ISU WALAUNTIT PAS MASUK TV : MENTERI KENA PRO AKTIF SIASAT SINGKIR YANG HABIS KONTRAK...SEBAB ITU DEEP STATE MASIH BERJALAN

 

Apabila lihat status kalian di media sosial, ramai yg kata elok bg si Lokman Adam ja mengepalai Jkom tu. Kemudian marah ke Fahmi Fadzil . 

 

Ini nak beritahu, J-Kom itu di kepalai oleh sdra Prof Agus manakala Kementerian Komunikasi Digital itu sdra Fahmi. Kuasa yang tinggi itu duduk di bawah tangan Fahmi, bukan Agus. 2 entiti agensi yang berlainan cuma keduanya terkait kepada penerangan & komunikasi.

 

Sayugia di ingatkan, Gobind Singh Deo sewaktu PH memerintah 2018...dia telah tutup Jasa ni. Hampir 800pekerja Jasa ketika itu merintih menangis kata anak bini nak makan. Apa yang tidak Jasa itu lakukan semasa BN memerintah...suami tulis isu kerajaan pun di tukar ke Sabah. Isteri cikgu rasa tak puas hati, di hantar ke tempat lain. Ahkirnya bila di bubarkan, hampir 800 pekerja di serap ke pelbagai agensi seperti SKMM dll. 

 

Apabila Muhyiddin tebuk atap, Saifudin Abdullah bekas ahli parlimen Temerloh ketika itu hidupkan kembali dengan nama J-Kom. Sudah tentu ratusan ahli J-Kom itu pro kepada Muhyiddin Yassin. 

 

Kemudian hat mana pekerja kontrak J-Kom yang dah tamat, di teruskan oleh pentadbiran Ismail Sabri.

 

Habis PRU15, PH tidak cukup majoriti mudah. Bukan saja PH, malah semua pihak termasuk parti pis, bersatu, BN pun tak cukup majoriti. Maka akhirnya YDPA cadangkan Kerajaan Perpaduan tapi Anwar akan lead. Bersatu & PN tolak, BN pula terima dan buang barah yang ada dalam Umno.

 

Apakah umno itu bersih ? Jawapannya, tidak. Dalam mereka ada saki baki yang rapat dengan pembangkang. Apa jadi dalam J-Kom ? Dalamnya masih ahli yang lama menyokong Muhyiddin, Ismail Sabri & segelintir 12 orang umno yang cuba kucar kacirkan politik yang Agong tetapkan.

 

Si Lokman Adam kata, ada 10-12 saki baki masih ada, tapi terikat kepada akta lompat parti. Pemilihan umno yang terbaru, semua wajah penyokong Zahid Hamidi. 

 

PH di mana Anwar sebagai PM, ikut konsensus yang di tetapkan oleh Agong menerusi Kerajaan Perpaduan. Dan kerjasama itu di lihat berjaya dengan TPM1 dari Semenanjung...TPM 2 dari blok Borneo.

 

Sekali lagi, mengapa dengan provokasi politik dan deep state ini masih segar ? 

 

Kerana dalam J-Kom itu ratusan ahlinya masih orang lama. Dalam SKMM itu juga masih ada orang Jasa yang di beri kerja. 

 

FAHMI LEMAH (WRLR)



Yang seharusnya Fahmi buat ialah, beri kata putus semua media tidak kira dari segi media sosial atau media penyiaran perlu menyokong kerajaaan semasaa & menerangkan semua program yang kerajaan perpaduan ini buat. Tapi malangnya, hanya 30% maklumat kerajaan di salurkan...lebihnya di diamkan dengan berdiri sebagai kebebasan media.

 

Ini yang sdra Fahmi perlu buat. Jika perlu tukar mana-mana CEO, pengarah, wartawan atau pengarang yang tidak memihak Kerajaan semasa...ia perlu di lakukan.

 

Dalam isu terbaru hal untit di beri slot Biz RTM...sdra Fahmi buleh kata, RTM pilih untit tanpa beritahu Fahmi, jadi apa yang dia buleh buat. 

 

Inilah kesilapannya. Fahmi perlu berkeras, kalau jawab panggilan itu buleh...menelefon ketua di RTM itu takkanlah tak buleh. Banyak lagi orang yang buleh beri analisa dgn lebih baik, cuma di pejamkan mata saja sebab nak beri sokongan moral pada pembangkang. Iyalah...katanya berdiri dengan tajuk kebebasan media. Tapi lupa maklumat & perjalanan semasa kerajaan yang penting itu pula di pekakkan. 👈

 

Sisi J-Kom pula, kenapa diam ? Bukan diam...kami lihat Syam Ghaz & Agus itu memang buat kerja. Cuma satu pertanyaan GM...

 

Mengapa ratusan ahli J-Kom yang menulis untuk penerangan sektor kerajaan itu tidak berfungsi ? Jawapannya jelas, di samping kekurangan dana bawah tangan Agus, ratusan ahli J-kom itu TAK BUAT KERJA! Hanya terima elaun bulanan saja sehingga tamat kontrak.

 

Prof Agus & Syam Ghaz tahu bab ini. Memang ini adalah kelemahan yang J-Kom perlu hadap. Jika buang semua sebagaimana Gobin Singh Deo buat satu ketika dahulu, memang akan bermasalah sikit. Pegawai J-Kom yang ambil elaun bulanan itu akan habis kontrak, jadi biar ia berjalan dengan sendirinya ibarat tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak.

 

Ya, lokman adam buat sesi penerangan di Youtube itu bagus. Tapi ingat, sebelum kontrak tamat...dalam tu masih ada orang Muhyiddin Yassin & Ismail Sabri lagi. 

 

Tapi kalau berkira-kira nak tukar Agus & naikkan Lokman Adam, itu bukan pilihan yg terbaik apatah lagi di sisi lain mmg ada org parti dalaman yg cuba ganggu gugat Jakom bawah tangan Agus demi keuntungan  peribadi.

 

J-Kom dh cukup baik di bawah tangan Agus. Cuma Fahmi sebagai menteri KKD perlu bergerak lebih berani & lebih keras... (Warning @ tukar) Bukan lembik semacam. 

 

Yang berkarya:

Gino Marvela