PENJAWAT AWAM LEBIH AMANAH BERBANDING PAS TAHUN 2021

 PENJAWAT AWAM LEBIH AMANAH BERBANDING PAS








TAHUN 2021 - 2022:


Kerajaan Persekutuan (PN) salur bantuan banjir melalui agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.

-> Tidak timbul isu Kelantan dianaktirikan


TAHUN 2023:


Kerajaan Persekutuan (PH) ulangi sistem yang sama, salur bantuan banjir melalui agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.

-> Tiba-tiba timbul pula isu kononnya Kelantan dianaktirikan


—————


PENJELASAN:


Penyaluran bantuan Kerajaan Persekutuan melalui agensi Kerajaan Persekutuan sememangnya merupakan amalan sejak dulu lagi.


Ianya dilaksanakan oleh penjawat awam secara amanah tanpa memilih kasih. Kita perlu yakin dengan penjawat awam kita.


Ibarat nak bina jalan, bina sekolah ataupun bina hospital. Dana daripada Kerajaan Persekutuan akan disalur melalui Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan ataupun Kementerian Kesihatan.


Itulah sistemnya. Pelaksananya penjawat awam.


Tak pernah lagi kedengaran penjawat awam tanya “kamu undi siapa?” masa daftar anak kat sekolah, masa masuk hospital. Tiada.


Bantuan banjir pun begitu. Mangsa mendaftarkan diri kepada agensi kerajaan di mana anggotanya penjawat awam.


Selepas itu, mangsa yang layak menerima bantuan akan menerima bantuan tanpa disoal tentang latar belakang politik.


Tetapi PAS marah kenapa??


PAS marah sebab wang tersebut tidak disalur melalui PAS.


Apabila wang tidak disalur melalui PAS…

-PAS hilang peluang mengambil kesempatan

-PAS hilang peluang mengutamakan para pengundi PAS

-PAS hilang peluang mengetepikan para pengundi bukan PAS.


PH menafikan peluang untuk PAS menyalahguna bantuan banjir sebagai alat meraih undi. Itulah sebabnya PAS marah.


Maklumlah Pilihan Raya Negeri semakin hampir.

No comments: