Hari ini Haji Hadi kata: “Paling utama Johor dikuasai oleh orang Islam, bukan dikuasai puak bukan Islam dan liberal.”
Perhatikan ayat itu. “Orang Islam” diletakkan di satu pihak. “Bukan Islam dan liberal” diletakkan di pihak yang lain.
Dalam bahasa politik, orang yang dituduh liberal itu tidak lagi dikira dalam kelompok orang Islam yang layak menerajui Johor.
Sebelum ini, tular juga video ceramah Haji Hadi yang melabel ahli-ahli Parlimen PKR sebagai Melayu-liberal.
Jadi, apabila dia sebut “liberal”, siapa sebenarnya yang dia maksudkan?
Beberapa hari lalu, Haji Hadi menulis 'minda presiden' tentang bahaya kafir-mengkafir.
Tetapi beberapa hari kemudian, dia sendiri menggunakan bahasa yang memisahkan Muslim kepada dua kelompok: “orang Islam” di satu pihak, dan “liberal” di pihak yang lain.
πππ¦π¦ππ‘ ππ¨ππππππ π©π¦ ππππ ππππ
Ironinya, tulisan Haji Hadi sendiri petik kitab Hassan al-Hudaybi, Nahnu Du‘at La Qudat. Kita pendakwah, bukan penghukum.
Hudaybi bercakap begitu sebab ketika itu ada kelompok dalam gerakan Islam yang mula mudah menghukum masyarakat Muslim, pemerintah dan lawan politik sebagai terkeluar daripada Islam hanya kerana sistem, dosa atau perbezaan pandangan.
Hudaybi mahu menutup pintu takfir. Haji Hadi sebaliknya buka pintu takfir seluas-luasnya sejak 80an dan diimport masuk ke dalam politik Malaysia.
Amanat Haji Hadi banggol pradong itulah intipati suasana takfir yang melanda gerakan Islam waktu tu.
Puncanya, sebahagian tafsiran terhadap karya Sayyid Qutb tentang jahiliah, hakimiah dan 'sistem yang menyimpang' telah berkembang secara keras.
Lawan politik tidak lagi dilihat sekadar berbeza pandangan. Mereka mula dilihat sebagai pendukung sistem jahiliah.
Dari situlah terbuka jalan kepada pemikiran takfir.
π§πππππ₯ π¦ππ π, πππππ¦π π¦πππππ πππ₯ππππ
Malangnya, bahasa politik Haji Hadi hingga hari ini masih melihat musuh politik melalui lensa iman dan kufur.
Status takfir itu berubah-ubah mengikut siapa PAS berkawan dan siapa PAS berlawan.
UMNO dulu lain, kini lain, akan datang lain pula.
Kalau Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim diletakkan sebelah-sebelah, mungkin ada orang PAS yang kata Zaid lebih Islam kerana sekarang dia ahli PAS. Yang tahu je tahu.
Sampai masa umat Islam yang benar-benar cintakan agama menolak parti takfir dan politik Khawarij untuk menjaga keteguhan iman.
No comments:
Post a Comment