UMNO CUBA PULIH , NAMUN YANG DI PILIH TIDAK DIPILIH RAKYAT

Saudara Blogger WRLR saja hantaq ni kot-kot boleh masuk dalam blog pasai Umno di tempat kita ni.Tak jadi juga nampaknya Umno nak ubah.Kita sokong Pakatan lah......


PETIKAN MALAYSIAKINI.Dua sekretariat itu ialah Pengaduan dan Kebajikan Awam serta Sekretariat Latihan yang masing-masing diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) iaitu Azlina Mehtab Ishaq dan Datuk Abdul Latif Mirasa.(Mereka berdua orang kaya raya.Azelina tinggal dalam kelab golf..manakala Abdul Latiff pula tak pernah nampak muka kecuali di sebelah Butterworth)

Katanya, lima jawatan baru pula ialah Penolong Setiausaha, Zulkifli Yahaya, Setiausaha Eksekutif 1, Ramlan Ishak, Setiausaha Eksekutif 2, Ahmad Sahar Shuib, penolong bendahari, Datuk Mohd Salim Abdul Bari dan pegawai khas kepada pengerusi perhubungan, Datuk Nordin Mohd Noor.(Ahmad Sahar tak payah cerita lah.Macamana di ceritakan dibawah lah..orang Kubang Semang pun tak kenal siapa Ahmad Shahar)

PERINGATAN UNTUK UMNO


Muka -muka ini yang tak pernah nampak bersama-sama rakyat.Hatta di kampung-kampung sendiri pun orang tak kenal.Macamana Umno nak pulihkan angkatan mereka di Pulau Pinang. Tokoh seperti calon Seberang Jaya Dato Ariff Syah yang lebih mesra rakyat di ketepikan.Kalau Umno ada 10 orang macam Ariff Syah ianya nampak lebih mesra alam.(Bukan kempen.tapi orang Permatang Pauh kenal Ariff Syah berbanding pemimpin yang lain.Merata beliau hadir.Tanya lah orang Seberang Jaya jika dibandingkan dengan pimpinan yang dilantik.Sama ada mereka kenal ariff syah atau mereka kenal azelina,sama ada mereka kenal ahmad shahar atau mereka kenal ariff syah, sama ada mereka kenal zulkifli yahya atau meraka kenal ariff syah.Pendek cerita payah la Umno nak tawan hati rakyat)

Cuba Dato Zahid tanya orang awam.Bab wakil Pakatan Rakyat tak payah tanya la.Cakap saja di mana sakit demam,kenduri kendara rasanya sampai. Umno nih..nak sampai ke tahap macamana wakil Pakatan Rakyat buat...memang jauh panggang dari api kalau pimpinan seperti diatas dipilih.Saja tak mahu ulas panjang-panjang.kalau ulas satu-satu tak perlu.Rakyat Pulau Pinang , Seberang Perai tahu semua muka-muka ini.Kalau macam ini rasanya Pakatan akan kekal 5 tahun lagi.


Bagi Pakatan pula sokongan rakyat adalah kerana dianggap BN tidak lagi berfungsi sebagaimana sepatutnya. Jadi mudah saja nak jalankan tugas. kalau orang atau wakil Umno tak hadir ke masjid berjemaah, wakil pakatan hadir.Kalau kenduri kendara dikampung,kita tak hadir, wakil pakatan hadir.kalau sembahyang jumaat tak hadir dikampung sendiri (kerana mungkin mazhab lain) wakil Pakatan hadir.Kalau jumpa dikedai kopi, wakil umno tak hadir,wakil pakatan duduk dan minum di kedai kopi.Pendek kata muka-muka Umno diatas ni memang jarang-jarang malah tak nampak pun buat macamana wakil Pakatan buat.Macamana nak berubah.............


Ruang komen ini di hantar oleh seorang penyokong Pakatan apabila berbincang tentang pimpinan peringkat negeri yang baru Umno Pulau Pinang. Nampaknya tak ada keyakinan lagi ahli masyarakat terhadap pimpinan Umno yang dilantik, dan jika dikaji ada kebenarannya.Memang benar pun.Sengaja di ulas sebab PM kata nak ubah Umno.Jadi komen sikit-sikit supaya Umno lihat dari sudut kritikan membina.Bagi Pakatan pula ,perlu pula melihat dari sudut yang lebih terbuka dimana silapnya Umno dan perbaiki.Bukan ikut acuan dan berkhidmat lah untuk rakyat....ORANG MELAYU DAH MERAJUK....SUSAH DIPUJUK PAS KINI JADI PAKAR RUJUK UNTUK ORANG MELAYU IKUT TELUNJUK...