BANYAK RUPANYA MENU RAHMAH- YANG DENGKI NAK JUAL ATAU NAK MAKAN - SILA JANGAN JUAL DAN MAKAN...KAN MUDAH..JANGAN JADI PEDUKANG..

 



Rupanya port favorite aku Awiet Bistro Corner pun ada sediakan Menu Rahmah. Setiap Isnin sampai Khamis untuk 100 orang yang terawal.

Sarapan (9:00 - 11:00am):

Mee Hun Telur Mata + air.

Makan Tengahari (12:00 - 2:00pm):

Nasi Ayam Crispy + air.

Kedua-dua menu berharga RM5.

Alamat:

No. 1 & 3, Jalan Setia 4/12,

Taman Setia Indah, Johor Bahru.

Tel: 019-7714949

Makanan sini memang sedap dan servis memang terbaik. Guane boh?

Raja Gelap

.

KEMBALI SEPERTI BIASA. MERACUNI WALAUN. MASA PAS BERKUASA MEREKA KETANDUSAN IDEA..



HALIM SAAD

 Alam Maya Tiga Baru 33 bulan je bawah Lebai, KL Tower kena jual, UITM pun rugi ratus2 juta, Hutang Negara pun dah naik sampai RM1.5 Trillion. Jadi Pemerintah pun bahlol, jadi pembangkang pun double bahlol. Tak da apa yg di retinya...

Hah Koyak...Koyak.....

 

ISMAIL SABRI KECAM ZAHID HAMIDI

 

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob melemparkan kritikan pedas terhadap kepimpinan parti berhubung apa yang dikatakannya sebagai pilih kasih dalam cara mereka melayannya ketika dilantik sebagai perdana menteri selama 16 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas.

Dalam sindiran tajam yang dipercayai ditujukan kepada Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Ismail membuat perbandingan terhadap perwakilan Umno dalam Kabinet yang dipimpinnya dengan yang ada sekarang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Beliau berkata semasa menerajui kerajaan campuran Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan GPS, menteri daripada Umno membentuk hampir separuh daripada Kabinet walaupun hanya mempunyai 38 ahli Parlimen ketika itu. 

Sebaliknya, beliau berkata hanya enam slot Kabinet diberikan kepada Umno, termasuk timbalan perdana menteri, dalam kerajaan campuran sekarang.

“Dia kata inilah satu pencapaian yang besar kepada kita. Ada enam menteri Umno, termasuk satu timbalan perdana menteri. Sedangkan (di bawah) saya, 14 menteri Barisan Nasional (BN), termasuk perdana menteri.

“Dan hari ini, tak ada siapa kepimpinan Umno yang kritik kerajaan. Dulu saya dikritik begitu teruk. Tetapi hari ini, pemimpin parti lain disanjung begitu mulia.”

Beliau mempersoalkan sikap berdiam diri kepimpinan Umno walaupun kerajaan sedia ada melakukan sesuatu yang salah.

“Sekarang ini, dia punya lambung, kita tengoklah. Benda yang tak munasabah yang kadang-kadang dilakukan oleh kerajaan, dia orang (pemimpin Umno) yang mempertahankan.

“Saya menjangkakan saya yang dipertahankan, seperti kalau saya dikritik terlalu keras, mungkin mereka boleh jadi perisai kepada saya. Tetapi dulu, mereka yang turut sama untuk serang saya,” tambahnya.

Ismail mengenangkan bagaimana media digunakan oleh pemimpin Umno untuk menyerang rakan seperjuangan parti yang berkhidmat sebagai anggota Kabinet yang dipimpinnya.

“Saya ditekan oleh kepimpinan Umno sendiri, seperti saya bukan menteri Umno. Setiap apa yang berlaku, tekanan adalah terlalu kuat kepada saya.

“Saya boleh kata, kenapa tak gunakan saluran betul untuk beri arahan dan pandangan parti kepada saya, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi setiap bulan, beritahulah saya apa yang patut buat. Tak payahlah bantai saya dalam surat khabar. Di dalam media, secara terbuka (mereka) serang saya.”

Ismail dilantik sebagai perdana menteri pada Ogos 2021 rentetan pembelotan yang dirancang oleh Zahid dan bekas pemimpin Najib Razak hingga memaksa perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin berundur. 

Beliau kemudiannya berjaya mengatasi Anwar, calon Pakatan Harapan (PH) untuk perdana menteri, selepas mendapat sokongan daripada majoriti ahli Parlimen termasuk kira-kira 50 daripada PN dan 18 daripada GPS.

Namun, beberapa bulan berikutnya menyaksikan Ismail mendapat tekanan hebat daripada pemimpin Umno, terutama daripada presiden parti Zahid dan timbalannya Mohamad Hasan, yang mahu beliau membubarkan Parlimen tanpa berlengah-lengah untuk memihak kepada apa yang mereka anggap sebagai kembalinya populariti BN.

Selepas berbulan-bulan ditentang, Ismail akhirnya tunduk kepada tekanan apabila membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15 pada November tahun lepas, berakhir dengan beliau menjadi perdana menteri paling singkat.

Ismail menyertai beberapa pemimpin Umno lain dalam menentang rancangan Zahid untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Beliau juga antara pemimpin tertinggi Umno yang menentang tindakan Zahid baru-baru ini untuk membersihkan parti itu daripada beberapa pemimpin dan ahli yang berpendirian kritikal. 

Dalam wawancara yang sama dengan Utusan Malaysia, Ismail meramalkan kekalahan Umno akan berulang pada pilihan raya negeri akan datang di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kita mungkin akan hadapi masalah yang sama, seperti di dalam PRU baru-baru ini, iaitu akhirnya ditolak oleh rakyat terutama golongan muda dan profesional kerana sikap (kita).

“Kalau dulu, waktu PRU, mereka tolak kita, tidak ada sebabnya mereka akan berubah pemikiran untuk tidak menolak kita pada PRN.”

Sumber – https://www.malaysianow.com/my/news/2023/02/07/ismail-kritik-sikap-double-standard-kepimpinan-umno



MENU RAHMAH MEREBAK KE MELAKA


 

MENTERI DAP NGA KOR MENG MENGUCAPKAN SELAMAT BERANGKAT KEPADA WIRA NEGARA KE TUKIYE


 

PERUMAHAN GHAIB DI TERENGGANU - 900 UNT HALIMUNAN


 

WALAUN- ZUHUD NI BUKAN TOLAK DUNIA- CONTOHNYA TAK DAPAT JAWATAN RESAH GELISAH


 

BEKERJA DENGAN PENJAWAB AWAM DENGAN AMANAH DENGAN MEMBEBASKAN NEGARA DARI MENJADIKAN RAKYAT SEBAGAI HAMBA


 

KEH..KEH


 

PH TERANGGANU BEKERJASAMA DENGAN UMNO


Pakatan Harapan Negeri Terengganu bersedia dan terbuka kepada perbincangan bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk di peringkat Negeri Terengganu.




MENU RAHMAH DI TERANGGANU




 

Alhamdulillah berita baik buat rakyat Terengganu.

Institut Memandu BITARA, Padang Midin Kuala Terengganu bersama-sama menyokong usaha kerajaan membantu rakyat dengan menyediakan hidangan Menu Rahmah Kasih Sayang di Kafeteria BITARA.

Dengan hanya RM5.00, anda akan mendapat 1 set makan lengkap dan seimbang merangkumi Nasi + 1 pilihan protein+ sayur beserta air. Yang paling penting, dapat berjimat.

Menu Rahmah yang disediakan tidak terhad kepada calon memandu sahaja, warga sekitar Kuala Terengganu juga boleh menikmatinya di kafeteria yang beroperasi dari jam 8.00 pagi -5.00 petang, Sabtu-Khamis.

 SALAHHUDIN AYUB

ANWAR JEJAK KAKI SEMULA KE BANGUNAN UMNO, PASTI RAMAI YANG PEDIH HATI

 

Anwar Ibrahim akan menjejakkan kaki di ibu pejabat UMNO di WTCKL malam ini, 25 tahun selepas dipecat daripada parti itu pada 1998.

Perdana Menteri dijadual akan tiba pada jam 8.30 malam bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan, yang melibatkan wakil-wakil parti kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang juga ketua sekretariat itu mengesahkan kepada portal Malaysiakini bahawa Anwar akan hadir malam ini.

Ini adalah kali pertama Anwar hadir ke Bangunan UMNO selepas dipecat oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1998 lalu.

Ketika itu, Anwar memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.

Apa yang menarik, kembalinya Anwar ke Bangunan UMNO malam ini ialah dengan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dapat kembali sebagai Perdana Menteri ke Bangunan UMNO, sedangkan 24 tahun lalu dipecat ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, bukan saja sesuatu yang menyentuh hati buat Anwar sendiri, malah juga UMNO dan PKR, sebuah parti yang lahir hasil pemecatan itu.

Tetapi, tentu saja ramai yang pedih hati menyaksikan Anwar kembali ke Bangunan UMNO malam ini, terutama Tun Mahathir yang telah memecatnya pada 1998 dahulu.

Selama 25 tahun, Tun Mahathir cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri dan sebelum ini menjadikan beliau sebagai musuh utama UMNO dengan pelbagai rekayasa tuduhan, Anwar selain berjaya akhirnya memburu cita-citanya itu, bahkan memperolehi jawatan tersebut melalui kerjasama dengan UMNO.

Kemudian, malam ini hadir pula ke Bangunan UMNO, tempat di mana beliau dipecat suku abad yang lalu.

Mahu tak pedih hati Tun Mahathir melihatnya…silap-silap berdarah hidung sekali!

Selain Anwar, kehadiran DAP juga menjadi tumpuan memandangkan konflik lama parti itu dan UMNO sebelum ini.

Pejabat UMNO menjadi pejabat urusan sekretariat itu.

Sekretariat itu ditubuh bagi membincangkan perjalanan kerajaan dan langkah ke hadapan, termasuk kerjasama politik serta janji-janji manifesto parti-parti kerajaan.

Dalam perhimpunan agung UMNO sebelum ini, hanya wakil BN diundang atas alasan “ingin menyelesaikan perkara-perkara yang berkait dengan keputusan dalaman Umno dan BN”.

Bagaimanapun, ramai melihat tindakan itu dibuat supaya penyokong UMNO tidak terkejut dengan perubahan drastik hala tujunya yang membentuk kerajaan dengan musuh tradisi kali ini.

Sementara itu, pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat terlebih dahulu petang ini, sebelum bertemu parti-parti kerajaan lain malam nanti. – ShahbudinHusin 07/02/2023.



TAK MAU TOLONG ULAMA NI KAH ?




 Aku dok perhati nak faham warna merah tu apa. Rupanya bil eletrik dah kena warning. Alahai... Sian ulama PAS ni.


Pelik juga la. PAS boleh sedekah kepada pengundi, takkan tak boleh bersedekah ke sekolah Mokhtar Senik ni? Kan?


Lagipun Hadi kata PAS memang biasa bersedekah tak kira musim. Tapi kenapa sampai ulama PAS ni terpaksa merayu?


Siapa yang ada duit lebih tu, bersedekahlah dengan bersangka baik duit tu digunakan pada jalan yang benar.


Mungkin duit PAS dah habis sedekah ke pengundi masa PRU15 hari tu. Sebab tu tak dapat nak bantu. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


MASA KERAJAAN 33 BULAN. WALAUN LENA.,

 




Aku bukan bantah dorang ni protest penjualan arak di 7-Eleven. Cuma aku nak tanya, kenapa sekarang? Masa 33 bulan PAS dalam kerajaan, kenapa tak ada bantahan? Masa tu pun 7-Eleven jual arak juga.


Bahkan boleh saja desak PAS, yang ada beberapa pemimpin mereka menjawat jawatan menteri, untuk batalkan lesen penjualan arak 7-Eleven. Malangnya itu tak berlaku. Tapi bila bertukar kerajaan, baru nak buat.


Jelas protest ini tak lebih hanya propaganda untuk menunjukkan seolah kerajaan yang ada hari ini tak mesra Islam. Sebab kalau mereka ikhlas, lebih dua tahun dulu 7-Eleven dah berhenti jual arak.


Dan kenapa nak protest depan kedai? Kenapa tak pergi saja ke ibu pejabat? 7-Eleven ni dimiliki oleh Vincent Tan. Kenapa MB Terengganu masa naik bot sekali dengan Vincent Tan hari tu tak cakap je dekat dia?


Atau boleh buat protest di hadapan istana Johor sebab Sultan Johor pun ada saham dalam 7-Eleven. Tu aku kata. Ini semua stunt politik. Saja nak tarik perhatian. Bukan sebab agama sangat pun. Guane boh?

 


Raja Gelap 

.


HIMPUNAN BULANAN DI DALAM DEWAN




Sebelum ni berpuluh tahun himpunan bulanan di hadapan dataran panas tahan. Kalau hujan kabur.


Sejak PMX memerintah, sedikit demi sedikit kelemahan diperbaiki.


TOLONG DOAKAN WALAU NI DITAHAN DAN DI LOKAPKAN AMINNNN.

 


Hamzah Rie Na...


Riak, takbur dan sombong sungguh! Iblis tercampak keluar dari Syurga kerana sifat bongkaknya. 


Semoga Allah SWT laparkan dia selama seminggu, nak tengok dia makan tak rezeki yg dia katakan seperti makanan kucing tu. Silap2 dgn kucing2 tu pun kau baham. Begitulah.......



DAHI HITAM TANDA BERILMU- TAPI HATI PUN HITAM MENUDUH.KERAJAAN BARU 2 BULAN







Kelakar sangat baca statement lebai ni. Kenapa kelakar? Sebab kerajaan ni baru 2 bulan. Memang tak nampak lagi impak. Sama ada impak yang baik mahupun yang buruk.

Kalau sampai rakyat terpaksa buat dua kerja, itu sebenarnya bukanlah salah kerajaan yang baru dua bulan. Itu menunjukkan yang masalah ini dah lama. Sejak dari kerajaan sebelum ini.

Simpati cara lebai berpolitik. Tak berpaksi kepada alam nyata. Kritik tanpa data dan fakta. Lebih buruk lagi tanpa berfikir. Dia tak nampak kritikan dia boleh tikam dia semula.

Masalah kenaikan harga barang dan kos sara hidup meningkat ni bukan benda baru. Masa PAS dalam kerajaan lagi. Sebab tu boleh jumpa komen-komen tak cerdik pemimpin PAS.

Ada yang kata bukan masalah besar, ada yang kata tak membebankan, ada yang suruh tanam padi atas bumbung, yang suruh setiap rumah pelihara ayam, kurangkan makan telur.

Malah Hadi sendiri kata ini sebab inflasi dunia. Tak boleh salahkan kerajaan. Tapi sekarang, dia tala semua kesalahan pada kerajaan. Sedangkan kini keadaan dah bertambah baik.

Macam semua komen tu dia dah simpan lama. Tapi nak luahkan sebelum ini tak termampu sebab parti dia dalam kerajaan. Jadi bila dah tukar kerajaan, dia lepaskan kaw-kaw.

Ibarat orang tahan kentut dalam kereta depan awek. Lepas awek dia turun je, terus lepaskan. Fuh! Lega! Macam tu gaya lebai sekarang. Tak sedar dia yang cium sendiri bau kentut tu.

Harga ayam, telur dan minyak masak dah semakin pulih. Harga sayur baru naik, kemungkinan besar sebab monsun - banyak ladang rosak, tapi menteri dan mula gerakkan agensi.

Banjir baru-baru ni pun, pengurusan licin. Kita tak dengar kisah macam tahun sebelum sebelum ini yang ramai tercicir tak dapat bantuan.dan sekarang ada Menu Rahmah pula. Kerajaan Perpaduan ini lebih cakna hal rakyat.

Tengok ikut mana pun, nampak sangat kerajaan yang baru berusia dua bulan lebih ini lebih cekap. Lebai pusing ikut mana pun isu, rakyat yang cerdik boleh buat perbandingan.

Diharap lebai lebih berhati-hati nak kupas isu lepas ni. Elakkan cerita masalah ekonomi sebab rakyat tahu culprit yang sebabkan ekonomi teruk dan kos sara hidup meningkat adalah PN sendiri, iaitu PAS dan Bersatu. Guane boh?

Raja Gelap

 

ALANG ALANG WALAUN FITNAH BERKENAAN . INI ADALAH GAMBAR KETIKA DI QATAR

 

Alang-alang Walaun tularkan gambar makan besar Februari 2019.

Saya kongsikan semula beberapa gambar DS Anwar bersama pimpinan dunia Islam yang ada di Qatar waktu itu antaranya Rachid Ghanoushi, Khalid Meshal dan Ahmet Davotoglu. Turut hadir dan saya ambil peluang bergambar ialah Sheikh Ali al-Qaradaghi.

Kami turut menjadi tamu Emir dan PM Qatar.

Peluang seumur hidup menziarahi (almarhum) Sheikh Yusof al-Qaradhawi dan (almarhum) Sheikh Abbas Madani.

Menjadi budaya Arab selepas menjamu tetamu mereka akan menjamu keluarga dan pembantu pula. Dalam kes kami, selepas selesai makan, ada lebih kurang 40 lagi pembantu tuan rumah, sahabat DS Anwar yang datang makan.

Alhamdulillah kami tertib makan dalam pinggan. Lebih sedap berbanding makan fitnah.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Lawatan ini satunya kesempatan saya bergambar dengan arwah Pak Rahman, mantan ahli Parlimen Kemaman.












Walaun dan fitnah berpisah tiada. KPI mereka ialah sama ada sudah cukup jumlah untuk fitnah ke belum hari ini.



AMIN AHMAD