PAU 2022 | Pemuda UMNO desak singkir pengkhianat


Pemuda UMNO mendesak agar 'pengkhianat' parti disingkirkan daripada terus merosakkan parti Melayu terbesar itu. Ketika memberikan ucapan dasar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, individu berkenaan disifatkan sebagai gunting dalam lipatan, yang didakwa hanya mengutamakan diri berbanding parti.