demand nak duduk bawah program pelindungan saksi. Ini Kerajaan biasanya beri. Tambah kalau pesalah utama set2 jerung. Bukan ikan bilis. 


11. Dalam kes #Solarmah, Crown Witness kita adalah Pegawai Khas Big Mam sendiri. Rizal Mansor namanya. Banyak lah cytro yang propa, kenapa dia tak kena dakwa? Jadi tuan puan jawab, sebab dia Crown Witness. Saksi Utama Pendakwa. Itu standard taktik pendakwaan oleh banyak negara. 


12. Nak jerung besar, kita kena korbankan tangkap ikan bilis. Sebab kalau ikan bilis tidak bagi bukti, jerung pun kita akan terlepas. Habis berbilion2 duit rakyat. 


13. Hari tu Big Mam cakap. Kenapa dia tak boleh jadi Crown Witness untuk kes Rizal? Jawapannya simple saja. Yang Rizal dapat hanya RM500k. Mam dapat sampai RM6.5juta. Siapa yang jerung dalam ini gambar? Lagi pula dia First Lady of Malaysia. Takkan la dia nak jadi saksi tangkap Rizal pula? 


18. Dalam penghakiman kes ini, Hakim Zaini tulis sendiri. Dia kata dia akui Rizal ni pun terbabit sama. Tapi nilaian dia pada bukti dan keterangan yang Rizal beri solid. Tiada percanggahan yang nyata. Semua disokong oleh bukti dan saksi lain juga. 


19. Contohnya, serahan duit rasuah secara cash kepada Big Mam di Seri Perdana. Ada saksi pegawai Bank yang sahkan wang cash RM5 juta dikeluarkan. Ada saksi kawan Rizal yang bawa duit sekali. Ada saksi Butler Seri Perdana yang angkat bag. Ada video pulak tu yang nampak beg dibawa masuk dan serah pada Mam. Bukan Rizal saja2 cakap kosong. 


20. Cytro dia juga dok propa, Rosmah kena konspirasi politik. Konspirasi macam manalah tu ya? Saksi utama dan bukti2 datang daripada pegawai khas dia. Tambah lagi oleh Menteri Pendidikan UMNO, DS Mahdzir Khalid, geng dia juga. Ada lagi satu saksi utama, KSU MOE yang suaminya orang kuat UMNO, TS Madinah. Mereka inilah yang bagi bukti untuk kuatkan kes pendakwa. Dan buat Big Mam terkantoi jua. 


21. Seperti yang saya cakap dari awal. Sabitan kes ni, sudah terang lagi bersolar. Hakim sudah jalankan tanggungjawab sewajarnya. Eloklah semua berlapang dada. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


Menerima pangkat yang tidak layak bagi kita


Nik Hasyudeen


Saya dimaklumkan di atas pelbagai sebab ada kes-kes yang mana pegawai-pagawai diberikan pangkat di luar kemampuan mahu pun kelayakan mereka.


Ada yang lompat dari gred 40an terus kepada JUSA. Ada yang JUSA terendah terus ke JUSA tertinggi setelah berkhidmat seketika sahaja dan pelbagai senario lagi. Apabila orang yang ada kuasa tidak menggunakan kuasa mereka dengan cermat dan lupa kuasa yang Allah pinjamkan itu akan dipersoalkan di akhirat, macam-macam boleh berlaku.


Apakah kesan ke atas mana-mana organisasi apabila berlaku magis seperti ini? Bertambah cemerlang atau pun menjadi kelam kabut? Ni macam suruh anak kecil bawa bas lah walaupun kakinya belum cukup panjang untuk tekak minyak dan brek. Rasanya tak ke mana-mana pun.


Jadi, adakah orang yang belum layak atau tidak layak yang menerima pangkat-pangkat di luar kemampuan mereka halal pendapatannya? Pada pandangan saya, orang yang tidak cukup kelayakan dan pengalaman tentunya akan gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab kedudukan yang diduduki itu kerana dia tak cukup ilmu, kemahiran dan juga pengalaman. Kekurangan usaha kerja (work effort) ini akan menyebabkan amanah dan tanggungjawab kerja gagal dipenuhi. 


Jadi gaji dan juga lain-lain kemudahan yang dinikmati mungkin tidak berdasarkan kerja dan mutu kerja yang cukup. Ni orang-orang agama kena kaji dan syarahkan supaya orang yang tidak mampu dan tidak layak takut menerima kedudukan di luar kelayakan dan kemampuan mereka.


Bayangkan budaya “biasa-biasa sahaja” yang saya sebutkan semalam bercampur dengan situasi orang naik pangkat tanpa kelayakan yang cukup. Apakah yang akan terjadi ke atas organisasi yang terlibat? Kalau ini berlaku ke atas negeri dan negara macamana pulak?


Orang yang dapat kedudukan tanpa cukup sifat ini akan memandang kedudukan yang mereka duduki “biasa-biasa sahaja”. Jadi, semuanya mereka akan ambil mudah. Cakap main lepas, kalau gagal diberikan pelbagai alasan dan kalau jadi sedikit pun dicanang-canang sebagai hebat dan cemerlang.


Di dalam negara yang mengamalkan demokrasi, orang-orang yang berikan kuasa untuk mentadbir negeri dan negara dipilih melalui proses pengundian. Oleh kerana setiap pengundi ada satu undi sahaja, setiap pengundi ada sumbangannya di dalam menaikkan mana-mana calon. Jadi dia tak boleh nak dakwa dia tidak terlibat sekirannya orang yang tak cukup kelayakan yang naik adalah hasil dari satu undi yang diberikannya itu. 


Yang tak keluar mengundi pun tak boleh mendakwa mereka pun tak terlibat. Tidak mengundi pun adalah satu keputusan. Maknanya dia tak peduli pun siapa yang naik. Jika ada peluang untuk menunjukkan sikap tetapi itu tidak diambil, saya kira Allah pun akan tanya jaga di akhirat nanti.


Tidak ada perkara yang kita lakukan di dunia ini yang tidak akan dihisab. Jadi, berhati-hatilah di dalam membuat keputusan termasuk menerima jawatan yang tidak layak bagi kita. Kalau kita tak terima, tak ada orang yang boleh paksa kita untuk menerimanya. Kalau kita pula yang mencari-cari peluang dan seronok menerima jawatan di luar kemampuan kita, terimalah akibatnya apabila dihisab oleh Allah nanti.


Yang melantik pun tak boleh ambil mudah kuasa yang ada, walaupun satu undi sahaja. Walaupun nampak kecil, beranikah kita mengatakan bahawa undi yang kita beri itu kecil nilainya di sisi Allah?


والله أعلم



ELOK PANGGIL KEDUA DUANYA

 



Wira rakyat, Sdr. Rafizi Ramli dipanggil oleh pihak polis atas laporan yang dibuat oleh pembantu Dr. Latiff tentang isu LCS yang dibongkar oleh Rafizi.


Tak hairan sangat pun. Sebab Rafizi bukan jenis penakut macam Najib. Rafizi bukan setakat keluar masuk balai, turun naik mahkamah pun biasa.


Cuma yang peliknya, Sdr. Akmal Nasir dah terlebih dahulu buat laporan tentang Dr. Latiff. terkait isu LCS juga. Akan tetapi Dr. Latiff tidak pula dipanggil.


Kenapa ya? Takkanlah soal panggil memanggil pun ada terpilih juga? Sedangkan kes Dr. Latiff itu lebih besar dan sangat merugikan negara. Tapi polis lebih berminat dengan kes Rafizi pula nampaknya.


Badan kehakiman dah nampak ada cahaya. Tapi polis dan SPRM seperti masih dibelenggu. Tak adalah baik pun Ismail ni sebenarnya. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

Ingat saya ada masa untuk sakit kepala?

 




Mohd Mukhlis


Ingat saya ada masa untuk sakit kepala? 


Pening pula memikir penaakulan mantik di bawah. 


Satu kata tak terdesak tapi yang satu lagi sanggup berunding sampai hari penamaan calon untuk "selamatkan negara". Selamat negara dari apa? Yang sakau duit 1mdb itu UMNO, dan PAS jadi tukang sertu bila puas hati dengan 1mdb. 


Yang kena report polis semua Rafizi dan Anwar Ibrahim bab 1MDB. Yang kantoi skandal LCS pun dari geng PN, kawan baik Lebai PAS juga.


Jadi persoalannya utamanya, PAS terdesak atau tidak hendak bersama dengan UMNO?


Hidup kalau dah tak ada prinsip macam inilah, nak bersama dengan UMNO guna ayat orang beriman itu bersaudara, nak lawan UMNO guna dalil jangan cenderung pada orang yang zalim. Pendek kata mereka ada dalil untuk semua benda.



LAIN KALI KAWAN DENGAN ORANG CERDIK

 





Dulu lagi kita dah pesan. Jangan kawan dengan PAS nanti jangkit kebodohan dorang. Tapi degil. Ha sekarang kan dah menjadi.


Zarkashi suruh Rafizi bongkar kes projek terowong. Entah setan apa yang merasuknya sampai boleh terfikir macam tu?


Pertamanya, Rafizi bongkar skandal yang belum jadi kes. Bila dah disiasat, dah masuk mahkamah, nak bongkar apa lagi? Biarlah mahkamah uruskan.


Keduanya, Rafizi bongkar kejahatan UMNO sebab nak UMNO tumbang. Rafizi bukan macam Azmin & Mahathir nak tumbangkan kerajaan sendiri.


Kalau UMNO nak PH tumbang, eh bongkarlah. Buat kerja sikit. Kata UMNO ramai orang pandai. Isham Jalil tu buat kerja apa?


Level berapa dia punya bebal pun tak tahulah ni. Aku nak tanya ni, skandal 1MDB & SRC ada tak orang UMNO bongkar?


Semua senyap. Manakan tidak, ada sebahagiannya dapat habuan. Tahu benda tu salah pun senyap je la sebab poket tebal.


Payah la macam ni. Makin lama makin tak cerdik orang UMNO ni. Bahayanya kalau bagi orang yang tak cerdik mentadbir. Sebab tu kena tolak UMNO. Guane boh?


 

Raja Gelap 


SEMBANG KUAT.TAPI BATIN LEMAH.

 


"janganlah sampai abah ini mula menggunakan rotan" kata Din Pdf yang 40 kali muncul bagi perutusan dalam TV tapi takut bersemuka dengan wartawan menjawab soalan-soalan.


Macam inilah, jumpa sahaja dengan tokpeti serba tahu, untung-untung boleh renew sertu, lagipun kalian sudah berbaiah akan kumpulkan bersama di bawah panji al-ghadr. 


Demikian pengakhiran untuk mereka yang berkhianat pada perjanjian sesama manusia.



EKOR PENUH TAHI

 

Mohd Affendi Abas


PAS tolak pemimpin PAS sendiri ke? Ibarat Ayam tua berkokok berderai-derai tapi lupa ekornya penuh dengan 💩! 🤣🤣🤣


#PASik



NYANYUK KA LUPA ?

 

Bukan PN dah memerintah ke sebelum ni..lupa dah ke Tuang Ibrahim..?? ramai rakyat mati ditepi jalan, kempen bendera putih akibat kebuluran.. lupa dah ke Tuan Ibrahim??


RISAU




Aku dah dengar cerita nama Najib tak ada dalam penjara ni. Mula-mula aku tak ambil pusing sangat. Tapi bila menteri berkaitan pun tak berani komen, aku jadi risau pula (https://bit.ly/3wRIZ1k).

Sudahlah penjara Kajang ada sejarah banduan yang dapat layanan VVIP tahun 80an dulu. Boleh ke aku bersangka baik kepada sang menteri yang pernah khianat mandat rakyat ni?

Sebelum tu Najib dikhabarkan hadiri perbicaraan kes 1MDB dengan penuh bergaya. Siap kot dan tali leher lagi. Tangan pun tak bergari. Aku pun menjadi semakin was-was. Special benar layanannya.

Walaupun secara tersurat UMNO dan PPBM macam bermusuh, hakikatnya mereka macam adik-beradik. Bermusuh pun setakat nak jaga hati ahli je. Lagipun, cash is king kan, kata Najib.

Aku harap menteri atau pihak penjara berani untuk nafikan dan lebih baik kalau dapat buktikan Najib memang betul berada dalam penjara. Rakyat nak tahu ni. Guane boh?

Raja Gelap

.

MASA PH PERINTAH DULU FB BERKAITAN KETENTERAAN PUNYA BALUN KERAJAAN..MINTA BELI ITU INI...LA NI BARU HANGPA ADA AKAI...MACAM NI PUNYA PERALATAN TENTERA..BAIK BUAT TUKUN LAGI BAGUIH...RASUAH...NAK BELI KAPAI PUNN TARAK DUIT..

 

LCS belum terima, tentera laut ‘kitar semula’ aset lama, kata panglima armada barat




Panglima Armada Barat Abu Bakar Md Ajis mahu memastikan aset sedia ditingkatkan susulan tentera laut tidak menerima aset baharu, termasuk kapal tempur pesisir (LCS) dan kapal peronda misi pesisir (LMS) peringkat kedua.

PETALING JAYA: Tentera laut terpaksa melakukan proses “kitar semula” atau memanjangkan hayat kapal sedia ada susulan sebahagian besar aset dimiliki telah berusia.

Ia juga disebabkan kegagalan tentera laut memperoleh kapal baharu dalam jumlah dikehendaki, kata Panglima Armada Barat Abu Bakar Md Ajis.

Abu Bakar berkata, semakan mendapati 75% daripada 44 kapal milik tentera laut ketika ini sudah berusia lebih 40 tahun dengan ada antaranya melebihi 50 tahun.

“Sebagai contoh, kapal peronda laju yang beroperasi di Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang, semuanya sudah mencecah usia 50 tahun, dalam erti kata, kapal TLDM sudah lebih usia,” katanya menurut Utusan Malaysia.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Jelas beliau lagi, tempo operasi kapal yang panjang mengkehendaki tentera laut sentiasa melakukan proses penyelenggaraan dengan segera berikutan keadaan kapal dimiliki “agak berumur”.

Katanya, sebagai contoh, KD Lekir yang baru pulang dari Eksesais Lingkaran Pasifik (RIMPAC) perlu melalui proses penyelenggaraan singkat untuk persediaan misi operasi yang lain.

Oleh itu, katanya, tentera laut ketika ini memerlukan kapal baharu dengan bilangan mencukupi kerana kuantiti sedia bukan sahaja tidak mencukupi, malah usia sudah lanjut.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, tentera laut perlu memastikan kesiagaan kapal perang sedia ada seperti KD Lekir berada di tahap tertinggi susulan tidak menerima aset baharu termasuk kapal tempur pesisir (LCS) dan kapal peronda misi pesisir (LMS) peringkat kedua.

“Jika TLDM diberi keupayaan diperlukan, kita yakin akan kemampuan kita untuk mempertahankan kedaulatan serta kepentingan negara, baik di waktu aman mahupun konflik,” katanya.

UNTUK MELIHAT LEBIH RAMAI PEMIMPIN RASUAH DIPENJARAKAN, RAKYAT MESTI SENTIASA BERANI MENUKAR KERAJAAN


 Hampir semua daripada kita pada umumnya benci kepada rasuah, terutama yang dilakukan oleh pemimpin yang memegang kuasa.

Rasuah oleh pemimpin yang berkuasa bermakna mereka mencuri sebahagian daripada peruntukan kerajaan yang sepatutnya dibelanjakan untuk kepentingan rakyat miskin.

Orang mencuri setin sadin pun kita benci, apa lagi kepada pemimpin yang mencuri berguni-guni wang kerajaan untuk dimasukkan ke poket sendiri.

Disebabkan adanya rasuah, semua yang dirancang untuk kepentingan rakyat akan menjadi tidak berkualiti atau kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan daripada peruntukan asal.

Kalau bangunan, jambatan atau projek solar untuk sekolah yang ingin dilaksanakan, rasuah memungkinkan ia terbengkalai atau tidak mampu disiapkan.

Akhirnya, lebih banyak dana kerajaan dikeluarkan hanya untuk membuncitkan perut pemimpin yang makan rasuah, malah lagi banyak projek dilaksanakan lagi buncit perut mereka, sedangkan rakyat terus miskin serta sengsara.

Sebab itu, dalam minggu-minggu kebelakangan ini di mana Najib Razak dipenjarakan, Rosmah Mansor didapati bersalah, Bung Mokhtar Radin dan isteri diarah membela diri, disertai dengan beberapa pemimpin lain seperti Zahid Hamidi dan Azeez Rahim yang sedang dibicarakan, rakyat secara puratanya amat gembira dengan perkembangan tersebut.

Sebenarnya semua ini adalah hasil daripada berjayanya PH menjadi kerajaan selama 22 bulan sebelum ini.

Tanpa pertukaran kerajaan dan tanpa PH menjadi kerajaan atau dalam erti kata lain jika BN masih berkuasa dan tidak dikalahkan pada PRU 2018 lalu, sudah pasti apa yang terjadi hari ini kekal terperap sebagai kotoran yang disembunyikan bawah permaidani.

Itu baru 22 bulan PH berkuasa, bayangkan jika sampai habis penggal atau beberapa penggal?

Tidak mustahil penuh dalam media arus perdana dengan berita rasuah mereka yang bergelar pemimpin belaka!

Begitu pun, dalam hal yang menimpa Najib, Rosmah dan Bung Mokhtar itu, tidak kurang ramai yang memberi penghargaan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana dilihat kekal tabah dan cekal dengan pendirian tidak campurtangan dalam urusan mahkamah, biar pun didesak siang dan malam untuk berbuat demikian.

Pendirian beliau tidak mahu campurtangan telah memberi harapan dan keyakinan kepada rakyat untuk melihat negara ini dapat diselamatkan.

Harapan rakyat seterusnya ialah lebih ramai lagi pemimpin yang terkait dengan rasuah, terutama yang sedang dibicarakan sekarang, akan turut menerima hukuman masing-masing setelah kesalahan mereka berjaya dibuktikan.

Tidak dinafikan sebenarnya, bersama kuasa dalam tangan dan menjadi kerajaan, perkara paling mudah mengalpakan seseorang pemimpin ialah rasuah.

Godaan rasuah dan kemewahan wang ringgit begitu mudah menjadikan pemimpin yang ada kuasa untuk lupa kepada amanah dan juga kepada Tuhan.

Dalam hal ini, rakyat sebenarnya ada tanggungjawab tersendiri dalam membendung amalan rasuah dan mengajar pemimpin yang terpalit dengan perbuatan terkutuk itu.

Pilihanraya setiap lima tahun sekali adalah wadah paling terbaik, bukan saja untuk memantau kerajaan dan pemimpin yang rasuah, malah untuk menghantar mereka ke penjara.

Dalam hal ini, rakyat tidak harus takut menjatuhkan kerajaan jika didapati atau disedari amalan rasuah begitu berleluasa di dalamnya.

Sebagaimana telah terbukti melalui PH berkuasa selama 22 bulan dapat menghantar bekas Perdana Menteri ke penjara dan isterinya pun mungkin bakal ikut sama, perkara itu tidak seharusnya terhenti setakat ini saja.

Sebaliknya, iltizam menukar kerajaan dan harus menjadi pegangan yang berterusan dalam diri setiap rakyat bila tiba waktu pengundian.

Tidak kira apa jenis kerajaan sekali pun, ia tidak menjamin mereka benar-benar bebas daripada amalan rasuah dan sepanjang lima tahun mereka berkuasa, kita semua harus memantau dan memerhatikan sepanjang masa.

Jika tiada rasuah, bolehlah terus disokong dan diundi lagi untuk jadi kerajaan, tetapi kalau amalan rasuah berluasa, pastikan undi kita adalah untuk mereka berpindah kediaman ke penjara.

Kalau kerajaan baru pun kemudiannya didapati bejat dan rasuah juga, rakyat sekali lagi mesti menjatuhkan mereka.

Tidak mengapa kerajaan dijatuhkan berkali-kali dan penjara penuh dengan pemimpin, yang penting nasib rakyat dapat diselamatkan pada kesudahannya nanti. – ShahbudinHusin 03/09/2022.