Panas! Muhaimin dakwa ini Kabinet Keluarga Malaysia 69

 


Panas! Muhaimin dakwa ini Kabinet Keluarga Malaysia 69


Kini tiba waktu Pakatan Harapan (PH) fokus bersaing dalam pilihanraya umum akan datang. Tidak payah sibuk mereka-cipta angka dan mencari-cari nombor dari mulut ahli parlimen untuk mengembalikan mandat pilihanraya lepas. Antara lubang mulut atas dengan lubang shit mereka adalah sama busuk. Banyak yang hanya untuk perut dan tembolok sendiri. Berhenti mengharap.

Warganegara kita memang boleh menilai sendiri. Tidak perlu memaksa mereka dengan angka, carta atau sebarang data. Warga negara boleh berfikir, menilai dan bertindak. Rakyat perlu jadikan diri mereka sendiri sebagai ‘warganegara’. Ada beza antara menjadi rakyat dengan warga negara.

Rakyat memang perlu disuap, disuguh atau dipaksa. Konsep rakyat adalah tinggalan feudalism yang masih ada dalam pemikiran masyarakat. Konsep ‘warga egara ‘ tidak begitu. Warganegara ada tanggungjawab bernegara. Pengalaman dan pengetahuan bernegara akan menjadi kamus perbendaharaan negara. Sejarah kita sebagai warganegara masih baru.

Bukan hendak bersetuju Ismail Sabri dengan Keluarga 69 menjadi kabinetnya. Itu hak Perdana Menteri setelah mendapat perkenan Yang diPertuan Agong. Wajah dan batang tubuh kerajaan gagal Mahiadin tetap membayangi. Jangan mengharap pembangkang berhenti mengkritik kerajaan. Menjadi pembangkang berkualiti adalah keupayaan mengemukakan argument kukuh untuk kerajaan membuat penilaian pendekatan dan dasar.

Namun jika kerajaan masih tetap mempunyai telinga kuali atau buat pekak badak, pembangkang perlu berusaha memastikan menjadi sebuah kerajaan melalui pilihanraya. Ini negara demokrasi. Berhenti mengambil kuasa di tengah-tengah jalan seperti yang dilakukan oleh para pengkhianat.

Jika prestasi Ismail Sabri sama seperti Mahiadin, jangan salahkan pembangkang. Cukuplah usaha pembangkang yang bersatu nyahkan pengkhianat itu dari kerusi PM. Itu satu pencapaian politik ‘hukum karma’. Penghujung menikmati pengkhianatan adalah dikhianati teman sendiri. Rasailah nikmat kepedihan itu.

Secara peribadi, saya menaruh kepercayaan pada KJ agar beliau tidak mengulangi prestasi menteri lama yang ‘kehebatan’nya memakan tragedi manusiawi. Akan dicatat dalam sejarah tanah air. Seribu tahun akan dikenang sebagai ‘Menteri Kegagalan’.

Menteri Kesihatan ini posisi terpenting pada jangka waktu ini. Angka jangkitan yang tinggi dan kadar kematian memang menakutkan. Setiap hari bagai sebuah kapal terbang domestik terhempas ke bumi. Bukan untuk sehari dua tapi setidak-tidaknya hampir sebulan. Oh alangkah murahnya nyawa manusia.

Politik KJ untuk ‘tidak berpolitik’ semasa kekalutan kerajaan di bawah Mahiadin terumbang-ambing adalah tindakan politik yang matang. Di tengah-tengah satu pihak mendesak Mahiadin letak jawatan, satu lagi pihak menolak buntut Mahiadin untuk terus kekal.

KJ adalah harapan anak muda setelah Ketua anak muda Umno tidak dalam senarai kabinet Keluarga Malaysia 69. Potensi tokoh muda dalam parti kerajaan disisihkan bagi memastikan para pembesar tua terus mengangkang gagah di atas takhta.

Saya juga menaruh harapan pada Ustaz Idris Ahmad yang menjadi menteri agama. Kelantangan dan bisa ucapannya bakal modal berguna membangunkan Islam di Putrajaya. Inilah waktu Islam RUU 355 atau Islam tanpa RUU 355 berjaya dibentangkan di parlimen. Timbalan Ustaz Idris juga dari parti yang sama.

Dari satu sudut, ia bakal menyukarkan Amanah khususnya dari segi politik. Pas mempunyai kesempatan dan peluang terbaik untuk melaksanakan kata-katanya. Jika Ustaz Idris berjaya membawa kata-katanya dalam bentuk pelaksanaan, Amanah akan menghadapi kesukaran. Itu jika memiliki pemikiran politik jumud.

Jalan kementerian itu membawa Islam dalam sistem bernegara sudah dirintis zaman berzaman. Sumbangan Umno tidak boleh dinafikan. Begitu juga dengan Mujahid dan Zulkifli al Bakri. Dalam 22 bulan semasa Mujahid mengetuai kementerian itu adalah satu permaidani untuk menteri selepasnya termasuk Ustaz Idris sendiri.

Zulkifli al Bakri pula memperluaskan bidang tugas menteri hingga ke tangga rumah artis untuk acara tahnik dalam gelap. Untungnya beliau bukan berpolitik sangat. Beliau hanya mengikut arus kiri kanannya yang menjadi pengharung manisan.

Duduklah elok-elok di situ, Ustaz Idris. Usah dicarik-carik permaidani indah itu. Jika ada yang koyak, hanya ditampal atau dijahit. Jangan tugas menteri baru menukar perabot pejabat barunya. Teruskan mana yang baik. Tambahan Ustaz Idris dengan Mujahid berasal dari perut yang sama. Semua ahlul sunnah wal jamaah. Bukannya Syiah.

Di sini juga kita (semua rakyat dan orang luar) akan melihat bagaimana menterjemahkan Islam dalam kitab dengan Islam dalam kehidupan. Umno, Amanah, Pas dan bukan orang politik mempunyai pengalaman meneraju kementerian yang menguruskan hal ehwal agama Islam.

Abdul Hamid Zainal Abidin, Abdulah Muhamad Zin, Mashita Ibrahim, Jamil Khir adalah antara tokoh bukan politik diangkat menjadi Menteri Agama oleh Umno. Kemudian mereka menjadi ahli politik bagi memastikan kelangsungan survival masing-masing.

Gabungan pengalaman dari tokoh akademik hingga arator hebat seperti Ustaz Idris menerajui jawatan ini akan memperkayakan pengalaman dan pengetahuan dalam menegakkan Islam sebagai ‘ad din wa daulah’. Ini adalah teras dalam membangun negara yang pelbagai kaum dan agama.

Menteri-menteri lain hanya terus mengekalkan kekecewaan lama. Apa diharap sangat prestasi mereka akan berubah dalam kerapuhan kerajaan yang ada. Situasi politik yang ada adalah satu proses mematangkan negara, pemimpin dan juga warganegara untuk lebih bersedia membentuk sebuah negara yang maju dan dinamik. Mungkin kita akan lalui kegagalan lebih teruk lagi dan krisis politik yang lebih kritikal. Itu adalah duri ranjau yang akan dilalui dalam membina makna bernegara.

Ini semua mematangkan kita dalam mengukur baju dengan badan sendiri. Negara ini bukan terbina sedekad atau sekurun lalu. Negara ini adalah warisan sejarah zaman berzaman. Negara ini bukan milik peribadi, parti atau kelompok sendiri. Negara adalah bayangan turun temurun kita semua.

Selamat bertugas KJ dan Ustaz Idris. Kerja saya adalah tetap menulis, mencatat sejarah bernegara untuk dibaca seribu tahun lagi!

MENTERI AGAMA DAH BERCAKAP. KITA LIHAT TINDAKAN DIA..TAKAT CAKAP KAMI HARI HARI HENTAM......HENTAM YANG CAKAP SAJA...

 Arak malapetaka, kerajaan mesti tegas! Kata menteri agama



Arak malapetaka, kerajaan mesti tegas! Kata menteri agama



Sudah sekian lama akibat buruk berpunca dari arak sekadar menjadi kajian dan wacana di Malaysia. Lebih malang, di negara ini premis pengeluaran dan penjualan arak bukan sahaja bertambah dan berada di mercu atau lokasi utama negara, malah Malaysia mencatat import arak yang tidak sedikit. Bahkan selama ini, hasil arak juga antara mengisi kantung pendapatan negara yang kemudian mengalir pula kepada ramai pihak.

Sebagaimana peringatan agama, keadaan tersebut sudah cukup menjadi ukuran kepada mengundangnya malapetaka. Lebih patut dikecewakan, apabila rakyat Malaysia adalah antara pengguna tinggi arak. Menunjukkan ia sudah membarah menjadi sebahagian budaya masyarakat. Kerana itu tidak pelik ada yang mahu berpesta atau berparti dengan arak sebagaimana penganjuran dan promosi beberapa tahun kebelakangan ini.

Sedangkan laporan dan rekod mencatatkan isu arak tidak hanya soal gangguan atas keharmonian; antaranya pergaduhan dan porak-peranda rumahtangga. Tetapi mutakhir ini menjadi ancaman dan gugatan ke atas keselamatan di mana banyak nyawa tidak berdosa menjadi mangsa korban. Kes kematian akibat daripada pemandu mabuk merekodkan hampir 25 peratus dari punca kemalangan jalan raya.

Oleh itu telah sampai masanya rombakan bersepadu diadakan demi memelihara kepentingan rakyat. Ianya memerlukan ketegasan dan iltizam politik daripada kerajaan. Pindaan mesti dibuat kepada beberapa akta melibatkan pelesenan, pengangkutan, pengeluaran, penjualan, pengimportan dan lain-lain akta yang berkaitan. Ketika sama, rakyat dididik terhadap bahana dan tidak berfaedahnya arak kepada manusia.

Semua perubahan yang dibuat akan membolehkan arak ditentukan sebagai minuman khusus dengan ketetapan-ketetapan terhad untuk mengambil atau memperdagangkannya. Ia tidak harus lagi sewenang-wenangnya berada di pasaran terbuka yang masih terdedah untuk didapati secara tidak mematuhi peraturan ditetapkan. Atau mengulangi sebab dan akibat buruk dari pengambilannya.

Malaysia dengan bermajoritikan penduduk beragama Islam harus dipisahkan dari imej arak yang menjadi antara wajahnya selama ini. Banyak negara di dunia telahpun mengambil langkah lebih wajar dalam menangani dan menghad penggunaan arak. Malaysia seharusnya menjadi lebih baik, bahkan contoh kepada semua pihak dalam isu ini.

PAS menyeru kerajaan negeri-negeri juga mengambil langkah awal sebelum pindaan lebih besar berlaku di peringkat Persekutuan dengan mencontohi Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu. Iaitu menghadkan arak menerusi kawalan dan pengecilan ke atas jumlah premis yang dibenarkan menjual item tersebut. Kerana fiqh Islam mengajar, membuang keburukan lebih utama dari mencari kebaikan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS


KALAU DAH BLOOMBERG CAKAP BEGINI, AGAK AGAK PELABUR NAK MASUK MELABURKAH ?

 

HAMZAH RIE NA


Tak malukah mereka satu dunia memerhati dan rakyat menilai. Pru 15 mereka kita hukum, serta jangan lupa berdoa selalu moga para pengkhianat dan penindas rakyat agar Allah membalas dgn hukuman yg setimpal kerana mengkhianati Kita semua!

#kerajaankitarsemula



May be a cartoon of text

 

KEPERCAYAAN PENUH DARI PAS


malaysiakini.com
PAS beri kepercayaan penuh barisan jemaah menteri baru
Parti itu kekal memegang tiga portfolio walau terdapat pertukaran pemimpin dan kementerian.


PAS beri kepercayaan penuh barisan jemaah menteri baru



BOB KELANANG


PAS ni kadang-kadang kita nak ketawa besar dengan sikap dan tingkahlaku depa... NAIF xtentu hala satu hal... jenis percaya DAN walaq bulat-bulat pun satu hal...

KOH KOH KOH... pening

Ni Abdul Hadi Awang kata PAS berikan kepercayaan penuh atas jawatan dalam Kabinet...

Wei... itu jawatan perangkap buat PAS la... Menteri dan Timbalan Menteri Agama semua dibagi kat PAS... maka apa yang kita boleh nampak ka situ?? Kita boleh nampak itu satu cara nak perangkap... nak dajai... nak perkena dan nak jahanamkan PAS...

UMNO tau... kalau bagi jawatan ni kat PAS... dan kalau PAS tak dapat nak selesaikan apa yang PAS selalu cakap dan sembang sana sini tu... PAS akan mampos dengan sendirinya... hahaha... tambah lagi sekarang ni UMNO boleh dajaikan PAS dengan pemuda PAS push PAS untuk RUU355...

KOH KOH KOH...

Mau terkojol PAS kalau xdapat nak laksanakan... atau sekurang-kurangnya naikkan usul RUU355 dalam penggal Parlimen yang terhampir ni... so... amacam?? Masih lagi naif??

KOH KOH KOH... mampoih la ini macam...

#KerajaanRecycle #KerajaanGagal #Kerajaan69

 

UCAPAN UNTUK DIRI SENDIRI LEBIH AFDAL

 

Dalam Islam, kalau tiada sesiapa yang nak memuji kita atau ucap tahniah

 kat kita, maka wajarlah kita ucapkan tahniah kepada diri kita sendiri.

 Hehe....


May be an image of 1 person and text that says "Û Tatantat YB DR.NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN HJ. SALLEH Di atas pelantikan sebagai TIMBALAN MENTERI II PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN Ikhlas Daripada SELURUH PEGAWAI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT AHLI PARLIMEN PASIR PUTEH dr.nik_zawawi Ustaz Zawawi Bin Salleh @nikzawawisalleh"



SEKARANG WALAUN WALAUN NAK LIHAT KAMU LAKSANAKAN

 

Sekarang kamu kerajaan, kamu menteri agama. Kuasa di tangan kamu. Rakyat, terutamanya walaun-walaun Pas mahu lihat kamu tegas atau tidak? Jangan beri jawapan macam ustaz tuan berahim pendek,

" Dulu kita pembangkang, memang senang kritik sebab bukan kita yang buat, sekarang kita pemerintah, bukan senang nak buat".


w.faudzin

 May be an image of 1 person and text that says "Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat 26 Mei 2020 Malapetaka Arak, Kerajaan Mesti Tegas Sudah sekian lama akibat buruk berpunca dari arak sekadar menjadi kajian dan wacana di Malaysia. Lebih malang, di negara ini premis pengeluaran dan penjualan arak bukan sahaja bertambah dan berada di mercu atau lokasi utama negara, malah Malaysia mencatat import arak yang tidak sedikit. Bahkan selama ini, hasil arakjuga antara mengisi kantung pendapatan negara yang kemudian mengalir pula kepada ramai pihak. t"

TEAM PAK JAHID & TOK MAT MULA PANIK


Saya ulas kelmarin bila Mail umum Kabinet beliau... PH biasa-biasa je sebab itu bukan kerajaan kita. Cuma kita terkejut Kabinet baru seperti ganti tong sampah baru sahaja. Yang panik Presiden dan Timbalan Presiden UMNO serta Ketua Pemudanya. Bukan sahaja panik tapi rasa seperti hilang maruah.

Hari ini Pak Jahid dan Tok Mat telah dapat menghidu bahawa lantikan Menteri tersebut adalah untuk persiapan Mail merampas jawatan Presiden UMNO dan KJ atau Hishamuddin akan merampas kerusi Timbalan Presiden dari Tok Mat.

Jadi mereka akan kekalkan usaha sama kerajaan PN iaitu Bersatu, UMNO dan PAS. Ini kerana perancangan UMNO team Zahid bila UMNO mempunyai kuasa PM, percaturan mereka membunuh Bersatu dan pulihkan kembali Muafakat Nasional. Tapi bila melihat kabinet Pak Mail, jelas ia ada perancangan yang lebih besar dan berniat untuk berselingkuh dengan Bersatu pada PRU 15 nanti.

Norman Radzuan

 

Surau di Kelantan dirobohkan walaun diam. Kalaulah Dap yang robohkan, ru...

SERAHKAN AMANAH KEPADA PAKAR DALAM BIDANGNYA



"Pada zaman silam ulama mentafsirkan apabila sesuatu bencana diturunkan, menandakan kemurkaan Ilahi terhadap perbuatan dosa dan kezaliman manusia. "Oleh itu, di samping usaha begitu gigih yang diterokai untuk mencari formula mengatasi wabak, manusia wajib meneguhkan iman, menerima sesuatu bencana sebagai qadar yang telah ditentukan Ilahi dan berusaha mencari rahsia yang terkandung di sebalik bencana yang diturunkan," titah baginda.


PANAS!! KEABSAHAN SOKONGAN PM-9 WAJAR DISAHKAN DI PARLIMEN?

*UMNO DAN REFORMASI.*



1.UMNO dalam mesyuarat MKT pertama setelah mendapat kembali jawatan PM mengeluar kenyataan mahu menjadi PELOPOR REFORMASI INSTITUSI. 


2.Saya masuk dan keluar UMNO 2 kali.Kali pertama dipecat.Kali kedua keluar atas keputusan sendiri. 


3.Kedua-dua kali saya masuk atas dorongan dan semangat melakukan islah, reformasi. 


4.Kali pertama saya sertai UMNO didorong atas kesungguhan Dato Seri Anwar Ibrahim mahu lakukan reformasi.Semasa menjadi pemangku PM pada tahun 1997 beliau melakukan reformasi atas Akta BPR yang mengancam kepentingan elit rasuah.Setahun selepas itu beliau dipecat. 


5.Kali kedua saya sertai UMNO didorong rencana Tun Abdullah Badawi, PM ketika itu yang mengajak saya membantu beliau membuat penggubalan besar Akta BPR kepada Akta SPRM pada tahun 2008.Setahun selepas itu dia didesak meletakkan jawatan PM. 


6.Saya sendiri tinggalkan kerajaan dan keluar daripada UMNO apabila kes 1MDB mula muncul,meletakkan jawatan dan melakukan saman sivil terhadap seluruh Ahli Lembaga 1MDB. 


7.*Pokoknya, tiada ruang buat reformasi dalam UMNO.Makanya, kenyataan kelmarin UMNO mahu lakukan reformasi institusi adalah kosong dan tidak punya makna apa2.Sekadar MUSLIHAT politik dengan menggunakan perkataan reformasi DEMI KUASA.Bukan DEMI REFORMASI.* 


8.Berhati-hati lah.Baru 3-4 tahun lalu landasan reformasi dipergunakan oleh musuh no1 reformasi sejak 1998 hanya sekadar MUSLIHAT. DEMI KUASA.Bukan DEMI REFORMASI.


MOHAMAD EZAM MOHD NOR 


28 Ogos 2021, 19 Muharam 1443H


DAH BAYAR BIL KA BELUM..JANGAN MINTA SEDEKAH LAGI ..GUNALAH DUIT YURAN PELAJAR DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN BUKAN UNTUK OERIBADI.

 

Aku juga berharap sangat agar lebai gatal penjual agama sekor ni tidak lagi minta sedekah atau derma dari rakyat untuk bayar bil letrik madrasah dia.  Semoga Allah buka hati dia agar dia gunakan duit-duit yuran pelajar madrasahnya dengan baik dan jangan culas bayar bil.....semak la kau.







DSIS Tertekan Menguruskan Kabinetnya Sendiri? Makcik Gemuk Masih Berkuasa?

PM REMOTE CONTROL? MEREKA NAK APA SAJA TEKAN BUTANG PASTI DAPAT/UNTUNG 1...

KONSEP KELUARGA MALAYSIA TIRU PERJUANGAN ANWAR

 

Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri Ahad lalu, Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan frasa Keluarga Malaysia sebagai pendekatan baru untuk kerajaan yang dipimpinnya.

Beliau berkata, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana baginya, keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

“Saya menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif.

“Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

“Kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan tetap mengikat mereka semua,” demikian antara ucapannya dalam perutusan tersebut.

Dalam pemahaman yang lebih mudah, Ismail Sabri mahu menggunakan konsep Keluarga Malaysia dalam kerajaan yang dipimpinnya dengan tidak mengenepikan mana-mana kaum sekali pun.

Sebaik beliau mengungkapkan pendekatan tersebut, ramai pihak dalam UMNO menyifatkan Ismail Sabri meniru konsep 1 Malaysia yang digunakan Najib Razak sebelum ini.

Kata mereka, Keluarga Malaysia dengan 1 Malaysia tiada beza apa pun, cuma sebutannya saja yang berbeza.

Konsep Keluarga Malaysia yang cuba diperkenalkan Ismail Sabri semakin diperkatakan apabila beliau kemudian menjemput Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng datang ke pejabatnya pada Selasa lalu, selain sebelum itu menawarkan pembangkang untuk bersama dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Menangani Covid19.

Seolah-olah dengan konsep Keluarga Malaysia oleh Ismail Sabri itu, kerajaan yang dipimpinnya adalah sebuah keluarga besar yang menjadikan ketetapan No Anwar No DAP yang menjadi pegangan UMNO selama ini telah bertukar menjadi Yes Anwar Yes DAP.

Semalam pula, dalam mesyuarat MT UMNO yang pertama kali dihadiri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri, nama Keluarga Malaysia telah dipersetujui sebagai nama baru bagi kerajaan untuk menggantikan Perikatan Nasional atau PN.

Kata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menukar nama kerajaan daripada PN kepada Keluarga Malaysia adalah antara panduan yang diberikan UMNO kepada Ismail Sabri selaku Naib Presiden parti itu bagi mengemudi negara ini.

Ia juga, tegas Zahid Hamidi, telah dipersetujui oleh Ismail Sabri di mana selepas ini tiada lagi penggunaan nama PN dalam kerajaan yang dipimpinnya.

“Kerajaan selepas ini akan menggunakan jenama ‘Keluarga Malaysia’ dan Kerajaan Malaysia serta tidak lagi menggunakan nama kerajaan PN memandangkan kerajaan ini merupakan kerjasama politik longgar antara BN (UMNO, MCA, MIC dan PBRS), PN (PPBM, PAS dan STAR), GPS dan PBS,” katanya lagi.

Jadi, apa sebenarnya Keluarga Malaysia ini?

Jika kita perhatikan, frasa Keluarga Malaysia ini tiada apa-apa yang menarik pun, cuma Ismail Sabri ingin menunjukkan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum dan bukan untuk orang Melayu semata-mata.

Terutama dalam kerajaan yang sedang berdepan dengan sokongan bukan Melayu yang kian menipis, meski kaum tersebut mewakili 35 peratus komposisi penduduk negara, memperlihatkan pentadbiran atau pendekatan yang mewakili semua kaum adalah sangat penting untuk menunjukkan sikap inklusif.

Sebab itu, sebaik berkuasa pada 2009 lalu, Najib terus memperkenalkan konsep 1 Malaysia dan kini Ismail Sabri pula dengan Keluarga Malaysia.

Begitu pun, jika kita teliti lebih mendalam, keinginan dan keikhlasan menjaga semua kaum di negara ini dengan konsep kekeluargaan tanpa memingkirkan mana-mana pihak telah lama diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim.

Tentu kita masih ingat, sejak puluhan tahun dulu lagi dalam kempen-kempen pilihanrayanya Anwar selalu menyebut – anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya dan anak India anak saya.

Sebenarnya apa yang disebut Anwar itulh konsep Keluarga Malaysia yang baru cuba mahu diperkenalkan oleh Ismail Sabri sekarang ini.

Malah, berbanding dengan Najib dan Ismail Sabri yang hanya menyebut 1 Malaysia dan Keluarga Malaysia setelah menjadi Perdana Menteri, Anwar telah melakukannya lebih dulu dan sebelum beroleh kuasa lagi.

Dengan itu, Anwarlah sebetulnya Bapa Keluarga Malaysia bagi negara ini. –

 ShahbudinHusin 28/08/2021.


Pas jadi Menteri Agama, RUU355 kembali bergema.Kita rakyat Malaysia lihat bagaimana menteri ini nak laksanakan.Kalau tidak..makna kata walaun kena bertubi tubi dibohong.

 Pas jadi Menteri Agama, RUU355 kembali bergema


Pas jadi Menteri Agama, RUU355 kembali bergema.Rata-rata rakyat negara ini khususnya umat Islam menaruh harapan begitu tinggi agar pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali sebagai RUU355 direalisasikan dalam kerajaan baru setelah Menteri Agama diberi kepada Pas.

Ketika Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyyuddin Hassan memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Undang-undang beliau menegaskan RUU355 bukan keutamaan dan sebab itulah RUU itu tidak dibentangkan.

Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berharap peluang kedua diberikan kepada Pas apabila naib presiden parti itu Idris Ahmad dilantik Menteri Agama ianya tidak disia-siakan

“Peluang keemasan untuk Pas bentang RUU355, ketika SUA PAS, Takiyuddin memegang jawatan Menteri JPM (Hal Ehwal Parlimen dan Undang2).

“Peluang itu telah disia-siakan PAS dengan alasan RUU355 bukan keutamaan pada masa 17 bulan itu.

“Kini, Peluang kedua PAS hadir lagi, bila Naib Presiden PAS, Idris dilantik Menteri Agama. Timbalan Menteri Agama, Marzuk dari PAS dikekalkan,” katanya.

Menurut Zaidi, pada 10 Mac 2021 Idris menegaskan Pas masih komited memperjuangkan RUU355.

“Apakah Idris akan melakukannya kali ini?

“Bila mereka bawa usul RUU355 dahulu, mereka tolak mentah-mentah hujah orang lain yang kata RUU355 bukan keutamaan.

“Bahkan mereka naik ke mimbar-mimbar masjid dan berkhutbah, membaca ayat-ayat mengenai orang munafik.

“Mereka tidak sebut nama, tapi terang dan jelas kepada siapa mereka tujukan dan maksudkan. ‘Sangat panas’ ketika itu, mereka begitu berapi-api menghukum orang yang tidak setuju dengan keutamaan mereka sebagai munafik.

“Ini bukan rekaan cerita. Ini sejarah yg benar,” tulisnya di Facebook.

Justeru katanya, Pas tidak boleh gagalm dalam memenuhi gesaan rakyat negara ini apabila peluang keemasan kali kedua yang terbuka kepada Pas.

“Jika kalian terus gagal kali ini, bertaubatlah kalian kerana menghukum orang sebagai munafik akidah suatu masa dulu.

“Jangan salahkan orang lain lagi. Jangan memunafikkan (munafik akidah) orang lain lagi. Orang lain kata bukan keutamaan, dihukum munafik akidah.

“Mereka kata bukan keutamaan, orang bertanya pun dikatakan ‘bisikan syaitan’,” katanya lagi.

Mac 2021, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata kerajaan pusat sudah bersedia untuk dibawa ke rundingan bersama negeri-negeri dan memakumkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Bil 159 telah berlangsung pada 9 hingga 11 Mac lalu.

RUU355 menjadi agenda utama Pas dalam memperkasakan Mahkamah Syariah sehingga berlakunya satu himpunan di Padang Merbok bagi mendesak kerajaan BN ketika itu melaksanakan RUU355

POOOODAH..MASA KAU JADI MENTERI UNDANG UNDANG KAU DERHAKA.....RUU355 PUN KAU LUPA ?

 

Takiyuddin kata jawatan Menteri Agama memang sesuai dengan perjuangan Pas



Takiyuddin kata jawatan Menteri Agama memang sesuai dengan perjuangan Pas

Tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang diberikan kepada Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad dalam kabinet baharu adalah tepat dan selari dengan dasar perjuangan Pas.

Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, susulan pelantikan itu Pas sedia menggunakan pengalaman ketika mentadbir Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam memperkasa syariat Islam di negara ini.

“Kami amat mengalu-alukan pelantikan ini dan Pas sedia memberikan khidmat serta memikul tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Kota Bharu berkenaan melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke-64.

Kata Takiyuddin, Pas optimis memainkan peranan penting dalam menggerakkan kementerian tersebut sekali gus untuk memperkasakan Islam di Malaysia.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Idris sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Anak jati Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang, Perak berusia 58 tahun itu diberi mandat untuk menggantikan Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Tambah Takiyuddin, secara dasarnya Pas berpuas hati dengan agihan kerusi untuk kuota menteri penuh yang diberikan kepada parti tersebut.

Katanya, Pas mahu memberikan komitmen sebaik mungkin dalam menjayakan proses pemulihan negara akibat serangan pandemik Covid-19 ketika ini.

Dalam pembentukan kabinet baharu pada Jumaat, Takiyuddin dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli manakala Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik semula sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

Lima lagi Ahli Parlimen Pas dilantik sebagai timbalan menteri iaitu Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan; Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri-Hal Ehwal Agama) dan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Turut dilantik Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia).

DAH TAK RELEVEN LAGI

 

Ramzan Ahmad


Politik suku agama suku yg amanat tu dah tak releven lagi dah ka aji ??🤭




MUSTAHIL....

 

Memang tak mustahil...takkan allah buat hukum benda yang mustahil.  Masalahnya mustahil PAS nak buat ..tu je..😁



ANWAR IBRAHIM NAK JUAL NEGARA.?



bila anwar Ibrahim tercalon sebagai pm ni, 

aku saja la nak check dia ni punya background mcm mana.. nak tau jugak apa dia punya jasa yg dia pernah buat untuk negara. kenapa org melayu benci sngt dgn dia. aku dengar dia ni kaki bontot, khadam dap. nak jual negara kat cina. mcm2 lagi. aku bkn pro Anwar  tapi just saja2 nak tahu apa yg dia dah buat untuk negara sampai org benci dia sngt ni.? meh kita tngok apa yg dia dah buat. berapa bnyak aset negara dia dah jual kat cina masa dia dalam kabinet dulu.


1. yg sekolah sekitar 70an akan jumpa buku pembelajaran nama tata rakyat.  dalam buku ni ada satu tajuk "mandi safar" org dulu2 bila masuk bulan safar dorg akan buat mandi safar(mandi tolak bala) tempat mandi safar paling top masa tu kat pandai merdeka kedah.. perbuatan ni sebenarnya syirik n khurafat takde dalam hadith, quran pun. 

oleh sebabkan aku tak pernah hidup pada zaman tu, so tanyalah mak mentua aku sebab dia cikgu. untuk dapatkan kesahihan pasai buku ni. ternyata mmg ada tajuk mandi safar dalam buku tu dulu.

insan bertanggung jawab yg padam subjek tu adalah anwar Ibrahim. dia menteri pendidikan pada masa tu yg arahkan untuk padam semua tajuk mandi safar dalam buku pembelajaran tata rakyat ni. bg aku tindakan anwar ni bkn je berjasa pada negera tapi jugak  pada agama.. ini membabitkan akidah. benda mcm ni kalo biar akan jadi amalan dalam masyarakat Melayu. 


2. Memperkasakan sistem perbankan Islam. bank islam yg wujud hari ni hasil dari idea anwar Ibrahim. dan memperkenalkan pinjaman pendidikan tanpa interest.


3. Mengislamisasi pendidikan hingga pakaian menutup aurat mula diamalkan di sekolah2 arus perdana pada era 90an ketika jadi Menteri Pendidikan dan menerapkan aspek Nilai Murni dlm tiap subjek.


4. tertubuhnya University islam antarbangsa hasil idea anwar Ibrahim


5. anwar yg angkat idea pemikir USM hingga lahirnya Amanah Ikhtiar Malaysia dan tekun. yg bnyak membantu org melayu  untuk buat pinjaman perniagaan. sampai skrg masih wujud lagi.


6. Menubuhkan Yayasan Anda, sekolah swasta utk anak2 Melayu kg pada era 70an.


7. anwar pernah dijulang Menteri Kewangan no.2 terbaik Asia.


8. Euro Money Magazine 1993 menobatkan anwar sbg Menteri Kewangan no.5 Terbaik Dunia.


9. Pada 1998 menjadi Menteri Kewangan Malaysia pertama di anugerahi ‘Asian Of The Year’ oleh majalah Asia Week.


10. Sepanjang anwar menjadi Menteri Kewangan, 5 tahun berturut2 Malaysia mencatatkan budget lebihan.


11. Mencetuskan idea SUKMA ketika sebagai menteri belia dan sukan(1983) dan pada 1986 SUKMA pertama lahir.


12. anwar yg wujudkan pasar tani untuk perniaga2 kecil.


kesemuanya masih relevan dan bermanfaat kepada rakyat sampai sekarang.. so?


......


aku sebenarnya lama dah tak aktif berpolitik2 ni. dah lama tinggal. last masa arwah tok guru nik aziz meninggal.. lepas pada tu aku mmg tak ambik tahu dah.. 


tapi itu lah politik. akan sentiasa ada dalam kehidupan kita. suka or tak kita kena hadap.

masing2 ada pendapat sendiri. 


ini pendapat pribadi aku. antara sabri dgn anwar better anwar lagi. kita dah tngok hasil kerja PN 17bulan tadbir negara. adakah kita nak angkat org yg sama tadbir negera lagi dgn sop caca marba..? kita tak pernah bg anwar peluang.. dulu dalam ph dia hanya ahli parlimen biasa. takde dalam kabinet pun.. lagi pun yg ada dalam ph dulu ada dalam pn jugak skrg so apa bezanya??


islam melarang kita menjadi taasub dan ghuluw kenapa pemimpin. yg salah tetap salah.


oklah ni last aku update pasal politik 😜


yg nak kecam sila ke ruang komen😘


ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR....NI KALAU DI PENANG BUAT..AKU RASA MAU RUNTUH KERAJAAN DAP ATAU PH..


 Masjid dengan senibina Melayu yang tidak jauh dari bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kini tinggal kenangan apabila di robohkan..






Masjid ini merupakan contoh yang baik sebelum ini dimana elemen senibina Melayu masjid Kelantan dikaji dan diterapkan sebagai binaan masjid yang baru.


*Masjid ni di robohkan kerana kawasan ni akan dijalankan kerja pembesaran Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.


(Tambahan) Hampir semua struktur binaan masjid ini menggunakan batu bata.bukan kayu.

HARAP MENTERI YANG SAMA TUNGGU DAN UMUMKAN KETIBAANNYA



 

JOM IKUTI BENGKEL LAWAN UMNO...., AKHIRNYA MAKAN TAIK UMNO JUGA

 

Dia buat bengkel lawan Umno, last-last dia masuk bengkel umno " cara- cara cuci taik dalam tong taik".  Tu la, dalam dunia jangan sombong dan mulut celupar, ustaz.  Haha....

W.faudzin




SATU DUNIA TAHU

 


‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor

 ‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor


‘First class’, ‘Legend’ : Lelaki Parodi bersuara emas dicari Sultan Johor.Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini, ramai rakyat Malaysia yang tampil menunjukkan kreativiti mereka dalam pelbagai cara.

Antara yang selalu kita lihat adalah parodi lagu dengan lirik yang dikaitkan dengan situasi sekarang. Antara yang menyerlah dan berjaya menarik menghiburkan rakyat Malaysia adalah azmannaim44mantra yang pernah viral dengan lagu raya PKP.

Terbaru Azman telah menaikkan satu lagi lagu parodi bertajuk ‘My Sejahtera Way’ dan seperti biasa lirik serta nyanyian yang bersahaja amat menarik untuk kita dengar. Apa yang paling mengejutkan, Sultan Johor turut menitahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk mencari Azman.


First class, Legend – TMJ

Perkara ini dikongsikan TMJ dalam Instagram Story yang memaklumkan telah dititah Sultan Johor untuk mencari pemilik akaun tersebut. TMJ turut memuji Azman ‘First class’ yang pastinya dapat menghiburkan TMJ dan Sultan Johor.

Menjunjung kasih Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Azman yang sedar dirinya sedang dicari Sultan Ibrahim turut memberi maklumbalas terhadap posting TMJ.

Diharapkan agar rakyat Malaysia meneruskan aktiviti seperti azmannaim44mantra kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan tekanan kita semua. Apapun, salah siapa semua ini, kau tak dapat vaksin? Haha!

Sudah gagal 17 bulan mahu buktikan apa 100 hari – Anwar

 Sudah gagal 17 bulan mahu buktikan apa 100 hari – Anwar


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas pembentukan barisan kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dilabelnya sebagai kabinet ‘kitar semula’.

Ini susulan pengumuman barisan kabinet pagi tadi yang hanya menyaksikan lima menteri dan empat timbalan menteri baru.

Selebihnya 26 menteri (tidak termasuk Ismail Sabri) dan 34 timbalan menteri sama ada dikekalkan dalam portfolio yang sama atau dirombak.

Sudah gagal 17 bulan mahu buktikan apa 100 hari - Anwar

“Negara menghadapi krisis akibat Covid-19, yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekankan rakyat terutama golongan bawahan.

“Tetapi, langkah yang diambil (oleh Ismail Sabri) hanya dikitar semula menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan, menangani masalah ini secara berkesan,” katanya secara langsung menerusi Facebook.



MOGA SAMPAI JUGA KE SUNGAI BULOH

 

Tahniah juga untuk PM Facebook Najib Razak yang serba tahu dan TPM Facebook


Acap Wajdi. Moga istiqamah mengembiri followers sampai ke Sungai Buluh.


May be an image of 2 people, including Roslin Ahmad and text that says "Tahniah kepada YB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD RAZAK Perdana Menteri FB dan DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI Timbalan Perdana Menteri FB kerana masih mengekalkan jawatan"

Mengapakah Shahidan yang tidak tinggal di Lembah Kelang dilantik Menteri Wilayah?

 


Pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan meningkatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga kota di Lembah Kelang serta sekitarnya.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya 'lebih serius' dalam memikirkan hal-hal penting seperti lantikan menteri kabinet.

Menurut beliau, Shahidan Kassim yang tidak pernah menetap di Kuala Lumpur atau kawasan Lembah Kelang dan tidak faham dengan kehendak warga di sana maka tidak seharusnya menjawat Menteri Wilayah.

"Pengumuman kabinet PM, Datuk Seri Ismail Sabri lebih kepada proses 'rombakan kabinet' dengan majoriti menteri masih mengekalkan jawatan mereka.

"Namun apa yang mengejutkan, pelantikan Datuk Seri Shahidan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Ia adalah satu keputusan yang amat janggal dan langsung tidak pernah terlintas di fikiran rakyat tempatan. Menteri Wilayah seharusnya seorang yang tinggal dan bergaul dengan masyarakat setempat setiap hari.

"Keadaan masyarakat miskin di kota raya Kuala Lumpur dikhuatiri tidak dapat diselami oleh seseorang berlatar belakang seperti beliau," katanya.

Bagi Zahir, Shahidan yang hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri Perlis yang jauh berbeza latar sosial penduduknya akan sangat sukar untuk memberikan input idea baharu kepada masyarakat kosmopolitan seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan.

Zahir mengingatkan Shahidan bahawa terdapat rencam masalah yang dihadapi populasi bandar, yang seharusnya ditangani dengan cara yang berbeza berbanding di negeri yang penduduknya majoriti tinggal di kawasan luar bandar.

"PM dalam ucapannya telah memberikan satu jaminan dalam tempoh 100 hari yang pertama, kesemua Menteri perlu membuktikan pencapaian kementerian mereka. Suka saya ingatkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, ada beberapa isu yang sepatutnya diberikan tumpuan sepenuhnya.

"Perancangan jangka pendek dan panjang harus segera dirangka untuk isu kemiskinan bandar, keciciran pembelajaran kanak-kanak B40, kehilangan pendapatan harian penjaja bandar, dan isu kehilangan pekerjaan. Dalam tempoh 100 hari, beliau sepatutnya telah merangka perancangan tindakan untuk kesemua isu di atas," katanya lagi.

Justeru, Zahir berkata, masalah di Wilayah Persekutuan memerlukan tingkat kefahaman yang rumit dari menterinya dan tekad politik untuk melakukan perubahan.

Hal itu juga, kata Zahir, memerlukan tindakan yang mencabar status quo. Namun, melihatkan kepada pencapaian politik Shahidan selama ini, dikhuatiri rakyat Wilayah Persekutuan cuma boleh mengharapkan pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Untuk rekod, Menteri Wilayah sebelum ini Annuar Musa biar pun Ahli Parlimen dari Kelantan namun memiliki rumah dan sering tinggal di Kuala Lumpur.