TIDOR DI TANAH

 


Tidur di taman 'berlantaikan' rumput sambil menyedut udara segar, barangkali lebih selesa buat atlet renang Itali, Thomas Ceccon berbanding tidur di atas katil.



Atlet Arab Saudi, Husein Alireza memuat naik video Ceccon yang tidur nyenyak beralas tuala putih di bawah pokok, Sabtu lalu.


"Tiada penyaman udara, panas, makanannya teruk. Ramai atlet berpindah atas sebab ini. Kami bukan sengaja beri alasan, tetapi ini realiti yang mungkin tidak semua orang tahu," ulas Ceccon sebelum ini tentang keadaan di Perkampungan Olimpik.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



No comments: