Terkini: 'Good night Malaysian three seven zero'

Terkini: 'Good night Malaysian three seven zero'

'Good night Malaysian three seven zero'. Ucapan itu disahkah oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebagai perbualan terakhir di dalam transkrip antara menara kawalan trafik udara dan kokpit MH370.
 
Siapakah yang menuturkan ucapan tersebut? Jika dirujuk kepada jawapan sebelum ini, komunikasi terakhir antara kokpit MH370 dan menara kawalan trafik datangnya dari pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27 dan berbunyi 'Allright good night'.
 
Namun, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan lewat malam ini memberitahu,  perbualan terakhir antara kokpit dan menara kawalan direkodkan pada pukul 1.19 pagi waktu Malaysia adalah 'Good night Malaysian three seven zero' dan penuturnya masih disiasat.
 
"Pihak berkuasa masih lagi menjalankan penyiasatan forensik untuk memastikan penutur ucapan selamat malam dari kokpit itu sama ada dibuat oleh juruterbang atau pembantunya.
 
"Menteri telah mengarahkan pasukan penyiasat untuk mengeluarkan transkrip penuh perbualan antara menara kawalan dan kokpit pada taklimat ahli keluarga yang akan diadakan dalam masa terdekat ini," kata kenyataan itu.
 
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran soalan yang dibangkitkan semasa sidang media petang tadi mengenai komunikasi terakhir antara kokpit dan menara kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.

No comments: