ABU MISKAT
Harus membalas kejahatan semisal
YB Tambun yang juga PM10 mengucapkan "kepala hotak
dia.." dlm ucapannya ketika dalam majlis bersama 70 orang profesor Melayu
itu ditujukan kpd para penfitnah yg menuduhnya akan mengiktiraf LGBT jika
menang dan menjadi PM. Makian itu berpadanan, kurang jahat dan tidak lebih pun
berbanding fitnah jahat yg dikenakan terhadapnya dan didiamkan sahaja oleh
ramai ustaz, agamawan dan ulama.
Sedangkan Allah s.w.t. mengharuskan kata2 buruk dihamburkan oleh
orang yg dizalimi terhadap orang yang menzalimi seperti dalam firmanNya: لا يحب
الله الجهر من السوء من القول إلا من ظلم (Allah tidak suka kata-kata buruk
dihamburkan kecuali daripada orang yang telah dizalimi)
Namun PM10 meminta maaf atas ketersasulannya selepas itu dan
meminta off record serta terus beristighfar. Beliau menambah, beliau terlupa
sudah menjadi PM. Padahal di kedudukannya sebagai mangsa fitnah itu, kata-kata
itu bukan dosa, sebab Allah haruskan bagi mangsa kezaliman/fitnah mengeluarkan
kata2 buruk terhadap penzalim/penfitnah.
Tak apalah DS Anwar, mereka mahu kamu menjadi seorang PM maksum
dan tidak membalas apa2 kejahatan yang dikenakan ke atas kamu.
Ustaz dalam postingnya seperti tangkap layar di bawah mahu orang
mengamalkan ajaran Islam, tetapi beliau tidak mengamalkan ajaranan Islam di
situ.
Berlaku adil adalah ajaran Islam. Untuk berlaku adil, kita kena
menceritakan segala sabab wurud (sebab kejadian) "kata2 kesat" itu dan
juga cerita selepasnya iaitu permohonan maaf PM10 selepas terlanjur kata.
اعدلوا هو أقرب للتقوى
Tak tahu kenapa ustaz lebih suka memanggilnya YB Tambun, masih
tak redha beliau menjadi PM kita?