CITER TAHYUL AZMIN & H2O NAK BENTUK GOMEN BACKDOOR...



Mohd Asri n Tun Fatimah



Ini dalam Islam di namakan mengadu domba. Dengan kawan yang sana dia cucuk kata DAP di belakang. Yang kawan di sini kata di sokong. Politik makan keliling ini tak lama, yang di kata sokong bawa rebah. Di Tanjung Piai ada ke mereka mengundi untuk PH?

Sebab tu saya malas nak dengar cerita tahyul kata H20 (Hishammudin Hussein) boleh bentuk backdoor government dengan Azmin. He simply does not have the numbers. Dan dalam UMNO sendiri ada fraksi yang tak puas hati dengan tindakan H20. Tengok semalam berkicap H20 kena rembat dengan penyokong UMNO sebab cuba buat back door deal dengan Azmin.

Yang menulis kata semua MP UMNO akan backup H20 is basically writing on steroid. Kalau separuh aje MP UMNO yang sokong H20, dan paling banyak 5 MP PKR kartel dan lets say 5 MP Bersatu.  Baru 35 orang. 35 orang MP nak buat solat Jumaat pun tak cukup rukunlah, lagi sembang nak tubuh kerajaan. 18 seat pas tu tak payah masuk dalam equation la, yang kat Lorong Haji Taib pun maruah depa lagi tinggi dari 18 MP yang boleh dicagar beli.

Siapa yang mahir dengan psywar tahu, ura-ura nak buat undi tak percaya ini mainan pembangkang mengadu domba. Mereka nak suruh PH bersangka buruk antara satu sama lain. Memang cliche penyakit Melayu. Family sendiri dah porak poranda, depa nak porak porandakan family PH pula.

Kalau Anwar buat undi tak percaya, fikirlah apa sentiment pengundi PH? Mesti kata Anwar gelojoh, tak sabar etc. Macam nama awak dah dalam geran tanahlah, nak risau apa lambat laun harta tu akan jatuh kepada awak kalau Allah izinkan. Kalau Allah tak izinkan, berdoa lah keluar air mata darah di stadium pun tetap tak dapat jadi Perdana Menteri.

Lepas tu tak fikir ker, kalaula hipotetikal depa geng2 Azmin dan H2O dapat juga tubuh kerajaan dengan 112 kerusi, nanti PRU 15 depa nak bertanding atas ticket apa? Ingat rakyat nak vote ke mereka semula lepas mereka khianat kem PH dan BN?

Azmin tak payah nak ceritalah, dia insyallah akan ke dalam kalau Perdana Menteri bertukar. Yang lain2 ini mereka pasti akan jaga survival politik mereka, dan tak sewenang2nya khianat parti. Semua langkah dalam politik adalah risiko yang telah di congak, kecualilah langkah sumbang tersepit kes hotel Sandakan dan kes Rm90 juta.

No comments: