Malaysia sokong resolusi PBB desak gencatan senjata segera di Gaza





 Oleh: Helmi Mohd Foad



Malaysia menyokong dan menaja bersama draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA) mendesak gencatan senjata kemanusiaan segera dilakukan di Gaza semalam, kata Wisma Putra.



Resolusi bertajuk "Protection of civilians and upholding legal and humanitarian obligations" itu diterima dalam Sesi Khas Tergempar (ESS) Ke-10 UNGA yang disambung semula dengan 153 undi menyokong, 10 menentang manakala 23 berkecuali.



Wisma Putra dalam kenyataan berkata melalui resolusi itu, UNGA PBB menyatakan keprihatinannya terhadap masalah kemanusiaan yang berlaku di Gaza dan mendesak genjatan senjata segera.



"Perhimpunan itu juga menuntut pembebasan segera tawanan tanpa syarat selain memastikan juga tiada halangan ke atas akses bantuan kemanusiaan," kata kenyataan Kementerian Luar hari ini.



Kenyataan itu menyebut, sokongan padu terhadap resolusi itu oleh sekumpulan negara rentas rantau mencerminkan komitmen masyarakat antarabangsa untuk mencari penyelesaian adil, berkekalan dan damai terhadap konflik Palestin-Israel.



"Ini menjadi lebih mendesak memandangkan tragedi kemanusiaan mengerikan di Semenanjung Gaza akibat keganasan berterusan Israel," menurut Wisma Putra.



ESS ke-10 disambung semula atas permintaan bersama Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto pada Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat lalu terhadap resolusi yang menuntut gencatan senjata segera untuk menghentikan kezaliman di Gaza.



Malaysia bersama Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Namibia, Afrika Selatan, Thailand, Timor-Leste dan Turkiye menyokong permintaan bersama itu.



Tegas Wisma Putra, Majlis Keselamatan jelas gagal melaksanakan tanggungjawabnya dan penerimaan resolusi itu mengesahkan semula peranan penting Perhimpunan Agung dalam perkara yang berkaitan keamanan dan keselamatan antarabangsa.



"Majlis Keselamatan tidak sepatutnya mengabaikan desakan golongan majoriti berbanding kepentingan diri segelintir pihak," bidas kenyataan itu.



Selain itu, resolusi berkenaan turut menggesa semua pihak untuk mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa terutamanya berkaitan perlindungan orang awam.



"Malaysia menegaskan bahawa satu-satunya penyelesaian yang berkekalan terhadap malapetaka yang menghancurkan itu ialah dengan memberikan rakyat Palestin negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," katanya.



Terdahulu UNGA PBB menerima pakai draf resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza pada Selasa.



Resolusi tidak mengikat itu dibentangkan oleh Mesir dengan 153 undi menyokong pada Perhimpunan Agung 193 anggota yang berhimpun bagi sesi khas tergempar mengenai Palestin.



Sepuluh negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Israel dan Austria mengundi menentang resolusi itu manakala 23 negara termasuk United Kingdom (UK), Jerman, Itali dan Ukraine berkecuali.

 

HANG BUAT KERJA ELOK ELOK. SELAMA NI PROBONO BANYAK MELAWAN SEGALA FITNAH PEMBANGKANG.




 Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi memaklumkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini di bawah seliannya.


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan rombakan Kabinet dan perubahan fungsi beberapa kementerian.


"Selain itu, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MyCreative Ventures dikekalkan di bawah Kementerian Komunikasi," katanya menerusi sidang media, hari ini.


Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan agensi-agensi berkaitan lain Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan MYNIC Berhad telah dipindahkan ke Kementerian Digital iaitu di bawah Gobind Singh Deo.


Sementara itu, mengenai status Digital Nasional Berhad, Fahmi menjelaskan perkara itu masih belum diputuskan dan dibincangkan nanti.


"Digital Nasional Berhad masih dalam perbincangan dan akan diputuskan kemudian," ujarnya.


Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyusunan semula kementerian dan lantikan menteri baharu.


Antara kementerian yang dirombak ialah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.


Selain itu, pengumunan tersebut turut menampilkan lima menteri serta timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan kemunculan semula lima bekas menteri dalam kabinet baharu Kerajaan Perpaduan.


Setakat ini, jumlah ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang, manakala timbalan menteri pula meningkat daripada 27 kepada 29 orang, dengan jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini mencecah 60 orang.

HARAPAN KEPADA MENTERI KEWANGAN KEDUA

 

Sebaik diumumkan semalam, boleh dikata rata-rata orangramai menerima dengan baik perlantikan Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan Kedua sebagaimana dibentangkan dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas CEO KWSP dan berpengalaman menerajui beberapa entiti korporat sebelum itu, beliau dilihat cukup layak untuk membantu Anwar mengemudi kementerian yang banyak berkaitan dengan hal ehwal wang itu.

Tidak kedengaran sama sekali ada suara yang ragu-ragu tentang kelayakannya sebagai seorang teknokrat dengan perlantikan tersebut.

Tetapi, menjelang petang dan malam semalam, beberapa kenalan politik dan orang perniagaan telah menghubungi saya menzahirkan kebimbangan mereka berkenaan Kementerian Kewangan pasca rombakan kabinet yang baru diumumkan.

a berikutan, selepas Amir Hamzah dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, sebaliknya jawatan Timbalan Menteri Kewangan hanya diisi satu saja berbanding dua sebelumnya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan ialah Ahmad Maslan (UMNO) dan Steven Sim (DAP) manakala Anwar (PKR) adalah Menteri Kewangan.

Dengan komposisi itu, ia seolah-olah lengkap di mana semua kelompok orangramai ada ruang dan jalan untuk datang ke Kementerian Kewangan.

Begitu pun dalam rombakan semalam, satu-satunya Timbalan Menteri Kewangan yang dilantik ialah Lim Hui Ying, anak kepada Lim Kit Siang daripada DAP.

Meskipun Anwar tetap ada selaku Menteri Kewangan, ditambah dengan Amir Hamzah sebagai Menteri Kewangan Kedua, kebimbangan beberapa orang politik dan ahli perniagaan yang menghubungi saya ialah dengan siapa mereka mahu berjumpa atau mengadu jika ada masalah semasa yang dihadapi berkaitan Kementerian Kewangan selepas ini?

Sementara semua mereka memahami Anwar begitu sibuk dan sukar ditemui, persoalannya, tambah mereka, adakah Amir Hamzah seorang yang terbuka, mudah mesra dan senang ditemui?

Bagi orang politik dan ahli perniagaan terbabit, walaupun kerajaan sekarang adalah kerajaan perpaduan, tetapi mereka tetap merasakan agar sukar untuk berurusan atau datang mengadu masalah kepada Lim Hui Ying.

Lainlah sebelum ini sewaktu ada Ahmad Maslan di situ, wataknya yang mudah mesra, senang ditemui dan kedudukannya sebagai orang politik lebih memudahkan sesiapa saja untuk berjumpa, mengadu masalah atau meminta apa-apa pertolongan daripadanya, kata mereka.

Selepas ini, jika kami ada masalah dan ingin meminta pertolongan, adakah Amir Hamzah sentiasa terbuka pintu pejabatnya untuk kami?, tambah mereka.

Sehingga ini, melalui pencarian daripada pelbagai sumber, masih tidak jelas bagaimana watak dan keperibadian sebenar Amir Hamzah dalam kehidupan seharian.

Jika beliau seorang yang mudah mesra, senang ditemui dan sentiasa ada keinginan untuk membantu, keberadaannya sebagai Menteri Kewangan Kedua bukan saja sesuatu yang menggembirakan orangramai, malah pastinya juga secara tidak langsung merupakan rahmat kepada Anwar.

Oleh kerana bukan sesuatu yang mudah untuk berjumpa Anwar kerana kesibukan jadualnya sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, namun jika ruang sentiasa terbuka untuk berjumpa Amir Hamzah dan masalah yang dibaww pula selesai, bermakna tiada apa-apa lagi isu berbangkit yang membimbangkan.

Memang Amir Hamzah dalam kapasiti jawatannya perlu membantu Anwar mengurus Kementerian Kewangan dalam usaha melonjakkan iklim ekonomi yang lebih baik untuk rakyat berdasarkan kemampuan, kelayakan dan pengalamannya, sebagai Menteri Kewangan Kedua juga beliau tidak harus terpisah dengan orangramai yang ingin datang berjumpa dengannya sambil membawa pelbagai masah dan urusan cari makan.

Iyalah, fungsi Kementerian Kewangan itu berkaitan dengan wang dan orangramai memang memerlukan wang untuk kehidupan, maka adalah lumrah jika ia menjadi tumpuan, terutama orang politik dan ahli perniagaan Bumiputera.

Lagi pun, kalau bukan dengan kerajaan, dengan siapa lagi mereka nak cari makan?

Kalau tak boleh nak cari makan, bagaimana mereka hendak terus berjuang bagi memastikan parti kekal jadi kerajaan?

Akhirnya, semoga Amir Hamzah dapat berfungsi dengan baik dalam kedua-dua peranannya itu – membantu Anwar di Kementerian Kewangan dan memberi pertolongan kepada sesiapa yang wajar untuk ditolong. – ShahbudinHusin 13/12/2023.


KAK KM NGADU HILANG BARANG



Zainuddin Omar


 Berita ini lalu di wall saya dan saya nak komen kerana sebagai seorang yang banyak kali naik kapalterbang, tentunya berita ini menarik perhatian. 


Saya baca beberapa kali dan baggage yang dibawa ialah bag cabin bukan bag cargo. 


Dia duduk di hadapan bermakna business class atau premium seats. 


Pelik bagaimana bag beliau yang didakwa berisi tiga tas yang berharga RM16k dan wang tunai RM10k diletak belakang dan boleh hilang? 


Pelik bin ajaib bagaimana ada penumpang lain mempunyai masa mengumpil bag cabin beliau dan sempat ambil semua barangan tersebut. 


Dia kata tunggu sehingga semua orang berambus...


Macam tak masuk akal cerita dia ni? Adan Uke. 


***********

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kak KM menyatakan kejadian terbabit berlaku pada dua minggu lalu. Kak KM juga terpaksa berputih mata kerana tiga beg berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM16,000 juga lesap dalam masa sama.


Dalam luggage yang saya bawa itu ada wang tunai dan juga tiga lagi beg kecil jenama mewah. Semuanya lesap ketika dalam penerbangan. Saya memang akan letak wang tunai dalam beg itu.


Dakwa pemilik nama Liana Rosli, bagasi yang dibawa masuk ke dalam kabin mempunyai kesan diumpil dengan alatan tajam.


Saya sedar apabila melihat ada kesan seperti ditoreh dengan benda tajam. Pelik juga sebab penumpang tak boleh bawa peralatan tajam naik pesawat.


Dalam pesawat ada CCTV tak? Saya nak tahu bagaimana kejadian sebegitu boleh berlaku. Pelik sebab macam sudah dirancang.


Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri masih menunggu jawapan balas daripada syarikat terbabit. Katanya, dia tidak akan berdiam diri kerana sudah melibatkan jumlah wang ringgit yang banyak.


Selama ini saya percaya dengan syarikat berkenaan sebab tak pernah terjadi apa-apa. Saya rasa apa yang berlaku seperti sudah dirancang.


Saya duduk di barisan hadapan sedangkan beg berkenaan di simpan di barisan belakang. Bila saya nak turun di Kuala Lumpur, saya kena tunggu semua orang berambus, baru saya dapat bangun.


Sudah dua minggu kejadian berlaku dan mereka seolah-olah mahu lepas tangan. Kata mereka perkara begini sering berlaku tapi saya tidak akan berdiam sebab banyak duit yang hilang.


Duit boleh dicari tetapi kepercayaan itu sudah hilang.



PUAK KHAWARIJ BIASANYA MEROYAN

 

Che Ibrahim



Keyakinan tahap tinggi, teringat ambo bagaimana taksubnya pengikut pengikut ayah fin, gapa wat Ayah Fin kata se olah olah dari dari langit.






WALAUN TIADA BANTAHAN. LAGI KISAH USTAZ PETIR MINTA SEDEKAH


 Bila kerajaan umum EMADANI RM100 , walaun kutuk . 


Moh Safuan Mohd


Bila Kerajaan Umum BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN setiap murid RM150 , walaung kutuk


Bila Kerajaan umum BANTUAN STR dinaikkan sehingga RM3000 , walaun kutuk  . 


Tapi bila pemimpin PAS umum mohon BANTUAN KECEMASAN ( DERMA ) sebab kereta rosak tiada insurans , 

walaun kesangapan & tersangat CEMAS berkata " inilah perjuangan jihad " . 🤣🤣



ULANGTAHUN...




Saya tidak membesar dengan merayakan ulang tahun. Staf saya dari dulu tahu saya kurang gemar majlis ulang tahun. Hari lahir sendiri dan hari ulang tahun perkahwinan pun kadang-kadang terlupa.


Jadi ulang tahun memikul beban sebagai Menteri Ekonomi pun begitu juga – datang sepantas ia pergi.


Saya berterima kasih terutamanya kepada penjawat awam di Kementerian Ekonomi dan pegawai saya di pejabat menteri yang memudahkan saya menjalankan amanah itu.


Perkara-perkara yang perlu dirancang dan dilaksanakan adalah perkara struktur yang hanya dirasai kesannya apabila setiap satu reformasi ekonomi itu berjalan dan saling berhubung antara satu sama lain.


Saya dibesarkan dari keluarga susah. Pelajaran mengenai ekonomi mikro adalah dari ibu bapa saya; iaitu aset terbaik kita adalah ilmu, sikap tidak berputus asa dan kegigihan mencipta nilai. Barang siapa yang mengusahakan sesuatu dengan sikap-sikap ini (aset yang dia ada), Insya Allah senanglah hidupnya.


Maka merancang ekonomi makro pula adalah untuk memastikan dua perkara utama: bahawa mereka yang tidak berkeupayaan (atas sebab-sebab yang dia tidak dapat dielakkan) diberikan perlindungan dan bantuan; sementara mereka yang berdaya perlu diupayakan agar mereka dapat bersaing mencipta nilai (dengan aset ilmu, sikap dan kepatuhan kepada penciptaan nilai).


Apa kena mengena semua ini dengan ekonomi? Apa cerita mata wang, harga barang, gaji dan sebagainya?


Kerana ekonomi negara itu dibina dari unit-unit mikro di peringkat individu dan keluarga; sementara keupayaan unit-unit mikro ini mencipta nilai ekonomi dipengaruhi oleh dasar-dasar makro yang menjadi sifat ekonomi sesebuah negara.


Jadi apa tugas saya sebagai Menteri Ekonomi?


Pertamanya, saya bertanggungjawab membina lantai supaya setiap rakyat Malaysia berupaya menjalani hidup yang bermaruah. Di peringkat kerajaan, supaya kedudukan fiskal negara (keberhutangan negara, perbelanjaan pembangunan negara dan seumpamanya) itu kukuh dan mampu melalui sebarang kejutan ekonomi diluar kawalan kita.


Inilah fungsi beberapa kerangka utama reformasi ekonomi yang dijalankan setakat ini – seperti penghasilan maklumat sosio ekonomi yang tepat melalui PADU, usaha membasmi kemiskinan melalui penjanaan pendapatan, penyasaran semula subsidi dan lain-lain.


Kesemuanya bertujuan untuk membina lantai yang kukuh.


Tugas kedua saya ialah membina tangga supaya anak Malaysia yang berdaya saing berpeluang menaiki tangga itu (tanpa halangan) untuk mencipta nilai ekonomi yang lebih tinggi bagi dirinya dan negara.


Yang lemah dilindungi oleh lantai, yang berupaya berpeluang menaiki tangga mencipta kesejahteraan untuk dirinya dan masyarakat.


Dasar-dasar seperti sektor ekonomi bernilai tinggi (high growth high value/HGHV) dari peralihan tenaga, digital dan tech, pertanian moden, dasar gaji progresif, govtech dan reformasi pasaran kerja adalah komponen-komponen tangga yang dipasang satu persatu. Tujuannya untuk membina satu persekitaran ekonomi yang menawarkan peluang baru kepada anak dan syarikat Malaysia yang ingin maju.


Itulah fungsi sebuah kementerian yang diberi amanah merencanakan ekonomi.

Saya rasa terlalu banyak yang perlu dilaksanakan serentak dan pelaksanaannya itu perlu berlaku secepat mungkin. Namun, usaha-usaha ini bersifat jangka sederhana dan panjang, maka wajarlah ia dirancang dan dilaksanakan dengan teliti.


Insya Allah, pengalaman setahun ini memadai untuk memberi gambaran kepada rakyat fungsi dan peranan Kementerian Ekonomi.


Bagi mereka yang ingin memahami saling kait antara ekonomi mikro dan makro; dan bagaimana Kementerian Ekonomi mengusahakan lantai dan tangga untuk anak-anak Malaysia, boleh perhalusi imbasan satu tahun Kementerian Ekonomi yang boleh dimuat turun di: https://setahun.ekonomi.gov.my



KISAH JEMAAH BANTAI LEBAI CAKAP BERDEGAR DEGAR

 


KENAPA PN SUKA MENYAKAW


 

TAK SOKONG KAMI, TAK ISLE.


 

PAS TAK JAGA ISLAM


 

TAKKAN PAS NAK TIPU


 

TOK MAT AKAN IKUT PMX KELUAR SETIAP KALI ADA LAWATAN. ITU AKAN MEMBERI KELEBIHAN BELIAU DIKENALI

 


Aku diberitahu dah ada hasutan syaitan berkenaan rombakan kabinet. Kononnya Timb. Presiden UMNO, Mohamad Hasan, sedang dilemahkan oleh DS Anwar dan Zahid Hamidi dengan meletakkannya sebagai Menteri Luar.


Tapi bagi aku, ia sebenarnya memperkuatkan Tok Mat, bukan melemahkan. Aku nampak ini sebagai satu cara untuk menjadikan Tok Mat lebih dikenali di peringkat antarabangsa, sebagai persediaan untuk dia menjadi pemimpin utama.


Takkan nak jadi seperti Mahiaddin? Tak siapa kenal di peringkat antarabangsa. Sampaikan lepas dia jadi PM, terpaksa dia pula yang telefon pemimpin negara lain untuk perkenalkan diri. Sebab orang pemimpin luar tak kenal di pun.


Atau pun jadi seorang pemimpin yang cuma dikenali di negara Syiah? Tehran bebas la nak keluar masuk tapi nak ke Arab Saudi tak lepas. Manakala negara pelabur tak kenal langsung. Jika begitu, siapa yang berani nak datang melabur?


Tapi DS Anwar tak jadi Menteri Luar pun?


Ya, sebab DS Anwar dah dikenali dari usia muda beliau lagi. 1970an tu zaman gerakan mahasiswa. Ketika itu memang ramai anak muda yang menonjol. DS Anwar adalah salah seorang daripadanya. Dan sebab itulah Mahathir berusaha keras menarik DS Anwar ke dalam UMNO ketika itu.


Hari ini peluang menonjol seperti itu sudah tak banyak lagi. Situasi sudah berbeza. Maka sebab itu peluang sebegini perlu dicipta. Yang menghasut tu bukan tak tahu tapi dah syaitan kan, apa lagi kerjanya tak bukan merosakkan manusia?


Ini peluang Tok Mat untuk kukuhkan nama di persada antarabangsa. Mungkin, andainya kerjasama Kerajaan Perpaduan melangkaui PRU16, Tok Mat bakal jadi TPM. Maka dikenali di peringkat antarabangsa adalah satu bonus untuk Tok Mat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


FUHHH....BODO PIANG

 

Pengacara Tarmizi Mizi



SENANG HIDUP TADAH TANGAN SAJA


 Nik Ariff


Kalah saman kutip derma. 

Baiki kereta kutip derma. 

Mudah sangat walaun diperkudakan.








AYAT TUNGGANG AGAMA..MAKNA KATA KALAU SUMBANG TU DAPAT PAHALA.BAGI CERAMAH MAKI HAMUN KATA MACAM MACAM.


 

PMX BERTEMU DENGAN PENGERUSI CCC.

 







Pagi tadi telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia TYT OuYang Yujing dan delagasi daripada China Communications Construction Company (CCCC) yang diketuai oleh Pengerusi CCCC Encik Wang Tongzhou. Ini adalah susulan daripada pertemuan saya dengan Encik Wang Tongzhou di Nanning, China pada September lalu. 


Dalam perjumpaan ini, saya tekankan semula pendirian bahawa Malaysia amat komited dan menghargai kerjasama strategik dengan negara China terutamanya pelaburan dan sokongan kemahiran pembangunan infrastruktur daripada syarikat-syarikat China. 


CCCC merupakan kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Encik Wang Tongzhou telah berkongsi pengalaman dan kemaskini semasa projek ECRL. Saya tegaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam projek ini termasuk Kerajaan-kerajaan negeri perlu berganding bahu bagi memastikan projek ECRL dapat disiapkan mengikut jadual.


Selain itu, kami turut saling bertukar pandangan mengenai ekosistem pembangunan projek-projek mega terutamanya berkaitan infrastruktur pengangkutan dalam dan antara bandar.


#MalaysiaMADANI