Himpunan Viva Palestin: Larangan bertakbir bukan pendirian kerajaan


 Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan kontroversi larangan bertakbir dan menaikkan sepanduk ketika perhimpunan solidariti Palestin anjuran Viva Palestin adalah pendirian pihak penganjur.


Justeru Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata ketetapan yang dibuat itu adalah kuasa budi bicara pihak penganjur.


"Dalam satu himpunan, akta yang mengawal ialah Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mana ia meletakkan tanggungjawab penganjur, peserta dan pasukan polis.


"Oleh itu, (sama ada) boleh atau tidak perhimpunan oleh satu pertubuhan mengenakan apa-apa sekatan ia tidak mencermin pendirian kerajaan," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang meminta adakah kerajaan mengeluarkan sebarang garis panduan berhubung perkara yang boleh dan tidak boleh diucapkan dalam sesuatu demonstrasi aman.


Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan, Malaysia kekal mendokong penuh perjuangan rakyat Palestin dan menolak kekejaman yang dibuat rejim Israel.


"Isu pokoknya solidariti rakyat yang dijajah serta nyawa 2 juta rakyat Gaza.


"Sebab itu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adakan pertemuan dengan pemimpin Mesir, Arab Saudi dan Turki (menghentikan konflik Palestin-Israel).


"Jadi soal boleh atau tidak mengecam Benjamin Netanyahu, pendirian kita juga jelas. Hakikatnya kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin dengan sendiri kita menidakkan sokongan (Israel)," ujarnya lagi.


Sementara itu, semalam, Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM) yang juga penganjur himpunan ‘Freedom for Palestine’ Datuk Dr Musa Mohd Nordin memohon maaf atas tindakannya yang didakwa melarang peserta melaungkam takbir selain merampas sepanduk imej kecaman kepada Netanyahu.


Jelasnya, pihak penganjur menyedari tindakan tersebut menimbul ketidakpuasaan hati pelbagai pihak.

[laporan polis] KEBIADAPAN RATU FITNAH DALAM MEMFITNAH TINDAKAN TERDESAK...



Satu Laporan Polis oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap fitnah mengaitkan YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan perjumpaan yang kononnya dianjurkan oleh isteri pemimpin Israel beserta fitnah-fitnah sisipan lain yang sengaja ditimbulkan di IPD Dang Wangi Kuala Lumpur 23.hb Oktober 2023





RENTASAN 1472 | PANAS!! KINI PAS TERPAKSA BERDEPAN DENGAN GOLONGAN 'ORAN...




MENARIK DALAM RENTASAN 1472
1. HANYA JAUHARI KENAL MANIKAM 2. KITA BERSATU DALAM SOLIDARITI 3. SIAPA “ORANG MENIPU DAN ORANG JAHAT” ITU?







RENTASAN 1473 | PANAS!! MOTIF SEBENAR PAS, HARAKAH ENGGAN BAYAR HUTANG K...




MENARIK DALAM RENTASAN 1473
1. HUTANG TAK BAYAR, MANA INTEGRITI PAS? 2. PAS BAKAL MATI KEMPUNAN? 3. KEPURAAN DAN TIADA MASA 4. ANTARA BEKAS BANDUAN DAN PRESIDEN PERASAN




KEADILAN buat laporan polis, siasat fitnah ke atas Wan Azizah




 Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi mangsa terbaharu fitnah di media sosial oleh puak fanatik politik.


Susulan itu, KEADILAN Bandar Tun Razak membuat tiga laporan polis terhadap empat pemilik akaun media sosial berhubung dakwaan video fitnah ke atas Dr Wan Azizah kononnya dikaitkan dengan Israel.

Ketua Wanita Cabang, Jamilah Syed Mohamed yang ditemui pemberita selepas memfailkan laporan itu berkata, hantaran di media sosial itu jelas berniat jahat untuk menyebarkan fitnah dan memberi gambaran seolah-olah isteri perdana menteri itu menyokong Israel.


"Saya berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan secara terperinci dan menyeluruh serta mengambil tindakan tegas dan tangkapan berlandaskan undang-undang negara.


"Video seperti ini boleh menjatuhkan reputasi ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebagai isteri Perdana Menteri dan juga reputasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di Kuala Lumpur pada Isnin.


Ditengah konflik Palestin dan Israel yang sedang memuncak di Gaza, tiga pengguna media sosial pada Ahad dikesan memuat naik gambar dan video Dr Wan Azizah yang disunting.


Difahamkan, gambar yang disunting adalah gambar Wan Azizah bersama isteri pemimpin-pemimpin dunia lain termasuk isteri Perdana Menteri Turkiye, Emine Erdogan diraikan dalam satu majlis anjuran Wanita Pertama Amerika Syarikat bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 di Amerika Syarikat, pada 21 September lepas.

Isu pelajar terkandas selesai perbincangan PM - Sheikh Al-Azhar


 Pertemuan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Ahmed Al Tayyeb pada lawatan kerjanya ke Mesir membawa berita gembira.


Hasil perbincangan diadakan berjaya menyelesaikan masalah dihadapi 60 pelajar dari Pahang yang sebelum ini tidak dapat meneruskan pengajian di universiti Islam terkemuka itu.


"Jalur (saluran) yang ditetapkan Universiti Al-Azhar ialah semua itu melalui proses kedutaan. Oleh kerana tidak diikuti, 60 pelajar itu tersangkut.


"Bagaimanapun, saya sudah mengemukakan rayuan dan Sheikh Al-Azhar bersetuju supaya 60 anak Pahang itu diurus secepat mungkin dan Rektor Universiti Al-Azhar tadi sudah memberi jaminan.

"Tetapi saya juga beri jaminan kepada mereka (Sheikh Al-Azhar) bahawa hal sebegini tidak akan berlaku lagi, insya-Allah, semua negeri diharap mematuhi peraturan sedia ada kerana ini syarat ditetapkan Kerajaan Mesir dan Universiti Al-Azhar, alhamdulillah selesai," katanya dipetik di akhir lawatan kerja seharinya ke Mesir


Terdahulu, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Ahmed dan ketibaan beliau di Al-Azhar disambut Timbalan Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Muhammad Abdur-Rahman Al-Duwini.


Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail.


Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Sheikh Al-Azhar itu bersetuju membuat kunjungan rasmi ke Malaysia, pada suku pertama tahun depan.


"Kunjungan beliau itu akan kita manfaatkan dengan penganjuran sidang Islam serantau, supaya kita mendapat manfaat daripada kehadiran dan gagasan beliau," katanya sambil memaklumkan Malaysia bersama Al-Azhar, akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan persidangan itu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan ditugaskan untuk menyelaraskan penganjurannya.


TAK LAKU SEBAB TU BAGI PERCUMA. BAB BAYARAN NANTI BERJAYA TEBUK ATAP BAYAR LA. PAKAR EKO OMI ADA...NUH...MACHANG..DIA BOLEH URUSKAN....BAB KECIK GINI TAK KAN PAKAR EKONOMI TAK BOLEH SELWSAI.




Anwar 'terlalu perform'





Mohamad Fairul Al-Qasas


1. Saya ada buat status, saya kata disebabkan Anwar terlalu perform,  maka beliau difitnah, pembangkang tak ada idea nak lawan, kecuali fitnah, tak cukup beliau, isteri beliau juga Dr Wan Azizah difitnah kononnya bersama dalam majlis keraian yahudi.


2. Banyak lah komen-komen. Malam ni baru sempat tengok. Ada ramai juga geng belah sana masuk dan pertikaian soal Anwar terlalu perform tu.


3. Dik...kau kenalah faham konteks ayat dan situasi. Dr Wan Azizah difitnah kononnya dalam majlis keraian yahudi, sedangkan kononnya Anwar acah-acah ke Timur Tengah. Kononya nak tunjukkan yang perjuangan Anwar berkenaan Palestine ni lakonan je, sedangkan bini sendiri geng yahudi.


4. Ditambah pula naratif pemuda Palestine dalam rancangan KS yang kata kononnya Anwar tak cukup cakna soal Palestine. Dan video tersebut dijadikan bahan sebaran fitnah pihak pembangkang. 


5. Sebenarnya Anwar dah terlalu perform bab Palestine ni sebagai Perdana Menteri. 


6. Sebelum perang lagi Anwar dah bawa isu ni dalam mesyuarat ASEAN.


7. Dalam Asean pun Anwar sebut bab Palestine beberapa kali sebenarnya. Termasuk dengan China, Korea,India.


8. Pergi pulak mesyuarat Agong PBB, cakap lagi soal Palestine depan delegasi dunia termasuklah dari Israel. 


9. Bila berlaku serangan Gaza, Anwar umum bantuan segera RM1 Juta. Kemudian masuk parlimen dalam belanjawan lagi RM10 juta dan kumpul pulak bersama GLC dll RM100 juta.


10. Anwar segera telefon beberapa pemimpin dunia seperti Erdagon dan telefon juga PM Ismail Haniyeh.


11. Anwar secara tegas tolak gesaan barat dan EU supaya mengecam Hamas. Malah Anwar sebut dengan berani kami ada hubungan dengan Hamas dulu dan sekarang. 


12. Anwar hantar delegasi ke Mesyuarat khas OIC berkenaan isu Palestine. 


13. Anwar sertai mesyuarat Asean-GCC iaitu negara-negara teluk. Anwar juga suarakan isu Palestine. 


14. Ha...ini lah yang sangat sangat perform.. selepas negara Asean lain balik, Anwar buat perjumpaan khas dengan PM Arab Saudi Putera Mahkota Mohamad bin Salman.  Bincang isu Palestine dan cuba dapatkan sokongan Arab Saudi.


15. Kemudian Anwar terbang ke Turkiye,  jumpa pulak dengan Presiden Turkiye Erdogan. Bincang lagi dan rancang untuk bantu Gaza.


16. Tak cukup situ, Anwar terbang pulak Mesir,  sebab Mesir ni dia yang pegang sempadan Rafah-Gaza. Satu-satunya pintu masuk ke Gaza.


17. Anwar jumpa Presiden Mesir As-Sisi. Pasti dalam perbincangan adalah untuk buka pintu sempadan seluas-luasnya supaya bantuan boleh masuk.


18. Korang ada nampak negara lain, khususnya Pemimpin utama negara lain buat benda ni?


19. Itu lah sebab Anwar terlalu perform bab sokongan kepada Palestine. Ni bukan acah-acah. Ni tahap pergi rayu, macam anak kau ada terperangkap kat situ. 


20. Ni balik KL, malam esok ada pulak Anwar buat perhimpunan sokongan untuk Palestine. 


21. Ya Allah..banyak betul tenaga dia. Bersungguh betul Anwar. Tapi masih ada walaun yang sanggup fitnah macam-macam. Siap nak BOM ajijah lagi. Wei otak letak mana?


22. Dan lagi...untuk pengetahuan korang yang tak follow media Anwar, selang masa perbincangan untuk Palestine disetiap negara Anwar pergi tu, beliau sempat tarik pelabur, tandatangan MOU, bantu selesaikan kes-kes rakyat contohnya pelajar Malaysia di al-azhar, jumpa rakyat Malaysia disana dan jumpa ulama al-azhar.


23. Korang buta hati lagi. Terpulang. Tugas aku MENERANGKAN dan sesekali aku juga akan MENYERANG kepada golongan yang melampau.


Muhammad Fairul Al Qasas 

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 



#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



KEH..KEH..KEH....





 Berita ni untuk lebai sahaja...


Mungkin lepas ni ada lebai bayar untuk iklan di FB atau game merintih bil api pusat tahfiz mereka dah dapat surat merah.


Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



APA DIA MYAIRLINE DAN SIAPA LULUS DAN KENDALIKAN.


 

AKAUN KENA BEKU. ISSHHH NO..BANYAK LAGI NAK KENA...


 

WOIIII....DIA TAK SEKOLAH....


 

'Pernah tak Pagoh...' - Saifuddin 'sekolahkan' Muhyiddin lepas persoal S...



Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail membidas bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin kerana mendakwa polis tidak mempunyai SOP tetap dalam penyiasatannya terhadap isu berkaitan agama, kaum dan Raja (3R). Ia berlaku selepas Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa di Dewan Rakyat hari ini bahawa polis akan memanggil sesiapa sahaja yang bercakap mengenai isu 3R, tanpa mengira konteks. Menurut Saifuddin, kerajaan tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk bercakap mengenai bangsa dan agama tetapi bukanlah menuduh sehingga ada laporan polis dibuat. Sementara itu, Saifuddin berkata siasatan terhadap 104 kes berkait 3R bukan hanya terhad di kalangan pemimpin pembangkang tetapi wakil dari kerajaan. Saifuddin menjawab soalan Muhyiddin yang meminta supaya Ketua Polis Negara Razarudin Husain menarik semula kenyataan yang menasihat dan meminta mana-mana pihak untuk tidak bercakap dan berhujah berkenaan isu 3R.



MINTA SKIP VIDEO YA- KEHADAPAN. SEBAB NAK TUNGGU LIVE BERMULA PUN MAKAN MODAL- 23.10.23 PAS kantoi tak bayar hutang cetakan harakah 7 tahun?



PAS kantoi tak bayar hutang cetakan harakah 7 tahun. Bermewah-mewah tapi tak bayar hutang. 2 juta utk najib 2 juta utk rasuah Lim Guan eng? Pembangkang putar belit isu 3R dan zionis di parlimen. dakwaan kristinisasi antar sebab yidin di dakwa?


LAIN KALI JANGAN BERANGAN NAK TEBUK ATAP MEMANJANG HADI. INGAT KAPAI NAK KARAM.AKU DENGAR CERITA GRIK,K.KANGSAR,LUMUT DAN LAIN PARLIMEN DALAM BAHAYA..

 

Peringatan Hadi jangan ‘tebuk kapal’ mungkin tuju pada Bersatu, kata penganalisis

Azmi Hassan berkata PAS kini dilihat sebagai ‘kingmaker’ dalam Perikatan Nasional.

Anne Muhammad - 

SHAH ALAM: Peringatan Presiden PAS Hadi Awang supaya ahlinya tidak menjadi “penebuk kapal” menjatuhkan kerajaan diperintah parti itu mungkin mempunyai makna tersirat atau cuba ditujukan kepada Bersatu, kata penganalisis politik.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, ia kemungkinan bertitik-tolak melihat PAS yang dianggap sebagai “kingmaker” dalam Perikatan Nasional (PN), menyebabkan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin menjadi “adik” atau pada kedudukan kedua.

PM AJAK RAKYAT BERAMAI-RAMAI HADIRI HIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN MALAM INI


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini , sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.

Perdana Menteri berkongsi mengenai perhimpunan itu menerusi catatan di Facebook beliau hari ini.

“Ayuh seluruh rakyat Malaysia turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil esok malam sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin!,” kata Perdana Menteri.

Menerusi poster yang dikongsi dalam hantaran itu, perhimpunan tersebut dijadualkan berlangsung mulai 7.30 malam hingga 10.30 malam.


Sementara itu, Gabungan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Seluruh Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat khas pada perhimpunan itu, sebaik sahaja pulang dari luar negara.

“Program yang akan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah itu, akan diteruskan dengan ucapan wakil-wakil NGO sebelum ditutup dengan ucapan khas perdana menteri,” menurut kenyataan itu.

Pengerusi Serantau Muslim Ustaz Hakim Mohd Nor yang juga salah seorang sekretariat program berkata tujuan pelaksanaan program ini ialah untuk menunjukkan kesatuan Malaysia terhadap rakyat Palestin, yang kini sedang dizalimi Zionis Israel.

Beliau berkata himpunan itu menyasarkan tiga objektif utama iaitu untuk menghentikan peperangan di Palestin, kedua untuk menghentikan tindakan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tidak berupaya di wilayah bergolak itu dan ketiga sebagai kesatuan suara umat Islam di seluruh dunia.

Hakim berkata himpunan yang bertemakan pakaian putih itu dijangka dihadiri lebih 20,000 orang.

Sementara itu Pengerusi Global Peace Mission Ahmad Fahmi Samsudin yang juga sekretariat program itu berkata himpunan berkenaan, akan diteruskan di negeri-negeri dalam sesi jelajah 1,000,000 Pembela Palestin.

Beliau berkata himpunan di negeri akan dimulakan di Stadium Hang Jebat di Melaka pada Ahad, 29 Okt.