PRU DUN Negeri Sembilan: Loke Tolak Kemungkinan Kerjasama PH-BN

 


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata PH akan bertanding di semua kerusi di PRU DUN Negeri Sembilan sebagai timbal balas BN mahu tanding semua kerusi di PRU DUN Johor.

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam PRU DUN Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, kerjasama sedemikian tidak mungkin berlaku memandangkan keadaan yang membawa kepada pembubaran DUN adalah berpunca daripada Umno.

“Keseluruhan idea pembubaran (DUN) ini kerana Umno sudah menarik sokongan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Penyerahan Geran Tahunan Kerajaan Kepada Universiti AIMST di Sungai Petani pada 7 Jun 2026. Foto PMO

“Bagaimana kita boleh berkata sekarang, kami akan bekerjasama dengan mereka untuk mengelakkan sebarang kekalahan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran dokumentari khas perjalanan DAP Wilayah Persekutuan.

Loke turut berkata keputusan PH untuk bertanding di semua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan adalah sebagai tindak balas langsung terhadap tindakan BN.

“Umno mahu bertanding di semua kerusi di Johor. PH juga mahu bertanding di semua kerusi di Negeri Sembilan. Jadi, ini timbal balas,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto PMO

Pengerusi BN Zahid Hamidi, sebelum ini berkata BN masih terbuka untuk meneruskan kerjasama dengan PH bagi mengekalkan kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan, walaupun rundingan rasmi mengenai kerjasama pilihan raya masih belum diadakan.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan Jumaat lalu, dua bulan selepas 14 Adun Umno menyatakan mereka hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun, dan menarik balik sokongan terhadap pentadbirannya.

Seminggu kemudian, kumpulan Adun Umno itu berkata mereka akan terus kekal dalam kerajaan negeri, namun tetap mengekalkan keputusan menarik sokongan terhadap Aminuddin.

Walaupun PH dan BN dilihat bakal bertembung di Negeri Sembilan, Loke berkata hubungan antara kedua-dua gabungan itu di peringkat Persekutuan masih kekal utuh.

“Setakat ini, bagi kami, ia masih merupakan hubungan kerja. Kami masih mentadbir kerajaan bersama-sama. Jemaah Menteri masih berfungsi seperti biasa,” katanya.

Loke tolak tuduhan Rafizi berkait pembubaran DUN

Sementara itu, Loke juga menyelar Rafizi Ramli, yang menuduh DAP memberi tekanan kepada Aminuddin untuk membubarkan DUN.

Rafizi dalam satu program audio siar mendakwa pembubaran tersebut ‘didorong’ oleh desakan DAP yang mahu pilihan raya Negeri Sembilan diadakan serentak dengan pilihan raya Johor, walaupun Aminuddin dan pemimpin-pemimpin PH negeri sebelum itu memberi isyarat bahawa mereka bersedia meneruskan pentadbiran sebagai kerajaan minoriti.

Loke berkata beliau bercakap sendiri dengan Aminuddin sejurus pembubaran DUN Johor dan dimaklumkan bahawa menteri besar itu sendiri bersedia untuk memohon pembubaran.

“Jadi, apa maksud kamu DAP beri tekanan (bubarkan DUN)?

“Saya fikir Rafizi ada sindrom baharu … Beliau juga ada sindrom di mana semua orang mahu salahkan DAP.

“Beliau sama seperti orang lain selepas meninggalkan PH. Mereka hanya mahu menyalahkan DAP,” katanya.



Kerajaan salur RM1 bilion bantu pesawah, cegah banjir di Kedah


 

Kerajaan salur RM1 bilion bantu pesawah, cegah banjir di Kedah

Pelaksanaan projek pembangunan penting di Kedah, termasuk tebatan banjir dan usaha memperkukuhkan sektor pertanian, akan diteruskan kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, perhatian khusus turut diberi kepada pesawah melalui peruntukan besar yang disalurkan menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan petani.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan yang bergantung pada penanaman padi adalah antara kumpulan berpendapatan rendah yang perlu dibantu secara berterusan oleh kerajaan.

“Saya tahu antara keluarga paling miskin dalam negara ialah keluarga yang bergantung pada penanaman padi.

“Sebab itu kerajaan membelanjakan jumlah yang besar mencecah RM1 bilion melalui MADA dan memastikan projek tebatan banjir dilaksanakan,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Sesi Pertemuan Mesra bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kedah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Merbok di Sungai Petani, hari ini.

Dalam masa sama, Perdana Menteri menegaskan masa depan negara amat bergantung pada keupayaan menguasai teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaburan berbilion ringgit dalam sektor teknologi sedang dibawa masuk ke beberapa negeri.

Ia termasuk Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak, bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing.

“Kalau negara tidak memberi tumpuan kepada teknologi baharu, masa depan kita akan ketinggalan.

“Kita ada projek besar seperti Kulim Hi-Tech dan pelaburan digital serta AI bernilai berbilion ringgit.

“Tetapi pada masa sama, saya tidak mahu masalah tandas sekolah rosak, bumbung masjid bocor, dan rumah rakyat yang daif diabaikan,” tegas Perdana Menteri lagi.



KENAPA NAK SERANG PH ?


 

KES MAHKAMAH ..MAHKAMAH LAH PUTUS. MARAH SAYA KENAPA?


 

GUNAKAN DAP UNTUK TAKUTKAN MELAYU


 

INI BUKAN PILIHAN SAYA


 

DIBANJIRI RAKYAT JOHOR! DS MAT SABU TIDAK PERNAH TIDAK MANTAP UCAPANNYA!


 

RIBUAN HADIR DALAM PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA HARAPAN MENJELANG PRN JOHOR!


 

PRN Johor: PAS jerat diri sendiri, PN sah bungkus


 

DAP MENIKUS PENAKUT KATA WALAUN NI JAWAPAN PADU YB ANTHONY LOKE!


 

AHLI PARTI PAS KONON...TAPI HUKUM HAKAM TAK TAHU.



Jamzuri Ardani



 Konon dasar Islam ... tapi akhlak macam lahanat ... guna bahasa faahisyah tanpa segan silu.




TAK PERLU...TERUSKAN DENGAN JUAL AGAMA

 



Sekadar kerjasama, bukan bergabung, jadi tak perlu bubar Pas.








SEBUAH PENGHORMATAN BUAT SAHABAT SEJATI: DATO’ ZURAIDI RAHIM





Tidak semua insan dikurniakan keupayaan untuk mengubah nasib orang lain. Namun bagi Dato’ Zuraidi Rahim, atau lebih mesra dikenali sebagai Dato’ Dee, jasa beliau bukan sekadar bantuan biasa — tetapi satu gerakan membina masa depan.


Saya berani menyatakan, tidak ramai yang mampu melakukan apa yang telah Dato’ Dee lakukan — membawa anak-anak kampung yang cemerlang merentasi sempadan Malaysia-Thailand, membuka mata mereka kepada dunia yang lebih luas, dan yang paling penting, membuka minda mereka untuk berani bermimpi lebih besar daripada lingkungan asal mereka.


Perkara ini mengingatkan saya kepada satu detik penting dalam sejarah kehidupan saya sendiri.


Sekitar tahun 1980-an, Kerajaan Malaysia melalui biasiswa Jabatan Perdana Menteri di bawah kepimpinan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam, serta Menteri yang bertanggungjawab, Tun Khalil Yaakob, telah menghantar lebih 250 anak muda Malaysia ke Eropah untuk menimba ilmu keusahawanan.


Saya masih teringat kata-kata Tun Musa Hitam yang begitu mendalam maknanya:Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit bukan sekadar untuk pendidikan — tetapi untuk memastikan anak bangsa kita tidak terus menjadi katak di bawah tempurung.


Alhamdulillah, kesan daripada program tersebut amat besar. Arwah abang saya, Allahyarham Senator Dahlan Embun,telah ke Belanda &  berjaya menjadi seorang usahawan dan berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal. Al-Fatihah.


Saya sendiri diberi peluang ke Trinity College, University of Dublin, Ireland, serta menjalani latihan di Irish Development Authority (IDA) dan Irish Export Board. Pengalaman tersebut bukan sahaja mengubah kehidupan saya, tetapi membentuk cara berfikir yang universal  sehingga ke hari ini.


Kini, pada usia 73 tahun, saya masih diberi kesihatan untuk terus aktif — dalam NGO NGO serta  dalam penulisan isu politik semasa, serta dalam dunia media sosial sebagai blogger, YouTuber dan TikToker. Saya kekal sebagai *street fighter* dan *penyokong tegar kepimpinan negara YAB PMX serta TPM Dato Zahid Hamidi.


Namun apabila saya melihat usaha yang dilakukan oleh Dato’ Dee hari ini, saya melihat kesinambungan perjuangan yang sama — perjuangan membina minda, bukan sekadar membantu kehidupan.


Saya yakin, pengalaman yang diberikan kepada anak-anak ini akan menjadi titik perubahan dalam hidup mereka. Ia akan mengangkat mereka menjadi generasi profesional yang lebih berani, lebih terbuka, dan lebih bersedia memimpin masa depan Malaysia.


Dato’ Dee bukan sekadar membantu — beliau mencipta harapan.


Tahniah sahabat lama saya.


Semoga Dato’ Zuraidi Rahim terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan yang berpanjangan, dan keberkatan dalam setiap usaha murni demi Bangsa, Agama dan Negara.


Aameen Ya Rabbal Alamin.


Ikhlas

Shahbudin Embun

Pengerusi Biro PolitikSekPur





E

Hentikan Budaya Rakyat Beratur Panjang Terima Bantuan – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto PMO

BATU PAHAT, 7 Jun – Menamatkan amalan kuno yang merendahkan maruah rakyat, termasuk budaya memaksa golongan memerlukan beratur panjang termasuk mengheret warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) demi mendapatkan pengagihan bantuan kewangan, antara komitmen Kerajaan MADANI, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pendekatan sedemikian tidak sepatutnya berlaku lagi dalam era digital kini kerana tindakan itu seolah-olah tidak menghormati rakyat serta menyamai sistem lapuk ratusan tahun dahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto PMO

“Saya tidak setuju kalau sekarang, tahun 2026, rakyat masih lagi perlu beratur (untuk terima bantuan).

“Ini bukan soal politik pilihan raya. Jangan anggap rakyat itu hamba …. Kita sekarang merdeka, berdaulat, rakyat ada harga, ada hak, ada kebebasan, ada semangat kemerdekaan,” kata beliau.

Ribuan rakyat menanti ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto Harapan Madani

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor di sini, malam tadi.

Yang turut hadir Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Naib Presiden KEADILAN dan Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto PMO

Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.

Mengulas lanjut tentang reformasi sistem penyampaian bantuan, Anwar berkata Kerajaan MADANI kini mengutamakan kaedah penyaluran terus ke dalam akaun bank bagi memastikan kebajikan warganegara terpelihara dengan penuh hormat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto PMO

Beliau mempersoalkan keperluan mengekalkan kaedah lama sedangkan bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan awal persekolahan (BAP) kini boleh dikreditkan secara langsung.

Anwar berkata langkah memasukkan bantuan kewangan secara terus perlu dilaksanakan supaya tiada lagi pihak terpaksa beratur panjang untuk menerima bantuan, sekali gus mencerminkan keprihatinan tinggi kerajaan terhadap maruah rakyat.




SIAPA DERHAKA


Che Ibrahim Mohamed


 \Tengku Mukhriz adalah Yam DiPertuan Besar N9 yang tak pernah dipertikaikan keabsahannya semenjak mula ditabalkan tahun 2008.

Jadi kini siapa penderhaka yang sebenar?
Siapa yang cuba atau yang menyokong percubaan untuk jatuhkan raja raja melayu??




SIAPA BAKAL KETUA PENGARAH JKOM?



SIAPA BAKAL KETUA PENGARAH JKOM?
7 Jun 2016
Mengikut laporan Berita Harian, Ismall Yusop akan mengakhiri perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), berkuatkuasa hari ini (7 Jun) selepas lebih setahun memimpin jabatan berkenaan.
Difahamkan, bekas Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) itu telah menyampaikan amanat terakhirnya kepada warga JKOM menerusi platform dalam talian, Google Meet, pada Jumaat lepas..
Ketika dihubungi BH, Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Abah bagaimanapun enggan memberi sebarang komen, sebaliknya meminta pengesahan dibuat dengan Kementerian Komunikasi.
"Tunggu esok. Periksa dengan Kementerian Komunikasi," katanya ringkas.
Tok Abah dilantik mengetuai JKOM sejak Januari tahun lalu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Dr Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan perkhidmatannya pada September 2023.
Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bermula 1 Mac 2023 bagi mengisi kekosongan jawatan itu yang sebelumnya disandang oleh Dr Mohammad Agus Yusof.
Dengan khidmat Tok Abah tidak disambung lagi, bermakna sejak PH mengetuai kerajaan pada 2022, sudah ada tiga Ketua Pengarah JKOM dan bakal ada calon yang keempat sebelum habis penggal PRU15.
Siapakah bakal KP JKOM yang keempat nanti?
Adakah ia daripada kalangan pemimpin PKR, tokoh akademik, profesional, pemain media pro PH atau kali ini akan diserahkan kepada pegawai kerajaan?
Beberapa nama disebut-sebut sebagai bakal KP JKOM yang baharu, tetapi tunggulah pengumuman Kementerian Komunikasi mengenainya.
Dengan pengisi jawatan tersebut paling kerap ditukar ganti, ini bermakna jawatan KP JKOM adalah kerusi paling panas dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
Sejak Dr Agus memegang jawatan tersebut, selain kerana beliau dikaitkan dengan “video Wahab” yang menggegarkan negara, paling menjadi tekanan ialah kemampuan KP JKOM berperanan mengetuai pembinaan naratif mengangkat imej kerajaan perpaduan dan menangani serangan maya daripada pihak lawan.
Semua tiga KP JKOM setakat ini diperkatakan oleh banyak pihak sebagai gagal berpeganan membantu serta menaikkan imej kerajaan.
Yang menariknya, kebanyakan krtiikan terhadap kemampuan KP JKOM selama ini bukan datang daripada pihak lawan, tetapi daripada dalam PH sendiri.
Sebab itu, siapa pun bakal dilantik sebagai KP JKOM selepas ini, cabaran di hadapan bukanlah mudah.
Jika ada silap sikit seperti lambat dalam susun atur kerja, tidak pantas menyerang balas, serangan tidak ampuh atau syok sendiri dan pasukan yang disediakan pula tidak cukup berpengalaman, maka bersedialah berdepan kritikan.
Tambahan lagi jika banyak kritikan itu datang daripada dalam PH, ia tentu lebih memedihkan berbanding jika pihak pembangkang yang mengktitiknya.
Apa lagi dalam keadaan kerajaan perpaduan ketika ini berdepan pelbagai cabaran, selain PRN Johor dan Negeri Sembilan yang bakal berlangsung, disertai pula PRU16 selepas itu, pemilhan siapa sebagai KP JKOM tentunya tidak boleh dibuat main-main.
Kalau tidak cukup kuat mental, silap-silap boleh lari malam dibuatnya. - ShahbudinHusin 07Jun2026.

Begitulah, geng anti-Zahid sedang mengatur strategi.


Zainuddin Omar



 Begitulah, geng anti-Zahid sedang mengatur strategi. Satu kesilapan besar Zahid jemput mereka kembali ke UMNO kerana sedang mereka sedang mencatur mengambil-alih kepimpinan parti.









Taqiuddin Cheman


Semalam lepas jumpa kawan-kawan untuk set pergi Pelancaran Jentera PH malam ni, aku ada jumpa Pak Din.
Pak Din orang lama kat sini. Dia orang lama Umno. Cuma sejak Tun keluar Umno, dia pun slow tak aktif sangat. Tapi dia masih dalam Umno. Aku syok jumpa dia ni sebab kadang sembang dengan dia ni macam sembang dengan pegawai risikan. Info dia rare.
Masa jumpa dia tu, dia tengah tengok satu video. Aku dengar suara video tu macam suara Zahid.
“Video apa tu Pak Din? Suara macam suara Presiden Umno. Nak masuk rumah bangsa ke?” seloroh aku.
“Aku bukan keluar umno, memang duduk dalam rumah, cuma tidur” jawab dia sambil naikkan volume handphone.
Pak Din tahu aku PH tapi hubungan kami baik walaupun berbeza parti.
Pak Din lanjutkan perbualan. “Kau tau Qi, kenapa Zahid tak berapa semangat PRN Johor kali ni? Tak macam PRN sebelum ni” tanya Pak Din.
“Manalah saya tau Pak Din. Bukan parti saya.” jawab aku.
“Ko dengar ni Qi, apa bahasa Zahid ni guna”
Pak Din letakkan telefon dia mengadap aku dengan volume maksimum. Aku dengar dengan teliti walaupun video tu aku dah tengok sebelum ni. Video penjelasan Zahid pasal PRN Johor.
“Ko nampak tak?” tanya Pak Din.
Sambil ketawa kecil aku balas “Cuba Pak Din cerita je terus, saya ni tak dan nak memikir-mikir pasal Umno ni, yang saya tahu, PRN ni kita lawan”
“Itulah ko ni Qi. Aku orang lama aku tengok Zahid tu aku tau dah apa sebenarnya dia fikir.” ujar Pak Din.
“Kalau ko tengok Zahid ni cakap dia guna perkataan ‘mereka’ merujuk kepada kepimpinan Umno Johor, dia tak guna kami atau kita dalam penjelasan dia. Maknanya keputusan PRN Johor ni memang sepenuhnya keputusan Johor, bukan dari pusat dan dia tak bersungguh” jelas Pak Din.
“Ooo..macam tu.Jadi semua ni Pak Din nak bagitau apa kat saya” tanya aku lagi.
“Maknanya Qi, di belakang Umno Johor ni ada pencatur lain yang bertindak untuk kukuhkan kedudukan tanpa ambil kira apa yang ada di pusat”
“Sebab itu kalau kau tengok Umno di pusat, semuanya macam tak semangat sangat dengan PRN Johor ni” kata Pak Din.
“So?”tanya aku ringkas.
“So, kalau orang kata Umno dah solid, sebenarnya belum lagi Qi. Rumah bangsa apa semua tu hanya diambil kesempatan untuk geng yang melawan Zahid ni, kukuhkan kedudukan untuk lawan balik.
“Bila geng ni dah kukuh balik, kau tengok depa susun” jelas Pak Din sambil menepuk meja.
“Jadi Pak Din nak bagitau yang kat Johor ni ada orang lain yang atur, ada orang lain yang susun, bukan pimpinan di pusat, bukan Presiden Umno?”soal aku.
“Ya. Di Johor ni, Zahid bukan Presiden. Di Johor ni, orang lain Presiden” jawab Pak Din ringkas.
“Siapa?” soal aku lagi.
Pak Din hulur telefon dia dengan paparan gambar seorang ahli parlimen hisap vape dalam parlimen bagi menjawab soalan aku.
Aku pun tak dapat tangkap sangat apa yang Pak Din cuba sampaikan. Tapi apa yang jelas Pak Din masih folo cerita Umno walaupun dia dah tak aktif.
Panjang lagi Pak Din share info ngan aku. Nanti aku sambung




AYAQ TAK DAK PUN SALAH DAP KER/ KIOK.


Jamzuri Ardani


 Orang Kedah dan Kelantan terpaksa berhari raya tanpa air pun salah DAP ke?

Orang Kelantan dan Tganu terpaksa berhijrah cari kerja di Selangor dan P Pinang tu salah DAP ke?
Cer pikio ... otak tu Allah bagi untuk digunakan, bukan untuk dipajak.



PRU DUN Johor: Mengapa Batu Pahat Jadi Pilihan Pakatan Harapan?

 


Pemilihan Batu Pahat turut menarik perhatian pemerhati politik memandangkan kawasan itu diwakili Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar yang sebelum ini dilihat rapat dengan kem bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli ketika pemilihan parti tahun lalu.

BATU PAHAT, 6 Jun – Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) yang akan disempurnakan Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini pemilihan Batu Pahat sebagai lokasi perhimpunan terbesar Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebenarnya mempunyai mesej politik tersendiri.

Selain menjadi lokasi pelancaran jentera PH, Batu Pahat hari ini turut menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN yang berlangsung secara tertutup dengan tumpuan dipercayai terarah kepada persiapan akhir menghadapi PRU DUN Johor termasuk memuktamadkan beberapa calon yang bakal diketengahkan.

Antara agenda dipercayai pertemuan berkenaan bagi memuktamadkan pengurusan pilihan raya dan jentera yang akan ditugaskan menjelang mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 12 Jun depan.

Pemilihan Batu Pahat sebagai lokasi pelancaran jentera Pakatan Harapan (PH) Johor pada 6 Jun 2026 bakal membawa gelombang besar perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menurutnya, pemilihan Batu Pahat bukan sekadar faktor logistik, sebaliknya mempunyai nilai strategik dan simbolik tersendiri kepada kepimpinan parti.

“Ramai bertanya kenapa Batu Pahat dipilih sedangkan pelancaran jentera boleh dibuat di kawasan lain.

“Apabila seluruh kepimpinan tertinggi parti berkumpul di Batu Pahat untuk mesyuarat MPP dan pelancaran jentera pada hari yang sama, sudah tentu ada mesej politik yang ingin disampaikan,” katanya hari ini.

Pemilihan Batu Pahat turut menarik perhatian pemerhati politik memandangkan kawasan itu diwakili Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar yang sebelum ini dilihat rapat dengan kem bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli ketika pemilihan parti.

Pemilihan Batu Pahat sebagai lokasi pelancaran jentera Pakatan Harapan (PH) Johor pada 6 Jun 2026 bakal membawa gelombang besar perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Sehubungan itu, Johor kini dilihat menjadi pentas awal persaingan politik antara PH, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang sedang berusaha menempatkan diri dalam landskap politik negara.

Menurut sumber berkenaan, Batu Pahat merupakan antara kawasan paling penting buat KEADILAN di Johor kerana ia bukan sahaja dianggap kubu tradisi parti, malah kawasan yang kini diwakili Ahli Parlimen yang sering dikaitkan dengan kem Rafizi.

“Apabila muncul parti baharu yang diterajui bekas pemimpin kanan KEADILAN, sudah tentu kepimpinan pusat mahu memastikan jentera dan akar umbi parti terus kukuh serta bersedia menghadapi pilihan raya.

“Batu Pahat mempunyai nilai simbolik yang besar kepada parti dan sebab itu seluruh perhatian kepimpinan tertumpu di sini hari ini,” ujarnya.

Difahamkan, antara agenda utama MPP ialah memperhalusi strategi pilihan raya, rundingan kerusi serta memuktamadkan senarai calon yang bakal mewakili KEADILAN pada PRN Johor.

Beberapa sumber parti turut memaklumkan keputusan penting berkaitan calon dijangka dicapai dalam mesyuarat berkenaan sebelum diumumkan kepada umum dalam masa terdekat.

Johor kini dilihat menjadi pentas awal persaingan politik antara PH, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) yang sedang berusaha menempatkan diri dalam landskap politik negara.

Pelancaran jentera PH malam ini pula dijangka menjadi himpunan terbesar KEADILAN di Johor setakat ini apabila pimpinan serta jentera dari seluruh cabang parti di negeri itu berkampung di Batu Pahat bagi menunjukkan kesiapsiagaan menghadapi PRN Johor.

Dengan Batu Pahat menjadi lokasi tumpuan kepimpinan tertinggi KEADILAN dan pada masa sama Johor Bahru menjadi pentas kempen awal Bersama, negeri Johor kini menyaksikan permulaan kepada persaingan politik yang dijangka semakin sengit menjelang hari penamaan calon PRU DUN Johor.