SELEPAS SEMUA PUSAT MENGUNDI DITUTUP : SEMOGA DARI TAMBUN UNTUK MALAYSIA – PILIH MERAH UNTUK MASA DEPAN YANG CERAH


 Pesan bonda penuh kiasan

Suci jiwa bagaikan embun

Di sini tempatnya melakar wawasan

Peluang terbentang menjulang Tambun

Pak tua ke laut membawa pukat

Rezeki ada tak pernah hilang

Berikan mandat bentukkan muafakat

Kita seiring ke puncak gemilang

Assalamualaikum dan Salam Hormat warga Malaysia yang saya kasihi.

Saya merayu agar saudara-saudari dapat memberikan mandat kepada saya dan calon-calon Harapan yang lain untuk mentadbir negara bagi tempoh lima tahun mendatang.

InsyaAllah, mandat yang diberi ini akan kami pikul dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan disia-siakan.

Bangkit Bersama Harapan!

ANWAR IBRAHIM

Pengerusi PH


No comments: