KENYATAAN MEDIA AMANAH


Che Ibrahim


Kenyataan Media Amanah berkaitan Isu terima Dana arak di Sepang


 Kenyataan Gambar YBTM Datuk Hajjah Aiman Athirah Di Majlis Makan Malam SKJC Tche Min, Sungai Pelek.


1. Saya mengambil maklum kontraversi YBTM Datuk Hajjah Aiman Athirah yang menghadiri majlis makan malam anjuran Lembaga Pengelola SJKC Tche Min di Sungai Pelek. Kehadiran beliau yang juga sebagai Ahli Parlimen Sepang adalah untuk memenuhi undangan majlis kutipan dana anjuran sekolah SJKC tersebut. Saya turut diberi penjelasan terperinci oleh Ahli Parlimen Sepang keberadaanya dalam majlis itu.


2. Ada pihak yang cuba menangguk di air keruh kehadiran YBTM Datuk Hajjah Aiman Athirah dengan memberikan konteks yang sangat berbeza, semata-mata untuk mencetuskan polemik dan cuba mempolitikkan keberadaan YBTM di majlis tersebut. Hakikat sebenar disembunyikan secara sengaja dan mereka cuba mengeploitasikan sekeping gambar untuk membesar-besarkan isu yang sebenarnya tiada kaitan dengan apa yang dicetuskan.


3. Konteks sebenar kehadiran YBTM adalah untuk menyampaikan sumbangan beliau sebagai Ahli Parlimen bagi tujuan kutipan dana guna untuk membina dewan sekolah SJKC tersebut. Adapun gambar beliau di atas pentas yang dilihat membuat isyarat "thumbs-up" adalah kerana majlis makan malam itu berjaya mengumpul dana RM 3.1 juta iaitu lebih daripada sasaran RM 3 juta yang dijangkakan. Ia tidak ada kena mengena sebagai tanda isyarat menyokong menerima sumbangan dari syarikat arak.


4. Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa menurut arahan pekeliling kementerian, sumbangan melibatkan syarikat arak, judi atau rokok untuk apa-apa sumbangan sekolah tidak dizinkan. Namun, dalam konteks keberadaan Yb Sepang, majlis tersebut adalah majlis amal untuk kutipan dana yang dianjurkan oleh Lembaga Pengelola sekolah dan sumbagan diterima dari berbagai pihak termasuk komuniti setempat serta ibu-bapa dan pemimpin masyarakat. Ia bukan anjuran mana-mana syarikat arak dan bukan juga sumbangan dari mana-mana syarikat arak secara khusus. Replika cek menandakan kutipan derma yang berjaya dikumpulkan iaitu bernilai RM 3.1 Juta dan bukan menandakan ianya majlis khas sumbangan dari syarikat arak untuk tujuan kutipan dana sekolah.


6. Parti Amanah sangat tegas mempertahankan prinsip syariah dan panduannya dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah parti politik yang progresif dan inklusif serta mengambil faktor kearifan lokal Malaysia sebagai pertimbangan yang diperakui oleh kehendak kaedah syara'. Kami berasa kesal dengan niat jahat pihak tertentu yang mengambil peristiwa ini untuk memburukkan imej Parti Amanah bagi tujuan politik yang sempit.


7. Kekhilafan yang berlaku disebabkan terdapat di atas replika cek yang tertera tulisan 'tiger' yang telah disalah-tanggap dengan berbagai tafsiran. Saya juga telah dimaklumkan bahawa pihak Yb Sepang telah menjelaskan kekhilafan tersebut dalam kenyataanya dan dengan ini menyeru mana-mana pihak agar perlu lebih sensitif dalam hal-hal sedemikian untuk rujukan masa hadapan.


Akhirnya, berkatalah dengan sesuatu yang tepat dan betul supaya amalan kita dapat dibaiki dan jangan memanjangkan bicara sesuatu berita tanpa mendapat penjelasan yang sebenar sebelum kekesalan menimpa kita.


"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)" (Al-Ahzab 70)


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan" (Al Hujurat 6)


Sekian


Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara


28 July 2024