-Zus Din
04082025
************
"Kerusi 73, Nafsu 103"
(Coretan Tokcin di X)
Di Sabah, kerusi tak cukup, tapi ego tak muat dewan.
Anwar mahu elak pertembungan. Tapi GRS, BN & PH masing-masing nak jadi dominan.
PRN belum bermula -> tapi perebutan dah pun berdarah dalam.
[1]
PRN Sabah belum diumum,
tapi perebutan kerusi dah mula,
bukan dengan lawan,
tapi sesama “kawan”.
Cinta tiga segi bukan kisah romantik.
Di Sabah, ia kisah siapa nak tikam dulu.
[2]
GRS nak >50 kerusi.
PH nak minimum 28.
BN nak 25.
Jumlah kerusi: 73.
Jumlah tuntutan: 103.
Matematik Madani -> logik kalah, janji semua puas hati.
[3]
Formula penyandang?
Cantik di kertas.
Tapi GRS dan BN bukan kawan di padang.
Yang satu pernah rampas kuasa,
yang satu tak pernah lupa.
[4]
Putrajaya nak Sabah ikut skrip perpaduan.
Tapi Sabah bukan pelakon tambahan.
Ia pentas politik sendiri,
dengan sejarah, dendam, dan ego tempatan.
[5]
Jika Anwar berjaya -> Sabah jadi bukti perpaduan itu hidup.
Jika gagal -> Sabah jadi nisan awal kerajaan “semua boleh runding”.
[6]
PRN Sabah bukan tentang siapa kuat.
Tapi siapa paling licik.
Kerusi 73, nafsu 103 -> dan rakyat?
Masih jadi penonton dalam drama kuasa.
Sekian.
والله اعلم
#SalamAkalSehat.
-Tokcin

No comments:
Post a Comment