Masa dia jadi ketua pembangkang- bia jadi PM dia tak boleh buat apa apa pun...kah..kah



Walaupun ini berita lama, tapi ia masih segar menggambarkan pemikiran PM sekarang.


 

UEC: PINTU DEPAN DITUTUP, PINTU BELAKANG DIBUKA - Adrian Lim Chee En





Umum mengetahui bahawa Universiti Awam seperti UM, UKM, UIA, UniSZA, UUM, USM dan sebagainya semuanya TIDAK MENGIKTIRAF UEC. Bukan sahaja tiada biasiswa UEC, malah masuk pakai UEC pun tak boleh.

Jadi MCA pimpinan Dewa Wee Ka Siong buat apa?

Dewa Wee Ka Siong yang menjaga portfolio pengangkutan melangkaui batas portfolio pengangkutannya dan mula campur tangan dalam Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan.

Menteri Pengangkutan Cina MCA ini suruh Menteri Kewangan Melayu dan Menteri Pendidikan Melayu naikkan peruntukan kepada institusi swasta TAR yang dimiliki MCA.

Akhirnya institusi swasta TAR yang dimiliki MCA berjaya dapat peruntukan yang lebih tinggi (RM58 JUTA). Dewa Wee Ka Siong pun dengan bangga membuat pengumuman tersebut.

Institusi swasta TAR milik MCA buat apa dengan RM58 JUTA ini?

Dia agih unlimited punya biasiswa UEC.

Saya ulang. UNLIMITED PUNYA BIASISWA UEC.

Pendorongan pengambilan UEC melalui pengagihan biasiswa UEC secara unlimited bakal menaikkan lagi minat terhadap UEC.

Maka jangan hairanlah jika di tahun-tahun akan datang, UEC menjadi semakin popular manakala STPM menerima kurang sambutan. Sebab UNLIMITED PUNYA BIASISWA UEC sudah dijamin oleh MCA pimpinan Dewa Wee Ka Siong.

Dengan UEC semakin menjadi semakin popular, tuntutan mengiktiraf UEC akan menjadi semakin kuat. Bermula dengan IPTA lain, kemudian masuk jabatan perkhidmatan awam.

Itulah yang dinakkan. Kan?

Al Fatihah saya ucapkan kepada macai-macai UMNO PAS yang dulu lantang memperjuangkan sistem pendidikan kebangsaan dan sistem pendidikan satu aliran. Arwah dulu baik orangnya.

Pautan posting asal bagi membuktikan ini bukan fake news

https://www.facebook.com/179367985520/posts/10163400782240521/?d=n

 

PRN Johor: Mengundi 12 Mac, penamaan calon 26 Feb




Oleh SURI LAILA / February 9, 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan akan diadakan pada 26 Februari, manakala 8 Mac adalah hari pengundian awal.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN Johor hari ini.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN untuk diadakan.

PRN Johor juga merupakan pilihan raya pertama melibatkan pengundi berusia 18 tahun ke atas, juga pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.

Kos sara hidup di Johor melambung, rakyat tidak tertanggung - Hassan Karim


 

Kos sara hidup yang melambung sejak kebelakangan ini tidak mengecualikan bangsa Johor.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, harga ayam di pasar yang mencecah RM9 sekilogram dan bekalan ayam di kebanyakan tempat di Johor yang terputus amat menyukarkan kehidupan

"Telur ayam di setengah tempat juga sudah kehabisan.

"Ini adalah contoh mudah yang dapat dilihat kegagalan Kerajaan memerintah sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri Johor.

"Apabila ayam, sejenis makanan popular di kalangan rakyat yang membekalkan protein dengan harga relatif murah sekitar RM5 sekilo sebelum ini mencanak naik hampir 100%, apakah maknanya dari segi ekonomi?

"Ia bermakna kos sara hidup rakyat sudah semakin mahal. Bukan harga ayam sahaja yang naik tetapi banyak lagi barang makanan dan keperluan harian melambung. Sudah tentu ia membebankan rakyat miskin dan susah," katanya.

Menurut Hassan lagi, inflasi berupa kenaikan harga itu amat berkaitan dengan rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.

Katanya, kes rasuah menyebabkan banyak dana yang boleh diguna untuk menstabilkan harga pergi ke akaun para kroni sementara pelabur asing lari memburukkan keadaan ekonomi

"Berbilion ringgit wang negara lesap setiap tahun angkara rasuah. Kes di mahkamah membuktikan segelintir pemimpin tertinggi Umno BN melakukan perbuatan itu dengan menyalahgunakan kuasa dan dijatuhkan hukum penjara berbelas tahun.

"Akibat rasuah para pelabur lari meninggalkan Malaysia. Nilai ringgit jatuh menjunam sehingga negara terpaksa membayar kos import yang tinggi termasuk dalam membeli dedak makanan ayam dari luar negara. Itu antara punca harga ayam mahal sekarang," katanya.

Sehubungan itu, tegas Hassan, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh bangsa Johor selain mengubah kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini agar gelombang kebangkitan itu akan merobah Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) beberapa bulan kelak.

"Rakyat Johor dan pengundi Johor yang telah menolak Umno BN dalam PRU tahun 2018 lalu perlu melakukan hal yang sama dalam PRN Johor kali ini.

"Kembalikan kuasa dan mandat rakyat dalam PRN Johor dengan menyokong KEADILAN dan Pakatan Harapan," katanya lagi.

 

Mahkamah benar injunksi mareva ex-parte, Najib boleh keluar wang RM100 ribu sahaja



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi membekukan aset bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar beliau tidak boleh mencairkan asetnya berikutan tuntutan syarikat itu terhadap dana AS$681 juta yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad semalam membenarkan permohonan ex-parte yang terpakai di seluruh dunia itu.

Dengan itu, Najib hanya dibenarkan mengeluarkan dana RM100,000 sebulan daripada akaun banknya untuk perbelanjaan.

Menurut laporan The Edge lagi, Najib perlu membuat permohonan kepada peguam cara 1MDB jika dia perlu mengeluarkan wang lebih daripada RM100,000.

Sebelum ini, 1MDB dan subsidiarinya membuat permohonan ex-parte berikutan sabitan terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd yang mana Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah menetapkan 21 Februari ini bagi mendengar hujah pihak Najib jika beliau memutuskan untuk mengetepikan injunksi berkenaan.

Permohonan Injunksi dibuat oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Ltd (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investment Ltd atau 1MDBGIL), serta tiga lagi unitnya menerusi firma guaman Messrs Skrine.

1MDB dan bekas subsidiarinya, SRC International Sdn Bhd memfailkan saman RM23 bilion terhadap Najib dan beberapa lagi yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan syarikat

 

Pas gagal tarik pelaburan ke Terengganu selepas 4 tahun, jangan ghairah berpolitik





Pas sejak menjadi sebahagaian Kerajaan Persekutuan dengan bangganya menyatakan rakyat semakin yakin dengan prestasi pentadbiran mereka.

Malah menghadapi Umno di kubu kuat parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Johor pun Pas tidak gentar. Malah dikatakan mempunyai sokongan mencukupi dan ingin bertanding banyak kerusi.

Namun hakikatnya, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Pas sebenarnya tidak tahu memerintah dan gagal memajukan negeri yang ditadbir mereka.

Katanya, kerajaan Pas terlalu selesa dengan bayaran royaliti petroleum dan gagal menarik pelaburan sehingga banyak kemudahan untuk rakyat tidak boleh dilaksanakan.

"Pas ingat lepas menang undi dan menjadi kerajaan tidak perlu perjuangkan ekonomi, bawa masuk pelabur, meningkatkan pendapatan rakyat.

"Mereka hanya perdaya rakyat dengan menjual agama, janji laksana undang-undang agama tetapi sampai sekarang ia tidak terlaksana pun.

"Sepatutnya royalti itu untuk gandakan dana, tetapi kita lihat tidak ada kesan pengganda. Sepatutnya digandakan dengan tarik pelabur luar.

"Di Terengganu semua sektor menguncup, pekerjaan tak ada, terpaksa eksport anak-anak Terengganu keluar (mencari pekerjaan ke Selangor), aktiviti ekonomi merosot, pertanian diabaikan, aktiviti pelancongan dan kraftangan pun lingkup," katanya ketika dihubungi.

Jelas Azan, sewaktu pentadbiran BN tiga dekad lalu rakyat Terengganu diberi wang saku namun. Mereka merasa wang hasil minyak. Namun katanya pada era Pas tiada lagi pemberian seperti itu.

"Kalau dulu rakyat Terengganu pernah dapat wang saku petroleum sebulan RM90, itu zaman saya belajar dalam 20 atau 30 tahun dulu.

"Di mana peruntukan royalti ini dianggap hak rakyat Terengganu dan ia diagihkan kepada setiap pelajar tak kira latar belakang asalkan anak Terengganu.

"Tetapi Pas 4 tahun dalam kerajaan, dulu beria-ia kata kalau dapat jadi kerajaan kita laksana bulan bintang tetapi sekarang keadaan sama saja, malah lebih teruk," ulasnya lagi.

Tegas Azan, menteri menteri Pas di peringkat Persekutuan sepatutnya melakukan sesuatu proaktif untuk menarik pelaburan ke negeri itu, bukannya mengharapkan pelabur datang sendiri ke Terengganu yang bukan lokasi utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.


Selepas 21 tahun dibina, Menara TM mahu dijual


 


Oleh MALAYSIA DATELINE / February 9, 2022

Selepas siap dibina pada 2001, Menara TM yang merupakan aset milik Telekom Malaysia Bhd (TM) dijual pada harga yang tidak didedahkan.

Khabar penjualan pencakar langit rekaan Hijjas Kasturi itu tersebar apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengeluarkan satu iklan tersebut hari ini.

Iklan itu memaklumkan tarikh tutup peringkat pertama bagi jualan bangunan dengan 55 tingkat itu adalah pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac depan.

Bangunan ikonik berdekatan Universiti Malaya (UM) itu dibina sebagai bangunan pejabat lengkap dengan helipad menawarkan menara pejabat berkeluasan 989,000 kaki persegi.

Menurut iklan itu lagi, Menara TM juga memiliki pusat konvensyen seluas 92,431 kaki persegi, dewan pelbagai guna, kompleks sukan, klinik, pusat fisioterapi, pusat jagaan kanak-kanak dan masjid.

Terletak di pusat koridor KL Sentral-Bangsar, menara berbentuk rebung itu juga mempunyai lebih 1,700 lot parkir selain berdekatan dengan laluan pejalan kaki serta Stesen LRT Kerinchi dan Universiti.

 

TAK APA , NANTI SALAHKAN ANWAR

 PRN Johor nanti...

Kalau PH enggan kerjasama dengan Muda dan PH tewas, DS Anwar akan dipersalahkan kerana tak mahu terima Muda.
Kalau PH kerjasama dengan Muda dan PH kalah, DS Anwar akan dipersalahkan juga kerana kerja sama dengan pengkhianat.
Kalau PH kerjasama dengan Muda dan menang, Muda akan dipuji sebagai faktor kemenangan PH. DS Anwar orang tak sebut.
Kalau PH tolak kerjasama dengan Muda tetapi menang, strategi guna logo PH akan dikata punca. DS Anwar orang tak sebut.
Pokoknya, kaum pembenci DS Anwar ini akan kait apa sahaja yang tak elok kepada DS Anwar. Yang elok bukan sebab DS Anwar.
Tapi pembenci DS Anwar ni taknak pula masuk Muda atau Pejuang atau Warisan yang jelas tolak DS Anwar sebagai ketua.
Mereka tetap nak kekal dalam PH. Kenapa? Supaya mereka boleh gegarkan PH dari dalam. Itu sahaja tujuan mereka.
Kalau anda terpedaya dan terikut cara mereka, maka anda juga bertanggungjawab menggoncang kestabilan PH. Guane boh?


Pegawai ADUN disasat polis selepas dua tahun

 






Pegawai Khas Ahli Dewan Negeri Sentosa, Klang, Danish Hairudin semalam dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bersama isterinya untuk diambil keterangan berhubung kes dua tahun lalu.


Menurut Danish, kes tersebut sebelum ini tidak dilanjutkan dan barang kes telah dikembalikan kepada beliau.


"Saya dan isteri dipanggil memberi keterangan berhubung satu kes tangkapan layar melibatkan insiden Langkah Sheraton kira-kira dua tahun lalu.


"Untuk makluman, sebelum ini saya telah dipanggil kali pertama pada 2020. Pada Mei tahun lepas pihak polis memanggil saya semula ke IPD untuk mengambil keterangan, selepas itu barang kes telah dipulangkan pada Mei 2021.


"Saya dan isteri bersama peguam telah memberi kerjasama penuh sepanjang keterangan diambil. Keterangan hari ini diambil bagi melengkapkan siasatan kes yang dibuka 2 tahun lalu," katanya.


Bagaimanapun beliau mempersoalkan adakah sisatan tersebut suatu bentuk intimidasi kerana kes yang telah berlarutan begitu lama ditimbulkan kembali.


"Menjadi persoalan kenapa sekarang dipanggil semula setelah 2 tahun?


"Saya yakin dan percaya kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan dan ditutup.


"Intimidasi politik ini saya lihat selepas saya bersama rakan-rakan lain membuat khidmat bakti kepada rakyat selangor dan di Malaysia. Pihak polis juga memberi kerjasama yang baik sepanjang proses keterangan diambil," katanya.


Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas bantuan Setiauasaha Politiknya, Farhan Fauzi dan rakan rakan lain yang turut membantu.


PRN Johor: SPR perlu lebIh efektif tingkat peratusan keluar mengundi - Farhash

 


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak lebih efektif melaksanakan kempen galakan agar rakyat keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador, SPR perlu meningkatkan peratusan keluar mengundi yang hanya sekitar 60% dalam PRN Melaka dan Sarawak sebelum ini.


"SPR perlu bertanggungjawab meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengundi, serta memberi jaminan terhadap keselamatan mereka mengharungi penularan wabak Covid-19.


"Begitu juga peranan media arus perdana pada PRN Johor kali ini wajar diberi perhatian, kerana ia melibatkan pengundi muda baharu yang terdiri daripada mereka berumur 18 hingga 21 tahun yang lebih mesra terhadap teknologi terkini," kata Farhash .


Beliau juga menggesa SPR memainkan peranan dalam memudahkan proses pendaftarandan pengundian undi pos serta memberi ruang sewajarnya kepada semua calon untuk menyantuni masyarakat setempat.


Katanya, suruhanjaya itu perlu meneliti Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang dibincangkan melibatkan semua pihak terlibat termasuk parti pembangkang dalam masa terdekat.


"Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi jaminan PRN Johor akan berjalan seperti biasa biarpun peningkatan jangkitan gelombang Omicron, namun ianya masih dalam keadaan terkawal dan tidak menunjukkan kesan yang teruk jika dibandingkan dengan varian Delta berdasarkan kajian.


"Walaupun Profesor Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia mengatakan SOP pada PRN Sarawak boleh dijadikan contoh terbaik dari segi pelaksanaan kempen di peringkat lapangan, namun pada masa sama usaha untuk mendidik rakyat bagi pengambilan dos penggalak perlu diperhebatkan," katanya lagi.


Justeru, Farhash berharap tidak kontroversi mengenai SOP dua darjat yang sering diperkatakan pada PRN Johor kali ini bagi meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap amalan sistem demokrasi negara.

 

MAMPUKAH PKR BERSENDIRIAN...APA HUJAHNYA?


Apa dikata MSO itu betul dan tindakan Anwar strategi
MAMPUKAH PKR BERSENDIRIAN...APA HUJAHNYA?
Ramai yg memberi ulasan negatif artikel MSO Mohd Sayuti Omar II penganalisis politik veteran ini yg menerima tempias kecaman apabila bersetuju dgn tindakan DS Anwar menerima kunjungan rundingan dari Presiden MUDA.
Di wall saya juga pelbagai kritikan negatif dan ada juga sampai mencela DS Anwar yg kononnya seperti mudah dicucuk hidung. Saya tersenyum... ada yg saya bersetuju dgn hujah tertentu sahabat2 dan ada yg saya melihat sesetengahnya terlalu emosi tanpa memperhalusi tindakan DS Anwar.
Saya tersenyum sb sudah biasa bertemu pelbagai ragam peminat atau ahli politik. Samada dari parti lawan atau parti rakan mahupun parti sendiri yg hadir dari pengikut pelbagai kabilah saban malam di KL lalu.
Kadang2 saya melihat ada yg mahu parti mendengar katanya sahaja. Tak ikut katanya habis dimaki tak kiralah Presiden sekalipun. 'Gugurkan team kartel, singkirkan punasihat Anwar, kalau anak jantan kenapa merajuk' dan bermacam mcm lagi mereka kecam Anwar kerana tidak mengikut citarasa masing2.
Tak cukup dgn itu dipaksanya PKR tanding sendiri... dgn alasan kita ini parti multiracial. Ahli kita berjuta dan di seluruh negara. Mudah betul beri hujah begitu tanpa melihat kekuatan sebenar.
Kita jgn jadi mcm PAS di mana pewakilan Sabahnya dulu ada berucap di Muktamat PAS, berhujah PAS boleh menang bertanding semua kerusi di Sabah😀
Seteruk teruk UMNO mereka parti yg penuh strategi. UMNO itu parti yg menjadi kerajaan 60 tahun pun tak berani bertanding sendirian. Masih mahu bekerjasama dgn MCA, MIC, PAS dan parti dari Sarawak. UMNO tahu kekuatan mereka tiada di Sarawak, tiada di kawasan bandar, tiada Kelantan dan tiada di kawasan Cina.
Benar PKR parti multiracial dan keahlian 1 juta di seluruh negara. Dari 1 juta berapa ramai yg aktif, berapa ramai yg ada 2-3 keahlian parti, berapa ramai yg sudah meninggalkan parti???
Di Sabah kita mahukan berbelas kerusi tapi diberi 7 pun hanya 2 kita menang. Di Melaka dan Sarawak kita dpt telur ayam. Lalu di mana hujahnya kita kuat sendirian?
DS Anwar itu bila dia digugurkan jawatan sebagai TPM... dia segera satukan parti2 pembangkang yg tak pernah terfikir oleh PAS dan DAP. Hasil idea beliaulah kita dpt menjadi kerajaan 22 bulan sebelum dikhianati oleh Bersatu.
Kita suruh DS Anwar buang kartel... baik nanti pemilihan kalian buang undi dan bukan kerja Presiden menjadi ditaktor. Kemudian kita suruh Presiden bertanding guna bendera sendiri... ya beliau turutkan... saya rasa Presiden bukan tidak dgr suara akar umbi.
Tapi menidakkan kekuatan rakan2 komponen kita secara jujurnya kita terlalu emosi. DAP ada kekuatannya dan Amanah pun jgn kita perkecilkan mereka walaupun mereka parti kecil.
Kita di Perak sebelum bertandinh 20 DUN milik PH dlm tangan yg dtg dari DAP. Hanya perlu 9 DUN sahaja dari PKR dan Amanah itu pun kita tak mampu.
Di PRN Melaka PH menang kita ada kerusi pembangkang melalui DAP dan Amanah tetapi tidak satu pun dari PKR. Ini fakta yg kita kena terima yg kita saling memerlukan. Ya antara 3 parti ini kita dianggap 'abang besar' kerana kekuatan parti tetapi kita mungkin akn hilang byk kerusi jika bersendirian.
Jadi bila kita bergabung dgn parti2 lain tentulah ada konsensus bersama. Ya byk juga kita tidak bersetuju dgn Amanah yg dilihat keputusan mereka sentiasa bersama DAP. Tapi PKR, Amanah dan DAP saling memerlukan. Jgn kita mudah terpedaya dgn permainan Tun 'pecah dan perintah'.
DS Anwar tidak sempurna kadang2 beliau juga melakukan kesilapan sb itu fitrah manusia. Tapi percaya segalanya telah diperhalusi. DS Anwar boleh sahaja ikut emosi PKR bertanding bersendirian tapi ia hanya akn membuat UMNO berkenduri.
Mengenai MUDA benarkah mereka tiada kekuatan langsung? Kita mesti ingat di Johor ada 706 ribu undi anak muda (pengundi baru) yg mana semua parti bimbang dan tertanya tanya, siapa anak muda akan pilih.
MUDA cara mereka bekerja jgn pandang sebelah mata. Lihat waktu banjir Shah Alam. Bukan parti lain tidak turun membantu tetapi marketing strategy mereka paling berjaya hingga dilihat mereka lebih menonjol.
Andai pemimpin2 MUDA berkempen atau menghasut anak2 muda utk menolak atau membenci BN adakah ia tidak membantu? Bagi saya ia sgt membantu... yg penting mereka bersama kita memberi kesedaran pada anak muda utk tidak mendekati UMNO atau PN.
Soal tidak boleh dipercayai...kita mahu tgk resultnya. Jgn lihat org luar sahaja sdgkan wakil2 rakyat kita pun ramai yg mengkhianati parti. Dlm politik ini sukar kita nak meramalkan kesetiaan. Sdgkan isteri atau suami tidur sekatil pun belum tentu setia.
Menang atau kalah di Johor ini tidak membawa kesan ketara lanskap politik Malaysia. Byk yg kita dpt pelajari nanti mengenai hasrat rakyat terutama dari kalangan anak2 muda. Malah saya ada menulis kemenangan BN di Johor ada pronya utk PRU15 nanti ( sila rujuk artikel lepas ).
Jadi saya bersetuju dgn kenyataan MSO atau saya panggil beliau Tok Ti... berunding itu lebih baik dari bersengketa. Kita jgn ramaikan musuh.
Kita pandang sebelah mata Bersatu di Melaka. Mereka berjaya menang 2 kerusi malah beberapa kerusi lagi mereka mengatasi jumlah undi dari PH.
Dulu lagi saya dan beberapa pimpinan dlm perbualan kami setuju Bersatu pada PRU14 dahulu ada kekuatan mereka tersendiri hingga kita memenangi Johor.
Tanya saya jika ikut emosi mengenai sikap parti komponen PH ( Dap & Amanah ) serta fikirkan Syed Saddiq bekas ahli Bersatu...memang mahu saya PKR bertanding sendirian. Tapi saya ibaratkan menang sorak kampung tergadai.
Lagipun kan calon MB Johor pun dulu bekas ahli parti Bersatu yg mengkhianati kita. Tian Chua juga masih bersama kita. Jika Syed Saddiq mahu gunakan kita, kita juga gunakan dia utk menghasut anak2 muda. You use me i use you. Win win situation. Politik ini ada seninya.

 

MODUS OPERANDI PM PDF



MMMS

MOHD MUKLIS MOHD SYARIF


Ini modus operandi PM PDF semasa berkuasa, dari dulu lagi saya kata bersalah sesorang itu bergantung pada siapa yang jadi PM. Siapa sokong parti dia maka selamatlah pendakwaan, kalau melawan parti dia akan di tuduh di Mahkamah.

Yang paling pelik macam mana ada agamawan boleh bagi jaminan yang kerajaan Melayu Isle itu bebas rasuah sedangkan yang mendukung kerajaan tersebut adalah perasuah?
Hujah dia kata Din PDF tidak khianat, dia hanya isi kekosongan lepas mantan perdana menteri letak jawatan. Manusia macam ini sengaja tak nampak yang sembunyi lantikan jawatan senator, tahan dakwa mereka yang sokong Perdana Menteri, sengaja biarkan negara huru-hara dengan melantik menteri yang tak di endorse parti. Dia sama ada naif ataupun sama-sama berkongsi kebencian ghuluw yang sama.
Jatuhnya PN nanti, ( secara rasmi), kita akan lihat satu-persatu pimpinan PN termasuk lebai akan jadi kluster Mahkamah. Tapi tak tahulah kalau lebai boleh pula jilat balik; bukan mereka tak pernah buatpun, mereka bukan ada maruah.
Khianat itu adalah pilihan, ia tidak berlaku secara tiba-tiba. Tapi Allah tunjuk ibrah di hadapan kita bertapa dahsyatnya akibat dari khianat. Yang berkhianat itu hanya dapat laba sementara. Ada yang bercita-cita hendak jadi PM selamanya pun turut gagal, yang bepuluh tahun berjuang, gila nak jadi PM ingat berkhianat dapat jadi PM, kini membilang masa jadi kluster Mahkamah. Yang hanya pandai baca PDF pun bakal kena.
Paling teruk rakyat tak berdosa banyak telah terkesan dari kerajaan al-ghadr. Kematian 30,000 ribu jiwa akibat menteri yang tak kompetant, siapa yang mahu bertanggungjawab?
Moga penjamin kerajaan al-ghadr ini tidak berlepas diri di hari akhirat.




Muda tak terlibat dalam Langkah Sheraton.



Mungkin betul. Tapi bagi kami yang menyokong PH, pengkhianat bukan setakat mereka yang ikut serta dalam Langkah Syaiton itu. Pengkhianatan telah berlaku lama sebelum itu.
Semua pemimpin PPBM, sama ada yang bersama Mahiaddin atau Mahathir, adalah pengkhianat. Kerana mereka secara sengaja telah berusaha untuk khianati janji peralihan kuasa.
Saddiq mungkin tidak bersama Mahiaddin dalam Langkah Sheraton. Tapi sebelum Mahathir letak jawatan, dialah antara yang mahu Mahathir kekal dan paling biadab terhadap DS Anwar.
Keduanya, selepas PPBM tinggalkan PH, Saddiq enggan bersama PH. Itu juga satu pengkhianatan kerana dia memenangi kerusi Muar atas nama PH dengan logo Keadilan.
Atas dua sebab ini sudah jelas Saddiq bukanlah sosok yang PH boleh yakini. Ditambah hakikat yang dia mengidolakan Mahathir yang jadi punca semua kekusutan ini, nyata menolak Muda langkah
terbaik
.
Tapi rasanya PH takkan turut kehendak penyokong. DS Anwar mungkin sama tak setuju tapi dalam PH, tiada abang besar. DS Anwar akan terpaksa tunduk kepada kehendak majoriti. Guane boh?