KEH..KEH..KEH...JOM KITA TAKDIRRR



W.fauzdin.N.S

 Masa jadi pembangkang, lebai menjerit dan bertakbir " RUU 355!! RUU 355!!'.  Tak sokong masuk jirat !!  Takbirrrr!! 


Bila jadi kerajaan melayu isle tebuk atap, bukan RUU 355 yg muncul...tapi..


 lagu raya judi. IBC 003 dan BET 333 ...


Nampak tak lebai jual agama???




APA PUNCA SEBENARNYA PENINGKATAN KES COVID 19


 Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan sebanyak 2,148 kes positif baharu Covid-19 pada Khamis 15 April 2021, iaitu tertinggi sejak 40 hari lalu (Sinar Harian 16 April 2021).

Adakah peningkatan ini disebabkan terdapat kes seorang selebriti terkenal merentasi negeri untuk berbulan madu di Langkawi?

Jawapannya sama sekali negatif.

Jadi apa punca sebenarnya peningkatan kes Covid-19 di Malaysia ini sejak lebih setahun yang lalu hingga kini?

Puncanya ialah sistem ekonomi negara kita yang pincang dan tak seimbang. Malaysia membenarkan bermaharajalela para kapitalis yang tamak mengejar keuntungan sehingga tidak peduli hal kesihatan dan kebajikan tempat tinggal ribuan para pekerja mereka.

Laporan kerajaan menyatakan 83 peratus kes Covid-19 di negara kita ini berpunca dari sektor pembuatan (manufacturing sector).

Pandemik Covid-19 bukan berpunca dari solat berjemaah di Mesjid ataupun membeli belah di Pasar Ramadhan (dengan syarat SOP dipatuhi).


Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Pakatan Harapan dan Kerajaan Perikatan Nasional semuanya terlepas pandang, atau cuai, atau tak peduli tentang perlaksanaan dan penguatkuasaan Akta undang-undang yang bernama Housing and Amenities Act 2019 atau akta seumpamanya.

Semua menteri dan timbalan menteri Kementerian Sumber Manusia dari ketiga-tiga kerajaan yang disebutkan di atas adalah bertanggungjawab.

Kes Covid-19 bermula pada akhir tahun 2019. Akta tersebut yang juga dikenali sebagai Akta 446 adalah berkaitan dengan standard perumahan ataupun tempat tinggal pekerja.

Tetapi ramai yang tak peduli dengan pentingnya akta ini, sama ada di pihak kerajaan, dan lebih-lebih lagi pemain-pemain industri yang mengutamakan keuntungan wang ringgit melebih kebajikan para pekerja dan masyarakat.

Sektor pembuatan ini seperti kilang-kilang membuat sarung tangan getah dan yang seumpama dengannya adalah pengeluar yang terbesar di peringkat dunia.Hampir semuanya syarikat Malaysia.

Kilang-kilang tersebut mengguna tenaga buruh asing yang beribu-ribu orang. Syarikat-syarikat ini dalam tempoh Pandemik Covid-19 mengaut untung berbilion ringgit.

Tetapi para pekerja yang tidak berdosa itu duduk bersempit-sempit dalam asrama pekerja. Keadaan tempat tinggal pekerja tersebut ada yang semacam kandang kambing keadaannya.

Keadaan persekitaran yang tidak sihat maka mudah berjangkitnya virus-virus Covid-19 itu.

Penat sahaja Parlimen menggubal undang-undang tetapi kegagalan kerajaan menguatkuasakannya menjadikan undang-undang yang ada itu seakan sia-sia sahaja.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Pembantu Jurucakap Parlimen Keadilan

Pekerjaan Dan Hak Pekerja

Bertarikh 16 April 2021 (Jumaat)





Calon hilang deposit dilantik jadi timbalan menteri

 


WOIII LEBAI..BUKAN KAU DUDUK DALAM KERAJAAN KA SEKARANG- AWAT NGOK ?

 May be an image of 2 people and text

Menteri kata harga ayam naik sebab permintaan tinggi, biasa le tu...keh..keh..bodo punya menteri.

 Menteri kata harga ayam naik sebab permintaan tinggi, biasa le tu


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi menafikan khabar angin mengatakan harga ayam akan dinaikkan sehingga RM10 sekilogram berikutan permintaan tinggi ketika Ramadan.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana terdapat laporan daripada penguat kuasa mengenai kenaikan harga ayam, tetapi tidak sampai tahap RM10 untuk 1kg.

“Harga ayam itu ada kenaikan sedikit, namun masih dalam kawalan,” katanya selepas melancarkan Ops Pantau dan meninjau bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya.

Beliau menasihatkan pengguna tidak bimbang kerana KPDNHEP bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan memastikan bekalan barang keperluan harian sentiasa mencukupi.

Terdahulu, beliau menyuarakan rasa kurang puas hati terhadap pematuhan SOP dalam kalangan peniaga dan pengunjung yang ramai di bazar Ramadan Presint 3.

Walaupun tiada diterima setakat ini, tetapi katanya, pihak berkuasa akan meneruskan pemantauan bagi mengelakkan kluster baharu yang berpunca daripada bazar Ramadan. 




WAJIB TONTON !! SI KATIK SEDANG JUAL AGAMA!!

Sembang...sekarang cuba tarik sokongan....walaun memang suka dengar. Islam terbelakah ?kah...kah...kah..

Iklan raya judi diam semua 
Melayu tak puasa kena balum diam walaun
Rega barang naik..hangpa lena ..kata nak bela melayu

cukup yang mudah saja...kalau leta yang janji sejak berkurun tu payah lak nak jawab ngan Tuhan.



UMNO & PKR PARTI YANG DI KHIANATI? ANWAR DI KHIANATI TUN, UMNO DI KHIANA...

DAHSYAT MAT SABU: EXCO BELI 14 BIJI MERCEDES, RAKYAT DISURUH MANDI DI SG...

TAZKIRAH RAMADHAN- KHAS UNTUK WALAUN

AJARLAH ANAK KITA TENTANG KURANG AJAR

 

NORMAN TADZUAN



May be an image of 5 people, people standing, people sitting, headscarf and outdoors


Ajarlah anak kita tentang kurang ajar

 

KITA DIDIK ANAK-ANAK  TAK LENGKAP...

 

Org Melayu mendidik anak-anak mereka babi dan anjing itu haram. Hingga binatang itu dipandang begitu hina walaupun anjing Ashabul Kahfi adalah antara binatang yg dimasukkan ke syurga. Sdgkan ada riwayat lain memberitahu kisah seorang pelacur memberikan anjing makanan dimasukkan ke dalam syurga.

Org Melayu sejak anak kecil didik jgn makan ayam yg tidak disembelih... bab ni bagus lah. Tapi bab jgn makan asam asin kerana ia tahi hidung Cina... fitnah paling teruk sepanjang zaman utk bangsa Cina. Sebab  itu dalam politik mudah melahirkan persepsi kebencian kpd bangsa Cina kerana ia telah didik dari kecil.

 

Contoh bila berlaku kes Tauke Cina pukul pekerjanya kerana berpuasa. Mengapa sampai ada menaikkan isu 13 Mei dan tuduhan kpd bangsa tersebut. Apa kena mengena dgn masyarakat Cina yg lain hanya kerana sikap tauke Cina tersebut. Nak hukum... hukum sahaja tauke Cina tersebut dgn sekeras kerasnya. Ini soal individu bukan soal kaum.

 

Budaya lainnya jgn tunjuk jari pada langit, sampai skg dah umur 50 tahun ini org Melayu takut berbuat demikianDescription: 😂 Walaupun ada didikan agama tapi org Melayu lupa mahu mendidik anak mereka bahayanya rasuah.

 

Sepatutnya orang-orang Melayu moden ini sejak di usia 7 tahun lagi mendidik anak-anak mereka bahayanya makan duit haram ( rasuah ) lebih hina dari babi dan anjing. Malah ia merosakkan nilai-nilai kemanusian dan membuat agama Islam terfitnah. Malangnya kita kurang ajar anak-anak kita tentang perkara itu.

Kita kena beri contoh sebagai ibu bapa yg tidak mengamalkan rasuah. Ingat anak-anak kita lebih terdidik melihat tingkah laku kita daripada menerima nasihat kata kata kita.

 

200 buah laptop sudah sampai.

No photo description available.


YB STEVAN SIM


Hati terasa amat gembira.

Pesanan ini sebenarnya dah buat awal tapi tersekat kerana isu kekurangan komponen global.

Ada kawan-kawan yang nasihat saya stop projek ini memandangkan sekolah sudah buka. Sebab nak kutip dana beli laptop bukan mudah, perbelanjaan ofis sendiri pun sudah nak habis.

Tapi terkenang nasib anak-anak yang tak mampu untuk beli laptop nak belajar, saya buat keputusan teruskan projek Asal Cek Mau Pi Sekolah. Laptop yang kerajaan janjikan pun tak sampai-sampai, kini sudah masuk bulan April. Syukur sekurang-kurangnya di Bukit Mertajam, kita agihkan 500 buah laptop dan tablet setakat ini.

Susah sikit takpa, letih sikit takpa. Asal Cek Mau Pi Sekolah, saya akan kerja keras untuk cari dana.

Kriteria nak pohon?

Anak-anak Bukit Mertajam (Tingkatan 5-Universiti/Kolej) yang bersungguh-sungguh nak belajar dari keluarga kurang berkemampuan (B40 & M40, bergantung kepada bilangan anak).

Saya tak akan tanya kamu kaum apa.

Saya tak akan tanya kamu agama apa.

Saya tak akan tanya kamu undi parti apa.

Asal Cek Mau Pi Sekolah saya akan bantu.

Orang yang derma ada Cina, Melayu, India. Anak-anak yang dapat ada Cina, Melayu, India. Kita semua orang Malaysia. 

 

Geng UMNO 3.0 Nak Bawa UMNO Masuk PN

ELOK HANTAR PENGETUA INI KE PEDALAMAN SUPAYA DIA TAHU ERTI HIDUP.

 

Surat sekolah letak syarat kaum untuk kelab sukan tular di media sosial

Surat yang tular itu mendapat kritikan warganet.

JOHOR BAHRU: Tular di media sosial hari ini satu surat dikeluarkan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu.

Rata-rata warganet mengecam dan tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah yang meletakkan syarat kaum terhadap jenis sukan yang perlu dipilih pelajar ketika mendaftar dalam talian.

Berdasarkan kandungan surat itu, seorang pelajar hanya dibenarkan memilih satu jenis sukan sahaja daripada 12 jenis sukan yang ditawarkan.

Bagaimanapun, beberapa sukan hanya ditawarkan buat kaum tertentu, misalnya sukan bola sepak untuk pelajar lelaki Melayu sahaja, bola keranjang untuk pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja, manakala sukan sepak takraw bagi pelajar lelaki Melayu sahaja.

Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar Abdul Razak Hamid mengesahkan dengan FMT bahawa surat itu dikeluarkan pihaknya, dan menegaskan syarat berkenaan terpaksa diletak berikutan isu ketiadaan prasarana padang untuk pelajar.

“Kita sekolah hoki, jadi padang sedia ada terpaksa digunakan untuk sukan berkenaan, jadi tiada padang boleh digunakan pelajar bagi aktiviti sukan lain.

“Jadi, pihak sekolah terpaksa meletakkan syarat seperti itu bagi menarik minat pelajar Melayu yang tidak berminat dengan sukan itu untuk menyertai kelab sukan berkenaan,” kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan isu berkenaan dan meminta FMT mendapatkan komen lanjut daripada menteri pendidikan.



WALAUN "PU SALLEH" KATA PELAKON NI MELAYU DAP. AKU NAK KATA INI DAPAT PERSETUJUAN PAS KAH ? KAH....PU MESTI BODO KAN >

 

Iklan judi raya: Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan penggambaran

Faris Danial Razi
Iklan judi raya: Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan penggambaran
Saifullah Mohd Yunus mendedahkan, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.
KUALA LUMPUR: Pelakon iklan kontroversi Hari Raya yang tular pada Jumaat, tampil membuat penjelasan dan mengakui dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat, tidak tahu iklan itu dikaitkan dengan aktiviti judi.
Memetik laporan mStar, Saifullah Mohd Yunus mendedahkan, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.
“Pada awalnya, pengarah itu bagitahu pada saya sendiri yang mana saya adalah pelakon utama dalam penggambaran muzik video itu, tetapi benda itu tidak jelas.
“Sebenarnya sebelum saya memasuki ke set penggambaran pada 13 Mac lalu itu dan ketika di lokasi itu, saya difahamkan saya hanyalah watak sampingan sahaja.
Ketika di lokasi penggambaran, babak-babak penggambaran saya sudah selesai dalam kira-kira 70 peratus, saya dah selesaikan babak babak saya dan kemudian apabila tiba di bahagian babak lirik, dia bagi lirik.
“Kita (termasuk pelakon lain) tidak hafal langsung, dia tulis dan lirik diletakkan di sebelah kamera dan pihak produksi meminta kami ‘lip sync’ atau gerak bibir, bukan kami yang menyanyi, itu bukan kami punya suara, ia adalah belakang tabir punya suara,” jelasnya.
Saifullah berkata dia cukup kecewa dan bersalah selepas menyedari dirinya terlibat dengan satu perbuatan yang jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.
“Saya sangat kecewa, sehinggakan saya tidak dapat tidur semalam... saya berfikir, benda ni sangat teruk, saya terima banyak kecaman.
“Saya rasa sangat bersalah kerana saya sepatutnya bersikap lebih peka dan teliti. Saya ingin memohon maaf kerana tidak betul-betul teliti dengan projek iklan tersebut.
“Sepatutnya saya mengkaji latar belakang syarikat produksi itu terlebih dahulu, apa jalan ceritanya dan maklumat rakaman itu, termasuk segala perincian tugas yang perlu diambil.
Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Terdahulu, polis membuka kertas siasatan berhubung sebuah video iklan mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah berkata, siasatan ke atas video tersebut akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon itu.
Ia selepas sebuah iklan berdurasi dua minit satu saat oleh sebuah syarikat perjudian yang mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi meraih wang berganda tular di media sosial.

PENGKHIANATAN PEROSAK DEMOKRASI NEGARA/PRU15 PERANG MENENTANG PENGKHIANA...

RENTASAN 870 | GEMPAR!!! KINI MUHYIDDIN SUDAH TEMUI JALAN PENYELESAIAN B...





MENARIK DALAM RENTASAN 870

1. DI MANA BERSATU TANPA UMNO? 2. MASIH ADA MAJIKAN HIDUP DI ZAMAN BATU TAHUN 2021 3. BANGLADESH MAHU AMBIL ALIH KERJA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA 4. INI WAKAF APA PULA?




Dah jadi kerajaan, ulamak Pas acah-acah macam pembangkang- CUBA BACA APA LEBAI NI TULIS...KAH.....KAU DAH PELUK NGAN KERAJAAN..KAU BUAT BUAT JADI PEMBANGKANG..KA PEMBANGGANG-PODAHHHH

 Dah jadi kerajaan, ulamak Pas acah-acah macam pembangkang

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mendesak agar pihak kerajaan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk bertindak serius dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak Perjudian Atas Talian GDBET333 yang bertindak mengeluarkan iklan provokasi berbentuk video yang dimuatnaik semalam.

2. Provokasi yang dimainkan dalam iklan tersebut seakan satu proses normalisasi kepada masyarakat Islam khususnya dengan menjadikan perjudian boleh “dibersihkan” begitu sahaja yang akhirnya mengundang sikap tidak jijik dengan perjudian tanpa merasai perkara tersebut adalah terlarang dalam agama Islam.

3. Iklan tersebut telah menyelar kesucian & kehormatan bulan Ramadhan ini dilihat dengan sengajanya mencabar Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang termaktub Islam sebagai agama Persekutuan, dalam keadaan majoriti umat Islam berada dalam fasa perubahan diri dan peningkatan taqwa dengan Tarbiah Ramadan.

4. Lebih mendukacitakan lagi, iklan tersebut dengan tanpa segan silunya mengetengahkan anak-anak muda Melayu-Islam sebagai pelakonnya serta berlatarbelakangkan sambutan Hari Raya Aidulfitri.

5. Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya menjadi hari kemenangan umat Islam, natijah daripada keberhasilan pembetukan jati diri di bulan Ramadan, namun akhirnya disalahertikan dan dieksploitasi matlamatnya, dengan iklan yang tidak bertanggungjawab ini.

6. Justeru, keangkuhan yang benar-benar mencabar perundangan negara ini dan tatasusila kewarganegaraan ini perlu diambil tindakan undang-undang sesegera mungkin.

7. Pihak yang tidak bertanggungjawab itu wajib dibawa ke muka pengadilan berlunaskan undang-undang melalui Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

8. Perkara ini tidak boleh dikompromi lagi, sehingga maruah agama Islam dipijak rakus dengan wujudnya normalisasi perkara yang jelas diharamkan syariat serta membawa mudarat sosial ini.

9. Ayuh kita bangkit dan sedarkan diri bersama, untuk mempertahankan kemurnian agama Islam yang kita cintai ini, daripada anasir-anasir yang berusaha menjauhkan umat dari Islam, apatah lagi ianya merobek semangat jihad yang diterapkan oleh Rasulullah S.A.W. dalam siri-siri peperangan baginda di bulan Ramadan.

Firman Allah SWT :

(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَیۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسࣱ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّیۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ)

Maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. – [Surah Al-Ma’idah 90]

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat





Menteri semua syok tidur, sampai tak sedar harga barang melambung naik

 


Menteri semua syok tidur, sampai tak sedar harga barang melambung naik


1. Harga ayam segar di beberapa buah negeri menunjukkan kenaikan antara 50 sen dan RM1.00. Kebanyakan peniaga mengambil kesempatan menjelang bulan Ramadan dan Syawal kali ini untuk mengaut keuntungan lebih daripada biasa. Ada yang menjual dengan harga RM9.50 sekilogram. Hal ini sangat membimbangkan kerana kenaikan harga yang ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini.

2. Menteri dan timbalan menteri yang ‘tidur’ dan masih tiada langkah proaktif membuktikan bahawa ini adalah sebuah kabinet dan #KerajaanGagal serta tidak peduli dengan nasib rakyat. Rakyat bukan sahaja ditekan dengan pelbagai SOP yang ketat, bahkan di sesetengah negeri seperti Kelantan langsung tidak dibenarkan untuk berniaga di bazaar Ramadan. Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Sudahlah tidak mempunyai peluang untuk mencari rezeki, harga bahan mentah pula melambung tinggi.

3. Bertambah malang buat rakyat apabila Menteri KPDNHEP dalam kenyataan sebelum ini menafikan wujudnya kenaikan harga bahan mentah ini. Ironinya, tinjauan media mendedahkan bahawa wujud kenaikan harga di beberapa negeri. Lantas kita menggesa agar menteri yang bergaji besar itu segera bangun dari ‘tidur’ dan laksanakan satu mekanisme kawalan harga secepat mungkin. Bingkas turun padang dan lakukan pemeriksaan di seluruh negara.

4. Seandainya #KerajaanGagal ini kekeringan idea, cedok mekanisme yang telah digunapakai ketika Pakatan Harapan mentadbir pun tiada masalah. Diletakkan kebertanggungjawaban langsung bawah Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, majlis ini berperanan mengkoordinasi kementerian-kementerian yang terlibat dalam memastikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) benar-benar dilaksanakan dan harga barangan terkawal.

4. Kerajaan juga harus memastikan bekalan bahan mentah dan keperluan harian mencukupi menjelang Syawal serta tiada kenaikan harga barangan yang membebankan. Kebajikan rakyat wajib menjadi perhatian utama kerajaan dalam tempoh masa sekarang. Rakyat sudah acap kali menjadi mangsa dengan pelbagai peraturan dan kompaun yang tidak berasas. Jangan dibiarkan rakyat terus merana dengan kenaikan harga barangan lagi.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN)
Ketua Pemuda AMANAH Nasional



UNTUNG SAPA ADA LEBIH PASANGAN JARAK JAUH

 May be an image of text that says "ARAHAN DARIPADA KETUA POLIS NEGARA PERMOHONAN KEBENARAN RENTAS NEGERI DIPERKETATKAN DAN TERTAKLUK KEPADA (3) SITUASI SAHAJA IAITU 1.KECEMASAN MELIBATKAN AHLI KELUARGA TERDEKAT SAHAJA DENGAN MELAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. 2.KEMATIAN. 3.PASANGAN JARAK JAUH (PJJ). KEBENARAN RENTAS NEGERI TIDAK DIBENARKAN BAGI TUJUAN MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN DAN LAIN-LAIN KENDURI. ARAHAN BERKUATKUA (AZMAN RISIN RAKHIBI) ASP OE KPB a Putrajaya"

BEZA MENTERI AGAMA DAHULU DAN SEKARANG



“Suatu ketika Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat berhasrat ke Mekah. Kemudian diberitakan pemergiannya itu ditaja seseorang. Terjadi polemik di kalangan rakyat .. pro dan kontra. Tuan Guru kemudiannya membatalkan rancangan ke Mekah. Sekian adanya.” Demikian almarhum Nik Aziz, ketika itu Mursyidul Am PAS, dan Menteri Besar Kelantan, berpegang kepada integriti sebagai seorang ulama dan pemimpin masyarakat.





MAJLIS FATWA KENA SIASAT NI....TAK KE PENING?

 

HAJI NUSI

Inilah fatwa baru Ayah cik nampak setaraf dengan Ayah pin dulu . penat juga weh lagu ni ...majlis fatwa perlu siasat fatwa ini ....


May be an image of 1 person and text that says "Gemilana DAILY Q Follow us f d Darurat Allah izinkan pihak memerintah laksana apa yang tidak diperintah al-Quran -Hadi 8/01/2021 9:28 PM AS) OL KE"

KERAJAAN TAK ADA DUIT

 May be a cartoon of text

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI KEDAH




ISU TULAR IKLAN JUDI HARI RAYA : TINDAKAN TEGAS WAJIB DIAMBIL


Telah tular dan hangat diperkatakan mengenai satu klip video iklan yang disiarkan oleh syarikat judi atas talian, GDBET333 memanipulasi iklan Hari Raya menjadi iklan judi untuk mempromosikan aktiviti tidak bermoral.


Hasil semakan mendapati bahawa syarikat GDBET333 merupakan syarikat perjudian atas talian yang boleh diakses secara mudah hanya dengan melalui telefon pintar. Syarikat perjudian ini juga mempunyai platform media sosial lain seperti facebook, twitter serta youtube untuk mempromosikan kegiatan perjudian atas talian.


Amat jelas bahawa iklan ini sama sekali tidak boleh diterima apatah lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang suci pada ketika ini. Mempromosi iklan judi atas talian menggunakan iklan Hari Raya adalah cukup menghina kesucian agama Islam. 


MPN Keadilan Kedah mengambil serius mengenai isu ini dan menggesa siasatan dan tindakan segera diambil oleh pihak yang berwajib untuk menangani isu ini. 


MPN Keadilan Kedah juga meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengharamkan iklan ini kerana dikhuatiri boleh mempengaruhi umat Islam untuk terjebak secara terus dalam aktiviti perjudian atas talian secara berleluasa.


Kami juga membantah keras sebarang bentuk eksploitasi agama yang melibatkan kepentingan pihak tertentu yang dilihat cuba untuk mencabar kesucian agama Islam.


Sehubungan dengan itu, kami menggesa supaya individu yang terlibat dalam iklan tersebut diambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang. Lesen penyiaran yang diberikan juga wajib ditarik balik bagi menggelakkan kejadian seumpama ini berlaku lagi pada masa hadapan.


Pihak seperti Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya lebih peka mengenai sebarang isu yang melibatkan sensitiviti umat dan agama Islam sebelum meluluskan sebarang bentuk iklan bagi tujuan penyiaran.


Kegiatan perjudian atas talian ini harus dibanteras dengan segera dan bukan sekadar menjadi hangat-hangat tahi ayam kerana jika dibiarkan terus berleluasa, keadaan ini boleh merosakkan minda serta generasi masyarakat Islam. 


Dato' Johari Abdul

Pengerusi MPN Keadilan Kedah

16 April 2021




VIDEO MAK LAMPIR TUNJUK PANDAI SANGAT?BACA PELEMBAGAAN?KALAU TAK TAU SEJARAH S...

VIDEO : Kerjasama PH | Bincang dengan Ahli Parlimen tertentu, bukan parti - Anwar



Pakatan Harapan (PH) tidak berbincang dengan mana-mana parti untuk berkolaborasi namun bersama Ahli Parlimen tertentu yang berpegang teguh kepada agenda reformasi, kata pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.





VIDEO : ICERD ITU IDEA SIAPA?



Menurut Fahmi Fadzil, semasa PAKATAN HARAPAN menjadi kerajaan gabungan itu tidak pernah membincangkan isu meratifikasi perjanjian tersebut sebaliknya usaha berkenaan diusahakan oleh Saifuddin. Dalam ciapannya, Fahmi berkata, versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris salinan Akhir Buku Harapan, perkataan “sesuai” dan “suitable” digunakan untuk Janji 26 - yang diluluskan oleh Majlis Presiden, untuk meratifikasi konvensyen antarabangsa.





Menteri ‘air suam’ kecewa penurunan kes Covid-19 kepada 500 sehari pada Mei tidak berlaku

 

Menteri ‘air suam’ kecewa penurunan kes Covid-19 kepada 500 sehari pada Mei tidak berlaku


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila mengakui unjuran penurunan kes positif Covid-19 pada Mei ini tidak mungkin berlaku.

Dalam nada kesal, beliau menyifatkan kegagalan masyarakat yang leka pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sebagai antara penyumbang terbesar lonjakan penularan Covid-19.

“Jika anda lihat pada rajah unjuran awal ini, ia menunjukkan graf trend menurun dan kita unjur kemungkinan dapat mencapai sekitar 500 kes baharu dalam sehari menjelang bulan depan..

“Bagaimanapun nampaknya keadaan ketika ini tidak memberangsangkan dengan ramai tidak patuh SOP dan mungkin kes positif melonjak semula,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response To Covid-19 Pandemic: Perspective From The Field’ di sini semalam.

Adham berkata, pihaknya berharap penugasan anggota penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) mulai kelmarin akan membantu masyarakat lebih mematuhi SOP, malah kementeriannya sendiri turut menerima banyak aduan daripada orang ramai yang bimbang dengan suasana bazar Ramadan di kebanyakan negeri tidak terkawal.

“Saya berharap semua mengambil pengajaran daripada apa berlaku di Kelantan dan Sarawak yang tidak membenarkan operasi bazar Ramadan kerana kes naik mendadak,” katanya.

Menyentuh isu vaksin AstraZeneca sama ada akan digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), beliau berkata, perkara itu dijangka diketahui pada minggu depan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) yang dipengerusikan beliau dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin yang akan meneliti semula isu tersebut.

“Secara terus terang, saya yang menandatangani perolehan vaksin ini daripada dua sumber termasuk dihasilkan di Thailand untuk keperluan 10 peratus penduduk Malaysia,” jelas beliau.

Bagaimanapun katanya, bekalan itu dijangka tiba pada Mei atau Jun dengan ada tempoh masa lagi jika JKJAV memutuskan untuk pembatalan perolehan atas faktor risiko tertentu.

Katanya, rakyat negara ini diharap tidak perlu bimbang kerana kerajaan akan membuat penilaian semula berdasarkan data dan rekod terkini dari seluruh dunia. 






BMF..ISLE TERANCAM DIFITNAH ZAMAN PH...ZAMAN INI LEBAI BERKUASA BMF..IKLAN RAYA 22 KALI RETORIK RETORIK....KAH....IDUP DAP..IDUP DAP...INI BUKAN SALAH DAP...

 Iklan raya judi bukti kerajaan Melayu Islam hanya retorik!

Iklan raya judi bukti kerajaan Melayu Islam hanya retorik!

Kenyataan Media

𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗦𝗜 𝗝𝗨𝗗𝗜 𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗛 : 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗜𝗞 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗡

Tidak cukup dengan cabutan judi daripada 8 ke 22 kali, nampaknya promosi judi juga semakin hebat di zaman kerajaan PN melalui iklan online pula.

Promosi juga sudah terang benderang memfokuskan sasaran kepada golongan orang Melayu dan Islam apabila iklan berbahasa Melayu dengan para pelakon juga berpakaian baju Melayu dan bertudung sempena hari raya.

Rakyat terutama orang Melayu dan Islam sangat sensitif akan perkara ini kerana sememangnya judi adalah perkara haram dalam agama Islam. Judi online juga dilaporkan banyak menjadi punca pertikaian dan masalah rumahtangga.

Malang bagi kita di bulan Ramadan yang mulia ini, promosi judi meluas seolah-olah tiada lagi menghormati sensitiviti umat Islam dan bulan mulia. Menteri Belia dan Sukan juga pernah dalam suatu tweet beliau satu ketika dahulu seolah-olah menggambarkan bahawa judi online ini suatu kebiasaan di kalangan anak muda.

Sudah lah anak-anak muda hari ini terkesan dengan pendapatan yang tidak mencukupi, promosi judi pula semakin galak saban hari. Kerajaan PN yang mempunyai ramai menteri kabinet nampaknya terus menerus tidur dalam kesenangan tanpa mempedulikan normalisasi halus budaya merosakkan ini.

Kerajaan Melayu Islam terbukti lagi hanya retorik kosong yang melemahkan minda orang Melayu, dikala promosi judi offline dan online terus menerus bahkan tanpa segan silu mensasarkan orang Melayu Islam. Bulan Syawal yang mulia bagi umat Islam juga telah dijadikan kesempatan promosi budaya merosakkan ini.

Rakyat harus bijak menilai apakah kerajan PN ini benar-benar memperjuangkan agenda Melayu Islam, atau sekadar modal politik mereka bagi terus berkuasa, itu pun secara tanpa keabsahan dan khianat.

Mohd Saifullah Abd Nasir
Setiausaha AMANAH Pulau Pinang
16 April 2021




Zaman Pas memerintah, judi boleh kempen dalam lagu raya

 


Zaman Pas memerintah, judi boleh kempen dalam lagu raya


Pemuda AMANAH Negeri Perak berasa sangat marah ekoran penularan lagu raya yang berunsur judi online di beberapa platform sosial media baru-baru ini.

Sesungguhnya tindakan tersebut mencemari kesucian bulan Ramadan yang mana Allah menjanjikan pengampunan kepada sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan amal-amal yang soleh.

Dalam hal ini, Pemuda AMANAH Negeri Perak sentiasa mengalu-alukan mana-mana karyawan untuk berkarya dalam mengembangkan kreativiti masing-masing.

Walaubagaimanapun penerbitan lagu raya berunsur judi online ini sangat tidak boleh diterima akal dan menyinggung hati umat Islam keseluruhan.

Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak mendesak agensi berkaitan seperti Polis dan Kementerian Komunikasi dapat mengambil tindakan segera bagi membendung penyebaran lagu raya tersebut seraya membanteras aktiviti judi online dari terus berleluasa.

Semoga Ramadan kali ini dapat diisi dengan amalan yang soleh agar kita semua dapat berjumpa dengan Lailatul-Qadr (satu malam yang lebih baik dari seribu bulan).

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Perak
15 April 2021




KAH..KAH...KAH...ISLE TERANCAM...SELAMA INI MAIN WAYANG...MASA PH TAK KETAHAP INI...WOIII....BARU SEDAR KAH....22 KALI TAMBAH IKLAN RAYA...KAH..

 


KAH..KAH..KAH...CIKGU...CIKGU JAWATAN KECIK SAHAJA...MANA DIA LEBAI HADI...KAH...HADI DIAM SEBAB  BERJAYA TARIK PELABUR DARI ARAB...


Iklan judi raya: Setelah dikecam teruk, akhirnya Pemuda Pas muncul

Iklan judi raya: Setelah dikecam teruk, akhirnya Pemuda Pas muncul

Tarik Balik Iklan Judi GDBET333 Hari Raya.

Saya meneliti kandungan video iklan Raya daripada GDBET333 yang tersebar di media sosial. Saya merasakan ia amat tidak wajar dan mencabar kemuliaan agama Islam. Iklan ini disebarkan di saat umat Islam sedang menunaikan ibadah Ramadhan.

Video ini secara jelas mengajak umat Islam untuk terlibat dengan perjudian. Para pelakon pula dibarisi oleh orang-orang muda dari kalangan orang Melayu. Ia jelas mempergunakan orang Melayu untuk keuntungan perniagaan mereka. Secara tidak langsung syarikat ini sedang mencalar kesucian Bulan Ramadhan yang merupakan bulan penumpuan untuk kita melakukan amal ibadat.

Justeru, saya mengharapkan iklan ini ditarik balik dan pihak Syarikat memohon maaf di atas ketelanjuran menerbitkan iklan ini. Pihak SKMM dan Kerajaan perlu bertindak segera. Semoga perkara ini tidak berulang lagi dan semua pihak hendaklah sentiasa menjaga sensitiviti agama-agama yang ada di negara ini.

Cikgu Mohd Ariff Abdullah
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.






INI SEMUA SALAH DAP !!!!....BMF MANA DIA....WOIIII BMF KELAUT...KAH..KAH...KAH.....PADAN MUKA ....KAH...ORANG ULU TEMBELING MAKAN DAUN HUTAN...

 


Bukan hanya ayam, sayur pun naik! Keluh rakyat

Bukan hanya ayam, sayur pun naik! Keluh rakyat

Belum sempat isu harga ayam yang melambung tinggi selesai, pengguna dikejutkan pula dengan harga sayur-sayuran yang naik mendadak sejak, semalam.

Tinjauan ke Pasar Cabang Tiga di sini mendapati harga sayur sawi dan salat kerinting naik mendadak kononnya kerana permintaan yang tinggi sekali gus menyebabkan penawaran sayur itu berkurangan.

Sawi dijual pada harga RM7 sekilogram berbanding RM4 sebelum ini manakala salat kerinting daripada RM4 sekilogram kini meningkat sehingga RM15 sekilogram dan tomato naik RM1 iaitu daripada RM4 kepada RM5 sekilogram.

Peniaga, Siti Khatidah Muda, 46, dari Kampung Bukit Payung, berkata bukan bidang kuasa peniaga untuk menetapkan harga sayur-sayuran yang dijual itu.

“Kami terima daripada pembekal dengan harga yang sudah tinggi justeru mustahil untuk kami mengekalkan harga seperti biasa. Mahu atau tidak terpaksa menjual sayur-sayuran berkenaan pada harga yang sepatutnya sesuai dengan keuntungan yang wajar kami peroleh iaitu RM1 hingga RM2 untuk sekilogram.

“Kami bukan dapat untung besar, hanya RM1 hingga RM2 sahaja malah ada beberapa jenis sayur hanya sedikit keuntungan bersih yang diperoleh,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambahnya, sayur-sayuran lain seperti cili, bayam, timun, petola dan lobak masih kekal dan tiada kenaikan atau penurunan harga sejak Ramadan.

Akibat harga yang meningkat, jualan sayur-sayuran kurang memberangsangkan dan sering tidak habis berbanding biasa. Selepas lebih 20 tahun berniaga, jualan pada Ramadan kali ini paling teruk merosot.

Mohamad Syafiq Mohd Rizal, 25, dari Kampung Wakaf Beruas pula berkata, sawi dan salat kerinting ialah sayur yang paling tinggi permintaannya berbanding sayur lain.

“Belum sempat jam 12 tengah hari, salat kerinting sudah habis terjual biarpun harganya meningkat.

“Jika diikutkan sambutan dan jumlah jualan tidak meriah pada Ramadan kali ini malah faktor banyak kedai makan yang tidak beroperasi menjadi penyebab utama jualan sayur-sayuran merudum,” katanya.