SEBENARNYA TERPULANG KEPADA SIAPA YANG HARUS URUSKAN- DAN KITA TIDAK MAHU HANYA MEMILIH ORANG SENDIRI SAHAJA YANG DAPAT.

 



Semalam aku jumpa video di TikTok tentang hal ini. Rasanya dari DPP Kelantan kot. Marah betul dia. Cakap DS Anwar jangan ulangi pengkhianatan oleh BN dahulu.

Pertama sekali, duit RM50 juta tu bukan peruntukan untuk kerajaan negeri. Itu bantuan mangsa banjir dari Kerajaan Persekutuan. Jadi terpulang kepada Kerajaan Persekutuan siapa akan uruskan.

Kedua, tidak timbul soal pengkhianatan. Kerana apa yang utama, duit itu sampai kepada mangsa banjir. Tiada siapa yang kena khianat pun selagi mangsa diberikan bantuan yang dijanjikan.

Ketiga, yang biasa khianat adalah pemimpin PAS sendiri. Bantuan Kerajaan Pusat ditukar label, letak nama sendiri seolah bantuan itu datang daripada mereka sendiri. Itu baru namanya khianat.

Dan dari komen-komen yang aku baca, ramai rakyat Kelantan sendiri yang sokong bantuan itu diberikan melalui JPP kerana pengalaman mereka, selalunya cuma kaum kerabat PAS je yang dapat. Guane boh?

Raja Gelap