SELAGI NAJIB ADA, ISU 1MDB AKAN TETAP MENGHANTUI ISMAIL SABRI


 Dua hari lalu, saya terbaca satu artikel di sebuah portal yang menulis tentang beban skandal 1MDB yang dikatakan akan terus menghantui Ismail Sabri Yaakob dalam usaha beliau mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Antaranya disebut bahawa ia kekal menjadi beban kerana isu 1MDB tidak pernah padam daripada menjadi bualan serta perhatian dalam masyarakat sehingga sekarang.

Dalam hal berkaitan, sementara perkara itu memang hakikat yang tidak dapat dinafikan, sekurang-kurangnya ada dua sebab mengapa isu 1MDB akan tetap menghantui Ismail Sabri yang telah diputuskan sebagai “poster boy” BN dalam menghadapi PRU15 akan datang.

Pertama, kerana Najib Razak masih bebas dan belum dipenjarakan.

Kedua, disebabkan beliau sentiasa berlegar-legar di sekeliling UMNO sambil menjaja propaganda seolah-olah dirinya tidak bersalah dalam skandal tersebut.

Sekiranya Najib ketika ini sudah menerima hukuman dan dipenjarakan, ia tentu mudah bagi UMNO dan BN untuk menepis daripada terus dikaitkan dengan skandal 1MDB itu.

Selain boleh menjarakkan diri daripada terus dikaitkan dengan skandal itu, UMNO dan BN malah boleh mendabik dada dengan mengatakan undang-undang telah ditegakkan sebagaimana ramai pesalah di beberapa negara lain berkaitan 1MDB juga telah menerima hukuman masing-masing.

Najib sudah pun dijatuhi hukuman bersalah dan dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi dalam kes SRC International iaitu anak syarikat 1MDB dan hukumannya kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.

Begitu pun, sebagaimana beliau diberi penangguhan daripada menjalani hukuman sementara kesnya dirayu di Mahkamah Rayuan sebelum ini, kini beliau juga diberi penangguhan yang sama sementara menunggu rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan pada 15 Ogos depan.

Meskipun penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan yang diberikan kepada Najib adalah soal kebijaksanaan mahkamah yang tidak harus kita dipertikaikan, tetapi ia tidak dinafikan mempunyai kesan politik yang bukan sedikit kepada UMNO dan BN menjelang PRU15 akan datang.

Perbagai serangan dan persepsi boleh disemarakkan bagi tujuan menghalang UMNO dan BN daripada beroleh kemenangan.

Lebih-lebih lagi, UMNO dan BN yang ditumbangkan pada PRU 2018 lalu ketika Najib yang masyhur ke seluruh dunia kerana skandal 1MDB, telah kembali menjadi kerajaan sekarang ini.

Mahu tidak mahu, ia menjadikan isu 1MDB terus hidup dan sebagai “poster boy” BN, Ismail Sabrilah penanggung terbesar beban skandal itu dalam PRU15 nanti.

Di samping kes SRC International yang sudah di peringkat akhir rayuan, Najib juga masih berdepan perbicaraan berkaitan RM2.6 bilion dana 1MDB dan dakwaan meminda laporan audit syarikat tersebut.

Selain itu, tindakan Najib yang terus berlegar-legar di sekeliling UMNO mencari populariti dengan pelbagai lagak tunjuk pandainya setelah tiada kuasa ini adalah juga suatu beban kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Sebagai orang yang menyebabkan BN kalah pada PRU 2018 dan kemudian sedang berdepan pelbagai pertuduhan di mahkamah, Najib sepatutnya sedar diri dengan memilih untuk berehat seketika sehingga kesnya selesai atau lebih baik, berundur saja terus daripada politik.

Tambahan lagi, skandal 1MDB yang diakibatkannya itu sudah melekat dalam minda rakyat di mana secara umumnya semua orang sedar untuk tempoh bertahun-tahun akan datang, negara masih perlu membayar hutang berpuluh bilion disebabkan olehnya.

Sebab itu, amalan UMNO sebelum ini di mana pemimpinnya yang didakwa di mahkamah akan direhatkan daripada jawatannya sehingga kes mereka selesai adalah suatu tindakan yang betul serta mampu menjaga nama baik parti.

Zaman Najib pada hakikatnya telah berlalu dan kini adalah era Ismail Sabri, dengan itu tidak harus sama sekali ada perasaan atau “jiwa perasan” dalam dirinya atau penyokongnya untuk melihat Ahli Parlimen Pekan itu kembali semula sebagai Perdana Menteri.

Perasaan atau “jiwa perasan” demikian hanya akan membunuh peluang UMNO dan BN dalam PRU15 akan datang, sekaligus juga membunuh masa depan Ismail Sabri kerana seolah-olah beliau sedang disaingi daripada dalam partinya sendiri.

Tiada Najib akan menyebabkan kesan 1MDB dapat diminimakan ke atas Ismail Sabri dan mampu memberi laluan lebih mudah kepada BN mencari kemenangan. – ShahbudinHusin 07/07/2022.



((LIVE)) DATUK HUSAM MUSA & DATUK ZAWAWI OTHMAN (UMNO): PADANG BOLA RAKY...



HUSAM MUSA & DATUK ZAWAWI OTHMAN (UMNO): PADANG BOLA RAKYAT JADI LOT BANGLO? YBhg Datuk Husam Musa (Pengerusi Save Kelantan) Datuk Zawawi Othman (Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh)



GILER BEST! - RAFIZI RAMLI "BEDALL" NAJIB RAZAK KOW-KOW DI JOHOR!


Rafizi Ramli membedal kow-kow lagi. Najib Razak yang tidak tahu malu, dan masih lagi berlagak untuk menjadi hero UMNO. Memperboodohkan orang UMNO tentang dana yang diterima najib. Ucapan Rafizi Ramli di Majlis Makan Malam Dana Johor Bahru.

391 Jebat Derhaka: Org2 Polit4ik Pergunakan R4kyat

MGNews: Jufazli Mengaku Tidak Bersalah Hina Perdana Menteri


2022 Seorang bekas calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat di Sabah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 telah didakwa di Mahkamah Sesyen Siber di sini hari ini atas pertuduhan membuat komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan UMNO dalam aplikasi Youtube dan juga Tiktok. Orang Kena Saman (OKS) yang juga seorang penganalisis politik, Jufazli Shi Ahmad, 33, juga pernah berkhidmat sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Kelapan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.


HAPUSKAN HAK

 


LIYANA MARZUKI








HAPUSKAN HAK

Baru ini, ada orang tanya saya. Dia kata dia dah menyampah dengan satu parti tu. Sebab punya banyak pemimpin haprak dalamnya. Tapi dia tetap undi mereka juga, dulu, kini dan selamanya.

Sebab bila nak undi parti lain, dia takut parti lain akan hapuskan hak dia sebagai Melayu dan kuasa Raja Melayu pasti terhakis. Mereka juga boleh tukar agama rasmi dan bahasa Kebangsaan kita.

Ini propaganda berabad lamanya yang kita dengar.

Tuan/ Puan, untuk buang hak bumiputera, tukar Bahasa Kebangsaan dan agama rasmi Persekutuan, serta hapuskan sistem beraja, ini proses pindaannya yang termaktub dalam Perlembagaan:

i. Kena dibaca dan dibahas 3 kali dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, DAN

ii Perlu dapat 2/3 undi daripada Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara; DAN

iii. Perlu rujuk Majlis Raja-Raja Melayu (MRR); DAN

iv. Kesemua 9 Raja-Raja Melayu kena bersetuju.

Selepas selesai keempat2 proses di atas baru bolehlah dibuat semua pindaan itu.

Punya payah prosesnya. Dan untuk MRR lenyapkan hak bumiputera, buang Islam dan hapuskan kuasa mereka sendiri? Dah level utterly impossible, bukan?

Ini menunjukkan Perlembagaan tu dah cukup kuat untuk melindungi hak rakyat majoriti. Jangan la takut lagi.

Sama saja kalau ada parti yang gebang pada pengundi bukan Melayu. Kononnya2 bila dia naik memerintah dia akan tukar Perlembagaan untuk Malaysia jadi negara Republik. Katakan balik pada mereka: BS semua itu!

Hak2 ini cukup kuat terjaga di bawah Perlembagaan. Cuma politikus dangkal sahaja yang tak tahu.

Makanya, jangan lah lagi kita jadi “tipah tertipu”. Propaganda2 ini hanya menguntungkan parti tertentu.

#debunkpropaganda #mainbaikkitasokong #manasalahkitabantah

 

MAT KILAU, MAT INDERA DAN MAT SABU. KECELARUAN MASYARAKAT MENGENALI IDENTITI

 

MAT KILAU, MAT INDERA DAN MAT SABU.

(Kecelaruan masyarakat kenal identiti)

Sejak ramai bani Melayu terpana menonton filem Mat Kilau ni..Tiba tiba saja watak seperti Mat Kilau jadi Hero.. Tiba tiba orang Melayu cukup benci dengan Bristish..

Sedangkan dulu Mat Kilau, Tokku Paloh, Tok Jangggut ni dikatakan sebagai Pemberontak oleh British dan dalam buku Sejarah kita.. Malah Tok Janggut diisytiharkan oleh Sultan kelantan sebagai Penderhaka dari hasutan pembesar British..sama lah mcm kisah Mat Indera..

Dulu ingat lagi..Sebab iktiraf Mat Indera sebagai pejuang Kemerdekaan.. Mat Sabu sampai kena dakwa..Ucapan Mat Sabu tu sempena hari kemerdekaan..Mat Sabu sampai kena tangkap Polis..Siap kena hina hari hari di media media Perdana, Bukan takat tu jer.. Siap Mat Sabu berulang alik ke Mahkamah semata mata bercakap benar tentang Sejarah....

Apa Dosa Mat Indera ? Sebab dikaitkan dengan serangan Balai Polis Bukit Kepong.. lepas tu cuba kaitkan Mat Indera dengan Komunis.. Masa tu, Seolah olah.. Askar dan Polis British tu lah Hero bani Melayu..Bani Melayu yang kerja jadi Gurkha British semua jadi Hero..

Kalau Ikut Mat Kilau dan Mat Indera.. Mat Indera Lebih Alim.. Mat Indera ni Guru Agama, Bukan takat Guru Agama..Tapi Hafiz Quran.. anak guru kepada Ayah Mahiaddin yasin tokoh Agama masa tu..Dia pun terpaksa lari ke Hutan sama seperti Mat Kilau.. Tu sebab dia terpaksa bekerjasama dengan Komunis lawan British..

Akhirnya Mat Indera ditangkap dan dihukum Gantung di Taiping.. macam mana Mat Indera kena tangkap ? Sebab kena khianat dengan kawan sendiri jugak..kawan sama Melayu..Bukan Komunis..

Bila Mat Kilau Jerit Allahuakhbar.. Bunuh Askar British, Kita pun pakat Bersemangat, Bila Mat Indera Bunuh askar British.. Dikata pro Komunis.. Tu belum sentuh Chin Peng hat bunuh Henry Gurney.. British Henry Gurney bukan Penjajah ?

Di Pulau Pinang siap abadikan nama Henry Gurney kat Jalan.. Kat Sekolah, siap ada Gurney Drive.. dok bangga dengan Gurney tu hangpa tau sapa Henry Gurney..?

Dia lah artkitek Penubuhan Negara Zionis Israel sebelum datang ke Tanah Melayu.. Dia bertanggung jawab membawa pendatang Yahudi dan menduduki Tanah Palestine.. Peristiwa pembunuhan beramai ramai di perkampungan Dier Yassin, Kerja dia lah..

Tapi sebab yang Bunuh Henry Gurney tu Chin Peng..Nampak buruk lah.. Cuba Chin Peng tu Melayu.. lain jalan cerita dia.. Henry Gurney dibuat Tugu Peringatan..Chin Peng , Abu mayat dia pun tak boleh bawa balik.. Punya takut dengan bayang bayang..

Patutnya kita bangga lah Chin Peng Bunuh arkitek yang Siksa Rakyat Palestine sampai hari ini.. besar jugak jasa dia..Tu sebab ada kata kata dari Winston Churchill, Bekas PM Britain sendiri... Sejarah ni Ditulis oleh orang yang Menang..“Sejarah ditulis oleh pemenang”, Orang yg Kalah.. Sentiasa jadi orang Yang Salah..

Macam cerita Sarjan Hassan, Ye lah..Sarjan Hassan tu Jadi Hero.. Yang Bersama Jepun jadi Jahat..Sedangkan Sarjan Hassan kerjasama dengan British..

Apapun penceritaan Sejarah, Samada yang bekerja dengan Bristih.. Yang Kerja dengan Jepun.. ada watak Pengkhianat kalangan Bani Melayu.. Kadang kadang yang Khianat tu datang dari pembesar sendiri..Sejarahnya Dari watak bertengkolok atau Bertanjak dan Pandai berpura pura baik.. hatta masa nak Merdeka..ada kayangan yang tak setuju.. sebab sedap makan ufti dari British..

..Rupanya Watak Khianat itu masih wujud dalam Politik Melayu hari ini.. Ada Kayangan, Ada Bangsawan hatta ada Ulama' ..malah ada Mufti yang bawa watak Khianat hari ini dalam perjuangan Rakyat Membebaskan negara dari Penindasan dan Politik Ashabiyah..

Tak payah bersemangat sangat lah bertanjak.. bertengkolok.. Tu bukan pakaian Pejuang, Silap silap tersilap pakai costume pengkhianat..!

Ipohmali

 

ZAHID BERANG DITANYA BANYAK KALI.

 


Zahid berang ditanya berulang kali oleh peguam dalam perbicaraan hingga dia terperangkap katanya. Tapi itu memang caranya peguam buat kerja.


Dia senang macam ni. Kalau benda betul, tanyalah seribu kali pun, dengan macamana gaya sekalipun, tetap takkan terperangkap dan terap takkan tersilap jawab.


Yang buat kantoi sebab menipu. Benda tak betul. Bila ditanya cara lain, dia tak boleh nak klik dengan cerita sebelumnya. Jadi Zahid, kalau tak menipu, tak payahlah risau. Gerenti takkan terperangkap punya. Lainlah kalau cerita rekaan. Guane boh?


 

Raja Gelap



BRITISH PUN TAK SAKAU MACAMANA PEMIMPIN MELAYU ISLE SAKAU BAGAI..


 

Projek Musang King Punca Banjir Di Baling? #MGFlash


Insiden kepala air serta banjir besar yang melanda beberapa kampung di Baling semalam didakwa berpunca daripada projek durian Musang King di Gunung Inas. Dakwaan itu diakui rata-rata penduduk yang ditemui Malaysia Gazette terutamanya yang mendiami Kampung Iboi, kawasan paling teruk terjejas dalam bencana itu.


VIRAL! PETANI SAWIT RAMAI-RAMAI JUAL SAWIT KE MALAYSIA- MALAYSIA IMPORT SAWIT INDONESIA ?

KISAH LAMA, TAPI APA YANG NAK DIKATAKAN IALAH....




MOHD AFFENDI ABAS


Wow ... PAS dah jadi sahabat sejati sekarang! Kalau aq jadi PAS .. x hinging AQ nak pi melawat si PNyamun BossCow yang dah terbukti bersalah di mahkamah!

Sebabnya.. tindakan ini bukannya sahaja boleh menjejaskan maruah parti Islam tetapi boleh menjatuhkan martabat agama Islam kerana dilihat bersetongkol dgn PNyamun BossCow!

Agaknya dah terdesak untuk cari sokongan @ wang pertaruhan untuk PRU15 kot? Dulu boleh dapat RM 90 juta? Mana tau kali ini boleh dapat lebih lagi?

#PASik

#PNunggangAgama

#PNyamunBNgsat

#MatlamatMenghalalkanCara

 

TUUU...DIAAA...

 

MOHD SHAH RIM


Tu dia..sampai suruh INTERPOL cari Nicky..

Hari ni semua geng Nicky dibebaskan..
KITA SUMA DAH KENA KENCIN..
May be an image of 2 people and text

APA AKAN BERLAKU JIKA RUSSIA MENUTUP PAIP GAS EROPAH-SOLAR ALTERNATIF TERBAIK







 

 Russia akan tutup paip gas nort stream 1 seluruh Eropah.. Jika Russia stop gas, Eropah hanya boleh bertahan 2 Bulan sahaja ..

Pusat industri banyak telah ditutup kerana kekurangan energy ..

Pusat janakuasa letrik di seluruh dunia kebanyakan mengunakan gas dan arang batu termasuklah Malaysia .. Tapi di Eropah stesyen arang Batu sudah diberhentikan perkhidmatan.

Apabila meletus perang besar, Bumi akan bergelap kerana tiada lagi elektrik. Kapal-kapal dagang tak boleh lagi merentas laut kerana risiko ditembak misile submarine.

Majoriti orang kita sangka letrik kita hanya gunakan Hidro Sahaja..

Hidro megawatt nya rendah .. Di Pahang je banyak guna hidro itupun lingkungan 100megwatt ke bawah aje..

Aku hairanlah..kenapa gov kita tak nak kembangkan sistem solar untuk perubahan rakyat? sedangkan kita pengeluar panel solar yang terbesar.. pelik ye!

Boleh sesiapa explain kat saya kenapa gov kita tak nak kembangkn sistem solar? Bukannya tak ada barang .. Ada je.

Pak menteri boleh tolong explain tak kenapa tak nak besarkan sistem solar kat Malaysia ni.. Rakyat kita ramai yang pakar dalam Bab solar ni..

Mintak golongan yang berpengaruh bangkitkn ISU ni.. Penting solar ni jika meletus perang dunia tak de Ler negara kita bergelap.. Gas dan arang Batu banyak import.. Dah perang submarine conqer lautlah, mana berani kapal dagang nak Lintas laut..Kita import arang Batu Dari Indonesia ..

Sistem solar ni boleh berguna waktu emergency jika berlaku darurat perang..tengok eropah sekarang dah teruk sebab Russia stop gas mati beku lah Eropah tak ada letrik

Hutan habis terbakar belah sana mana ada kayu lagi dah.. Kayu pula jadi mahal dari gas.

Sediakan payung sebelum hujan Pak menteri oiii..

Kilang buat panel solar punya besar kat janda baik Tu..

Aku bagi cadangan aje sebab aku dah nampak perang dunia dah bermula cuma belum ada pihak yang declare je lagi..masing masing tengah cari jalan untuk dapatkan pengaruh kongress aje supaya mudah untuk dapatkn sign declaration perang...

Keimanan punya solar 18500 megawatt tinggi Tu..

Kredit: Wanz Wanz

https://www.facebook.com/10000380.../posts/2639858589484191/

 

Terkini! Tambang feri ke Pulau Pangkor naik sehingga 40 peratus

 


Terkini! Tambang feri ke Pulau Pangkor naik sehingga 40 peratus


Selepas khidmat kapal terbang henti ke Pangkor dari Subang sudah dihentikan hingga ke bulan Oktober 2022 hari ini tambang feri pula naik 40%.

Pemuda AMANAH Negeri Perak memandang serius dengan kenaikan harga tambang feri ke Pulau Pangkor baik dari Jeti Lumut atau Jeti Marina bermula 1 Julai baru-baru ini.

Berdasarkan pengumuman rasmi daripada pengusaha feri, mereka mengumumkan bahawa harga tiket feri ke Pulau Pangkor dinaikkan ke RM10 (satu hala) untuk dewasa.

Menurut Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Perak Mohd Ikhmal Mohd Iskandar, secara matematik kadar tambang pergi balik dinaikkan kepada RM20 (dewasa) berbanding harga asal RM14 telah menunjukkan kenaikan melebihi 40 peratus.

Selepas khidmat kapal terbang henti, tambang feri ke Pangkor pula naik 40%,
Tambang feri ke Pangkor naik 40%

“Tanpa sebarang perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan, pengusaha feri menaikkan kadar tambang ini dengan alasan mereka sudah lama beroperasi dalam kerugian (running in lost).

“Pemuda AMANAH Negeri Perak sangat khuatir, dengan kenaikan harga tambang feri ini, ia bakal merencatkan kedatangan pelancong ke Pangkor,” katanya, lapor Malaysia Dateline.

Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak mendesak campur tangan kerajaan agar harga tambang ini dapat dikaji dalam mengurangkan beban rakyat seraya merangsang kedatangan pelancong yang lebih ramai ke Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai yang paling dekat dari Kuala Lumpur.


AWAT PULAK TAKIYUDDIN TAK MAU SURUHANJAYA SIASATAN AWAM PUNCA BANJIR- KOT JUMPA TAKUNGAN BUNIAN ATAIH BUKIT KOT-KA TAKUT PECAH LOBANG SEJARAH MB LAMA PUNYA KERJA .???

 


Banjir Baling: Tak perlu suruhanjaya, jabatan teknikal mampu siasat punca, kata Takiyuddin





Siasatan berhubung banjir di Baling dijangka diselesaikan dalam masa
 terdekat memandangkan ia tidak melibatkan kawasan luas, kata
 Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.
 (Gambar Bernama)

BALING: Tiada keperluan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca kejadian banjir dan fenomena kepala air di beberapa kampung di daerah ini petang Isnin lalu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, pelbagai jabatan teknikal yang berkaitan sedang membuat siasatan berhubung perkara itu dan akan membuat “kesimpulan” serta menentukan punca tragedi itu.

“Saya percaya jabatan yang berkaitan sedang mengadakan siasatan di kawasan berkenaan. Sekiranya (punca) berkaitan dengan penanaman semula, ia di bawah Jabatan Perhutanan. Ini kita serah kepada jabatan-jabatan berkaitan untuk melakukan siasatan.

“Jadi tidak perlulah suruhanjaya siasatan dan sebagainya, jabatan kita pun mempunyai kemampuan dan kepakaran yang tersendiri,” katanya dalam sidang media selepas mengunjungi tiga pusat pemindahan sementara dan melawat ke kawasan terjejas bencana banjir di sini hari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) agar Kerajaan Kedah mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca tragedi banjir di Baling pada Isnin lepas dan kejadian di Gunung Jerai, Yan tahun lepas.

Takiyuddin berkata pihaknya menjangka siasatan berhubung kejadian di Baling ini akan diselesaikan dalam masa terdekat memandangkan ia tidak melibatkan kawasan yang luas.

Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan membuat tinjauan di kawasan Gunung Inas, di sini bagi melakukan siasatan dan mencadangkan tindakan yang sewajarnya.

“Sepertimana yang kita buat di Gunung Jerai (sebelum ini), JMG banyak melakukan siasatan berkaitan pengukuhan kawasan lereng yang berisiko dan sebagainya, banyak cadangan teknikal akan diberikan oleh JMG kepada jabatan lain termasuk Jabatan Kerja Raya dan sebagainya,” katanya.

Takiyuddin turut menolak andaian bahawa jabatan-jabatan berkaitan lambat mengenal pasti kawasan yang berisiko berlakunya kejadian yang tidak diingini sehinggalah kejadian itu berlaku.

Katanya kerajaan dan jabatan yang berkaitan memberi keutamaan dan mengambil tindakan di kawasan yang telah dikenal pasti berisiko tinggi untuk berlaku bencana.

INISIATIF KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG-GUNA PENGANGKUTAN AWAM AKAN MENJAIMATKAN PERBELANJAAN


 

TAK PAYAH LA PULAU PINANG BAGI BANTUAN APA PUN.. DIA NAK BELAT SUNGAI LAGI...TU JA PEMBALASAN..BUKAN TU SAJA...DEPA NAK REPORT LAGI BILA BANJIR..PUNYA BUSUK PERUT...


 

(LIVE) Rafizi Ramli, Nurul Izzah & Rakan Rakan: Majlis Makan Malam Dana ...

TAKZIAH BALING - SITI AISHAH 'SRIKANDI'



Banjir kilat di Baling akibat tangan-tangan manusia hingga memakan korban yang menyayatkan?

SYARIKAT SAWIT PERLU DIHADKAN UNTUK JUAL PASARAN TEMPATAN