ZAINUDDIN OMAR
Pergh 48 jam tak tidur dan masih boleh berjalan 60 km sehari.
Anggota GGK Gerakhas pun kalah.
*******************
Pemandu teksi yang mendakwa gigih berjalan dari Skudai sehingga
ke Istana Negara selama kurang dari seminggu baru-baru ini menceritakan
pengalaman itu malam tadi.
Melalui hantaran video Noorazlan Ismail berkata jadual hidupnya
tidak teratur sepanjang perjalanan tersebut malah ada ketika tertentu dia tidak
tidur pun.
"Tidur saya tak tentu. Saya pun ikut kudrat saya,
kadang-kadang sampai dua hari pun saya tak tidur," katanya.
Pun begitu Noorazlan, 49, memberitahu dia ada cara tersendiri
untuk mengatasi isu tersebut dan menganggap ia sebagai suatu
"kelebihan" yang dikurniakan Tuhan.
"Dari segi tidur tu saya pun alhamdulillah... dengan
langkah saya penuh dengan selawat, zikir, mungkin satu kelebihan yang Allah
bagi," katanya.
Noorazlan menarik perhatian ramai apabila mendakwa berjalan dari
Johor ke Kuala Lumpur sebagai usaha menarik perhatian kerajaan bagi membenarkan
pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
Di hadapan Istana Negara dia kemudian "secara
kebetulan" bertemu pula dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Bersatu Wan
Saiful Wan Jan yang ke situ bersama beberapa NGO untuk menyerahkan memorandum
kepada Yang di-Pertuan Agong dalam isu yang sama.
Menurut Noorazlan dalam video malam tadi, dia menempuh jarak
perjalanan sejauh kira-kira 312km dari Plaza Tol Skudai dengan memakan masa
enam hari iaitu antara 28 Mac hingga 3 April.