MEMALUKAN



 Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memutuskan secara sebulat suara menggantung Jawatankuasa Perhubungan Negeri Gerakan Johor berkuat kuasa serta-merta sementara siasatan dan tindakan lanjut dijalankan.





Setiausaha Agung Gerakan, Wong Chia Zhen berkata, ia susulan tindakan Gerakan Johor yang membuat keputusan menarik diri daripada PRN Johor secara unilateral tanpa sebarang rundingan atau kelulusan daripada kepimpinan pusat.


Menurutnya, Jawatankuasa Pusat Gerakan sebulat suara berpandangan bahawa tindakan berkenaan merupakan satu salah laku serius kerana melanggar disiplin parti, prinsip kepimpinan kolektif serta tatacara yang diperuntukkan di bawah perlembagaan parti.


*#malaysiagazette #PRNJohor #JohorMemilih #PRNJohor2026 #UndiJohor*


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com





No comments: