Dr Michael Teo tidak rela dijual beli, tetap percaya kepada Anwar

 



Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng hari ini tampil menegaskan bahawa beliau tetap berprinsip dan teguh bersama parti KEADILAN dan menyokong penuh pimpinan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penegasan itu dibuat selepas beliau mengakui ditawar beberapa kali untuk keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

"Sejak beberapa bulan yang lalu saya sudah diajak beberapa kali untuk lompat parti dan mengkhianati Anwar.

"Saya telah ditawarkan pelbagai tawaran oleh pihak tertentu yang berusaha meruntuhkan proses demokrasi di negara kita melalui kerajaan pintu belakang.

"Walaubagaimanapun, pendirian saya tetap kuat dan berprinsip dan saya tidak bersedia untuk dijual beli oleh mana-mana pihak.

"Sudah 21 tahun saya pilih untuk mengikut Anwar dan perjuangan parti KEADILAN secara sukarela. Saya tetap percaya Anwar seorang pemimpin yang cukup berwibawa dalam memperjuangkan prinsip reformasi dan KEADILAN untuk semua," katanya.

Beliau juga percaya Anwar mempunyai formula untuk membawa Malaysia keluar daripada kemelut yang kini melanda negara termasuk kemerosotan ekonomi akibat pelbagai penyelewengan dan urus tadbir yang lemah yang menyebabkan kadar kemiskinan makin ketara.

"Saya percaya Anwar dapat menyatukan rakyat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama supaya kita semua dapat hidup secara aman dan harmoni, saya percaya beliau boleh membawa transformasi kepada seluruh Sarawak dan Malaysia, dari segi sosioekonomi, kesihatan, pendidikan dan pembanguan terutamanya pembangungan luar bandar.

"Rakyat golongan B40 dan desa yang tertindas sentiasa menjadi tumpuan beliau. Ini turut merupakan golongan sasaran yang menjadi tumpuan saya di Sarawak selama 50 tahun saya berkhidmat sebagai seorang doktor dan lebih 20 tahun menceburi bidang politik," katanya.

Naib Presiden KEADILAN itu juga menyokong Anwar kerana beliau telah banyak untuk memperjuangkan nasib rakyat sejak zaman 1970-an apabila beliau seorang aktivis mahasiswa di Universiti Malaya dan ditahan dibawah akta ISA kerana memperjuangkan isu rakyat yang mengalami kebuluran dalam peristiwa Baling di Kedah.

"Lebih dua dekad kemudian, apabila beliau memperjuangkan prinsip reformasi dan anti-rasuah di dalam kerajaan pada tahun 1998, beliau telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, ditangkap di bawah ISA dan dibelasah dengan teruk di dalam penjara.

"Kebebasan beliau telah dirampas selama 10 tahun apabila beliau dipenjarakan sebagai tahanan politik dan beliau mengalami pelbagai keperitan dan kesakitan dari segi kesihatan ketika itu. Isteri beliau mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah, anak beliau Nurul Izzah dan keluarga turut banyak berkorban untuk rakyat dan bertungkus lumus untuk membina parti KEADILAN selama beliau dipenjarakan sebagai tahanan politik," katanya.

Dr Michael juga menganggap terlalu ramai yang telah mengkhianati Anwar dalam tempoh 21 tahun yang lalu, namun beliau enggan menjadi salah seorang daripada mereka.

"Walaubagaimanapun, saya tidak rela tergolong dalam kumpulan pengkhianat dan akan memilih untuk kekal bersama Anwar dan KEADILAN tidak kira apa jua cabaran yang melanda.

"Saya menyeru semua penyokong dan ahli KEADILAN untuk tetap sabar dan berdiri teguh berprinsip bersama Anwar.

"Parti KEADILAN adalah parti masa kini yang sangat relevan dan parti masa depan yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat. Bersama kita dapat memenuhi aspirasi rakyat, ‘KEADILAN untuk Sarawak, KEADILAN untuk Semua’," katanya.

 

Pas nak rampas parlimen Bangi daripada DAP-hentikan lah angan angan tu...

 


Pas nak rampas parlimen Bangi daripada DAP


PAS berhasrat untuk menang di kerusi Parlimen Bangi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Atas dasar itu, Yang Di-Pertua PAS Bangi, Ustaz Haji Mohd Shafie Ngah berkata, PAS perlu bekerja dua kali ganda untuk merampas kembali daripada DAP.

“Ini kerana komposisi pengundi bukan Melayu dan Melayu hampir seimbang. 50-50. Lebih kurang begitu. 

“Di pihak PAS Bangi kita kena kerja dua, tiga kali ganda, merampas kerusi dari DAP,” katanya ketika dihubungi TV Pertiwi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, petugas PAS telah bekerja dari tahun lepas untuk menarik minat pengundi dan menawarkan khidmat semula kepada mereka, seperti mana PAS berkhidmat ketika berada dalam kerajaan negeri Selangor suatu ketika dahulu.

“Apa yang kita tawarkan kepada pengundi Bangi adalah tawaran baru untuk menjadikan Bangi lebih sejahtera. Kenal dan boleh berdamping dengan Yang Berhormat (YB) kawasan.

“Masalah yang kita hadapi hari ini adalah tidak berjumpa dengan YB kawasan. Jadi mana-mana pergi soalannya sama, mana pergi YB dan kenapa langsung tak nampak muka. 

“Sama ada ketika menjadi timbalan menteri ataupun sekarang bukan timbalan menteri,” katanya

Ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru, Shafie bagaimanapun menolak pandangan itu.

“Mengikut rancangan, sekarang tidak akan berlaku tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN).

“Mungkin hanya dari pihak Bebas yang cuba menarik sedikit sebanyak undi kepada mereka.

“Secara dasarnya persefahaman kami mungkin tak akan berlaku tiga penjuru antara parti-parti besar di Bangi,” katanya.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Bangi dimenangi Dr Ong Kian Ming (DAP), mengalahkan calon PAS, BN dan Parti Rakyat Malaysia. 

Dahulu Parlimen Bangi dikenali sebagai Parlimen Serdang namun ditukar pada 2018. 




‘Jelas, suntikan fiskal RM11 bilion Pemerkasa tidak mencukupi’

 

Oleh B. Suffian

Suntikan fiskal RM11 bilion di bawah Pemerkasa tidak mencukupi untuk menghidupkan semula ekonomi, tegas mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, apa yang diperlukan adalah pemangkin ekonomi sebesar RM45 bilion.

Menurutnya, Tan Sri Muhyddin Yassin perlu menyemak semula angka-angka ekonominya jika percaya bahawa Pemerkasa adalah mencukupi untuk menghidupkan semula ekonomi.

“Bagaimana dengan suntikan fiskal sekadar RM11 bilion mampu menarik Malaysia keluar daripada kemelesetan ekonomi…

“(Ini) apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup sebanyak 5.6 peratus pada 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Muhyiddin nampaknya lupa bahawa pakej rangsangan ekonomi Prihatin, Belanjawan 2021 serta pakej rangsangan Permai telah dilihat sebagai tidak berkesan.

Beliau menjelaskan, ini sama ada untuk mengelakkan kemelesetan ekonomi ataupun penurunan penarafan kredit antarabangsa Malaysia oleh Fitch Ratings.

Tambahan pula, jelasnya, kerajaan PN telah tersasar daripada sasaran pengangguran, pertumbuhan KDNK dan defisit belanjawan mereka sendiri.




PEMIMPIN PATUT BELAJAR DARI KISAH PAK KADUK


Purchasing Power Parity (PPP) atau Pariti Kuasa Beli ialah amaun barang keperluan yang boleh dibeli di dalam sesebuah negara dengan wang yang dihasilkannya. Malangnya, dalam tahun 2050, firma perakaunan yang terkenal itu mengekalkan Malaysia di tangga 24, di belakang Bangladesh.



RENTASAN 849 | USAHA SINGKIRKAN KPN DIDALANGI GENG KARTEL POLIS KINI DID...



MENARIK DALAM RENTASAN 849
1. INGAT BERI AIR SELUT ITU BUKAN PERBUATAN KEJI? 2. PEMIMPIN PATUT BELAJAR DARI KISAH PAK KADUK 3. KARTEL POLIS? BIAR BETUL! 4. BN ‘GILA’ NAK PANTAU PN



Selangor lancar buku Arif Belanja untuk generasi muda rancang kewangan

 


Kerajaan Negeri Selangor melancarkan buku bertajuk, Arif Belanja bagi memberi kesedaran kepada generasi belia negeri itu mengenai kemahiran mengurus kewangan dalam suasana pandemik Covid 19.



Bagi Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, buku itu bermanfaat kepada golongan muda untuk merancang perbelanjaan dan mengelakkan situasi berhutang atau terlebih berbelanja.



"Hari ini kita melancarkan buku Arif Belanja sebahagian daripada kempen kesedaran pengguna berkenaan pengurusan kewangan.



"Kita telah mengedarkan buku pengurusan kewangan kepada golongan sasar, iaitu golongan muda. Kita melihat golongan muda di Selangor antara mempunyai pendapatan yang baik tetapi dalam masa sama kita perlu memberi pendidikan pengurusan kewangan supaya mereka tidak terjebak dalam masalah muflis atau salah urus kewangan sedia ada.



"Diharapkan dengan adanya kempen ini akan dapat memberi kesedaran kepada rakyat negeri selangor khususnya generasi muda supaya mengatur perbelanjaan dan mengurus kewangan mengikut keperluan yang ada," katanya.



Buku terbitan Kerajaan Negeri itu, kata Zawawi akan diberi secara percuma dan pengedaran dilakukan melalui pejabat DUN serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).



"Kita cetak 1,000 nashkah dan akan tambah lagi jumlah ini. Kita sasarkan mungkin 10,000. Agihan melalui pejabat DUN dan juga PBT kerana ini rangkaian yang baik untuk kita menyampaikan mesej Kerajaan Negeri kepada kumpulan sasar.



"Sebelum ini kita rancang melalui masjid dan surau, kerana pandemik jumlah yang hadir terhad. Oleh itu, kita merasakan melalui PBT pendekatan lebih baik," katanya lagi.

 

Hakim tarik diri, rayuan Anwar terhadap saman berkaitan pengampunan ditangguh

 


Bernama
Hakim tarik diri, rayuan Anwar terhadap saman berkaitan pengampunan ditangguh
Anwar memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula itu atas alasan Khairul Azam tidak mempunyai locus standi, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin telah menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan saman seorang peguam berhubung kesahan pengampunan diraja yang diperoleh bagi sabitan kes liwatnya.
Susulan itu, pendengaran rayuan tersebut hari ini di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah ditangguhkan.
Nor Bee yang mempengerusikan panel itu berkata, pada 2016, beliau telah membuat keputusan dalam permohonan semakan kehakiman Anwar dan keluarganya terhadap Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata, isu kebolehbicaraan keputusan Lembaga Pengampunan dirujuk dalam kes itu dan keputusan telah dibuat dan menambah bahawa permohonan Anwar bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman ditolak atas alasan perkara tersebut tidak dapat dipertahankan.
Katanya, dalam rayuan di hadapan panel itu, individu yang berjaya memperoleh pengampunan ialah Anwar.
"Berdasarkan perkembangan ini, saya tidak akan mendengar kes ini dan satu tarikh akan ditetapkan untuk pengurusan kes," katanya.
Hakim S Nantha Balan dan Datuk Lee Heng Cheong turut bersidang dalam prosiding yang dikendalikan menerusi aplikasi Zoom.
Nor Bee juga berkata, penangguhan pendengaran kes itu di Mahkamah Tinggi akan dilanjutkan sehingga rayuan selesai.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah, yang mewakili Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, individu yang memfailkan saman terhadap Anwar dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengemukakan permohonan agar Nor Bee menarik diri daripada mendengar rayuan itu.
Bagaimanapun, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar tidak membantah Nor Bee mempengerusikan panel itu untuk mendengar rayuan tersebut.
Pada 21 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula itu selepas memutuskan Mohd Khairul, yang juga seorang peguam, mempunyai locus standi dalam memulakan saman itu kerana beliau adalah masyarakat umum dan berkelayakan sebagai peguam.
Anwar, yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula itu atas alasan Khairul Azam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman tersebut, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Mohd Khairul Azam, yang memfailkan saman itu pada 26 Februari tahun lepas, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Beliau mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.
Dakwanya pada ketika itu Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baru.
Anwar telah dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.
Peguam Datuk M. Reza Hassan turut mewakili Mohd Khairul Azam, J Leela mewakili Anwar manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan hadir bagi pihak Lembaga Pengampunan. - Bernama

MAJLIS PRESIDEN PH BERTEMU WAKIL-WAKIL KEDUTAAN ASING MINGGU DEPAN

KETIADAAN HADI DIKAITKAN DENGAN VISA DAN BERKAITAN DENGAN PENGGANAS.???....KERAJAAN PERLU JELASKAN

 

Ketiadaan Hadi dalam rombongan PM ke UAE, Arab Saudi timbulkan tanda tanya

Pemimpin Amanah Khalid Samad berkata, sebagai duta khas ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang sepatutnya berada di barisan hadapan dalam rombongan perdana menteri ke UAE dan Arab Saudi.

PETALING JAYA: Ketika lawatan rasmi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, ketiadaan seorang individu disedari.

Tidak nampak sama sekali batang hidung Abdul Hadi Awang, duta khas perdana menteri ke Timur Tengah, dan ini menimbulkan tanda tanya.

Mengapakah seorang pegawai penting bertaraf menteri dipinggirkan daripada rombongan itu apabila beliau sepatutnya berada di barisan hadapan dalam lawatan rasmi Muhyiddin selama seminggu itu?

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, kecoh di media sosial berkenaan hal ini dengan pelbagai teori diutarakan, dan ini trend tidak sihat buat hubungan Malaysia dengan negara di rantau itu.

Salah satu spekulasi menyatakan bahawa UAE tidak mahu memberikan Hadi visa dengan alasan beliau menganggotai organisasi Islam yang masih disenaraikan sebagai pengganas oleh beberapa negara di rantau itu.

“Tidak adil kita membuat tuduhan liar, tetapi kerajaan tidak sepatutnya mengabaikan persoalan yang dibangkitkan (mengenainya).

“Penting bagi pejabat perdana menteri menjelaskan perkara tersebut dan menghentikan perdebatan yang tidak sihat di media sosial.

“Jika benar visa (buat Hadi) tidak diberikan atas alasan ini, kerajaan mesti berterus terang dan memaklumkan rakyat tentang hal sebenar,” kata Khalid kepada FMT.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, sekiranya Hadi sememangnya tidak dibenarkan berkunjung ke beberapa negara di rantau itu, maka lantikannya sebagai duta khas ke Timur Tengah sia-sia.

Terdahulu dilaporkan Hadi pernah dilantik sebagai naib presiden sebuah organisasi Islam berpangkalan di Qatar, iaitu Kesatuan Sarjana Islam Antarabangsa (IUMS)

Organisasi itu diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh empat negara Teluk yang antikeganasan, iaitu Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain.

Laporan itu turut menyifatkan entiti tersebut sebagai organisasi yang mempromosikan keganasan menggunakan retorik Islam sebagai samaran kepada kegiatan mereka mendukung pelbagai aktiviti pengganas.

PAS dan Hadi sebelum ini menafikan dakwaan itu, dengan menyatakan Malaysia tidak menyenaraikan organisasi itu sebegitu.



Bila kerajaan PN membunuh ekonomi dengan PKP

 


Bila kerajaan PN membunuh ekonomi dengan PKP


2 hari lepas, Baca kenyataan Kementerian Kesihatan, Kata mereka rentas Negeri perlu diteruskan ssekurangnya sehingga Mei.. Semalam PM tebuk atap kata, Tidak ada lagi PKP selepas ini.. Malangnya Ketika dia sebut tu, Kerajaan sendiri telah Membunuh Ekonomi..

Sejak awal aku tulis, Tidak perlu PKP..Yang Perlu hanya menutup aktiviti rentas Negeri dan Daerah begitu juga aktiviti sosial.. Sebab Kes terlalu tinggi, Mustahil melandaikan kes dalam tempoh singkat.. Dan akhirnya Kerajaan Mengakui hanya kawal rentas Negeri dan Daerah..

Tetapi apakah hari ini perlu terus tutup Sempadan Negeri..Tidak perlu, Kerajaan boleh berikan kebenaran secara terkawal, terutama bagi urusan Perniagaan atau Pelancongan.. Kerajaan boleh kawal pergerakan rakyat atas jumlah dan kapasiti mengikut Lokaliti tertentu, Seperti kawasan Pelancongan seperti Langkawi..

Tapi apa boleh buat, Segalanya sudah terlambat.. Banyak Perniagaan Sudah ditutup..ramai yang hilang Pekerjaan.. Apa yg berlaku, Yang hilang Pendapatan anya bergantung dengan Pengeluaran I-Lestari dan Sinar..Itupun kalau ada KWSP..

Perlaksanaan PKP 2.0 Bagi aku antara tidakan paling Bodoh dari Kerajaan.. Macam bodohnya Makan kena bungkus, Makan 2 orang pun tak boleh..Tiba tiba boleh bebas terus duduk ramai ramai satu meja..Tiba tiba PKP dengan PKPB takda beza..

Nak kritik Dharurat karang karang kena dakwa pulak.. Tapi Tun kata, Dharurat kononnya untuk Covid-19 satu Pembohongan.. Tun lah kata..

Ipohmali




Pemimpin UMNO tempelak Rais Yatim, hujah macam budak SPM

 

Pemimpin UMNO tempelak Rais Yatim, hujah macam budak SPM

Hujah Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim untuk menolak Undi 18 “kebudak-budakan,” tempelak Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.

Malah Isham berkias membayangkan kedangkalan alasan yang dilontarkan ahli majlis tertinggi Bersatu itu.

“Jika jawapan seperti ini diberi dalam kertas soalan SPM, tentunya Tan Sri Rais akan gagal,” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.

Isham mengulas laporan portal dalam talian MalaysiaGazette yang memetik Rais berkata Undi 18 bukan setakat “menyusahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi mengelirukan ibu bapa.”

“Seorang yang berumur 18 tahun bermakna habis tingkatan lima sahaja dah boleh mengundi.

“Cuba bayangkan di dunia Malaysia, di dunia barat jangan bawa,” kata Rais menjelaskan tidak perlu mengikut langkah negara-negara lain.

“Soalnya adakah ini budaya kita? Ibu bapa dah bersediakah?

“Anak baru keluar tingatan lima terus hendak nak jadi ahli politik. Ini tidak mungkin,” kata Rais.

 

Menyanggah hujah veteran Bersatu itu, Isham menegaskan Undi-18 itu berkenaan kelayakan orang muda berumur 18 tahun untuk mengundi atau untuk mereka menjadi pengundi, ia bukan usul untuk mereka berpolitik atau menjadi ahli politik.

“Di Malaysia sekarang ada lebih kurang 15 juta pengundi, hampir semua (atau 99 peratus) daripada mereka bukanlah ahli politik atau sibuk berpolitik walaupun mereka mengikuti perkembangan politik.

“Jadi pengundi tidak bermaksud jadi ahli politik,” katanya.

Isham juga berkata Undi 18 perlu dibenar, malahan digalakkan.

“Kerana mereka adalah pemegang taruh terbesar ke atas dasar-dasar kerajaan yang memberi kesan kepada mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang sehingga mereka berumur 23 tahun,” katanya.

Macam mana nak percaya Rais perjuang Melayu?

Jelasnya, jika anak muda tidak dibenarkan mengundi, ia adalah “suatu penganiayaan atau ketidakadilan besar kepada mereka.”

“Lebih dua pertiga atau 5 juta daripada (8 juta pengundi muda baru berumur 18 tahun) adalah pengundi muda Melayu.

“Bagaimanakah kita hendak percaya yang Rais Yatim dan partinya Bersatu ini kononnya ingin memperjuangkan hak orang-orang Melayu jika mereka tidak benarkan berjuta-juta anak muda Melayu untuk mengundi,” soal Isham.

Untuk rekod Undi 18 membolehkan warganegara berusia 18 tahun dan ke atas layak mengundi. Melalui inisiatif digerakkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu pendaftaran juga berlaku secara automatik.

Seramai 211 ahli parlimen daripada 222 anggota Dewan Rakyat mengundi menyokong usul meluluskan rang undang-undang itu pada 16 Julai 2019, sebelum diluluskan pula – dengan majoriti dua per tiga – oleh Dewan Negara 10 hari kemudian.

Apabila Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Rais hari ini berkata dia tidak mengelirukan apa-apa mengenai undang-undang berkaitan Undi 18.

“Tetapi saya juga berdiri teguh di belakang sentimen ibu bapa yang banyak mengeluh, mengatakan adakah ini satu tindakan yang logik dalam konteks perjuangan kita di Malaysia,” katanya

Rais menyebut mengenai Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan mengenai perjalanan kuasa mengubal undang-undang.

Menurutnya, satu huraian baru mengenai RUU Undi 18 “harus diperlihatkan.”

“Yang di-Pertuan Agong setakat ini setahu kami belum lagi menandatangani undang-undang ini, apakah ertinya ini,” soalnya.

Bagaimanapun, Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan jika satu-satu RUU tidak diperkenan Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 30 hari, maka ia boleh dikuatkuasakan.

Kata Rais lagi, antara usia 21 tahun dan 18 tahun, ada tempoh hanya tiga tahun sahaja.

“Apa salahnya kita tunggu sekejap sehingga mereka matang dan dapat berfikir dan ibu bapanya pun ada lunas ke mana menjurus hendak pergi,” jelasnya.



Kerjasama UMNO-DAP: Dalam politik apa saja boleh berlaku, kata Anthony

 


Kerjasama UMNO-DAP: Dalam politik apa saja boleh berlaku, kata Anthony


Tidak timbul isu sama ada DAP sanggup bekerjasama dengan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang mengambil faktor UMNO bukanlah lawan tradisi DAP di kerusi-kerusi yang ditandingnya.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, mengambil kira perkara tersebut, pertembungan DAP dengan UMNO adalah sangat minimum.

Sehubungan itu, katanya, jadi sama ada akan berlaku kerjasama di antara kedua-dua parti itu tidak timbul.

“Kalau kita lihat kerusi yang ditandingi DAP setakat ini, mengikut pilihan raya lepas bertembung dengan UMNO hanya satu kerusi iaitu Cameron Highlands. Kebanyakan kerusi lain, kita tidak bertembung dengan UMNO.

“Musuh dan lawan tradisi kita ialah calon daripada MCA, Gerakan, SUPP di Sarawak dan MIC. Jadi, pertembungan kita dengan umno itu amat minimum. Persoalan adakah DAP sanggup kerjasama dengan UMNO, itu tidak timbul, sebab kerusi kita tidak bertindih dengan UMNO. Dari segi Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO, itu kita belum bincang, saya tak pasti,” katanya.

Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian dalam temu bual bersama Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan dalam Program Khas Ulang Tahun ke-55 DAP, ‘Muhibah’ yang disiarkan di Facebook DAP, malam tadi.

Bagaimanapun, tegas beliau, tiada perbincangan antara DAP dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), namun mengakui apa juga boleh berlaku pada masa hadapan.

“Adakah kerjasama itu boleh dibentuk selepas pilihan raya? Dinamik politik hari ini ia berubah, tidak ada sesiapa yang boleh katakan bahawa sesuatu itu tidak akan berlaku, langsung tidak akan berlaku, siapa yang boleh katakan itu? Tiada sesiapa.

“Sebab politik itu adalah seni yang berkemungkinan, kalau keadaan memerlukan bahawa semua parti kena kerjasama demi satu kerajaan yang stabil dan kukuh maka ia perlu dibincangkan. Sampai masanya ia perlu dibincangkan, namun menjawab soalan adakah DAP, UMNO sudah berbincang dalam PRU-15, jawapannya tidak,” katanya.

Jelasnya lagi, pendirian DAP adalah jelas bahawa tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pimpinan ataupun ahli Parlimen yang telah disabitkan dengan kesalahan dan digelar sebagai kleptokrat.

“Tetapi adakah kita tidak ada langsung kerjasama dengan UMNO, itu pun tidak betul sebab di Perak kita ada perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dengan UMNO, itu merupakan bentuk kerjasama. Di negeri Johor ada satu kerjasama tak rasmi juga bahawa kita bersedia untuk memberikan sokongan kepada kerajaan.

“Kalau kita lihat dalam konteks kerjasama itu, ia sudah wujud di Perak dan Johor sudah wujud. Ada kerjasama itu, tetapi adakah kerjasama itu rasmi? Ia boleh kata rasmi, boleh kata tidak rasmi, sebab dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) memang ada kerjasama tersebut, ada terjalin khususnya di negeri Perak,” katanya. 



ANTARA PELABUR EKONOMI DAN PELACUR POLITIK



Reuters memetik Pengurus Bank Dunia untuk Malaysia, Firas Raad sebagai berkata pembaharuan akan menghidupkan semula kepercayaan pelaburan Malaysia dan meningkatkan pertumbuhan. “Sementara negara-negara lain berlari dengan laju ke status negara berpendapatan tinggi dan maju, Malaysia hanya berjogging dengan perlahan sahaja,” kata Firas Raad, seperti dipetik.







Panas! Khairy tempelak Najib

 


Panas! Khairy tempelak Najib

Di sebalik persoalan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jumlah vaksinasi yang rendah, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, Najib telah membatalkan temu janji vaksinasi yang ditetapkan pada 6 Mac 2021 di Dewan Canselori, Universiti DRB Hicom, Pekan.

“Dalam pada Datuk Seri (Najib) mempersoalkan jumlah yang rendah ini, saya turut difahamkan Datuk Seri telah membatalkan janji temu vaksinasi yang ditetapkan,” katanya menerusi ruangan komen di hantaran Facebook Najib.

Menurutnya, kerajaan menyasarkan jumlah vaksinasi harian sehingga 160,000 pada pertengahan tahun iaitu Fasa Ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) apabila lebih banyak bekalan diterima.

“Sebelum ini saya telah beberapa kali menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri berkaitan jumlah vaksinasi harian tapi nampaknya, penjelasan saya mungkin tidak berjaya memuaskan hati Datuk Seri,” katanya.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, satu taklimat berkenaan vaksinasi akan diadakan kepada ahli Dewan Rakyat pada minggu hadapan.

“Surat jemputan telah pun dihantar dan disahkan telah diterima oleh pegawai Datuk Seri.

“Surat jemputan menerusi e-mel serta WhatsApp kepada pegawai Datuk Seri juga telah dihantar.

“Jadi saya berharap Datuk Seri dapat hadir pada hari tersebut dan boleh terus memberi pandangan atau lontarkan persoalan berkenaan PICK ini,” katanya.

Dalam pada itu Khairy turut berterima kasih kepada Najib yang sentiasa memberi teguran dan pandangan bagi memastikan PICK dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Pada masa yang sama, saya berharap Datuk Seri juga dapat membantu menggalakkan pendaftaran vaksinasi lebih-lebih lagi kepada rakyat di daerah Pekan memandangkan buat masa ini, hanya 13,020 orang penduduk (bersamaan 14.4 orang per kapita) di daerah Pekan yang telah mendaftar.

“Jangan tulis dan promosi di FB sahaja tapi turun juga di kawasan untuk menggalak dan membantu pendaftaran,” katanya.

Tambahnya, hanya dengan pendaftaran yang tinggi akan memungkinkan PICK berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

Najib dalam hantarannya menyifatkan kadar pemberian dos vaksin Covid-19 di negara ini masih rendah.

“Setakat semalam (Selasa), Malaysia telah berjaya memberi 321,331 dos vaksin sejak Program Vaksinasi negara bermula sejak 3 minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, kadar itu bersamaan dengan 22,138 dos sehari ataupun 0.07 orang bagi setiap 100 penduduk Malaysia.






ELEH....PAS DOK KAPIRKAN UMNO BERAPA ABAD, UMNO TAK KISAH PUN

 PAS mengakui kecil hati digelar pelacur

PAS mengakui kecil hati digelar pelacur

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang itu jika dilayan boleh mencetuskan lebih banyak ketegangan.

Malah katanya, kenyataan itu mungkin satu bentuk provokasi supaya Pas melenting dan bertindak balas, sekali gus merobohkan hubungan baik dengan UMNO.

“Jadi baik kita duduk rileks, orang dalam rumah tangga bila isteri berleter suami diam. Kalau dua-dua berleter dia bertumbuk.

“Biar dululah, kenyataan itu mungkin keluar kerana dia (Tengku Razaleigh) dalam keadaan marah, macam dalam rumah tangga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Timbalan Menteri Besar merasmikan majlis pecah tanah Kompleks Pengilangan OTC I Medikel Pharma Holdings Berhad di Seksyen 44, di sini hari ini.


Turut hadir Presiden I Medikel Pharma Holdings Berhad, Yusmat Mamat dan Pengarah Mara negeri, Abdul Wahab Yusoff.

Mengulas PKR bakal bekerjasama dengan UMNO, Mohd. Amar berkata, perkara itu setakat ini hanya khabar angin dan beliau berharap pemimpin UMNO matang serta bijaksana dalam membuat keputusan.

“Setakat yang saya tahu, majoriti pemimpin dan ahli UMN berasakan mereka perlu berada bersama Pas dan Bersatu.

“Jadi kita harap pendirian majoriti ini diambil kira sebelum UMNO membuat sebarang keputusan,” katanya.

Terdahulu Mohd Amar dalam ucapannya berkata, sejajar dengan situasi pandemik yang melanda dunia, kerajaan Kelantan mengalu-alukan kesudian pihak I Medikel Pharma Holdings Berhad membangunkan industri farmaseutikal di negeri ini.

“Dalam konteks ini, dengan terbinanya Kompleks Kilang I Medikel ini kerajaan berharap dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih besar buat anak muda di negeri Kelantan khususnya nanti.

“Dengan peluang besar yang I Medikel sediakan ini, maka selepas ini diharapkan anak muda yang mencari rezeki di perantauan dapat pulang menabur budi di tanah kelahiran,” katanya. – Utusan


MANA HANG TAU..DULU HANG PUN DOK BEDAL UMNO SIANG MALAM....SEKARANG AMACAM

 


PAS kata mustahil UMNO ‘kahwin’ PKR

PAS kata mustahil UMNO ‘kahwin’ PKR

PAS yakin UMNO tidak akan bekerjasama dengan PKR walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemungkinan kerjasama kedua-dua parti itu akan berlaku.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sejarah membuktikan apa yang dikatakan oleh Anwar sebelum ini banyak yang kurang tepat.

Katanya, dakwaan Anwar itu hanyalah sebagai usaha pecah dan perintah yang sering digunakan oleh pembangkang.

“Boleh percaya ke cakap Ketua Pembangkang. Sejarah membuktikan Ketua Pembangkang bercakap banyak yang kurang tepat. Apa yang dibuat oleh Ketua Pembangkang adalah usaha pecah dan perintah.

“Itu adalah kaedah pembangkang sebab dulu pun saya pembangkang kita buat begitu. Taktik biasa sebenarnya dan PAS tegaskan kita perkasakan Muafakat Nasional (MN) dan kita pertahankan Perikatan Nasional (PN), kita mahu dua parti yang besar iaitu PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama untuk gagasan rakyat Malaysia dan Malaysia Prihatin,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Persatuan Pekilang Panel Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), di kementeriannya, di sini, tadi.

Mohd Khairuddin berkata, beliau yakin kerjasama itu tidak akan berlaku kerana UMNO dan PAS sudah muafakat menerusi MN serta sudah menandatangani piagamnya pada 14 September 2019.

“Kita setiap dua minggu sekali adakan mesyuarat perundingan di peringkat induk antara PAS dan UMNO. Minggu depan hari Rabu akan adakan satu lagi mesyuarat.

“Ia akan membabitkan 12 individu masing-masing merangkumi AJK PAS Pusat tertinggi dengan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Timbalan, Naib Presiden, ketua penerangan, ketua pemuda akan bermesyuarat untuk memperkasakan MN,” katanya.

Ketika ditanya pendapatnya sekiranya jalinan kerjasama itu berlaku, Mohd Khairuddin menegaskan perkara itu tidak akan berlaku.

“Takkan berlaku (kerjasama antara PKR dan UMNO), InsyaAllah. Tidak ada sekiranya,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Anwar yang juga Presiden PKR,tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.

Beliau dilaporkan berkata, kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen daripada UMNO serta ia akan menjadi kenyataan jika parti terbabit tekad memutuskan hubungan dengan BERSATU.

Bagaimanapun, Anwar berkata, masih terlalu awal untuk beliau memperinci inti pati perbincangan bersama pemimpin UMNO.