[viral] WAN SAIPOL BERDEPAN PENGGANTUNGAN! KENYATAAN TERKINI DARI SPEAKE...




Siasatan bagi menentukan dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, pada sesi sidang Dewan Rakyat 28 Februari dan 21 Mac lalu sama ada mengelirukan serta merosakkan kepentingan pihak berkaitan masih dijalankan. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memaklumkan pada ketika ini keputusan mengenainya belum diputuskan dan wakil rakyat BERSATU itu akan dipanggil Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada masa yang sesuai. "Beliau akan dipanggil untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada masa yang sesuai. Siasatan sedang berjalan," katanya ringkas kepada media selepas melawat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini. Pada 24 Jun lalu, media melaporkan, pada hari pertama sesi Dewan Rakyat dicemari kekecohan susulan usul merujuk Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Dakwa usul berkait Wan Saiful subjudis, pembangkang bangkit keluar Dewan 'Speaker sudah tolak usul rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada 20 Jun' - Wan Saiful 'Tuduhan boleh dibatal, digugurkan': Kerajaan bakal usul Wan Saiful dirujuk ke jawatankuasa Parlimen 160 Ahli Parlimen selesai bahas titah Diraja Tuntutan Sulu, isu 'Dark Side' dan projek LCS tumpuan hari pertama sidang Dewan Rakyat Gugur kes mahkamah, peruntukan RM2 juta antara tawaran Wan Saiful sokong kerajaan Isu Wan Saiful dijangka dibentangkan di Parlimen Isnin ini Isu kematian pelarian di pusat tahanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Ia susulan kenyataan dibuat Wan Saiful berkait kes mahkamah dihadapinya ketika bersidang pada 28 Februari dan 21 Mac lalu, antara lain berkaitan pertuduhan kes mahkamah yang dikenakan terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentang usul itu berkata, Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Saiful yang secara tersirat mendakwa bahawa ada individu yang konon bertindak bagi kerajaan, boleh memanipulasi untuk membatal atau menggugur pertuduhan kes mahkamah terhadap wakil rakyat itu.






No comments: