PM10 DATANG KE TERENGGANU BUKAN SEBAGAI TOKEH JUDI

 






Tidak pelik jika PM10 datang ke Terengganu hanya diraikan oleh Sultan Terengganu dan kakitangan awam di sana. Anwar Ibrahim bukan tokeh judi yang boleh diraikan atau disambut.

Ada seorang lebai menulis, PM10 datang ke Terengganu ikut pintu belakang, sebab itu MB atau mana2 pimpinan negeri tidak sambut beliau. Masuk akalkah seorang PM10 ikut pintu belakang untuk lawatan resmi dan bertemu sultan? Jika pihak Polis atau keselamatan tahu kehadiran PM, begitu juga kakitangan awam pun tahu serta menyambut beliau, tiba2 pejabat MB tidak tahu?

Hakikatnya PM10 tidak bawa duit kali ini. Cuba kalau hadir untuk umumkan peruntukan atau umumkan royalti, ikut atap pun beliau akan disambut sepertimana tokeh judi disambut. Sebelum ini, RM 50 juta telah Anwar Ibrahim umumkan diberi kepada Terengganu dan Kelantan untuk mangsa2 banjir. Kerajaan negeri Selangor juga turut memberikan sumbangan RM 500 ribu kepada Terengganu dan Kelantan. Tidak perlu sambut PM 10 kerana duit pun telah dapat, bukan?

Tidak mengapa. Percayalah, sebulan dua lagi MB yang bercuti waktu rakyat dilanda banjir itu akhirnya akan tebalkan muka ketuk opis PM10 untuk merayu minta royalti minyak. Kita akan lihat sekali lagi PM10 kita bersikap "pemaaf tahap dewa".

WFAUZDIN NS