AYUH WARGA BULOH KASAP, KITA TURUN BERAMAI-RAMAI! ❤️🤍💙








Dengan penuh rendah hati, saya Rozy Razit merayu dan menyeru seluruh warga DUN N.01 Buloh Kasap — sahabat-sahabat, anak muda, wanita, keluarga, komuniti setempat dan seluruh penyokong HARAPAN — untuk hadir beramai-ramai memberikan sokongan pada Hari Penamaan Calon N.01 DUN Buloh Kasap.


📅 Tarikh: 27 Jun 2026📍 Destinasi: Dewan Muafakat, Taman Yayasan, Segamat 

⏰ Masa: 7.00 Pagi


Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bukan sekadar tanda sokongan, tetapi menjadi sumber kekuatan dan semangat buat saya untuk terus melangkah membawa suara rakyat Buloh Kasap.


Saya tidak mampu berjalan seorang diri tanpa doa, sokongan dan kebersamaan semua. Marilah kita hadir sebagai satu keluarga besar, dengan semangat yang tertib, penuh hormat dan penuh keyakinan demi masa depan Buloh Kasap yang lebih baik.


Ayuh kita buktikan, Buloh Kasap bersatu.Ayuh kita tunjukkan sokongan.Johor ke depan, undi HARAPAN!


#RozyRazit

#N01BulohKasap

#JohorKeDepan

#UndiHarapan

#PenamaanCalon

#HarapanBulohKasap





No comments: