Kerajaan Melaka tumbang: Pengumuman khas Speaker DUN dan SUK petang ini


Fareez Azman
Kerajaan Melaka tumbang: Pengumuman khas Speaker DUN dan SUK petang ini
Menurut Ab Rauf, sidang media yang dipercayai berhubung kemelut politik di negeri itu dijangka akan diadakan di Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Satu pengumuman khas dijangka akan dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka, Datuk Kamel Mohamad jam 3.00 petang ini.
Perkara itu disahkan Ab Rauf ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Sidang media yang dipercayai berhubung kemelut politik di negeri itu dijangka akan diadakan di Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh.
Astro AWANI akan membawakan perkembangan terkini sidang media itu secara langsung di semua platform sosial media dan saluran 501 Astro AWANI.
Semalam, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan mereka hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 14 kerusi dipegang BN, Bersatu (dua), DAP (tujuh), PKR (dua), Amanah (dua) dan Bebas (satu).

Ketahui Apa Itu Pandora Papers, Skandal Keuangan Para Pemimpin hingga Orang Kaya Dunia- SIRI 1

 

Liputan6.com, Jakarta Skandal Pandora Papers tengah menjadi perbincangan publik. Laporan ini mengungkap rahasia kekayaan para elit kaya, politisi hingga selebritis di lebih dari 200 negara dan wilayah. 

Lalu apa Pandora Papers itu?

Melansir laman icij.org dan BBC, Senin (4/10/2021), laporan ini menemukan para pejabat, miliarder hingga selebritis yang memanfaatkan fasilitas surga pajak dan kerahasiaan untuk membeli properti dan menyembunyikan asetnya. Bahkan dilaporkan banyak di antara mereka yang memang melakukan ini untuk menghindari pajak.

Lebih dari 330 politisi dan 130 miliarder, selebritas, penipu, pengedar narkoba, anggota keluarga kerajaan, dan pemimpin kelompok agama di seluruh dunia ada dalam laporan.

Konsorsium Jurnalis Investigasi Internasional menghabiskan lebih dari satu tahun untuk menyusun, meneliti, dan menganalisis lebih dari 11,9 juta catatan dalam Pandora Papers. Tugas itu melibatkan tiga elemen utama: jurnalis, teknologi, dan waktu.

Investigasi Pandora Papers adalah kolaborasi jurnalistik terbesar di dunia, yang melibatkan lebih dari 600 jurnalis dari 150 media di 117 negara.

Data 2,94 terabyte bocor ke ICIJ dan dibagikan media di seluruh dunia, dalam berbagai format sebagai dokumen, gambar, email, spreadsheet, dan banyak lagi.

Penyelidikan ini didasarkan pada kebocoran catatan rahasia dari 14 penyedia layanan lepas pantai yang memberikan layanan profesional kepada individu dan perusahaan kaya yang ingin menggabungkan perusahaan cangkang, perwalian, yayasan, dan entitas lain di yurisdiksi rendah atau tanpa pajak.

Entitas memungkinkan pemilik untuk menyembunyikan identitas mereka dari publik dan terkadang dari regulator.

Seringkali, penyedia membantu mereka membuka rekening bank di negara-negara dengan peraturan keuangan yang ringan.

Panas! Portal dedah Daim, Zafrul, Zahid antara disebut dalam pendedahan Pandora Papers

 


Panas! Portal dedah Daim, Zafrul, Zahid antara disebut dalam pendedahan Pandora Papers


Ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin dan beberapa ahli keluarga antara individu yang didedahkan mempunyai akaun amanah luar pesisir dalam pendedahan terkini International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) yang turut disertai portal Malaysiakini.

Malaysiakini turut menerbitkan beberapa perincian berkenaan pendedahan itu.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Daim menjelaskan yang bukan semua akaun tersebut adalah miliknya dan urusniaganya berkenaan akaun yang didedahkan adalah sah.

Tambahnya, ia adalah sebahagian daripada pengurusan hartanya kerana telah bersara daripada perniagaan.

Menurut ICIJ dan Malaysiakini, pemilikan akaun luar pesisir atau syarikat didaftarkan di luar pesisir tidak menyalahi undang-undang.

Pemilik akaun atau akaun amanah tidak wajib mengisytihar akaun ini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana semua dana dipindahkan ke luar negara seharusnya sudah dikenakan cukai.

Namun, ada beberapa insiden di mana pemilikan syarikat luar pesisir dikaitkan dengan pengelakan cukai.

Ada juga yang ingin kekalkan kerahsiaan atas sebab-sebab tersendiri.

Sementara itu, laporan Malaysiakini turut mendedahkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikaitkan dengan syarikat luar pesisir.

Namun syarikat tersebut telah ditamatkan atas pelbagai sebab.

Nama lain yang disebut di dalam laporan Malaysiakini ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.


BERANI HANG KUTUK DIA DALAM FB- DAPAT DEPA PULAIH TELOQ HANG BARU ADA AKAI. DUUDK LAGI TAK BERCAMPOR KAUM LAIN.

 Gempar! Individu buat kenyataan perkauman terhadap Kisona adalah pemimpin Bersatu


Gempar! Individu buat kenyataan perkauman terhadap Kisona adalah pemimpin Bersatu



Seorang individu yang melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pemain badminton negara, S Kisona meletak jawatan daripada parti Bersatu.

Timbalan Presidennya, Ahmad Faizal Azumu mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

“Saya dapat makluman, pemimpin itu telah menghantar surat perletakan jawatannya dalam Bersatu Bahagian Pasir Puteh.

“Dia juga telah membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka,” katanya.

Difahamkan, individu tersebut merupakan naib pengerusi Bersatu bahagian Pasir Puteh, Kelantan.

Terdahulu, individu berkenaan menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland malam tadi.

Dalam kejohanan itu, Malaysia tumpas 1-3 kepada Jepun sekali gus gagal layak ke peringkat akhir yang dijadual berlangsung hari ini.

Kenyataan itu turut mengundang kritikan daripada Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan.

“Saya kecewa dengan semua yang berlaku dan berharap semua rakyat dan pemimpin mesti berhati-hati dalam apa juga tindakan yg boleh merosakkan keharmonian keluarga Malaysia,” kata Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu.

Pemuda MIC lapor polis

Sementara itu, Pemuda MIC hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.

Setiausahanya, Andrew David berkata kenyataan seumpama itu tidak boleh dimaafkan.

“Menang dan kalah adalah sebahagian daripada permainan. Kami mengecam tindakan sedemikian perlu dipandang serius.

“Kami harap seluruh rakyat Malaysia perlu tolak pandangan tidak sihat oleh individu-individu sepertinya,” katanya.



KARTUN PUN DICURI, MELAYU ISLAM APA INI?


Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader dan Presiden SAM, Meenakshi Raman dalam hujah mereka menempelak kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang menyangkal dakwaan bahawa banjir tersebut bukanlah disebabkan oleh aktiviti pembalakan. “Seharusnya tidak ada pembukaan hutan di sini tetapi gambar dari Google menunjukkan banyak pokok telah dibersihkan dan operasi perlombongan dilakukan di kawasan sensitif terhadap alam sekitar ini.

Zahid Ego Dan Tidak Mahu Berbincang Punca Kejatuhan Melaka?


“Bolehkah SPRM memberikan penyelesaian serupa kepada semua kes rasuah dengan pembayaran balik wang sogokan yang dirampas sepertimana yang membabitkan ahli politik penyokong kerajaan?” soal Majlis PAKATAN HARAPAN. “Demi menegakkan kedaulatan undang-undang dan konsep negara hukum (rule of law), trend baharu Peguam Negara dan SPRM ini jelas melanggari prinsip bahawasanya keadilan itu bukan sahaja mesti dilakukan tetapi juga mesti disaksi dilakukan (“justice must not only be done, it must also be seen to be done”).'


ADAKAH KES PROFIL TINGGI BEBAS NORMAL BAHARU?



“Bolehkah SPRM memberikan penyelesaian serupa kepada semua kes rasuah dengan pembayaran balik wang sogokan yang dirampas sepertimana yang membabitkan ahli politik penyokong kerajaan?” soal Majlis PAKATAN HARAPAN. “Demi menegakkan kedaulatan undang-undang dan konsep negara hukum (rule of law), trend baharu Peguam Negara dan SPRM ini jelas melanggari prinsip bahawasanya keadilan itu bukan sahaja mesti dilakukan tetapi juga mesti disaksi dilakukan (“justice must not only be done, it must also be seen to be done”).'


UMNO JATUHKAN UMNO DI MELAKA. INI PETANDA BURUK ISMAIL SABRI DI PUTRAJAYA

 

Uniknya kejatuhan kerajaan Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali semalam berikutan penarikan sokongan 4 Adun ialah kerana ia merupakan kerajaan UMNO yang dijatuhkan oleh Adun UMNO sendiri.

Tidak seperti bagaimana kerajaan lain dijatuhkan, misalnya Ahmad Faizal Azumu atau Peja sebagai Menteri Besar Perak dan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri, semuanya digerakkan oleh UMNO bagi tujuan merampas kerusi ketua kerajaan yang dipegang oleh Bersatu.

Sebaliknya di Melaka ini, daripada 4 Adun yang menarik sokongan itu, dua darpadanya adalah wakil rakyat UMNO.

Yang mengetuai gerakan menjatuhkan kerajaan itu iaitu Idris Haron adalah Adun dan pemimpin UMNO serta bekas Ketua Menteri daripada UMNO sebelum ini.

Ringkasnya, kejatuhan kerajaan UMNO Melaka ini digerakkan dan diketuai oleh pemimpin UMNO sendiri.

Tentulah ada sebab-sebab yang kukuh, rasa tak puas hati terlalu mendalam, kecewa merobek jiwa, marah membara dan seumpamanya yang mendorong mereka berbuat demikian itu.

Sudahlah kalah dan ditolak pengundi pada 2018 lalu, kemudian dapat kuasa melalui pintu belakang tanpa menang undi, akhirnya kuasa yang ada pula dirobek geng sendiri.

Melihat semua ini, di sebalik ramai di antara kita tidak setuju dengan pengkhianatan dan tikam belakang, pengajaran daripada apa yang berlaku ini tidak harus begitu saja diketepikan.

Bila ada sesuatu yang tidak kena dan tuntutan tidak dipedulikan, jalan singkatnya tidak lain ialah menjatuhkan, walaupun terhadap rakan sendiri.

Situasi yang berlaku di Melaka ini, mahu tidak mahu harus diambil iktibar sewajarnya oleh Ismail Sabri Yaakob yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini.

Beliau tidak harus rasa selesa dan cuai terhadap persekitaran di sekelilingnya.

Situasi yang berlaku di Melaka di mana Ketua Menterinya dijatuhkan ini tidak banyak bezanya dengan suasana keberadaan Ismail Sabri di Putrajaya sekarang.

Mereka yang menekan, menuntut itu ini dan meminta macam-macam daripadanya tidak mustahil bila-bila masa boleh bertukar menjadi kecewa serta marah apabila apa yang diminta tidak dipenuhi.

Meski ada MOU dengan PH yang merupakan blok pembangkang utama sebagai sandaran untuk menjadikan kedudukannya lebih selesa, tetapi dengan rakan sendiri dalam UMNO atau kerajaan tiada apa-apa perjanjian bertulis yang dmetrai dengan mereka.

Yang boleh diberi jawatan, kedudukan, habuan dan pelbagai ganjaran mungkin ada yang terikat sementara untuk menyokongnya selagi nafsu mereka tidak menjadi lebih besar daripada keperluan duniawi, namun bagaimana dengan yang lain-lain?

Apakah selamanya mereka mahu Ismail Sabri jadi Perdana Menteri?

Dikelilingi pengkhianat dan mereka yang biasa berkomplot dan saling jatuh-menjatuhkan, sikap berhati-hati Ismail Sabri haruslah lebih tinggi, terutama kepada sesama sendiri.

Jika tidak, sejarah di Melaka bila-bila masa akan menjalar ke Putrajaya. 

 ShahbudinHusin 05/10/2021.


PIRATE OF CARRY-BN



 Zunar: Terbongkar! PANDORA PAPERS menemui khazanah berharga!

Zunar: More @ www.zunar.my


PUNYA NAK SELAMATKAN KERAJAAN MELAKA SAMPAI ERROR 404 AKHIRNYA- HABIS LA JAWATAN DAN HABUAN GAMAKNYA....KAH..KAH....

HAMZAH RIE NA

 "Ura-ura kerajaan Negeri Melaka akan tumbang adalah tidak benar malah kerajaan ini masih teguh dan utuh." - Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek

Sejam sebelum teguh, sejam kemudian runtuh.
Lepas tu tiba² server berita ini dah jadi ERROR 404.. Kah355..
SR
May be an image of 2 people and text

PANDORA PAPERS

 KENYATAAN MEDIA

4 Oktober 2021
Mengambil maklum pendedahan Pandora Papers awal pagi tadi, saya telah menghantar suatu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara.
Saya percaya perkara ini juga adalah berkenaan kepentingan orang ramai kerana ia turut menyebut nama-nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang.
Saya mohon usul ini dipertimbang dan dilulus untuk dibahaskan.
ANWAR IBRAHIM

66 kali cabutan judi, Mahfuz terkejut pemimpin Pas boleh setuju

 


Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mempersoalkan sikap Pas dalam Kabinet di Putrajaya yang dilihat bersetuju dengan keputusan Kementerian Kewangan meluluskan permohonan daripada semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun ini.

Menurutnya, sikap Pas itu amat mengejutkan selepas kerajaan pada masa ini menambahkan lagi pendapatan negara daripada hasil ‘cukai dosa’ kemudian melakukan perkara kebajikan.

“Seolah-olah buat dosa dulu kemudian cuci dosa dengan kebajikan. Menteri Agama kena jawab, adakah ini satu ajaran baru iaitu buat dosa kemudian cuci dosa dengan bantuan-bantuan kebajikan.

“22 kali cabutan ini kepada setiap syarikat judi. Di Semenanjung ada tiga syarikat, SportToto, Damacai dan Magnum.

“Maksudnya ada 66 kali cabutan di Semenanjung. Itu tidak termasuk lagi syarikat-syarikat di Sabah dan Sarawak.

“Jumlah cabutan khas ini lebih daripada 22 kali dan saya cukup terkejut apabila pemimpin-pemimpin Pas yang berada dalam Kabinet boleh bersetuju dengan pengumuman Menteri Kewangan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 20 September lalu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya telah meluluskan permohonan daripada semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun ini.

Untuk rekod, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019 berbanding 22 kali pada 2018 yang ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan PH seterusnya mengurangkan lagi kekerapan cabutan khas pada 2020 kepada lapan kali sahaja setahun.

Walau bagaimanapun, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah meningkatkan kembali kekerapan cabutan khas kepada 22 kali pada tahun ini.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden AMANAH berkata, sikap pemimpin Pas berhubung pertambahan cabutan khas judi itu sangat memalukan.

“Mungkin ini anjakan pradigma mimbar khutbah Jumaat masjid Rusila, Marang kepada Putrajaya.

“Ini sangat mengecewakan. Saya harap pihak kerajaan menurunkan cabutan judi atau hapuskan terus,” kata Mahfuz lagi.

‘Bukan kerana MoU tapi 115 MP yang sokong PM puas dengan sogokon’

 



Khalid Samad (PH-Shah Alam) menegaskan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri tidak dicabar kerana 115 sokongan Ahli Parlimen puas dengan sogokan yang diberi.

Menurutnya, kestabilan yang dimaksudkan Ismail itu bukan kerana memorandum persefahaman (MoU) yang ditandangani antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) pada bulan lalu seperti didakwa Naib Presiden Umno tersebut.

“Baru-baru ini Perdana Menteri menyatakan politik stabil adalah atas sebab MoU.

“Saya melihat kenyataan itu berniat jahat dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat kerana sebenarnya kestabilan yang dimaksudkan iaitu kedudukannya tidak dicabar bukan atas sebab MoU tetapi atas sebab 115 MP yang menyokongnya buat masa ini puas dengan sogokan yang diberi,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Oleh sebab itu, Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, Ahli Parlimen terbabit tidak berpecah dan menarik sokongan mereka daripada Ismail.

“Seperti dunia tahu, sokongan 115 Ahli Parlimen adalah atas dasar jawatan-jawatan yang ditawarkan.

“Itulah sebabnya mengapa Kabinet merupakan Kabinet XXXL. Ada banyak juga jawatan yang diberi setaraf menteri termasuk Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang diserahkan kembali kepada Pagoh walaupun Pagoh telah pernah diisytihar sebagai gagal oleh Umno-BN,” katanya.

Mengulas lanjut MoU Tranformasi dan Kestabilan Politik yang merangkumi enam perkara itu, Khalid menyifatkan wakil rakyat PH lebih berintegriti.

“MoU ini adalah kerana PH tidak boleh dibeli dengan tawaran jawatan atau pun sogokan. Kita boleh adakan kerjasama atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama.

“Kesatuan yang kelihatan wujud adalah atas sebab kita telah menggariskan beberapa dasar yang kita anggap amat penting untuk negara kita supaya matlamat-matlamat yang terkandung di dalam RMK-12 dan RMK sebelum itu Insya-Allah dapat dicapai,” kata Khalid lagi.

MENCURI LAGI KAH ?

 

Ikan senohong gelama ikan duri,

Cakap bohong lama-lama mencuri…
Makan sharkfins sama ikan salmon,
SPIN punya SPIN lama-lama menyamun…

KENA TANG DIA-PILIHANRAYA

 


LIYANA MARZUKI


Dari Sabah ke Melaka.

Bila kena tang dia, majoriti takde, patut bubar!
Bila kena tang orang, majoriti takde, tak boleh bubar!
Hipokrasi level tertinggi.
Lepas pilihanraya, kalau kes Covid naik, depa akan kata bukan salah Geng Kayangan.
Semua salah Rakyat. Hangpa yang tak ikut SOP. Jangan banyak bunyi.
Nyawa dan hidup kita bergantung pada mereka2 ini , kerana tamakkan kuasa dan nak memerintah negeri.
Yang bergaduhnya bukan MCA lawan DAP.
Tapi pemimpin Melayu Islam kita sendiri.

PENDIDIKAN TVET TAK PENUHI KEHENDAK INDUSTRI, TAMPAN BUAT KERAJAAN