KISAH PALATAO



Norshidah Md Daud


Memula betina tu up post palatao pasal Rafizi nk jd PM smpai sanggup langgar DSAI


Btw, kami sebagai penyokong ni pun akan attack Rafizi kalau time ni dia nk jd PM

Sebab kami tau belum masanya lg


Rata2 penyokong b4 ni x pernah kritik Izzah pun

Semua menyokong hinggalah bila dia buat keputusan nk lawan Rafizi


Sebab ape kami kritik Izzah?

Sebab belum masanya lagi dia bertakhta kt situ walaupun kami mmg nak dia berada d sana satu masa nnt


Paham kan bab ni?


Lepas Rafizi bidas, dan2 betina tu bgtau mesejnya adalah utk doakan Rafizi jd PM 😏


Kau up post panjang lebar dan membayangkan kepada pembaca kononnya Rafizi ni mmg bercita2 nk melawan DSAI, kononnya info dari burung punai kau


Korang bayangkan kalau Rafizi lambat bidas atau langsung x jwp post palatao smlm, smpai ke kiamat la nnt org akan anggap Rafizi mmg langgar DSAI utk jd PM


Mmg naratif tu yg cuba dia snpaikan pd masyarakat


Lepas kena hentam, dia up post lak pasal walaraf maki hamun dia


Wallawei...


Isu palatao dia x jwp, spin lak mesejnya utk doakan Rafizi jd PM


Isu burung punai dia bg info, sedangkan dia pun baik dengan beberapa org team Rafizi

Senang sangat kalau nk sahkan info tu benar atau x

Tp dia memilih utk sebarkan info burung punai dia tanpa cari pengesahan 


Kau sendiri xde etika wat post, kau nk sembang pasal etika org lain maki hamun kau?


Sudahnya berbalik kepada tujuan betina tu wat post 


Utk wujudkan pandangan jahat kepada Rafizi setelah Rafizi ulas bab bajet.



DULU KOI SEKOLAH PRIVATE....KOI TAK MAIN LA SWKOLAH GOMEN...KIOK.


Che Ibrahim


 Maknanya mereka yang berjaya hari ini juga bukan lahir dari kurikulum pendidikan kebangsaan, sebab itu kena rombak?




BERSATU DAH JADI BERSEPAI


 

INI BEKAS POLIS HENTAM MUKA KOTAK.PELAQ ORANG KEDAH KATA.





 DIA PUNYA KELENTONG RUPANYA GAMBAR KOMANDO INDONESIA ..DIA NGAKU GAMBAR DIA...APA PUNYA CIBAI MANUSIA NI.





NAK MUNDUR PILIH PAS. DEPA DOK KATA BAGUIH SITU..MAIN BAB AGAMA...


 

GADOH LAK DAH


 

KUTUK RAJA SENDIRI


 

LEPAS KES RASUAH ANAK MENANTU..KINI KES HINA SULTAN PULAK..ADOIII...KESIAN RAKYAT PERILIS...HASIL TAK DAK MAJU PUN TAK DAK...


 

ISU CARCOSA NEGARA..INI JAWAPAN DAN ALASAN.

 


BETUL DAH TU BRO...BAGI SEMUA DIAORANG BUAT


 Kan... Betul apa yang bro Azhan Rani  soalkan.. 😅


agak² kalau laki bini selalu bergaduh mesti kena salahkan menteri keluarga, kebajikan Dan masyarakat..kan?🤭





RESPON RAFIZI TERHADAP MUHYIDDIN


 

ORANG BODO CAM KO KALAU BUKA MULUT NAMPAK LAGI BODO

 


BETINA PALATAO TU KE?

 Norshidah md Daud


Ada betina meroyan ke lepas salah tembak smlm?





Adehhh sian dia smpai dok gelarkan org walaraf 


Almaklumla dia dulu walatok


Tp tu la, dlm etika kepala bapak dia, gelarkan org x salah

Ataupun mungkin kesalahan kecil 🤭


Cuma kalau maki hamun dia je salah 


Tu pun segelintir kecik je yg maki, lepas dia wt post palatao 


Hakak bz ni tgh wat site visit


Kita bukan cari makan dok himpit sana sini wakkkkk... 😏


Kita wat keja amal 😉



𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿, 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 & 𝗜𝘀𝘄𝗮𝗿𝗱𝘆: 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮, 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗼𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗦𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘆𝗶𝗸𝗮𝗻 — 𝘽𝙞𝙡𝙖 𝙍𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙚𝙣𝙖𝙩𝙖𝙥 𝘾𝙚𝙧𝙢𝙞𝙣 𝙎𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞







𝙄𝙣𝙩𝙧𝙤: 𝘉𝘪𝘭𝘢 𝘋𝘔 𝘋𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘯𝘶𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘈𝘱𝘪 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪 𝘔𝘦𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢 𝘓𝘢𝘨𝘪


𝘚𝘦𝘫𝘢𝘬 𝘭𝘦𝘸𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘢𝘥𝘪, 𝘋𝘔 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘩 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢𝘢𝘯 —

𝘬𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 𝘱𝘶𝘯 𝘢𝘥𝘢, 𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯, 𝘬𝘶𝘱𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘧𝘴𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘵𝘶𝘭𝘪𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨 𝘐𝘴𝘸𝘢𝘳𝘥𝘺 𝘔𝘰𝘳𝘯𝘪.

𝘕𝘶𝘬𝘪𝘭𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘭𝘪𝘢𝘶 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘴𝘪, 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘱𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪.

𝘈𝘺𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘥𝘶𝘩, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘥𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯. 𝘉𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘵𝘶𝘬, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘨𝘢𝘩 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘳𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪.


𝘖𝘭𝘦𝘩 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘵𝘶𝘭𝘪𝘴𝘢𝘯 𝘵𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘯𝘵𝘶𝘩 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘴𝘪𝘴𝘪 —

𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘬𝘦 𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘪𝘯𝘪 𝘬𝘢𝘣𝘶𝘳,

𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘤𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘱𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘯𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 4 𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 5 𝘴𝘪𝘳𝘪 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮, 𝘩𝘢𝘥𝘢𝘮, 𝘥𝘢𝘯 𝘤𝘦𝘳𝘯𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮.

𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙧𝙞 𝟭.


𝗜. 𝗦𝗶𝗻𝗱𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵


Ada sesuatu yang menyengat tapi jujur dalam tulisan Iswardy Morni.

Dia tak menulis untuk “𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘫𝘢𝘳”, tapi untuk menyindir dengan kasih sayang politik.

Dan sindiran begini lah yang 𝙥𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩 — sebab ia kena tepat di 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙡𝙪𝙠𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙤𝙧𝙤𝙠 di balik slogan “Madani.”


Iswardy menyebut satu 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙖𝙣 yang ramai dalam 𝙜𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙣𝙞 𝙘𝙖𝙠𝙖𝙥:


> “𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘨𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘤𝘶𝘮𝘢 𝘥𝘪𝘴𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘱𝘦𝘨𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘬𝘳𝘪𝘱.”


𝗜𝗜. 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗮𝘁𝗲𝗿 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮𝗹


Dan di situlah politik jadi teater paling mahal di dunia.

Watak berubah, tapi pengarahnya tetap sama —

entiti yang 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙪𝙞𝙩, 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙪𝙝, 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙠𝙖𝙧 dari zaman penjajahan hingga zaman tender berjuta.


Dalam politik Malaysia, inilah “𝘿𝙚𝙚𝙥 𝙎𝙩𝙖𝙩𝙚 𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞 𝙏𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪.”

Bukan hantu, tapi sistem yang tak mati-mati walau kita tukar perdana menteri sepuluh kali.


𝗜𝗜𝗜. 𝗖𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗟𝘂𝗮𝗿


Apa yang Iswardy tulis tu bukan pelik.

𝘼𝙢𝙚𝙧𝙞𝙠𝙖 pun pernah lalu fasa sama masa Barack Obama naik dengan semangat Hope and Change,

tapi akhirnya 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙥𝙞𝙩 dalam jaringan lobi korporat dan kapitalisme politik.


Di 𝙄𝙣𝙙𝙤𝙣𝙚𝙨𝙞𝙖, Jokowi pun bermula sebagai simbol rakyat —

akhirnya 𝙩𝙚𝙧𝙥𝙖𝙠𝙨𝙖 menari ikut rentak oligarki lama.


𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖?

Kita baru sedar bahawa “kuasa rakyat” tu cuma 𝙩𝙞𝙠𝙚𝙩 masuk ke pentas lama, bukan tombol untuk ubah sistemnya.


𝗜𝗩. 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗔𝗹𝗮𝘁, 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗵𝗶𝗮𝘀𝗮𝗻


Iswardy mengingatkan bahawa 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙩𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙖𝙡𝙖𝙩.

Masalahnya — bila dah duduk di puncak, alat tu tiba-tiba jadi hiasan dinding.


Dulu Reformasi laungkan “𝙇𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣,”

𝙠𝙞𝙣𝙞 bunyinya lebih kepada “𝘛𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘮𝘦𝘴𝘺𝘶𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘥𝘶𝘭𝘶.”

Dulu 𝙞𝙙𝙚𝙖𝙡𝙞𝙨𝙢𝙚 dibakar dengan api perjuangan,

kini ia 𝙘𝙪𝙢𝙖 𝙡𝙞𝙡𝙞𝙣 𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡 di sudut Putrajaya.


𝗩. 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗶𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗳𝘀𝗶𝗿 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻


Yang paling menusuk dalam tulisan ni —

kesedaran bahawa 𝙩𝙚𝙜𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙠𝙝𝙞𝙖𝙣𝙖𝙩𝙖𝙣.

Rafizi, HIRUK, dan suara yang menegur itu bukan musuh — 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙘𝙚𝙧𝙢𝙞𝙣.


Dan cermin, walaupun retak, tetap memantulkan wajah sebenar kita.

Bila kita dah mula 𝙩𝙖𝙠𝙪𝙩 dengan cermin sendiri,

itu tandanya kita dah mula jadi pemimpin yang 𝙠𝙚𝙝𝙞𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 roh perjuangan.


𝗩𝗜. 𝗞𝗮𝗽𝗮𝗹 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 — 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗡𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗣𝗲𝘀𝗶𝗮𝗿


Analogi keras tapi tepat:

Kalau dulu reformasi ni macam kapal nelayan yang 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 ombak besar kuasa lama,

hari ini ia dah jadi kapal pesiar mewah — cantik di luar, tapi dindingnya retak di dalam.


Dan bila ribut datang semula,

bukan ombak yang bahaya… tapi 𝙚𝙜𝙤 dalam kapal tu sendiri.


𝗧𝗲𝗮𝘀𝗲𝗿 𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽:


Tulisan ni bukan untuk membakar sesiapa —

tapi untuk 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 mereka yang dulu pernah berjanji takkan lupa daratan.

Kerana dalam dunia politik, yang paling cepat naik bukan selalu yang paling tinggi —

kadang-kadang cuma yang paling 𝙥𝙖𝙣𝙙𝙖𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙤𝙧𝙤𝙠 dosa di balik slogan.


====>>>

🖋️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘵𝘢...

𝘒𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘯𝘵𝘶𝘩 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘳𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 —

𝘪𝘢 𝘤𝘶𝘮𝘢 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘥𝘪𝘵𝘦𝘭𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮.


𝘕𝘦𝘹𝘵:

𝙎𝙞𝙧𝙞 𝟮: 𝙋𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠 𝙍𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞: 𝘽𝙞𝙡𝙖 𝙄𝙙𝙚𝙖𝙡𝙞𝙨𝙢𝙚 𝘽𝙚𝙧𝙩𝙚𝙢𝙗𝙪𝙣𝙜 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙍𝙚𝙖𝙡𝙞𝙩𝙞 𝙄𝙨𝙩𝙖𝙣𝙖 𝙋𝙪𝙩𝙧𝙖𝙟𝙖𝙮𝙖



SEJARAH PEMBANGGUNAN JET PEJUANG CHINA


Omar Baihaki


 Pada 1990-an, Rusia enggan menjual jet pejuang Su-27 kepada China, bimbang China mungkin meniru teknologi mereka. Bagaimanapun, China mendakwa keperluannya adalah untuk "pertahanan negara dan kerjasama ketenteraan," dan menawarkan kontrak pengeluaran bersama domestik untuk membina keyakinan.





Kemudian, Rusia menghadapi krisis ekonomi selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, mencari pendapatan daripada eksport senjata. Akhirnya, pada tahun 1996, Rusia bersetuju untuk menjual 76 Su-27SK dan membenarkan China memasangnya di dalam negara di bawah program "J-11".


Kemudian, China membangunkan versi sendiri pesawat ini tanpa mendapatkan kelulusan lanjut. Menyedari bahawa China menggunakan teknologinya tanpa membayar royalti, ia menghentikan jualan model masa depan dan sejak itu mengetatkan sekatan ke atas pemindahan teknologi dengan China.



BEZA 2 PEMIMPIN

 




LAGI MASUK WARISAN

 

Razeef Rakimin


Pembetulan.. Beliau tidak pernah menjadi Ketua Cabang Keadilan Tuaran.. Beliau menyertai Keadilan pada 2018 dan sudah tidak aktif sejak 2022.. Hanya 4 tahun aktif bersama parti.. Beliau sebelum ini Ketua Wanita Cabang Tuaran dan Timbalan Ketua Cabang Tuaran dari 2018-2022..


Beliau telah umum keluar parti pada Mei 2025 setelah hampir 3 tahun tidak aktif bersama parti dan menyertai Warisan 5 bulan kemudian.. Apapun selamat maju jaya kepada beliau..





DIA BARU MUNCUL SEBELUM ATOK MELINGKUP.. PENULISAN DIA BANYAK SAYA SIARKAN SEKITAR 2018 19 KAKAU TAK SILAP.


Norman Daud


 Hari ini Rafizi Ramli  mengeluarkan kenyataan membalas penulisan Liyana Marzuki. Saya sendiri tak dapat baca penulisan LM itu menggunakan akaun saya ni kerana beliau dah block saya di Facebook dan saya terpaksa guna profile Fb isteri saya untuk baca penulisan tu.. saya diblock oleh beliau sebab saya pernah mengkritik cara penulisan dia sebelum ini. Pada saya, tulisan LM kadang-kadang nampak cerdik, tapi ada masanya agak berbahaya. Tapi tak perlah.. itu hak dia nak block saya.






Saya sebenarnya tak tahu apa tujuan sebenar LM menulis artikel tu. Apa maksud dan matlamat yang dia hendak capai? Hubungan antara Rafizi Ramli (RR) dan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim  (PMX) sekarang ini sangat unik . Lebih baik jangan diganggu. Mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan RR sebagai “palatao”, kononnya mahu jadi PM segera, atau mendakwa beliau bakal membawa masalah kepada pemerintahan PMX .. itu semua satu tuduhan yang dangkal dan berniat jahat.


Kita semua tahu, RR mempunyai sumbangan yang sangat besar kepada KEADILAN dan kerajaan hari ini. Tidak ada siapa pun yang boleh mempertikaikan jasa dan peranan beliau dalam membantu PMX serta membawa parti ke tahap sekarang. Jadi apabila muncul individu seperti LM yang datang dengan gaya “acah-acah cerdik” dan cuba mengeruhkan hubungan dua tokoh penting ini, saya tertanya-tanya apa sebenarnya tujuan dia?


Ketika kami dalam KEADILAN sedang berusaha keras merapatkan kembali hubungan antara dua kelompok dalam parti selepas pertembungan pemilihan baru-baru ini dan keadaan sudah agak semakin reda, RR pun sudah lebih tenang walaupun kadang mengkritik kerajaan dengan cara yang membina .. tiba-tiba muncul LM dengan tulisan yang boleh menghancurkan keharmonian yang sedang kita usahakan.


Tulisan LM ini, pada pandangan saya, tak ubah seperti cubaan menyalakan semula api yang sudah hampir padam. Mungkin dia rasa dirinya bebas bersuara atas nama “kebenaran”, tetapi dalam politik, kebijaksanaan bukan sekadar apa yang kita kata ..ia juga tentang bila, bagaimana dan untuk apa kita berkata.


Rafizi Ramli bukan sosok biasa. Beliau antara arkitek utama kemenangan Pakatan Harapan pada PRU15. Banyak dasar serta strategi kerajaan hari ini datang daripada idea dan gagasan beliau. PMX sendiri pernah mengakui pentingnya peranan RR dalam mengurus hala tuju ekonomi negara dan parti. Maka apabila ada penulis seperti LM cuba mencemar imej RR dengan naratif seolah-olah beliau gila kuasa atau ingin menjatuhkan PMX, itu bukan sahaja tidak adil  malah sangat berbahaya kepada kestabilan dalam parti.


Saya tak pasti sama ada LM sedar atau tidak, tapi tulisan seperti itu memberi peluru percuma kepada musuh politik kita. Pembangkang pasti tersenyum bila melihat ada suara dari dalam yang cuba menggugat hubungan PMX dan RR. Mereka akan guna tulisan sebegitu untuk menyerang KEADILAN dan kerajaan perpaduan. Akhirnya, yang rugi bukan PMX atau RR, tetapi parti dan rakyat.


Rakyat di luar sana tidak peduli siapa lebih berpengaruh atau siapa lebih menonjol dalam parti  yang mereka mahu lihat ialah hasil, dasar berkesan, dan ekonomi yang semakin baik. Itu yang sedang diusahakan bersama oleh PMX dan RR.


Jadi kepada LM dan mana-mana penulis yang kononnya ingin dilihat “intelektual bebas”, berhentilah menjadi batu api yang membakar dari tepi. Kami dalam KEADILAN masih percaya kepada kepimpinan PMX, dan kami juga menghormati peranan besar Rafizi Ramli. Kedua-duanya saling melengkapi, bukan bersaing. Jangan kerana sedikit ego dan keinginan untuk kelihatan berani, akhirnya kita sendiri yang membakar rumah yang kami bina bersama.




FITNAH MAINAN BUDAK NI. RASANYA PDRM BOLEH OEGANG SEBAB MAIN ISU RAJA RAJA DSN MEMFITNAH RAJA RAJA MELAYU.

 

Sham Ghaz



Sedap Noorsham Md Sari/ Pembangkang ni fitnah PMX Anwar Ibrahim dan main isu 3R!


Kata Majlis Raja Raja nasihat PM letak jawatan. Itu satu fitnah yg jelas nyata! Tindakan polis dan saman akan menyusul! 


Lepas tu akaun Sis Anne Humaizi kata DYMM Sultan Kedah pengerusikan Sidang Meja Bulat sebab DYMM YDP Agong ke luar negara.











Faktanya:


1. Mana ada Sidang Meja Bulat Majlis Raja Raja, kamu ingat Raja ni mcm Walaun ke sembang meja bulat kedai kopi? Punah!


2. Yang Pengerusi Mesyuarat Raja Raja yang lepas DYMM Raja Muda Perlis, bukan DYMM Sultan Kedah.


3. Jika ada mesyuarat sekalipun, cuma ada Precouncil Majlis Raja Raja dan mesyuarat penuh Majlis Raja Raja


Duk rujuk sumber Papagemok. Yang cerdik pun jadi bodoh. 


IP adress alamat FB dah ada ni: 


1. Noorsham Md Sari  - https://www.facebook.com/share/14LH4VXXvKo/?mibextid=wwXIfr


2. Sis Anne Humaizi - https://www.facebook.com/share/17ai7Pc3XW/?mibextid=wwXIfr dan https://www.facebook.com/share/1BQfdg9JL5/?mibextid=wwXIfr




BUD 4 di Hati Saya: Luka Yang Tidak Berdarah, Tapi Menyakitkan Jiwa






Beberapa hari ini saya terpaksa mengambil masa untuk menelan kesedihan yang begitu dalam. Luka di hati ini tidak mudah dirawat, apatah lagi apabila tragedi itu berlaku di tempat yang begitu dekat di jiwa saya — SMK Bandar Utama Damansara (4), sekolah yang saya pernah panggil sebagai rumah kedua selama hampir 18 tahun.


Saya mengenali setiap pelusuknya, setiap wajah yang tersenyum di koridor, setiap suara murid yang memeriahkan pagi. Hari ini, pena yang selama ini tenang akhirnya bergerak — menitis bersama air mata, menulis bukan sekadar berita, tetapi rintihan seorang guru yang masih menyayangi sekolah itu sepenuh hati.


Hubungan saya dengan BUD 4 bukan sekadar sejarah kerjaya — ia sebahagian daripada diri saya. Di setiap ceramah sejarah dan motivasi yang saya sampaikan di luar sana, nama “Cikgu Cva @ SMK BUD 4” sentiasa saya angkat. Ia bukan sekadar tanda kenangan, tetapi lambang kebanggaan. Baris itu tetap saya bawa dan terpapar dalam setiap slaid pertama ceramah saya, seolah-olah saya masih berdiri di dewan sekolah itu, menghadap murid-murid yang saya kasihi. BUD 4 telah membentuk saya — sebagai guru, sebagai manusia, sebagai jiwa yang percaya bahawa pendidikan adalah benih kasih, bukan sekadar sistem pengajaran.


BUD 4 ialah sekolah yang istimewa. Ia mencerminkan Malaysia dalam skala kecil — kepelbagaian budaya, bahasa dan agama hidup harmoni di bawah satu bumbung. Murid-muridnya saling menghormati, guru-gurunya berjiwa besar dan penyayang. Hubungan antara guru dan murid di sana bukan semata-mata hubungan akademik, tetapi kekeluargaan. Itulah sebabnya, bila tragedi ini berlaku, ia menggegarkan hati kami semua.


Saya mengenali mendiang Yap Shing Xuen — seorang murid yang ceria, aktif dan sentiasa bersemangat, terutama dalam aktiviti sukan. Tiada siapa menyangka takdirnya akan berakhir begini. Saya juga mengenali murid lelaki 14 tahun, seorang murid yang tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berkelakuan di luar batas kemanusiaan. Maka persoalannya, di mana silapnya? Siapa yang patut dipersalahkan? Soalan yang bermain di benak kita semua — namun sebagai guru, saya tidak mahu jari ini menuding kepada sesiapa.


Saya memahami penderitaan guru-guru di sekolah ini. Saya tahu bagaimana perasaan mereka ketika cuba menenangkan murid lain, sambil menahan perasaan sendiri. Saya juga tahu betapa getirnya keadaan ketika seluruh komuniti sekolah dilanda trauma yang mendalam. Tidak ada guru yang ingin muridnya terkorban, dan tidak ada sekolah yang bersedia menghadapi tragedi sebegini. Sebagai warga pendidik, saya faham — tiada siapa patut dipersalahkan kerana ini bukanlah kegagalan seorang guru, tetapi satu tamparan kepada sistem nilai kemanusiaan yang semakin terhakis.


Kita hidup dalam dunia yang semakin canggih, tetapi ironinya, teknologi yang sepatutnya menghubungkan manusia kini menjadi pisau bermata dua. Media sosial memberi ruang untuk berinteraksi, tetapi juga membuka laluan kepada kebencian, tekanan, dan kekeliruan jiwa. Murid hari ini dibesarkan dalam dunia maya yang luas tanpa sempadan, di mana emosi mudah terbakar dan hati mudah goyah. Jika tidak disertai bimbingan, kawalan, dan kasih sayang, teknologi boleh menjadi racun yang meresap perlahan — memusnahkan sebelum sempat kita sedari. Pepatah ada menyebut, “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya” — begitulah teknologi; nampak mendidik, tetapi mampu menelan nilai jika tidak dikawal dengan bijak.


Oleh itu, peranan ibu bapa dan penjaga menjadi semakin penting. Dalam kesibukan mencari nafkah, janganlah kita abaikan pemantauan terhadap anak-anak. Ketahuilah dengan siapa mereka berkawan, apa yang mereka tonton, apa yang mereka sembunyikan di sebalik pintu bilik mereka. Jangan hanya bertanya tentang markah peperiksaan, tetapi tanyakan juga tentang perasaan dan emosi mereka. Jika terlihat kelainan pada tingkah laku, jangan nafikan. Beranilah menerima hakikat bahawa anak mungkin memerlukan bantuan, bukan penafian. Kadangkala, cinta sebenar itu ialah berani mengakui kelemahan dan mencari jalan penyelesaian.


Rapatkan juga hubungan dengan pihak sekolah. Datanglah ke perjumpaan, berbincang dengan guru, dengar nasihat mereka. Jangan cepat menolak teguran atau mempertahankan anak tanpa usul periksa. Guru bukan musuh — guru adalah mata dan telinga kedua ibu bapa. Kita berkongsi tanggungjawab yang sama, iaitu membimbing anak-anak agar tidak tersesat dalam dunia yang semakin sukar diteka arahnya.


Di rumah, pantau pergerakan anak-anak. Jangan biarkan mereka mengurung diri berjam-jam dengan alasan mengulang kaji. Sesekali, periksa beg mereka, bahan bacaan mereka, ruang digital mereka. Bukan kerana tidak percaya, tetapi kerana sayang yang mahu menjaga. Semakin mereka meningkat remaja, semakin kita perlu mendekat — bukan menjauh. Hubungan yang rapat semasa di sekolah rendah tidak seharusnya pudar apabila mereka menjejak kaki ke sekolah menengah. Di situlah sebenarnya akar masalah sering mula tumbuh tanpa disedari.


Pegangan agama dan nilai moral mesti kembali menjadi tunjang utama. Sekolah boleh memberi ilmu, tetapi rumah membentuk jiwa. Tanpa asas rohani yang kukuh, murid mudah hanyut dalam dunia tanpa batas. Tidak kira apa jua agama atau kepercayaan, setiap ajaran menyeru kepada kasih, hormat, dan budi. Adab mendahului ilmu; dan budi menuntun akal. Itulah benteng sebenar yang perlu kita perkuat semula.


Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan rasa hormat kepada ayah murid lelaki tersebut, yang berani menerima kebenaran bahawa anaknya telah menghancurkan kehidupan seorang anak perempuan yang tidak bersalah. Keberaniannya mengakui kenyataan itu bukan kelemahan, tetapi tanda kekuatan jiwa seorang ayah yang jujur dan bertanggungjawab. Semoga beliau tabah menghadapi tekanan yang luar biasa ini. Semoga masyarakat juga tidak menghukum keluarga ini, kerana dosa seorang anak tidak harus diwarisi oleh seluruh keluarganya.


Kepada pempengaruh dan pengguna media sosial, saya mohon dengan setulus hati, hentikan pencarian sensasi di atas penderitaan manusia lain. Ini bukan konten untuk disebarkan, bukan bahan tontonan untuk menaikkan jumlah tontonan. Hormatilah ruang duka yang sedang dilalui oleh keluarga mangsa, warga sekolah, dan masyarakat yang masih terkejut. Jangan jadikan tragedi ini sebagai bahan hiburan atau medan spekulasi. Dalam dunia yang kian lapar akan perhatian, biarlah kita masih punya batas kemanusiaan. Berikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka, dan ruang kepada keluarga untuk bernafas dalam kesedihan mereka. Kadangkala, simpati paling bermakna ialah diam yang penuh doa.


Doa saya mengiringi mendiang Yap Shing Xuen, semoga rohnya tenang dan diberi kedamaian abadi. Kepada kedua ibu bapanya, saya hanya mampu mendoakan kekuatan luar biasa untuk meneruskan kehidupan ini. Saya faham betapa peritnya hati seorang ibu apabila menerima berita sebegini, tiada kata-kata yang mampu mengubat luka kehilangan anak. Namun hidup ini, sepedih mana pun, mesti diteruskan. Semoga masa menjadi ubat yang perlahan-lahan mengeringkan air mata, walau parutnya akan kekal selamanya.


Kepada rakan-rakan guru di BUD 4, tabahkan hati. Tidak ada siapa menyangka ujian seberat ini akan menimpa. Tetapi inilah hakikat profesyen kita — mendidik dalam suka dan duka, dalam tawa dan tangis. Teruskan perjuangan kita, kerana murid-murid masih memerlukan kita.


Kepada murid-murid BUD 4 yang sentiasa kasihi, terutama yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini, saya tahu betapa beratnya beban di hati anda semua. Hari kejadian itu sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan — hari graduasi Tingkatan 5, hari untuk bergembira bersama rakan dan guru. Namun, majlis yang sepatutnya penuh kenangan manis itu bertukar menjadi tragedi hitam yang tidak mungkin dilupakan.


Walau sesukar mana, teruskan langkah. Jadikan kejayaan anda nanti sebagai penghormatan kepada mendiang Yap Shing Xuen. Ingatlah, kita tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku, tetapi kita mampu menentukan bagaimana kita bangkit daripadanya. Doa cikgu sentiasa bersama anda semua.


Akhirnya, biarlah tragedi ini menjadi renungan untuk kita semua. Mungkin luka ini tidak akan sembuh sepenuhnya, tetapi daripada luka itu biarlah tumbuh tekad baharu, untuk menjadikan sekolah kita tempat yang aman, selamat dan penuh kasih sayang.


Buat mendiang Yap Shing Xuen, tenanglah di sana. Buat semua warga BUD 4, teruslah berpegang pada kasih, kerana kasih itulah yang menjadikan kita satu keluarga walaupun berbeza waktu dan tempat.


Dan buat diri saya sendiri, seorang bekas guru yang masih mencintai BUD 4 sepenuh jiwa — biarlah rencana ini menjadi titisan hati seorang pendidik yang tidak pernah berhenti percaya bahawa setiap murid masih punya cahaya, walaupun hari ini dunia terasa gelap.


Salam BUD 4:

Cikgu Cva

17 Oktober 2025




Reformasi tidak mati, ia cuma menyusur akar mendepani realiti kuasa.

Alif Jamil






Saya terpanggil untuk bersama² merungkai kekeliruan yg sedang melanda jiwa ramai anak² muda hari ini..


Mereka yg pernah berdiri dijalan perjuangan dgn idealisme yg sama tetapi kini terbelah antara kesetiaan untuk bersama Pemimpin Malaysia Madani yg sedang memegang tampuk kuasa atau bersama Reformis Sejati yg memilih menegur dari luar gelanggang.


Saya menulis bukan untuk memihak tetapi untuk memahami.


Bukan juga untuk membakar semangat membuta tuli,  tapi untuk kesedaran bahawa reformasi ini tidak pernah mati sebaliknya ia menyusur akar dalam mendepani realiti kuasa.


Diantara tokoh senior dan tokoh muda ini, 


Seorang diangkat sebagai pemimpin Malaysia yg membawa semangat dan roh Malaysia Madani.


Seorang lagi disanjung sebagai Reformis Sejati.


Dan kita generasi muda yg membesar di tengah dua arus ini tertanya² siapakah yg patut kita bersama ..


1. Anwar Ibrahim. 

Negarawan yg memilih realiti dan kestabilan. 


PMX bukan lagi pemimpin pembangkang atau aktivis jalanan yang hanya lantang dipodium.. 


Sebaliknya beliau kini seorang Perdana Menteri Malaysia yg memegang amanah 33 juta nyawa dan seluruh sistem negara.


Beliau berdepan dgn defisit fiskal, hutang RM1.5 trilion, tekanan dari Umno, DAP, GPS dan ancaman PN diluar pagar.


Setiap langkahnya bukan lagi soal idealisme semata² tetapi soal strategi untuk survival negara.


Kalau terlalu idealistik, ekonomi akan tumbang.

Kalau terlalu keras, kerajaan akan rebah.

Kalau terlalu lembut, integriti terhakis.


Maka beliau memilih jalan yg perlahan, realistik tapi tersusun dan cermat.. 


Subsidi ditapis, fiskal diseimbangkan, pelaburan kembali masuk dan ringgit perlahan² stabil.


Langkah beliau mungkin tidak sempurna tapi berpijak di bumi yg nyata.


Kerana beliau tahu bahawa reformasi tanpa kuasa hanya akan tinggal slogan semata².. 


2. Rafizi Ramli.

Reformis yg memilih semangat idealisme dari kuasa.. 


Namun jangan kita sesekali menafikan suara Rafizi.

Beliau bukan gila kuasa, bukan juga seorang pengkhianat. 


Beliau menegur bukan untuk menghina, tetapi untuk mengingat dan meluruskan.. 


Bahawa reformasi ini suatu prinsip yg tidak boleh dijalankan dgn tangan yg terikat pada kompromi.


Beliau bersuara tentang integriti, ketelusan, tentang kroni baharu yg cuba bertunas, tentang badan penguatkuasa yg mula longgar, tentang jurang antara rakyat dan Putrajaya yg melebar.


Dan dalam diam, ramai diantara kita tahu ada kebenaran dalam tegurannya. 


Kerana reformasi tanpa keberanian bersuara akhirnya akan menjadi pentadbiran biasa yg hilang roh dan jiwa.


Hakikatnya..

PMX dan Rafizi ini bukanlah musuh dalam nilai, mereka cuma berbeza jalan dan pendekatan.. 


Anwar Ibrahim mahu memelihara kuasa untuk mempertahankan kedudukan, tekad dan usahanya dalam membangunkan semula negara. 


Rafizi pula mahu menggoncang kuasa untuk kembalikan semula semangat reformasi.


Satu perlahan tapi stabil.

Satu lagi berani tapi berisiko.


Dan Malaysia perlukan kedua-duanya sekali.. 


Anwar Ibrahim adalah tangan yg membina struktur.

Rafizi pula adalah suara yg menjaga nurani.


Tanpa Anwar Ibrahim, negara tidak akan stabil.

Tanpa Rafizi, semangat reformasi akan mati perlahan². 


Jadi dimanakah anak muda harus berdiri ?? 


Pada saya, kita tidak berdiri diantara dua insan, tetapi diantara dua falsafah perjuangan.


Satu berjuang mempertahankan kuasa demi kestabilan, satu lagi menegur kuasa demi kejujuran.


Kita bukan penyokong buta.

Kita pewaris akal yg mampu berfikir dgn waras.

Kita bukan fanatik individu.

Kita adalah penyambung idealisme dan perjuangan tanah air kita. 


Jika PMX tersasar, kita tegur dgn adab.

Jika Rafizi melampau, kita imbang semula dgn waras.


Itulah politik yg bertanggungjawab.


Kerana Reformasi ini bukanlah milik Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli.. 


Ianya milik rakyat yg berani menegur, memperbetul dan berjuang dgn jujur dan ikhlas.. 


Anwar Ibrahim sedang mempertahankan negara dari ribut, menahan gelombang fitnah, tekanan politik dan badai ekonomi yg datang silih berganti.


Dalam setiap langkahnya, beliau memikul beban rakyat agar tiang negara ini tidak patah ditengah jalan perubahan.


Rafizi pula sedang menyalakan semula api kesedaran dalam jiwa rakyat bahawa perjuangan itu belum selesai selagi keadilan belum menjadi budaya, dan integriti belum menjadi nadi pemerintahan.


Dan kita generasi muda ini mesti menjadi jambatan antara keduanya supaya ianya seimbang. 


Kerana hanya dgn keseimbangan itu barulah negara ini mampu bergerak kehadapan tanpa mengkhianati akar perjuangannya.



NI HUJAH DIA


 

NI BUKAN BARUA DAP?


 

MARAH SIKIT KE ANAK DATANG MARAH GURU.. AKHIRNYA GURU TAK PAYAH DIDIK ANAK DIA... PANDAI SANGAT.. BIAR MAK BAPAK AJAR SENDIRI


 

MEZAH MINYAK MASAK TAK BELAJAR EKONOMI KAH.?

 


KO SOKONG NAJIB..LINGKUP NAJIB..LA KOSOKONG ATOK SAKA..KO LAK NAK KEMANA LEPAS NIH.?


 

TOK GURU APA HATI BUSUK .


 

Bercakap paling afdal ialah bila berdiri depan cermin.







Untuk seorang MB yang mana pendapatan negeri 80% dari dana persekutuan, dan nak bagi bonus pun tunggu kerajaan persekutuan, mengatakan kerajaan Madani tak cekap sebab kutip cukai menurun padahal kerajaan negeri yang dia jaga sendiri pun banyak bergantung pada federal..


Sorry tak boleh nak hadam, logik ekonomi yang dia pakai.


Btw, kalau concern sangat pasal pembayaran emolumen, usul satu RUU yang batalkan elaun MP dan pencen kalau ponteng sidang parlimen lebih dari 50%, cuba teka siapa yang akan masuk top 10? 


MMMS



LAHIR DARI SISA KEGAGALAN TEBUK ATAP

 Alif Jamil


Gabungan yang dinamakan Ikatan Prihatin Rakyat ini sebenarnya bukanlah satu kekuatan baru. 






Ia hanya sekadar pakatan sisa yg menggabungkan parti² kecewa, parti² gagal dan parti² tanpa hala tuju yg kini bernaung dibawah bayangan Perikatan Nasional.


Muhyiddin cuba menggambarkan seolah² wujud gelombang baharu rakyat terhadap kerajaan tetapi realitinya gabungan ini lebih mirip kpd percubaan terakhir untuk kekal relevan selepas siri kekalahan pilihan raya kecil dan penurunan sokongan rakyat terhadap politik ekstrem.


PEJUANG dan GTA pula yg dulu kononnya mahu menyelamatkan bangsa akhirnya harini menjadi alas kaki sebagai komponen kecil dalam orbit PN.


Dan ini satu pengakuan secara senyap bahawa perjuangan mereka sudah pun gagal. 


Sementara parti² kecil lain sekadar menjadi pelengkap kpd naratif yg cuba dihidupkan semula oleh Muhyiddin dan konco² nya kononnya negara ini sedang berada dalam krisis.


Namun sebagai anak watan yg hidup dibawah arus reformasi Madani hari ini, kita boleh lihat dgn jelas struktur ekonomi sedang dipulihkan, defisit fiskal menurun, pelaburan asing meningkat dan dasar subsidi disusun semula supaya bantuan sampai kpd rakyat yg benar² memerlukan.


Dan sejujurnya, jika digabungkan kesemua otak pemimpin pembangkang hari ini, belum tentu dapat menandingi daya fikir dan wawasan strategik seorang Anwar Ibrahim.


Kerana beza antara mereka ialah Anwar Ibrahim memimpin dgn ilmu dan idea, sedang mereka hanya bergantung pada retorik, hipokrit dan benci.


Itulah hakikat sebenar Ikatan Prihatin Rakyat.

Ia bukan untuk rakyat, tapi untuk selamatkan tengkolok masing².. 


Nak lawan Anwar Ibrahim ? Silakan. 


Cuma suka untuk saya ingatkan.. 

Pembangkang sudah pun kalah sebelum berperang.



SILAP KALAU PEMBANGKANG INGAT ANWAR TAKUT HILANG KUASA.. DIA ADALAH PEJUANG. DAN SIKAPNYA MELAWAN..

 Alif Jamil


Kadangkala saya kesian melihat pembangkang harini.




Kegigihan dan keghairahan mereka untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim tu membuatkan mereka lupa siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.


Anwar Ibrahim bukan jenis pemimpin yg takut hilang kuasa, apatah lagi takut berdepan dgn pihak lawan.. 


Pembangkang harini lupa, Anwar Ibrahim itu cuma baru 3 saja tahun sebagai Perdana Menteri, tapi beliau lebih 20 tahun hidupnya sebagai Ketua Pembangkang.


Maknanya, sudah lebih dua dekad lamanya beliau menjadi panglima perang melawan regim lama yg disokong oleh pelbagai jentera, media, institusi dan sistem yg tempang. 


Orang lain kalau ditekan bertahun² sebegitu rupa, dah lama menyerah kalah.. 


Tapi Anwar Ibrahim ?? 

Beliau bukan sekadar bertahan, bahkan beliau  bangkit balik berulang berkali.


Makin ditekan makin kuat melawan. 


Itulah beza antara pemimpin yg lahir dari kuasa dgn  pemimpin yg lahir dari perjuangan.


Jadi kalau harini pembangkang tubuhkan Ikatan Perihatin Rakyat yg membawa agenda utama untuk menumbangkan Anwar Ibrahim..


Pada saya, itu cuma ibarat sekawan kambing yg cuba menanduk Harimau. 


Yang satu lahir dari jerit perih perjuangan, yang satu lagi lahir dari sisa dendam dan kehilangan kuasa.


Sejarah selalunya berpihak kpd pejuang yg sebenar, bukannya pada badut² yg pelahapkan kuasa.. 


Dan oleh kerana itu , waema kalah ataupun menang , Harimau tidak sesekali tunduk pada sekawan kambing.




𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 & 𝗣𝗔𝗟𝗔𝗧𝗔𝗢

Penulis ni dulu sapa oun tak kenal dia... Pernah bekerja di MITI. Kemudian katanya ada dapat kontrak apa ntah.. Rasa dah lama dah tak ambik penulisan  dia. 




Saya jarang memberi komen balas pada komentar politik yang dibuat oleh rakyat biasa. 


Hari ini, ada satu komentar politik yang dibuat oleh Liyana Marzuki mengenai hubungan saya dengan PMX. Mungkin sebab ada perkataan ‘palatao’ ramai yang menghubungi saya untuk dapat reaksi.


Daripada saya jawab kepada setiap orang, lebih baik saya jawab terus di sini.


𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶


1) Bahawa apa yang berlaku dalam pemilihan PKR yang lepas itu memang satu perancangan


2) Bahawa ada pertembungan di antara saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim


𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶


1) Bahawa saya bercita-cita dan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri sehingga tidak setia dan melawan Dato’ Seri Anwar


2) Bahawa pertembungan kali ini mirip kepada perebutan kuasa di antara Dato’ Seri Anwar dan Tun Mahathir dalam tahun 1998


Berikut adalah hujah-hujah saya:


Penulis memberi gambaran bahawa pandangan saya dalam kerajaan mendatangkan masalah kepada Dato’ Seri Anwar yang mungkin boleh menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya.


Ini permulaan yang baik untuk memahami titik perbezaan di antara saya dan Dato’ Seri Anwar. Secara tidak langsung ia juga mengesahkan perkara ini tidak ada kena mengena dengan perebutan kuasa atau cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, seperti yang digambarkan penulis.


Soalnya adalah sejauh mana dan seberapa cepat kita berani melakukan perubahan, seperti yang kita gagaskan di luar kerajaan.


Dato’ Seri Anwar selalu memberi pelbagai alasan bahawa jika perkara ini dibuat, Umno akan marah. Jika perkara itu disentuh, DAP akan marah. Jika kita membaiki perkara itu, GPS tidak puas hati.


Dari situlah bermulanya keluhan beliau mengenai saya kerana beliau begitu fokus untuk menang penggal kedua, tidak kira apa harga yang perlu dibayar. Menjaga hati Umno, DAP, GPS dan pihak-pihak berkepentingan lain itu lebih penting dari segala-galanya.


Saya berbeza pandangan.


PKR diberi peluang menjadi kerajaan untuk menzahirkan perubahan-perubahan. Bukan sahaja berkaitan struktur dalam aspek pentadbiran ekonomi dan sosial yang menyeluruh tetapi membawa budaya politik yang bersih dan telus, seperti yang kita gagaskan dalam agenda reformasi yang kita laungkan berpuluh tahun.


Keutamaan dan kesetiaan bukan kepada batang tubuh, tetapi kepada wawasan yang kita bawa. 


Lagi pun soal kesetiaan ini tidak sepatutnya timbul langsung. 


Tidak cukupkah puluhan tahun, dari usia muda, yang kami abadikan berjuang untuk PKR dan beliau, yang banyaknya beliau berada di dalam penjara? 


Kalau saya tidak setia dan mahu jawatan politik, bukankah lebih mudah saya mencium tangan Tun Mahathir semasa PH1.0 dahulu (seperti mana dibuat oleh ramai pimpinan PKR, DAP dan AMANAH yang lain pada ketika itu), atau bergabung dengan Dato’ Seri Azmin untuk mencabar Dato’ Seri Anwar sejurus PRU 2018? 


Malah, keputusan-keputusan yang merintis kepada bebasnya beliau dari penjara dalam tahun 2018, diberi pengampunan diraja dan ada peluang kembali untuk menjadi Perdana Menteri, banyaknya dirintis oleh kami, sedangkan Dato’ Seri Anwar (semasa di dalam penjara) tidak bersetuju pun dengan penubuhan PH. Pada ketika itu, beliau tetap percaya PKR tidak akan menang PRU tanpa PAS.


Namun, kami teruskan juga kerana kami yakin itu satu-satunya jalan untuk menewaskan BN dalam PRU 2018 yang membuka jalan untuk beliau keluar penjara.


Begitu juga di saat beliau berada di tempat paling bawah kerana dicemuh rakyat dan rakan dalam PH apabila gagal membawa ahli-ahli parlimen Umno menyokong beliau selepas Sheraton Move.


Izzah mendatangi saya berkali-kali dan memujuk saya untuk kembali, dalam keadaan saya cukup gembira dan selesa dengan kehidupan saya sebagai rakyat biasa.


Saya kembali dan membantu setakat yang terdaya dalam masa yang singkat. Alhamdulillah dari situ Dato’ Seri Anwar diberi peluang menjadi Perdana Menteri.


Soal tidak setia ini hanya ditimbulkan secara tiba-tiba kerana saya berpandangan kita mesti lebih berani membuat perubahan walaupun rakan kita dalam kerajaan dan pihak berkepentingan lain kurang selesa. 


Itu harapan rakyat kepada kita.


Pandangan saya juga makin tajam apabila saya kurang selesa dengan beberapa perkara tadbir urus dalam kerajaan, terutamanya yang melibatkan badan penguatkuasa seperti SPRM. 


Juga apabila beberapa perkembangan menunjukkan kita mula membina kroni tersendiri yang jadi kaya secara tiba-tiba dan ada pengaruh besar dalam kerajaan, sedangkan mereka tidak ada pertanggungjawaban dalam kerajaan atau rakyat.


Tingkah laku mereka, dan juak-juak kepada kroni-kroni baru ini, tidak ubah seperti yang berlaku semasa BN dan PN dahulu.


Suara-suara saya mengenai perkara-perkara ini yang tidak disenangi. Dari situ timbul tuduhan tidak pandai bekerja sepasukan, atau ada ego dan macam-macam lain.


Dari pandangan mereka, kalau saya telan bulat-bulat semua ini dan mensucikan semua kerana kami satu parti, barulah saya tidak ada ego.


Penulisan terbaru ini, yang memberi gambaran bahawa saya bercita-cita besar ke arah nak sailang Dato’ Seri Anwar, adalah versi baru dalam cerita yang sama.


Pada mulanya, ada cubaan meracun penyokong PH dan rakyat konon saya tidak menjaga akar umbi. Bila saya berpendirian kalau menjaga akar umbi itu maknanya menabur duit, lantaklah kamu nak kata apa dan saya tidak akan terjebak.


Kemudian ditukar kepada merajuk sebagai alasan untuk Izzah mencabar saya. Apabila saya letak jawatan dan dengan rela hati mengosongkan jawatan empuk kerajaan, walaupun ditawarkan menjadi Timbalan Presiden lantikan, versi itu mati di situ sahaja.


Sekarang ada versi baru, kononnya saya mencabar Perdana Menteri kerana tidak sabar dalam mengejar cita-cita politik.


Saya tidak kenal Liyana Marzuki dan tidak pernah berjumpa beliau. Saya tahu beliau lebih kenal Izzah dan saya tidak salahkan beliau jika versi “little birds” di sana sini yang dirujuk beliau itu hanya datang dari satu kumpulan.


Cuma saya harap PKR dan pimpinan baru yang ada ini cukup-cukuplah melatah dan meloncat setiap kali saya bagi pandangan. Keputusan itu telah dibuat oleh PKR, ramai pimpinan yang ada sekarang bersekongkol dengan keputusan itu. 


Apabila nasi sudah jadi bubur, adalah tidak matang untuk berharap saya akan telan bubur itu bulat-bulat seperti yang mereka kehendaki.


Saya bertanggungjawab kepada rakyat sebagai pengundi dan kepada saki-baki pimpinan yang masih bersama di dalam PKR yang mahu melihat politik yang lebih bersih dan bebas dari rasuah. Bukan politik feudal yang bertuankan batang tubuh.


Insya Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin.


Yang selebihnya, lebih baik PKR, Dato’ Seri Anwar dan saya ambil jalan masing-masing yang berlainan.


Saya tidak nampak jalan yang akan membawa saya kembali ke dalam barisan pimpinan PKR di masa akan datang.




IA YA BERLAKU SEKIAN LAMA

 



Orang kena 𝗸𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻𝗶𝘀 bukan sebab minum teh tarik pagi tadi. Orang kena 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 bukan sebab dia makan daging berlemak malam tadi. Tapi sebab dah 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗮 amalkan cara hidup yang tak sihat (maaf kalau ada yang terasa).






Begitu juga dengan isu 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱 sekarang ni. Ia bukan baru terjadi 3 tahun yang lepas. Ia adalah kesan dari 𝗸𝗲𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 zaman berzaman. Kegagalan dari era 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 sampai la ke 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 sendiri. Kegagalan yang 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 tak diperbetulkan.


Sejak dulu lagi, peruntukan untuk pendidikan dalam belanjawan 𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶. Keadaan sekolah juga uzur dan banyak sekolah yang 𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 untuk 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯𝘤𝘦 disebabkan kekurangan peruntukan daripada kerajaan. Seolahnya kerajaan tak pedulikan sistem pendidikan kita.


Sistem pendidikan kita pun 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿. Pernah sekolah kita secara tiba-tiba gunakan 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵 untuk subjek 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 hanya kerana seorang PM mahukannya. Dilaksanakan tanpa persediaan yang secukupnya.


Sistem pendidikan kita 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴. Dan dari kebanyakan masa tu, Mahiaddin 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻  sama ada bersama BN, PH1.0 ataupun PN. Sistem pendidikan kita ni kalaulah stokin, ia jenis dah keluar semua jari dah. Bukan ibu jari kaki je. Koyak teruk.


Jadi bila Mahiaddin nak salahkan MADANI atas apa yang berlaku baru-baru ini, umpama dia 𝗺𝗲𝗹𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗶𝘁. Kahaknya jatuh ke mukanya sendiri. Sebab dia sendiri pernah jadi Menteri Pendidikan. Masa dia dulu apa perubahan yang dia bawa? Masa dia PM, apa dia buat untuk sistem pendidikan?


Aku sendiri pun 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁 dengan gaya 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶𝗻𝗮. Tapi untuk letakkan semua kesalahan pada dia dan kerajaan, itu adalah 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮. Kalau ada salah Fadhlina pun sebab dia 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮 di kementerian.


Orang KPM ni selain daripada ramai walaun, dah lama kita tahu 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶. Tak sedikit kes yang 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗽𝘂 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗿𝗽𝗲𝘁 demi nak tutup aib kementerian. Guru besar dan pengetua yang didapati 𝘀𝗲𝗿𝗼𝗻𝗴 pun cuma ditukarkan. Tak dipecat. Jadi tak ada yang takut nak buat salah.


Fadhlina masa baru jadi menteri dulu penyokong dah lama ingatkan suruh 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗼𝘁𝗮𝗹 dalam kementerian. Tapi itu la. Dia buat pekak je.


Jadi isu sekolah ni bukan isu baru. Dan bukan salah MADANI je. Ini kesalahan semua pihak terutamanya mereka yang 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 sebelum sebelum ini. Ini masanya untuk semua pihak untuk bekerjasama. Bukan menuding jari.


Cukuplah semua perkara nak 𝗱𝗶𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻. Bila masa nak bekerja untuk kepentingan rakyat kalau setiap isu diguna untuk 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗻𝘁𝗮𝗺 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻, bukan untuk 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗶𝗮𝗻. Kalau begini, sampai kiamat pun sekolah kita 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸.


Lebih penting, sebagai 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗡, nasihatkan ahli parti supaya 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Ini tidak. Kalau tengok dalam media sosial, posting penyokong PN 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁, 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 yang mendorong 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗿𝗲𝘀𝗶𝗳 𝗱𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗻𝗮𝘀.


Sedangkan media sosial kita pula terlalu bebas. Kalau kerajaan sekat kandungan tak bertanggungjawab, dia kata pula 𝘀𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮. Sedangkan ini mendorong perlakuan tidak sihat di kalangan remaja juga. Mahiaddin kena bertanggungjawab.


Paling penting sekarang, kerajaan usahakanlah untuk 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 dahulu cara didik anak.  Hari ini ramai ibu bapa yang sayang anak cara yang salah. Akibatnya, anak 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵, dan kemudiannya 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 itu di sekolah.


Isu keselamatan di sekolah bukan isu sekolah sahaja. Ia isu semua. Setiap kementerian, setiap agensi ada peranan dan tanggungjawab. Letakkan kesalahan pada Menteri Pendidikan atau KPM memang seronok jadi modal politik tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮. Takkan Mahiaddin yang dah tua bangka pun tak sedar lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.