ANWAR UMUMKAN NAMA CALON










PENANTI- Ketua umum PKR semalam mengumunkan nama calon yang akan bertanding di atas tiket PKR di DUN Penanti iaitu Dr Mansor Othman yang merupakan senior dalam PKR sejak awal penubuhannya.Pernah menjadi pensyarah di USM dan melakukan kertas kerja mengenai TEKUN yang masih di gunakan oleh Umno.Lulusan Yale dalam 3 bidang Masters.



Beliau yang dijangka akan menang mudah di DUN Penanti dan bukanlah asing bagi penduduk Pulau Pinang.


Antara kepimpinan KeADILan yang hadir memberikan sokongan moral terhadap calon Pakatan Rakyat ialah Parlimen Gombak, Azmin Ali, Pengarah Pilihanraya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Penolong Setiausaha DAP Pusat, Choong Eng, Ketua Perhubungan KeADIlan Negeri, Dato' Zahrin Hashim dan lain-lain kepimpinan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat. - azm








No comments: