Ekonomi Kelantan semakin melemah. Inflasi menghampiri 0 (data jun 2025 ialah 0.3%). Berbanding dengan 2022 dan 2023 ia di sekitar 1.5% - 3% dan turun pada 2024 ke 1-1.2%.
Terengganu juga mengalami kadar ekonomi negeri yang melemah dengan kadar inflasi 0.8% - 1% pada mei 2025 (di bawah purata nasional 1.2%) berbanding 2.8 - 2.2 pada 2022 hingga 2023.
Kadar infalsi yang terlalu rendah ini memberikan beberapa indikasi:
1. Permintaan dalam negeri lemah, harga tidak naik kerana rakyat kurang berbelanja. Ini petanda ekonomi negeri lemah
2. Pelabur kurang berminat melabur.
3. Risiko deflasi tidak terkawal - Jika inflasi terus jatuh di bawah 0%, boleh menyebabkan deflasi - harga menurun, tetapi juga menyebabkan perniagaan merugi dan pekerja diberhentikan.
Iswardy
No comments:
Post a Comment