ROHAIZAT PUNYA 3 TUDUHAN SALAHURUS KEWANGAN

Rohaizat calon Umno mempuyai 3 kes.Kes pertama yang di dengar mengenai salahurus kewangan sebanyak RM161,000 dan telah di beri penjelasan yang jelas oleh rakan firma beliau adalah merupakan satu dari 3 kes yang dihadapi beliau.


Namun sehingga kini 2 lagi kes yang sudah disebut, belum diputuskan lagi kes nya berikutan pembatalan lesen gumam beliau.Apabila ditanya 2 lagi kes, sumber sahih yang enggan memberitahu menjelaskan bahawa ianya tidak perlu kerana kes pertama pun belum selesai.Pihak badan peguan BAR Council menjelaskan bahawa 2 kes itu adalah kes yang tidak boleh didedahkan kerana ianya soal peribadi dan amat rahsia.


Menurut pengerusi BAR George Varughese apabila merujuk kepada TPM Muhyiddin yang menyatakan bahawa tiada sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Rohaizat, beliau menjelaskan bahawa badan guamam tersebut adalah badan bebas yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kes Rohaizat dan ianya adalah berkaitan dengan badan tersebut.


Beberapa hari lepas , Yusri Isahak rakan niaga Rohaizat menyatakan bahawa calon Bn tersebut adalh penipu besar yang kononnya tidak tahu menahu langsung mengenai kes beliau dengan koperasi pekebun kecil getah.
Berikutan itu, isu ini dikatakan dimainkan oleh Pakatan Rakyat,namun dalam masa yang sama Umno melakukan juga dengan mengaitkan calon PAS Salleh Man juga terbabit.Namun ramai yang tidak mempercayai akan fitnah Umno kerana tiada sebarang bukti , malahan tindakan undang-undang sedang difikirkan oleh PAS negeri.