DSAI - PM UNTUK SEMUA.

 

DSAI - PM UNTUK SEMUA.




12 Januari 2023

1. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan ke Terengganu untuk menghadap DYMM Sultan Terengganu dan juga bertemu pegawai pegawai kerajaan.

2. Dalam rangka perjumpaan beliau dengan pegawai pegawai kerajaan di Universiti Malaysia Terengganu, YAB Dato' Seri Anwar telah menekankan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

3. Pembetulan dalam pemberian kontrak dengan cara cermat adalah untuk menjimatkan kos supaya penjimatan wang tersebut dapat dimanfaatkan dan dinikmati oleh semua rakyat miskin yang perlukan pembelaan.

4. Bukti Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri untuk semua adalah semasa banjir baru baru ini apabila beliau memperuntukkan RM100 juta kepada Terengganu dan Kelantan, kedua duanya negeri kerajaan PAS.

5. Beliau telah dengan cepat mengumumkan pemberian tersebut sebaik sahaja dua negeri tersebut dilanda musibah banjir walaupun pemimpin pemimpin dari parti politik yang menerajui negeri berkenaan sering menyerang beliau.

6. Walaupun Anwar berjiwa besar pihak parti pembangkang sedikit pun tidak menunjuk sikap mengenang budi atau sekurang kurangnya meraikan tetamu yang berkunjung ke Negeri Terengganu Darul Iman hari ini.

7. Baik semasa ketibaan sampai atau pun keberangkatan pulang Perdana Menteri Anwar sempena lawatan ke Terengganu, tiada seorang pun dalam kalangan pemimpin negeri, baik Menteri Besar atau seorang Exco ataupun seorang wakil rakyat PAS tidak kelihatan di lapangan terbang.

8. Kerajaan Melayu Islam jenis apakah yang wujud di Terengganu Darul Iman?

9. Inikah budaya dan adat yang patut dicontohi dan dibanggakan oleh rakyat dan generasi muda kita?

10. Bukankankah ada pepatah Melayu yang berbunyi "orang berbudi kita berbahasa"? Kami rakyat Terengganu merasa malu atas sikap pimpinan kerajaan Terengganu hari ini terhadap tetamu yang berkunjung bernama Anwar Ibrahim.

11. Bukankah Islam mengajak penganutnya untuk meraikan tetamu yang berkunjung, dengan dilayan dengan baik dan menunjuk pekerti yang indah?

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu.