PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Komander US INDOPACOM

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di Perdana Putra, Putrajaya pada 5 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 5 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di pejabatnya di Perdana Putra, di sini, tengah hari tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyatakan pertemuan tersebut merupakan medan penting untuk terus memperkukuh persefahaman serta bertukar pandangan berhubung pelbagai isu serantau, khususnya dalam usaha memperhebat kerjasama pertahanan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di Perdana Putra, Putrajaya pada 5 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kami turut menyentuh komitmen berterusan Washington dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dan diplomasi keselamatan di rantau ASEAN,” katanya.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edward D. Kagan serta delegasi US INDOPACOM.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di Perdana Putra, Putrajaya pada 5 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kunjungan hormat itu juga diadakan atas kapasiti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 dan Paparo baru tiba dari Hawaii atas tugasan rasmi di sana.

Beberapa siri latihan ketenteraan diadakan di Lumut dan Kuala Kangsar, Perak melibatkan ATM, Tentera Marin AS dan Australia menerusi Eksesais Keris Strike 25 baru-baru ini.


No comments: