JANGAN MAIN MAIN DENGAN QODHO SOLAT


Kalau kita banyak meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan keatas kita setelah baligh sejak zaman jahil kita, mulakan sekarang dan jangan bertangguh untuk qodho solat yang kita tinggalkan disamping bertaubat, kerana meninggalkan solat fardhu adalah dosa besar yang berterusan dan bertali arus sampai mati jika kita tidak bertindak dengan segera untuk menghentikannya.


Untuk menghentikan dosa besar dan untuk  diampuni Allah dosa besar ini, kita wajib bertaubat dengan taubat nasuha. Yakni taubat yang sungguh sungguh. 


Antara syarat taubat yang wajib kita buat adalah insaf dan berazam supaya kita tidak akan meninggalkan solat fardhu lagi. Kemudian mengqodho’ semua solat solat fardhu yang pernah ditinggalkan dahulu walau pun bertahun tahun lamanya.


Andai dulu kita solat fardhu tanpa ilmu dan hanya mengikut ngikut orang saja [taklid] maka mulakan belajar fardhu ain. Perbaiki setiap inci dari hukum hakam solat itu dari mula bersuci seterusnya kepada solat itu sendiri.


Ini penting, kerana berkata ulama’, beramal tanpa ilmu, amal tertolak. 


Ini bukan bermakna kena khatam ilmu dulu baru bersolat. Tidak begitu. Bersolatlah seperti biasa disamping kita belajar. Orang yang belajar disamping beramal, walau pun silap tidak dikira dosa. Dan amalnya inshaa Allah diterima Allah.


Orang yang banyak meninggalkan solat fardhu, janganlah membuang masa untuk bersolat sunat, kerana mengqodho’ solat fardhu itu lebih penting lagi sebagai tanda taubat kita. 


Solat fardhu yang diqodho’ ini berganda pahalanya berbanding solat sunat. Malah solat fardhu yang pernah kita tinggalkan tanpa qodho’ akan disoal sekiranya kita tidak lakukannya tetapi solat sunat tidak disoal malah akan tertolak solatnya andai solat fardhu qodho itu masih tidak diganti.


Apalah makna kita buat solat sunat yang tidak mendatang siksa tetapi meninggalkan solat qodho yang fardhu yang menjadikan kita disiksa dengan begitu azab diakhirat nanti.


Orang yang sibuk dengan yang sunat dan meninggalkan yang wajib itu sebenarnya telah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Syaitan ini licik terutama kepada orang orang yang jahil dan tak faham ilmu islam.


Ada orang jahil kata, qodho’ solat tak wajib. Ada khilaf. Mana khilafnya? Ittifak dan sepakat ulama’, solat yang ditinggalkan dengan sengaja adalah wajib qodho’. Bayangkan solat yang kita tinggalkan dengan tidak sengaja pun wajib qodho’, apalagilah dengan sengaja!


Ramai dikalangan kita tidak memahami dan tertipu masaalah ini kerana kejahilan dan tidak belajar ilmu fardhu ain. Dan lebih malang lagi kita menjadikan ‘ulama’ google’ sebagai panduan dan rujukan kita sedangkan asas asas fardhu ain pun kita jahil. Sedangkan dalam google itu pelbagai aliran yang salah yang tidak dapat dibezakan andai kita jahil dengan hukum hakam agama. 


Mengaji fardhu ain, adabnya wajib bertalakki bermula dari kitab akidah, feqah dan tasawuf. Kerana tanpa berguru, kita tidak akan dapat memahami ilmu itu dengan sohih dan sebaiknya. 


Ilmu fardhu ain ini sebenarnya adalah kembar kita. Ia tidak boleh dipisahkan dari hidup harian kita kerana kita kena hidup seharian dengannya sampai mati.


Untuk bertauhid dan mengenal Allah, kena ada fardhu ain. Untuk berjual beli, bekerja, makan minum, bersocial, kita kena faham hukum hukum syarak didalam feqahnya. Untuk mengenali sifat sifat hati dan menjauhi dosa dosa hati kita wajib belajar akan ilmu tasaufnya.


Bayangkan, setiap gerak kita dalam hidup ini ada hukum hakam dan dosa pahalanya seperti wajib, sunat, haram, harus dan makruh. 


Contohnya, kalau makan hukumnya harus, kalau niat kerana Allah yang kita makan itu untuk menguatkan tubuh badan untuk laksanakan ibadah, kita akan dapat pahala. Kalau tak ada niat, hanya dapat kenyang saja tanpa pahala.


Begitulah hal hal yang lain.


Pendek kata, orang yang tidak belajar ilmu fardhu ain, dirinya terdedah kepada dosa dan maksiat. Malah jika tidak belajar ilmu tauhid yang termasuk dalam fardhu ain, boleh tergelincir dan menjadi kufur kerana tidak mengenal batas batas iman dan kufur didalam percakapan, perbuatan dan iktikad nya.


Walau bahaya macam mana pun, ramai antara kita tidak kisah dan mengabaikan fardhu ain ini. Boleh tanya diri sendiri. Pernahkah aku belajar ilmu fardhu ain? Pernahkan aku belajar ilmu tauhid untuk mengenal Dzat sifat af’al dan ama’ Allah. Mengenal sifat wajib harus dan mustahil Allah. Mengenal nabi. Mengenal perkara perkara ghaibiyah dan sebagainya dalam ilmu tauhid. 


Fahamkah aku akan kalimah syahadah yang didalam nya ada nafi dan isbad untuk mengsahkan syahadah aku?


Fahamkah aku akan hukum hukum syarak yang lima itu untuk menjadi panduan dan perjalanan hidup aku?


Siapa aku sembah dalam solat aku? Allah? Siapa Allah? Atau aku hanya solat main hayun saja membilang rakaat tanpa tahu siapa yang aku sembah. Bagaimana nak khusyuk kalau tak kenal Allah. 


Jahilnya aku ya rabb. Begitu hati kita bermonolog. Mahu dibiar saja begitu sampai mati?


Allaahu … pendeknya hidup didunia ini dan panjangnya perjalanan kehidupan akhirat. Kalau kita tidak berubah dan membaiki diri, bahaya besar buat kita diakhirat nanti.


Saidina Umar al-Khattab R.A pernah berkata:


حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا


Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia.”


(Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/156)


Barakallahu feekum.



ZAMAN MADANI SYED MOKHTAR BAGI TAPI PMX BAGI OADA PETANI..., AMAN 33 BULAN BAGI JUGA TAPI MASUK KE OARTI.



 Kenapa hanya Syed Mokhtar kena bantu pesawah ???




Pertama, Syed Mokhtar ni adalah owner Bernas yang puluhan tahun monopoli import beras dari luar negara sampai hari ini ..


Sama macam Puspakom,tapi ini Bernas yang mana tiap-tiap butir beras import adalah dibawa masuk oleh Bernas .. 


Sampai hari ini hanya Bernas dibenarkan import beras,walaupun ada pihak yang kata dah ada pihak kacau Bernas nak pecah monopoli Bernas sebab Bernas milik Melayu tapi isu hanya fakta menipu sahaja ..


Kedua,mujur ada Anwar Ibrahim yang mintak Bernas bantu pesawah,zaman dulu ada yang mintak sampai RM200juta masuk akaun parti lagi rugi ..


Apa pesawah yang majoriti Melayu miskin dapat??


Ketiga kenapa Tauke Getah macam Top Glove tak bantu pekebun getah ??


Sebab dalam industri getah mana ada monopoli hanya boleh jual getah kat Top Glove atau hanya Top Glove boleh jual sarung tangan getah ..


Sini pun dah kantoi ..


Mana lebih baik,masuk akaun parti atau masuk akaun rakyat ??bagero betoi ..



CHEGU-BAD DISIASAT AKTA HASUTAN ISU KESIHATAN AGONG! SANUSI MB LATO BAKA...



Polis memanggil Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, ke Bukit Aman berhubung hantaran Facebook mengenai keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata, Badrul Hisham disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA). Rafique berkata dia akan menemani ahli politik terbabit – yang juga dikenali sebagai Chegubard – semasa pertemuan dengan pegawai penyiasat petang ini sebelum mereka akan mengadakan sidang media berhampiran pintu masuk utama Bukit Aman. Katanya Badrul Hisham dipanggil terkait hantaran yang menyebut beberapa isu kesihatan Sultan Ibrahim yang didakwa membimbangkan. Dia juga mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak dijemput ke mesyuarat pramajlis Majlis Raja-Raja Melayu pada minggu lepas. Seksyen 4(1) Akta Hasutan menetapkan kesalahan berkaitan tindakan dengan kecenderungan menghasut. Ia membawa hukuman denda maksimum RM5,000, atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Seksyen 500 dan 505(b) Kanun Keseksaan menetapkan kesalahan berkaitan fitnah dan kenyataan yang membawa kepada kerosakan awam, manakala Seksyen 233 CMA adalah ke atas penyalahgunaan kemudahan rangkaian.







KANTOI!! - HASSAN KARIM TUNJUK PANDAI - BARD & FADHLI TERSERET SAMA .

LIVE: ADA GENG MABUK KETUM KATA ERDOGAN DATANG UNTUK JUMPA TUN M,BUKAN A...

Bangsat Ketua AMK kerana anda MADANI...MASA NAK BERTANDING KEMPEN SAKAN...SEMUA SAMA..

Depa kata lepas Raya Puasa Hadi Awang jadi PM.JANGAN PERCAYA SANGAT MAKLUMAT ..LITTLE BIRD....

DUA GAGALIS

 


Menarik juga bila "gagalis duo" cuba kritik benda yang mereka sendiri tak mampu selesaikan masa jadi Perdana Menteri. 

Semua orang tak suka dengan kenaikan tarif tapi kita kena jadi realistik. Sekurang-kurangnya 85% pengguna domestik tak terkesan, kalau ikut cadangan PN dulu, hampir semua akan terkesan bila tarif naik. Nak populis boleh aja absorb dengan subsidi tapi subsidi tu pun kena ambil dari kantung kerajaan juga




USAHA KERAJAAN MEMBANTU PADI

 

SKIM SUBSIDI HARGA PADI - Sebaik sahaja diberi amanah, Kerajaan MADANI menaikkan subsidi padi sehingga RM500 bagi satu tan metrik. KENAIKAN TERTINGGI DALAM SEJARAH. 





Kenapa pesawah kita tidak merenung secara mendalam bantuan Kerajaan ini? Atau para pesawah turut sama dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang tidak pernah turun ke sawah?


Demi keterjaminan makanan rakyat dan kemakmuran negara, kita perlu bersama-sama menjayakan misi besar ini. Terima kasih semua.


#MalaysiaMADANI





PMX DAH NAIKKAN 2 KALI. MASA 33 BULAN TAK BUAT APA.

 


Penggulungan Perbahasan oleh Mat Sabu, Menteri Pertanian mengenai Penyel...

MP PAS MEMALUKAN SOALAN YANG DIBERI LARI DARI SOALAN POKOK! INIKAH LEVEL...

HADI & YIDDIN TERUS KECUT BERSEMUKA DENGAN PMX! MP ARAU BUAT TUDUHAN G1L4!

DOK KENA HASUD PEMBANGKANG YANG TAK PEDULI PUN PENANAM PADI NI.. ASHIK MENGUTUK KERAJAAN SAJA.


Ahmad Kyroll


 SKIM SUBSIDI HARGA PADI - Sebaik sahaja diberi amanah, Kerajaan MADANI menaikkan subsidi padi sehingga RM500 bagi satu tan metrik. KENAIKAN TERTINGGI DALAM SEJARAH. 


Kenapa pesawah kita tidak merenung secara mendalam bantuan Kerajaan ini? Atau para pesawah turut sama dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang tidak pernah turun ke sawah?




TAK PERLU


MSO


 Ahli parlimen kerajaan daripada Dap mencadangkan diwujudkan menteri hal ehwal agama bukan Islam di JPM



Cadangan ini bukan saja tidak bijaksana, tetapi akan mengundang polemik yang boleh menganggu kerajaan Madani dan memberi peluru percuma kepada pembangkang.


Cadangan ini akan ditafsirkan oleh pembangkang  bagai mana orang Cina cuba menuntut lebih banyak hak mereka dalam kerajaan.


Sudah tentu pembangkang akan eksploitasi perkara ini sebagai bukti cacing sudah naik ke mata.


Harap  perdana menteri segera menolak cadangan ini seperti sesegera beliau kata tidak perlu diadakan garisan panduan untuk untuk hadir dimajlis bukan Islam seperti dicadangkan Mentega baru baru ini.


Wakil Dap yang mencadangkan itu seperti sengaja mahu menimbulkan hal ini bagi melihat Melayu bertegang leher sesama sendiri. Kena baca kepintaran dan muslihat senyap Dap dalam politik. Trims.



PKR DAN UMNO ADALAH DNA YANG SAMA - PELANTIKAN SAIFUDDIN BERI SUNTIKAN BARU KEPADA PH KEDAH


 MSO


PELANTIKAN SAIFUDDIN BERI SUNTIKAN BARU KEPADA PH KEDAH



Pakatan Harapan (PH) Kedah mendahului negeri lain dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Pertukaran pengerusi Pakatan Harapan Kedah daripada Mahfuz Omar kepada Saifuddin Nasution Ismail dilihat kesungguhan PH  negeri jelapang Padi itu untuk memberi tentangan kepada PN dan mengambil alih Kedah.


Pelantikan Saifuddin seorang menteri kabinet tepat dan dilihat berkeupayaan untuk menggerak dan memantapkan kerjasama PH dengan BN-Umno disemua peringkat seterusnya menjadi PH/UBN kompeten untuk berhadpaan dengan PN, Pas dan Bersatu.


Politik sedarhana dan humble yang dipraktiskan Saifuddin akan menyuburkan perpaduan dari kalangan penyokong kedua dua komponen PH dan BN.


Kekalahan PH dan BN dalam pilihan raya lalu hanya mendapat tiga kerusi Dun dari 36 kerusi dan hanya menang satu kerusi parlimen juga memberi ransangan dan semangat kepada BN PH untuk memantapkan kerjasama. 


Kekalahan itu memberi pengajaran bahawa tanpa kerjasama disemua peringkat yang intim dan berlaku perpecahan undi Melayu sukar untuk meraih kemenangan dan memberi advantage kepada PN.


Untuk pilihan raya akan datang bergabungnya PH dengan BN ia memberi dimensi baru kepada pilihan raya umum nanti bukan saja kepada PH tetapi PN juga.


Dengan pengalaman yang ada kepada Saifuddin, beliau mampu mengerat dan memantapkan hubungan di peringkat bawahan antara penyokong BN dengan PH yang  sebelum ini kelihatan masih terbata bata dan segan segan untuk bergabung.


Pelantikan Saifuddin nampaknya mendapat pengaluan daripada pimpinan UMNO Kedah apabila Pengerusinya Mahadzir Khalid bersama Abdul Azez Rahim dan lain lain mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Saifuddin.


Dalam kunjungan itu khabarnya diadakan perbincangan positif dalam hubungan dan tahlul syiasi politik kedua komponen itu.


Pada 15 Februari Sabtu nanti diadakan Konvensyen Perpaduan bertempat di Sungai Petani.


Konvensyen jtu nanti sudah tentu akan membincangkan rangka kerja bersepadu untuk menghadapi pilihan raya bersama dan juga  memantapkan kerjasama dari kalangan ahli, memberi kefahaman mendalam akan natijah kerjasama bagi mendukung kerajaan Madani. Trims.



MASA PEMILIHAN GEGAK GEMPITA. MASA NAK JAWAB PROBONO BUAT KERJA.

MSO 


Menitik Malam.

PEMILIHAN JAWATAN KEADILAN MULAI HANGAT


Suhu pemilihan jawatan dalam parti Keadilan sudah mulai terasa. Pengurusan parti itu telah menetapkan pemilihan barisan kepemimpin peringkat cabang bermula April depan kemudian diikuti pemilihan peringkat kebangsaan Mei. 


Proses pencalonan untuk semua jawatan diperingkat cabang untuk jawatan ketua, ketua wanita dan AMK sudah bermula. Mereka yang berhajat untuk bertanding sudah mula kalut mempersiapkan diri, perkemaskan keahlian bagi memastikan layak bertanding.


Kehangatan suhu pemilihan itu mula dirasai di beberapa cabang apabila aktiviti kempen, lobi melobi juga sudah mula berjalan. Sudah ada cerita, orang itu akan ditentang orang ini, orang itu menawarkan diri untuk bertanding, dan sebagainya. 


Kegiatan atau pertemuan-pertemuan ke arah itu secara tidak rasmi sudah berlaku dalam rangka persiapan untuk pemilihan dan mendapat sokongan. 


Suasana dan iklim ini menjadikan pemilihan di peringkat cabang dijangka hangat dan meriah ketimbang pemilihan sebelum ini.


Misalnya di Kelantan, khabarnya akan berlaku pertandingan disemua 14 cabang. Jawatan menjadi tumpuan ialah ketua cabang, ketua Wanita dan ketua Angkatan Muda. Alasan pihak menawar diri untuk bertanding adalah untuk memantapkan parti.


Kemeriahan ini menunjukkan parti berlambang mata itu semakin menjadi minat dan menarik perhatian ramai. Suasana ini baik dan bakal menjadikan Keadilan sebagai sebuah parti terbesar. 


Khabarnya yang menawarkan diri untuk bertanding datang dari berbagai latar belakang pendidikan termasuk juga bekas kakitangan kerajaan yang sudah bersara. Fenomena ini jarang berlaku sebelum ini.


Situasi ini berlaku mungkin kerana Keadilan kini merupakan parti pemerintah.


Daripada sumber Keadilan Kelantan memaklumkan antara cabang dijangka berlaku pertandingan lebih dari dua penjuru untuk jawatan ketua cabang ialah Tumpat, Kubang Kerian, Kuala Krai, Gua Musang dan Pasir Mas. 


Sementara kedudukan penyandang jawatan ketua di cabang cabang lain juga akan ditentang.


Selain ketua cabang, jawatan ketua wanita dan ketua Angkatan Muda juga akan menjadi rebutan. Meriah.


Seperkara sahaja dalam kemeriahan ini diharap ia berlangsung dalam suasana baik penuh semangat kepartian tinggi. Jadilah pertandingan itu untuk memperbaiki keadaan parti dan bukan sebagai ruang untuk mendapat kepetingan diri atas kedudukan parti yang kini jadi kerajaan. 


Diharap jangan ada sabotaj atau campur tangan daripada mana-mana pihak untuk menghalang sesiapa sahaja menawar diri untuk bertanding. 


Pihak pengurus parti, Ibu Pejabat perlu memantau keadaan ini bagi menjamin pertandingan atau pemilihan berjalan dengan lancar dan tertib. Paling penting jangan berlaku penyelewengan salam sepanjang proses pemilihan nanti. Trims.



PARTI DIA PERINTAH SEDUIT TAK NAIK REGA PADI... ZAMAN PMX BAGI UCAP TERIMA KASIH PUN TIDAK.

Man Toba


Kalau PN memerintah dulu, diam² masuk acc parti. 


Zaman PHBN terang² masuk acc petani pon hari² golongan tak bersyukur maki hamun.


Begitulah kelakuan walaun tuan tuan.




GILA.

Tengku Adam


 Kalau aku boleh jadi gila guysss....tapi kesabaran pmx bukan kaleng² tabik spring 🫡🫡🫡🫡🫡.

#akutetapsokongpmx





BILA DUA GAGALIS KRITIK ISU TARIF LETRIIK

 MMMS


Menarik juga bila "gagalis duo" cuba kritik benda yang mereka sendiri tak mampu selesaikan masa jadi Perdana Menteri. 




Semua orang tak suka dengan kenaikan tarif tapi kita kena jadi realistik. Sekurang-kurangnya 85% pengguna domestik tak terkesan, kalau ikut cadangan PN dulu, hampir semua akan terkesan bila tarif naik. Nak populis boleh aja absorb dengan subsidi tapi subsidi tu pun kena ambil dari kantung kerajaan juga



ERDOGAN YANG BANYAM MENYOKONG SAYA. SEJAK AWAL SAYA DIPENJARA.


 

KOMENEH NI RAMPAS HARTA BAGI RAKYAT. SISTEM SOSIALIS. TAPI YANG NI BANYAK KES KENA MAHKAMAH


 

APA PMX BUAT... BANTU PETANI.. BUKAN SYED MOKTAR BAGI.. MASUK ACC PARTI.. GAMBARAN PEMBANGKANG YANG TERUK DAN TAK PERNAH BUAT


 

BANTU.. TAPI KES LORI HANTU TAK KAN KERAJAAN NAK KENA BANTU SEMUA


 

SAMPAI TAHAP TU BANTU PESAWAH.

 


DI MALAYSIA GUNA NAMA ISLAM.. KALAH SAMAN FITNAH PALING BANYAK.


Tarmizi Mat Jam. 

 Apa kata Erdogan? Agak2 apa pula kata Hj Hadi dan segala suku sakat walaun? Amacam?




LEBAI KALAU TAK BODO TAK SAH

 

Aku geli hati tengok video lebai berhingus 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 yang menggelupur kepanasan atas lawatan Presiden Turkiyé, 𝗘𝗿𝗱𝗼𝗴𝗮𝗻 ke Malaysia.


Melihatkan reaksi lebai, kita boleh faham yang lawatan Erdogan ini 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 dan memberi kesan yang 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿. Itu yang lebai kerisauan.


Tapi demikianlah lebai. Mereka tak mampu untuk buat apa-apa kebaikan. 33 bulan dalam kerajaan, tiada apa hasil yang mereka jana untuk rakyat.


Tapi bila orang lain berjaya, mereka jadi 𝗷𝗮𝗸𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶. Dendam sang lebai terhadap DS Anwar setebal 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗳𝗮𝗽 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗔𝗱𝗮𝗺.


Lawatan Erdogan bukan sahaja bakal memberi 𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶, bahkan mungkin akan jadi pemangkin kepada 𝗸𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵.


Bukan lebai tak tahu Erdogan dan DS Anwar adalah 𝗷𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 dari dulu lagi. Dan bukan lebai tak tahu 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗚𝗮𝘇𝗮 sedang giat dirancang. Tapi lebai peduli apa? Lebai bukan kira semua tu.


Lebai cuma nak kuasa. Walaupun masa dia ada kuasa dulu bertindak macam 𝗯𝗮𝗽𝗼𝗸 𝘁𝘂𝗮, 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗰𝘂𝗮𝗹𝗶 dalam isu timur tengah. Takut nak bersuara.


Sebab tu bila lebai meroyan, aku cuma gelak je. Sebab kalau lebai boleh cerita dengan 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻, maka dia takkan jadi lebai. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PERSEPSI AZMIN HANYA UNTUK MENGURANGKAN KEYAKINAN.


 𝗔𝘇𝗺𝗶𝗻 patut rasa macam 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗿 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗶𝗽𝗮𝗿 jika dia baca kenyataan pemimpin 𝗚𝗣𝗦 dan 𝗚𝗥𝗦 ni.



Tapi sebenarnya kan, pada pendapat aku, Azmin dan Mahiaddin pun tahu 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗥𝗨 𝗮𝘄𝗮𝗹. Mereka tahu sokongan terhadap DS Anwar 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘂𝘁𝘂𝗵 pada masa ini.


Tapi mereka cuma nak cipta persepsi kononnya 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹. Mereka cuma nak takutkan pelabur. Supaya pelabur 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 di Malaysia.


Mudah cerita, mereka nak 𝘀𝗮𝗯𝗼𝘁𝗮𝗷 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶. Sebab jika ekonomi kita terus berkembang seperti sekarang, rakyat akan dapat faedah dan 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗮 𝗺𝗲𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Itu menakutkan mereka.


Sebab itu mereka mainkan naratif 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸. Dan walaun pun ikut bodo je walhal 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗶𝗻𝗱𝗶𝗸𝗮𝘁𝗼𝗿 menunjukkan ekonomi kita 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸.


Ini menunjukkan betapa PN tak pedulikan nasib rakyat. Biarlah ekonomi tunggang langgang asal matlamat mereka 𝗺𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Penganalisis ni bakal dihukum 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 ni.

 


Penganalisis ni bakal dihukum 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 ni.



Tapi betul sangat apa yang dikatakan. Dalam 4 negeri yang 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗔𝗦, tak ada langsung kejayaan yang boleh dibanggakan dalam keempat-empat negeri tersebut.


Dari segi pelaburan, 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 paling hancur. Dalam 7 tahun memerintah, jumlah pelaburan 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵. Boleh kata macam sifar. Tak ada pelaburan langsung 


Kalau dalam pembangunan, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 paling hebat. Tapi bukan sebab berjaya tapi sebab 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹. MB dia cuma mampu umum. Lepas tu senyap. Bila tanya, dia boleh jawab 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗷𝗲.


Projek 𝗟𝗼𝗷𝗶 𝗥𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗶𝗿 yang dibiayai kerajaan pusat pun 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻. Sudah la gagal, bila Timbalan Menteri datang nak bantu 𝗱𝗶𝗵𝗶𝗻𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸.


Dari segi integriti, 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 juara. Yang ini, dah jadi kes mahkamah. Tak payah aku ulas panjang. Tapi umum pun tahu kes 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗠𝗕.


𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻? Kelantan ni spesial sikit. Sebab dari 2015, sejak tukar MB, sejak 𝗛𝘂𝘀𝗮𝗺 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴𝗸𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻, Kelantan dah macam 𝘴𝘵𝘢𝘨𝘯𝘢𝘯𝘵. Macam dah 𝘀𝗲𝗷𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗸𝘂.


Kelantan dah kurang popular dah sekarang. Mungkin sebab tak ada lagi kelibat 𝗠𝗮𝘁 𝗔𝗺𝗮𝗿 yang selalu buat 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸 yang selalu hiburkan kita.


Tapi dari segi pelaburan dan pembangunan, Kelantan 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗲𝘇𝗮 daripada Terengganu dan Kedah. Sama 𝗵𝗮𝗽𝗿𝗮𝗸. Senang cerita, gagal macam negeri SG4 yang lain.


Kesimpulannya, tak ada seorang pun MB PAS yang layak jadi MB. Apatah lagi nak jadi 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Mungkin kalau jadi pelawak sesuai la. Itu pun Sanusi je. Yang lain jadi 𝗽𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗰𝗮𝗸 mungkin. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


GEMPA BUMI DI MALAYSIA.


Man Toba


Gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 8:22 pagi, 14 Februari 2025



Koordinat : 7.1° Selatan dan 129.9° Timur

Magnitud : 5.0

Jarak : 424km Tenggara dari Ambon, Indonesia

Kedalaman : 161 km


Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.


#gempabumiMETMalaysia

#mygempa.met.gov.my



PM DAN SPRM MAKAN MALAM.

 


Saya sempat mengahadiri Majlis Makan Malam Beristiadat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2025 pada malam ini bagi meraikan seluruh keluarga SPRM.









Saya tegaskan, SPRM adalah tonggak utama untuk mempertahankan tatakelola, sistem yang mempunyai integriti dan menyelamatkan bangsa dan negara dari keruntuhan berterusan.


Tekad Kerajaan MADANI adalah untuk membina sebuah negara wibawa yang bersih dan ke arah memperkasa SPRM menjadi badan bebas dan berintegriti. 


Mesti ditegaskan, perubahan mesti dari pimpinan atas dengan amalan, tindakan dan bukan hanya dengan jaminan kata-kata sahaja.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



KISAH ELON MUSK DAN ANAK DIA


 Nazri Hamdan


Kecoh satu dunia bila Elon Musk bawa anak dia dalam satu sesi soal jawab dengan wartawan pasal DOGE. Sebenarnya ni bukan soal jawab biasa. Ni adalah testimoni Elon untuk tunjuk satu dunia siapa sebenarnya yang berkuasa di US.




1. Bila Elon bawa anak dia masuk Oval office secara tak langsung dia langsung tak respect Trump. Dia nak tunjuk dia boleh buat apa saja depan Presiden termasuk dukung anak sambil jawab soalan.


2. Anak dia suruh Trump tutup mulut terang-terang depan kamera. Bukan tu je, dia cakap Trump bukan Presiden sebenar. Muka Trump jelas tak suka. Nak marah balik budak tu tak boleh. Bila budak kecil cakap macam tu pada Trump, mesti dia dengar Elon pernah cakap macam tu. Takkan dia boleh tau cakap sendiri.


3. Elon lebih banyak bercakap dari Trump. Ini sangat jarang berlaku di Oval Office yang mana ia adalah tempat kerja seorang Presiden. Trump biarkan Elon, bercakap bagi pihak kerajaan sedangkan orang tak pernah pilih Elon. 


4. Elon tak ikut dress code di Oval Office. Sesuka hati dia je nak pakai apa. Kalau kita nak masuk office ketua kerajaan biasanya apa yang kita mesti tanya? Dress code apa? Sebab itu tanda hormat kita pada orang yang kita jumpa dan masuk office dia. Tapi Elon tak peduli dia pakai apa yang dia suka


Elon adalah Rasputin zaman moden. Dia tak pernah dilantik dalam sistem demokrasi. Tapi jadi orang di belakang Trump paling berpengaruh pada masa ini.


Masa honey moon Trump mungkin dah berakhir bila inflasi US semakin naik. Apatah lagi tarif nak kena sana sini. Benda ni buat Jerome Powell pening. Nak turunkan kadar faedah tak boleh. Trump buat benda yang bertentangan dengan apa yang Fed nak.




MEZAH MINYAK MASAK KENA BASUH

 


HANG TAK PAYAH LA NAK PEKENA PMX TU.. HANG KECIK ANAK JA JARGON OIII...


 

LAGI LAGI BODOW


 

MACHANG YANG BODOH


 

MACHANG YANG BODOH

 


HARGA PADI NAIK 200...HARGA BERAS KEKAL 2.60...YANG PENYEGAN PAIT JA TANAM PADI PI DOK KEDAI SALAH KERAJAAN.

 Terkini, pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.



NAK MELINGKUP DAH

 


PENYEMBAH MAHATHIR YANG BENGAP


 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 kelentong cakap yang 𝗘𝗿𝗱𝗼𝗴𝗮𝗻 datang Malaysia sebab 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿. Punya la pekat ketum yang dia minum...


Ada kawan aku cakap, cuma ada 2 pemimpin Malaysia yang 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗼𝗻𝗶𝗮 iaitu 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 dan 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿. Betul tu betul, tapi 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁.


Betul la Mahathir tu dikenali di peringkat antarabangsa tapi kena ingat, 22 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗱𝗶𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Kalau orang tak kenal juga, hina sangat la.


Bayangkan kalau Mahathir tak pernah jadi PM. Hanya jadi MP pembangkang sepanjang tempoh tu. Ingat ada ke siapa-siapa yang akan kenal dia?


Rasanya tidak. Sebab lepas letak jawatan tahun 2003 dulu, nama Mahathir dah macam 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝗮𝗺 dari pentas dunia. 𝗧𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 pun.


Jangankan di pentas antarabangsa, dalam PRU15 dulu  pun Mahathir 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗻𝗮 hinggakan 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁 di kampungnya sendiri. Orang kampung pun tak pandang dia. Apa lagi masyarakat antarabangsa.


Jauh berbeza dengan DS Anwar. Nama beliau mekar di pentas antarabangsa sebelum beliau 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 dan 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 lagi.


Malah Mahathir 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 𝗽𝘂𝗷𝘂𝗸 DS Anwar untuk menyertai UMNO kerana bimbang pengaruh DS Anwar boleh 𝗿𝗼𝗯𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 jika DS Anwar 𝘫𝘰𝘪𝘯 lawannya.


Bahkan ketika DS Anwar dibebaskan setelah dipenjara 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵, oleh Mahathir, DS Anwar dijemput untuk menjadi 𝗽𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 di universiti terkemuka.


DS Anwar juga dilantik untuk 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 dalam agensi antarabangsa seperti 𝗜𝗠𝗙. Kita tak nampak ini semua berlaku kepada Mahathir.


Jadi, kalau nak kata Mahathir 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗼𝗻𝗶𝗮, boleh tetapi kena ingat, dia dikenali kerana dia PM Malaysia. Kalau tak jadi PM, dia level-level 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝗮𝘀𝗹𝗮𝗻 je.


Tokoh Malaysia yang benar-benar mengangkat nama Malaysia di peringkat dunia hanya 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Jadi si penyembah Mahathir merapu apa kata Erdogan cuma nak jumpa Mahathir? Bodoh?


Ok. Selain DS Anwar, Najib juga terkenal seluruh dunia. Cuma, dia lebih dikenali sebagai 𝗽𝗲𝗿𝗼𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 1 bukan sebab kecemerlangannya memimpin negara.


Mahiaddin? Dapat jadi PM pun dah mujur sangat dah. Dengan negara jiran pun dia kena telefon sendiri 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘆𝘂 𝘂𝗰𝗮𝗽𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵. Ismail pun lebih kurang la.


Nasib masing-masing tu sekejap je jadi PM. Kalau tak memang 𝗺𝗮𝗹𝘂 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 orang 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗲𝗻 macam dorang jadi pemimpin nombor 1.


Itu pun ada hati nak tebuk atap lagi. Tak sedar diri tak mencapai 𝗹𝗲𝘃𝗲𝗹 𝗺𝗶𝗻𝗶𝗺𝘂𝗺 pun untuk jadi pemimpin. Cuba la belajar 𝗰𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SEJARAH BELIAN HARGA LANTAI PADI

 

Sejumlah RM 2.6 bilion diperuntukan agar #PesawahDibelaPenggunaDijaga




NOHHH... BERAS OH BERAS..

 


Alhamdulillah, walaun akhirnya sokong hapus subsidi beras dan naikkan harga runcit beras.



Admin telah menonton debat Sinar Live berhubung isu beras tempatan dan tuntutan harga lantai padi, syabas Admin ucapkan kepada wakil kerajaan, terciduk habis puak PN atas pentas tu.


Selepas itu Admin membaca dan berinteraksi dengan komen-komen netizen, maka ini konklusinya:


1. Jika kerajaan mahu penuhi desakan naikkan harga lantai padi, bermakna kerajaan mesti hapuskan subsidi beras dan naikkan harga runcit beras tempatan. Mesti.


2. Kenapa perlu naikkan harga runcit beras tempatan?


3. Sebab sudah 19 tahun tak naik-naik sejak 2006. Ya, sudah 19 tahun tak pernah naik.


4. Sepanjang 19 tahun berlalu, kos-kos operasi kilang meningkat sepanjang tahun. Maka harga runcit RM26 untuk 10kg beras sudah tidak relevan lagi.


5. Ada 2 faktor 'kehilangan' beras tempatan di pasaran. (a) sekatan impot dari India, (b) tindakan kerajaan Madani naikkan harga lantai jadi rm1300 pada 2023.


6. Kenaikan harga lantai memberi tekanan kepada pengilang, mereka terpaksa beli padi yang mahal tapi kena jual dengan harga yang murah. 


7. Sebab itu ada kilang yang tukar beras tempatan jadi beras impot sebab taknak rugi.


8. Hari ni pesawah (termasuk pembangkang) desak harga lantai jadi RM1800, ada 2 akibat nanti.


9. (a) Kos kilang akan meningkat, kilang Melayu ada risiko gulung tikar sebab tak mampu beli pada yang mahal pastu jual dengan harga yang murah. 


10. (b) Untuk elak gulung tikar, maka kerajaan terpaksa mansuhkan subsidi beras dan naikkan harga beras tempatan, sekaligus akan menaikkan rantaian kos yang lain.


11. Harga akan diapungkan ikut pasaran semasa antara RM35-RM40 untuk paket 10kg.


12. Secara umumnya, situasi menaikkan harga lantai, dan kerajaan mansuhkan subsidi beras naikkan harga beras runcit akan mewujudkan semua pihak (pesawah & petani) dapat win-win situation.


13. Maka cadangan Admin kepada kerajaan ialah, kembali kepada cadangan Beras Madani, yang pernah dicadangkan tahun lepas, iaitu hanya buat kategori tunggal sahaja untuk beras putih. tiada lagi label beras tempatan atau import.


14. Cadangan Beras Madani tahun lepas banyak dapat kritikan, sebab masa tu masih tak nampak apa kesan positifnya, tapi selepas setahun berlalu, timbul pelbagai isu, baru kita sedar rupa-rupanya cadangan Beras Madani tu dulu memang make sense dan dapat selesai masalah.


Jesteru itu, Admin menyeru kepada Kerajaan Madani agar mengkaji dan melaksana Beras Madani secara serius. InsyaAllah selesai masalah semua pihak win-win situation.


Walaun pun dah setuju sebab mereka yang desak naikkan harga lantai, sekaligus mereka menyokong kenaikan harga runcit beras dan hapus subsidi beras.


Harap walaun tak jadi biawak tiba-tiba bantah mansuh subsidi beras dan kenaika harga beras pula nanti. Hangpa jugak yang desak naik harga lantai, itulah akibatnya.


Terima kasih.



F18 E/D F 18 ADA BEZANYA

 


MENGENANG AYAQ MATA.

 

Harakatdaily




Ketua Penerangan PEJUANG jelaskan proses penukaran kerajaan tidak semestinya melalui pilihanraya.


"Kalau tiba-tiba Perdana Menteri letak jawatan pun boleh jadi juga," ujarnya sambil mengenang..... Mengenang ayaq mata.



PEERAH MABUK- ‘Kalau saya mati macam mana?’, masih ada lagi orang jenis begini




Tular rakaman video seorang pesakit berang enggan menunggu giliran untuk rawatan di sebuah pusat kesihatan kerajaan.

“Kalau saya mati macam mana?” soal lelaki yang merakam sendiri perangai tidak sabarnya mempertikai arahan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar menunggu giliran.


Sebelum itu, lelaki berkenaan kelihatan meninggikan suara kepada seorang petugas kesihatan sebelum ditenangkan oleh seorang lagi kakitangan KKM yang mengenakan jaket hitam.



“Depan takde orang. Saya sakit. Berapa lama saya mahu tunggu?,” katanya sambil menafikan dia mengambil minuman keras.

Rata-rata mengecam tindakannya yang seolah-olah tidak memahami realiti pusat kesihatan awam yang sememangnya memerlukan kesabaran menunggu.

Ramai mengingatkan bahawa pergi sahaja dapatkan rawatan di klinik swasta jika tidak boleh menunggu lama.



“Patut Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan tangkap dia dan pakaikan orang macam ini baju gila hantar Hospital Bahagia untuk mendapatkan rawatan gila!

“Aku tenang je terbaring di emergency tunggu bilik untuk lebih enam jam siap package influenza b lagi.

“Nak cepat pergi ke klinik swasta, kerajaan memang agak lambat. Itu je penyelesaiannya,” demikian antara komentar netizen.


MP NI TAK PANDAI KOT- BUKTI ADA PENTERJEMAH SETIAP KALI ADA PANGGILAN TELEFON- KAMU SPM PUN TAK LULUS...

Panggilan Telefon PM Qatar Bincang Isu Perlanggaran Gencatan Senjata Israel – PM Anwa


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza, lewat malam tadi.

Dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu, Perdana Menteri berkata antara perkara yang dibincangkan dalam panggilan itu termasuklah mengenai situasi terkini di Gaza terkait pelanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).

“Saya juga menyanjung usaha gigih yang dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed dalam mencari jalan untuk menghentikan segera kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dan mencapai perdamaian yang berkekalan.

“Saya turut menegaskan komitmen berterusan Malaysia untuk tetap teguh mendukung setiap inisiatif termasuk memberi bantuan kemanusiaan di samping menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza,” ujar beliau.

Semalam, pada sidang media bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan, yang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus berusaha menyokong Palestin, tetapi memberi amaran terhadap gerakan diplomatik bersifat kosmetik yang gagal menangani punca sebenar konflik.

Untuk rekod, rejim itu dilihat menggunakan tiga kaedah mencari alasan mencabuli syarat gencatan senjata termasuk menghalang bantuan kemanusiaan memasuki Gaza melalui Rafah dan menghalang penduduk kembali ke kawasan masing-masing.



Pelan Rangka Tindakan Penuaan Perlu Rangkum, Rentas Setiap Kementerian – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara berkaitan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan diputuskan pada mesyuarat MTEN pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan perlu merangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang dan perlu dilaksanakan merentasi setiap kementerian dan agensi yang berkaitan.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu diputuskan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1 Tahun 2025 selepas pembentangan kepada Kementerian Ekonomi hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara berkaitan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan diputuskan pada mesyuarat MTEN pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Mesyuarat juga telah diberi taklimat terkait prospek, cabaran dan keutamaan ekonomi oleh Bank Negara Malaysia (BNM),” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

“Natijahnya, penyelarasan dasar kerajaan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang positif adalah amat penting termasuklah ikhtiar pembaharuan struktur, demi mewujudkan ketahanan ekonomi negara.