Pemuda Umno mulakan provokasi di Gombak – Saksi
(Oleh Aisha Geoffrey)Aktivis itu berkata, beliau menyaksikan sekumpulan pemuda Umno lingkungan antara 20 hingga 30-an membuat bising di kawasan tapak ceramah mulai 8.30 malam sambil mengibarkan bendera BN.
“Sewaktu Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berucap, provokasi tersebut makin menjadi-jadi membuatkan suasana bertambah tegang. Masa inilah mereka mula membaling batu, baldi, pasu dan kelapa ke arah penyokong Pakatan,” kata Lawrence yang berada berhampiran lokasi kejadian.
Beliau juga diberitahu, sebelum ceramah bermula, pihak penganjur mendapat amaran mengenai provokasi itu. Ekoran itu, KEADILAN Gombak membuat laporan polis.
“Tapi polis tak datang pun untuk jaga keselamatan. Malah polis cakap risiko tanggung sendiri. Mujur ada Unit Amal dan AMK (Angkatan Muda KEADILAN) yang mengawal keadaan,” katanya.
“Selepas itu, barulah polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) datang,” jelasnya.
Menurut Lawrence, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap, samseng Umno meneruskan provokasi mengganggu tumpuan rakyat dengan menggunakan pembesar suara dan melemparkan kata-kata kesat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu dan pemimpin Pakatan.
“Semua yang datang, termasuk warga tua terpaksa membuat benteng di hadapan tapak ceramah bagi menghalang samseng Umno dari memasuki kawasan dan membuat tindakan yang lebih provokatif,” jelasnya.
Sejurus selesai ceramah, samseng-samseng tersebut beransur pulang, kata Lawrence.
Semalam, Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari mengutuk serangan berkenaan dan mahu Pemuda Umno bertanggungjawab ke atas tindakan ganas tersebut.
Azmin pula mendedahkan, kumpulan samseng itu diketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Ketua Pemuda Umno Gombak.
No comments:
Post a Comment