Tiga wakil pembangkang bakal sertai jawatankuasa bebas nasihati Agong



14.01.2021

POST BY AMIR WRLR


Tiga wakil dari pembangkang akan menyertai sebuah jawatankuasa bebas bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan tempoh pelaksanaan darurat.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara tersebut setelah menerima surat rasmi daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hasan yang menujukan perkara itu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ya, saya telah menerima panggilan daripada Takiyuddin berhubung perkara tersebut.

"Saya juga menerima surat tersebut bagi pihak ketua pembangkang," katanya dilaporkan oleh Malaysiakini.

Bagaimanapun, Saifuddin meminta Takiyuddin menjelaskan sama ada bilangan wakil pembangkang boleh ditambah.

Katanya, ini kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mempunyai 109 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya ada bertanya mengenai terma rujukan dan komposisinya.

“Ini kerana jumlah ahli parlimen kerajaan dan pembangkang sama. Bahkan dengan perkembangan mutakhir ini mungkin pembangkang yang lebih,” katanya.

Justeru, Saifuddin berkata Takiyuddin berjanji akan memberi maklum balas dalam masa terdekat.

 

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung parlimen, soalan pedas Guan Eng terhadap Azhar

 


Apa guna ada Speaker jika sokong gantung parlimen, soalan pedas Guan Eng terhadap Azhar

DAP menyifatkan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar bin Harun gagal mempertahankan kedudukan tinggi Parlimen dengan menyokong Darurat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggantung Parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan sokongan Azhar terhadap penggantungan Parlimen, menimbulkan persoalan apakah gunanya ada seorang Speaker Parlimen.

Bagi beliau, penggantungan Parlimen perlu dibatalkan untuk mendesak Kerajaan PN menawarkan langkah-langkah kewangan segera bersama PKP demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian rakyat.

Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kehilangan semua legitimasi politik dan moral untuk mewakili rakyat Malaysia sebagai Perdana Menteri berikutan penarikan sokongan tiga ahli parlimen Umno sehingga hilang majoriti parlimennya.

Katanya, Muhyiddin telah bertindak pantas dengan mengisytiharkan Darurat pada hari Selasa untuk menggantung Parlimen dan kesemua Dewan Undangan Negeri, dengan menggunakan dalih lonjakan jangkitan COVID-19.

Bagi beliau, darurat seluruh negara tidak diperlukan untuk menghentikan pilihan raya kecil, yang boleh ditunda melalui pengisytiharan darurat di kawasan berkenaan.

Bagi pilihan raya umum Parlimen atau pilihan raya negeri Sarawak, masih ada masa kerana tempoh penggal bagi Parlimen dan DUN Sarawak masing-masing berakhir pada tahun 2023 dan 5 Jun 2021.

“Ironinya, kegagalan dan salah urus Kerajaan Muhyiddin dalam isu COVID-19 telah memberi beliau peluang untuk bergantung pada perintah darurat untuk terus berkuasa dengan menggantung Parlimen,” katanya.

Bagi beliau, Perikatan Nasional (PN) telah gagal untuk mengumumkan langkah-langkah kewangan segera untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia yang disertakan bersama pengisytiharan perintah darurat membuktikan bahawa Muhyiddin tidak fokus untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian rakyat.

Katanya, kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.1% kepada 4.8% pada bulan November 2020 sebagai hasil daripada PKP bersyarat dan pemulihan yang dilaksanakan ketika itu.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kesatuan sekerja dan kumpulan majikan telah memberi amaran terhadap lebih banyak penutupan perniagaan dan pemberhentian pekerja untuk pusingan terbaru PKP dan Darurat.

Industri pelancongan yang kehilangan pendapatan RM100 bilion tahun lalu, memerlukan “sokongan hidup” kewangan segera.

“Namun, bukan sahaja tidak ada bantuan kewangan yang diberikan, malah moratorium automatik pinjaman bank yang dijanjikan (kecuali golongan Top 20), pengeluaran sendiri caruman KWSP dan kenaikan bantuan bulanan kebajikan kepada RM1,000 termasuk kepada penganggur untuk tempoh krisis COVID-19 juga masih belum dipenuhi,” katanya.

Antara pilihan nyawa dan mata pencarian, kerajaan juga masih lemah dalam pelaksanaan saringan, pengesanan dan rawatan (test, trace, treat, 3T) secara menyeluruh untuk menyelamatkan nyawa.

Walaupun Dana COVID-19 dikurangkan daripada RM38 bilion pada tahun 2020 kepada RM17 bilion, RM 17 bilion masih merupakan jumlah yang boleh digunakan untuk meningkatkan sistem penyampaian kesihatan kita berdasarkan 3T.

“Malangnya, dana tersebut nampaknya tidak dapat disediakan bagi menyokong wira barisan hadapan kita sama ada untuk mengambil lebih ramai pekerja kesihatan atau membeli vaksin,” katanya.

Pada ketika Singapura telah menerima penghantaran dan memulakan vaksinasi besar-besaran, para Menteri kita baru menandatangani kontrak untuk membeli vaksin ini, katanya.

“Kelewatan dua bulan dalam penghantaran vaksin ini bermaksud bahawa lebih banyak nyawa akan terkorban dengan sia-sia,” kata bekas Menteri Kewangan itu.

Katanya, masanya sudah tiba untuk para Menteri bangun daripada tidur dan bekerja keras untuk melakukan tugas mereka dengan betul.

“Rakyat Malaysia mahu kerajaan memberi tumpuan untuk menyelamatkan mata pencarian dan nyawa bukan pada survival politik atau jawatan politik mereka sendiri,” katanya.



Gara-gara komen di media sosial Menteri Kewangan, CEO syarikat ini ‘diserang’ cybertrooper

 


Gara-gara komen di media sosial Menteri Kewangan, CEO syarikat ini ‘diserang’ cybertrooper

Bukan sahaja bakal menerima pandangan yang berbeza daripada mereka, namun ada ketikanya mereka yang mempunyai pandangan dan pendapat sendiri ini akan menerima kecaman atau lebih teruk lagi diserang oleh netizen atau dalam sesetengah kes akan diserang oleh cybertrooper.

 Seperti yang berlaku kepada CEO sebuah syarikat ini, Sven Schneider yang mengumumkan salam perkenalannya dengan satu akaun Facebook dipercayai cybertrooper yang memberikan kata-kata makian terhadapnya.

Serangan berbentuk kata-kata makian itu difahamkan diterima beliau selepas memberikan komen di hantaran media sosial LinkedIn menteri kewangan Malaysia baru-baru ini.

Cybertrooper dalam Bahasa Malaysia adalah lasykar siber dan merujuk kepada inidividu atau kumpulan yang bekerja untuk memberikan pendapat mereka di media sosial untuk menerangkan dan juga mempertahankan sesuatu isu.

CEO berkenaan sebelum ini menjadi perhatian di media sosial selepas memberikan komen berkait pelaburan dalam negara Malaysia selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul membuat satu hantaran mengenai pencapaian dan keyakinan pelabur untuk melabur di negara ini.

Gara-gara komen yang diberikannya di hantaran berkenaan, beliau difahamkan menerima kata-kata seperti ‘celaka punya kafir’ di hantaran berbeza di Facebook.

Menyedari dia mula diserang ‘cybertrooper’ berkenaan, beliau kemudiannya berkongsikan perkara tersebut ke Twitter.

Menerusi balasan (replies) yang dibuat di akaun Twitter-nya, sebahagian besar netizen dilihat memberikan kata-kata semangan buatnya dan menjelaskan perkara berkenaan adalah sesuatu yang biasa di negara ini jika anda mempunyai perbezaan pendapat.

“Selamat datang ke Malaysia, Sven. Tempat kelahiran asal cybertroopers,” seloroh seorang netizen.

“Jika anda mempunyai cybertrooper yang mencari anda, mungkin anda sedang melakukan perkara yang betul,” tambah seorang
lagi netizen.




BANTUAN TAK ADA RAKYAT MENDERITA


 Jangan-jangan nanti lebih ramai yang mati disebabkan hilang pendapatan dan tiada wang berbanding kerana Covid19.


Dalam hal ini, apa salahnya restoran, kedai tomyam, penjual burger dll dibenar menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya hingga jam 10.00 malam.





JANGAN TERUJA SANGAT ISTIHAR DARURAT .IKUTI SULTAN NAZRIN

 


PKP untuk enam negeri

Ipohmali

Apa yang berlaku hari ini mengingatkan aku kepada kenyataan Majlis Raja Raja yang menolak Dharurat.. Biarpun kenyataan ini datang dari kenyataan rasmi Majlis Raja Raja, Disini aku melihat apa yang ditulis adalah dari kebijaksanaan yang sering kita dengar dari Titah Sultan Perak, Sultan nazrin Shah yakni Sultan yang bijak sana…

Dharurat hari ini bukan lah Mageran, Tidak sama dengan Dharurat di era kita menghadapi ancaman komunis.. tidak sama sekali.. Tetapi boleh dikatakan Dharurat Politik dan Ekonomi.. Ia akan memusatkan kuasa kepada PM yang telah hilang sokongan untuk cengkamannya keatas Politik dan Kewangan Negara tanpa perlu semak imbang Parlimen..

Tetapi sebagaimana Titah Sultan Nazrin yang bijaksana( Majlis Raja Raja).. 2 Implikasi besar yang bakal dihadapi kita bukan main main, Implikasi cukup besar kepada Ekonomi rakyat, Maknanya pandangan Sultan Nazrin Shah cukup tajam seawal oktober..

dan antara Ingatan tindakan Dharurat ini Akhirnya menjejaskan Pekerjaan dan Pengangguran yang besar nanti… 2 Perkara ini disentuh Majlis Raja Raja..Pertama Implikasi Ekonomi dan politik..

1- IMPLIKASI EKONOMI KEPADA NEGARA DAN RAKYAT

Apa kata Majlis Raja raja(Sultan Nazrin Shah) Oktober yang lalu ?

” Berpandukan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, di samping memahami keseriusan implikasi daripada permohonan tersebut terhadap imej negara, pandangan dunia antarabangsa, keyakinan para pelabur dari luar dan dalam negara serta aspek kemakmuran negara dan kehidupan rakyat jelata, baginda dengan kearifan dan bijaksana berpendirian amat penting untuk perkara tersebut dibincangkan secara bersama dengan Raja-raja Pemerintah… “

Memang benar, Tindakan Dharurat yang dibimbangi bukan Soal Politik, Tetapi Imlikasi Ekonomi.. keyakinan Pelabur, dan Akhirnya banyak Syarikat Besar akan ditutup menyebabkan Rakyat menderita kehilangan Pekerjaan…

2- IMPLIKASI POLITIK DAN SALAHGUNA KUASA..

Apalagi Titah Majlis Raja raja(Sultan Nazrin Shah) berkenaan Politik ?

” Raja-raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan dan peranan Seri Paduka Baginda untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan MEMBATASI sebarang unsur penyalahgunaan kuasa…”

Perkataan MEMBATASI itu satu satunya yang diletakkan perkataan bewarna merah, yakni sebagai Ingatan dan Amaran…

Bila Membaca Titah majlis Raja Raja pada Oktober lepas, Jelas seakan Titah Sultan Nazrin Shah di Istana Kuala Kangsar dihadapan pemimpin UMNO yang menjatuh kah MB Peja di Perak baru baru ini..

Apakah Titah Sultan Nazrin ?

“Dia (Pemimpin) Tidak Perlu menawarkan Sogokan… Atau Imbuhan.. Untuk Mendapat Sokongan.. Yang Belum Terjamin.. Berkembar dengan Kesetiaan…

Begitu Juga Dia tidak perlu melakukan Ugutan atau Ancaman.. Untuk Membina kekuatan diri.. kerana Kekuatan Yang diperoleh secara Demikian.. Teramat rapuh Sifatnya… “

3- BELAJAR DARI PENGAKHIRAN POLITIK TUN RAZAK..

Jadi bagi mereka yang kononnya akan selesa dengan tindakan Dharurat ini… Maka Ingatlah, Perancangan Allah itu mahabijaksana… Buat lah apapun rencana, Perancangan Allah itu jauh lebih baik..

Nampaknya peristiwa peristiwa yang berlaku masih belum menginsafkan Mereka.. Belajarlah dari pengakhiran Politik Tun Razak yang bijak merencana gabungan dalam Politik termasuk dgn PAS pada ketika itu, Peristiwa Dharurat dalam Mempertahankan Kuasa… Sebijakmana kamu.. Ketentuan Allah itu akhirnya yang terbaik…

وَ مَکَرُوۡا وَ مَکَرَ اللّٰہُ ؕ وَ اللّٰہُ خَیۡرُ الۡمٰکِرِیۡنَ…

” Dan mereka membuat tipu daya, maka Allah pun membalas tipu daya..Dan Allah jua sebaik-baik pembalas tipu daya.. “

Semoga Doa Almarhum Tok Guru Nik Aziz bagi perampas kuasa dimakbulkan Allah.. Amin ya Rabbal A’alamin..



TERBAIK LAH KERAJAAN MELAYU ISLE..SUARA PAS DALAM HAL INI DIMANA?

 

FAEZUDDIN PUAD

Disebalik palaksanaan PKP, ada yang kena buang kerja, perniagaan ditutup, gaji dipotong, dicutikan tanpa gaji dan bermacam lagi kesan kepada rakyat. Namun sehingga hari ini tiada apa-apa pengumuman

bantuan daripada kerajaan.



Image may contain: 1 person, text that says "YANG RAKYAT PERLU TAHU PASAL PKP 2.0 TIADA moratorium bank TIADA bakul makanan JKM TIADA diskaun bil elektrik & air IADA TIADA bantuan rangsangan majikan pemotongan gaji Menteri-menteri untuk jimatkan perbelanjaan negara TIADA bantuan khas untuk rakyat PERDANA MENTERI INI TAK ADA HATI PERUT!!"




MENTERI MANA NAK JAWAB NI?

 MENTERI BERKAITAN DIAM LAGI KAH....


Image may contain: 1 person, text that says "Hd Harakahdaily 52m ' Malaysia adalah destinasi utama kelima di kalangan ekonomi baru muncul untuk pelaburan dan perniagaan. https://rfr.bz/f1ja9pp Hyundai Asia Pasifik tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion di Indonesia Harakahdh i HARAKAHDAILY.NET Malaysia terus jadi destinasi pelaburan yang disukai Hyundai Motor Co yang memiliki ibu pejabat Asia Pasifik di Mutiara Damansara dekat Petaling Jaya dilaporkan sudah menamatkan operasi pada 31 Disember dar berpindah ke Indonesia berikutan tawaran insentif yang lebih menarik dari negara jiran itu dalam pembangunan kenderaan elektrik PANDU PANDULAJU.COM.M Hyundai Asia Pasifik Tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion Indonesia Mana"

BUKAN DAH BERGABUNG DAH KA? TU YANG NAK MELINGKUP HABIH...

 Image may contain: 2 people, glasses, text that says "From astroawani.com astro AWANI UMNO dan PAS, bergabunglah demi Islam dan Melayu- Presiden PAAK Astro Awani Januari 14, 2018 06:20 MYT Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuka lebaran baharu hubungan UMNO dan PAS menerusi kerjasama dalam isu berkaitan umat Islam dan Melayu Gambar Astro AWANI KOTA BHARU: Pertubuhan Ayahanda dan Anakanda Kebangsaan menyarankan supaya UMNO dan PAS bergabung. Langkah itu sebagai permulaan ke arah memupuk"

NGO dakwa kerajaan PN silap langkah punca lonjakan kes Covid-19

 


NGO dakwa kerajaan PN silap langkah punca lonjakan kes Covid-19

Kerajaan Perikatan Nasional perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan silap langkah yang menyebabkan peningkatan mendadak kes Covid-19 sebelum pengisytiharan darurat, kata NGO hak asasi manusia antarabangsa.

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia, Phil Robertson berkata kegagalan kerajaan Malaysia dalam soal kesihatan pekerja asing adalah antara sebab mengapa negara ini berada dalam keadaan yang begitu teruk sekarang.

“Kerajaan Malaysia melakukan kesalahan awal, anda tahu. Asalnya, kerajaan mendorong pekerja migran (supaya tampil) untuk diuji, menyedari bahawa virus itu tidak peduli jika mereka warganegara asing atau rakyat Malaysia.

“Sebaliknya, kerajaan mengubah (langkah) dan menahan pekerja migran tanpa dokumen. Dengan melakukan itu, pada dasarnya ia seakan menyuruh pekerja migran untuk lari ketika mereka melihat pegawai Malaysia datang.

“Ini pada dasarnya merosakkan kesihatan awam dengan membuat orang takut ditangkap,” katanya pada sidang media maya pelancaran laporan HRW’s World Report 2021 di Bangkok petang ini.

Robertson berkata langkah sedemikan sepatutnya dihindari di tengah-tengah wabak penyakit.

“Apa yang kita mahu adalah mengutamakan kesihatan awam.

“Saya rasa kegagalan kerajaan Malaysia, terutama berkaitan dengan kesihatan pekerja migran, adalah salah satu sebab mengapa negara ini berada dalam keadaan yang begitu teruk sekarang,” katanya.

Robertson juga ditanya adakah kerajaan Malaysia memperlakukan pekerja migran lebih baik berbanding tahun lalu ketika serbuan terhadap mereka dilakukan di tengah wabak Covid-19.

“Kami tidak melihat pembaikan yang ketara dalam hal pekerja asing daripada kerajaan Malaysia,” katanya.

Robertson berkata pengisytiharan darurat yang merangkumi penggantungan parlimen merupakan pelanggaran hak.

“Kegagalan melindungi hak pekerja migran, seakan-akan berkembang dengan pelanggaran hak yang lebih luas. Ini sangat mengecewakan,” katanya.



Dr Dzulkefly calon sesuai terajui Jawatankuasa Bebas Covid-19

 


Dr Dzulkefly calon sesuai terajui Jawatankuasa Bebas Covid-19

Pengerusi Kanun AMANAH, Dr Zulqarnain Lukman berpendapat bahawa Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad adalah individu selayaknya untuk mengetuai Jawatankuasa Bebas yang akan ditubuhkan kerajaan susulan pengisytiharan darurat sebentar tadi.

Beliau berkata, bekas Menteri Kesihatan itu mempunyai pengalaman yang lebih luas dan jaringan dengan ramai pakar kesihatan awam untuk mengemudi jawatankuasa yang akan dianggotai ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta sejumlah pakar kesihatan itu.

“Saya nampak yang selayaknya adalah mantan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Ilmu beliau juga berkaitan Covid-19 ini nampaknya sangat mantap.

“Tetapi Jawatankuasa Bebas itu nanti perlu diberikan kuasa sama seperti Kabinet supaya Jawatankuasa tersebut tidak terhalang daripada membuat apa-apa undang-undang dan supaya hanya ada satu command center,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, adalah lebih baik jika Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi amanah kepada mereka yang boleh dipercayai untuk mempengerusikan Jawatankuasa tersebut.

Untuk rekod, Dr Dzulkefly, 65, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor merupakan Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (AMANAH).

Beliau merupakan bekas pensyarah di Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang dan HUSM, Kelantan.

Dalam kemaskini terakhir di Twitter sebagai Menteri Kesihatan pada 24 Februari lalu, orang ramai menyatakan rasa sedih dan mengucapkan terima kasih kepada beliau yang telah menyumbang bakti selama 22 bulan sebagai Menteri Kesihatan.

Pada masa sama, Dr Zulqarnain berkata Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terlihat seolah-olah mengakui kegagalan Kabinetnya jika Jawatankuasa Bebas itu hanya menumpukan kepada isu Covid-19 sahaja.

Namun katanya, jika Jawatankuasa berkenaan mempunyai kuasa melampaui isu Covid-19 termasuk mengambil alih pentadbiran negara, maka ia dilihat sebagai langkah kestabilan politik sendiri.

Beliau turut menjangkakan perintah darurat yang diumumkan hanya sebagai langkah agar Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.

“Ini juga mungkin yang tersirat kerana Yang di-Pertuan Agong turut memanggil Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk menghadapnya.

“Mungkin juga kerana ada desakan Umno untuk membubarkan Parlimen menyebabkan YDPA bersetuju dengan cadangan darurat ini.

“Mungkin juga ini langkah Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sebentar tadi, kerajaan mengumumkan untuk menguatkuasakan perintah darurat sehingga 1 Ogos 2021, sekaligus menyaksikan tiada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan.

Sementara itu Zulqarnain berpendapat, sewajarnya Kabinet terus digantung sama seperti penggantungan Parlimen daripada bersidang sehingga lekuk Covid-19 dapat dilandaikan.

Tegasnya, jika Muhyiddin dan Kabinet yang ada ketika ini masih kekal, ia dikhuatiri akan menyebabkan kegagalan kestabilan politik lebih-lebih lagi apabila adanya desakan daripada Umno untuk menarik diri daripada kerajaan.

“Jika kestabilan politik tidak wujud maka kestabilan ekonomi dan kestabilan Covid-19 juga tidak akan wujud,” tambahnya lagi.


SANGGUP KE ADMIN CDS TERIMA JAWAPAN DAN FAKTA KENAPA ABAH KAU PATUT LETAK JAWATAN TAPI OT95 DULUNYA TAK PATUT TERGESA-GESA LETAK JAWATAN PM?

 

INI BUKAN NARATIF GILA TAPI SAH-SAH MEMANG HANGPA GILA...!!

A) AKU awalnya malas nak jawap tulisan DAPtuk gila AtukSAKATua a.k.a OT95 a.k.a Atuk Kau tu. Sbb si GILA 7 Undi (G7U) tu nak OPEN posting dia utk komen dari public pun tak berani. Dia syok sendiri shj dok tulis dan dpt beratus like dari pengampu2 dia termasuk budak PAN Admin CDS ni. Biasanya aku IGNORE je apa dia tulis walau kawan2 dok Whatsapp dan PM. Yg dok like tu pun bukan penyokong yg betul2 istiqomah dgn PH, pasti yg ramai ialah PNtaksub OT95 mcm si GILA 7 undi tu lah jugak. Aku terpaksa jawap juga sbb JIKA TAK DIJAWAP maka puak SETAN tu akan SPIN dan kata penyokong PH pro DSAI TIADA jawapan KUNUNnya. Podah...!!

B) Rata2 org benci pada OT95, itu JELAS. Buatlah poll mcm mana pun termasuk Admin CDS sendiri PERNAH buat poll tapi MAJORITI netizen pilih DSAI jugak. Kenapa awalnya aku malas jawap? Sbb JELAS kebodohan Admin CDS ni pi Copy Paste dan cabar org suruh jawap. Dah le benda ni SPIN yg aku anggap “FATAL ERROR” oleh si G7U, pentaksub AtukSAKATua pun share sbb tak berapa ekoq dah org menulis tu lambung AtukSAKATua, rata2 mengecam je OT95 tu.

C) Pada aku si G7U buat “Fatal Error” bila cuba buat perbandingan Apple to Apple dan GAGAL memahami PUNCA org marah pd OT95 bukan setakat sbb dia letak jawatan bila hilang Majoriti. Kalau Apple sama Apple dari Species lain pun sukar nak dibuat perbandingan inikan pula jika berlainan sama sekali. CONTOH : Mana boleh nak dibandingkan LEMBU dgn SETAN Tua?? Tentulah jauh bezanya.

D) Dalam isu Abah Kau G7U dgn Atuk Kau OT95 gesaan dan kritikan utk mereka meletak jawatan adalah berbeza atas sifat mereka diangkat dgn cara dan keabsahan yg berbeza. G7U tak payah putar akan hakikat bahawa OT95 TIDAK PATUT meletak jawatan manakala Abah Kau patut letak jawatan bila hilang MAJORITI sbb…

1) OT95 diterima menjadi PM atas dasar perbincangan dgn MP PH dan persetujuan bahawa DSAI akan menggantikannya. Jadi adalah TIDAK WAJAR utk dia membuat keputusan sendiri secara Unilateral meskipun atas alasan “Prinsip” sekalipun. Ada Abah Kau gatal pungkoq buat keputusan sorg dan letak jawatan? Takde bukan? Malah selepas permohonan dia utk pengisytiharan Darurat kali pertama ditolak, Abah Kau dikatakan ingin letak jawatan tapi khabarnya terus dipujuk oleh org kiri kanan dia. Dia akur. Kedegilan OT95 yg buat keputusan sendiri mencetuskan KEMARAHAN.

2) Sedangkan Atuk Kau (OT95) akur ke bila seorang demi seorang antaranya DSAI, Kak Wan, Mat Sabu dan LGE pujuk? Yillek..!! Atuk Kau tu KETEGAQ BIJIK mcm kau lah jugak. Malah YDPA sendiri pernah larang OT95 jangan letak jawatan dulu. Kenapa? Sbb minority government masih boleh berjalan, selagi mana PM belum letak jawatan. Kabinet masih berfungsi dan tiada undang2 yg mampu memecat PM turun melainkan 2 perkara i) disahkan oleh Parlimen sbagai hilang sokongan, ii) meletak jawatan. Atuk Kau SENGAJA pilih letak jawatan. Sbbtu org MARAH dgn kebodohan yg disengajakan oleh OT95 yg memudahkan laluan Abah Kau jadi PM. Pasal tu org MARAH dia letak jawatan.

3) Abah Kau, selepas diperkenankan oleh YDPA sepatutnya mengesahkan yg dia sememangnya ada MAJORITI di Dewan Rakyat melalui Vote of Confidence (VoC). Tapi dia gagal mengabsahkan Majoriti yg dia dakwa ada. Usul Vote of No Confidence (VoNC) pembangkang juga ditolak oleh Speaker dan Menteri Undg2 yg menjaga Parlimen lalu keabsahan PM ini TIDAK pernah disahkan. Berbeza dgn PT95, keabsahan dia ialah dia menang di PRU14 tapi BELUM disahkan Majoriti nya benar2 HILANG di Parlimen. Kenapa dia tak biarkan dulu ianya disahkan di Parlimen sebaliknya kelam kabut dia letak jawatan? Walhal dia punya pilihan utk menunggu sidang Parlimen dan disahkan hilang Majoriti. Siapa boleh menjangka sekiranya di Parlimen ada MP-MP yg masih mahu beralih sokong OT95 menggantikan yg cabut kerana tidak mahu terus jadi pembangkang? Who knows. Sekurang2nya boleh melambatkan proses kejatuhan kerajaan PH ketika itu.

4) Dengan kuasa sebagai PM dan kerajaan adalah lebih mudah bagi samada OT95 mahupun DSAI mendapatkan sokongan MP bagi menggantikan MP-MP Bersatu dan Kartel PKR Azmin yg cabut lari. Prinsip apa yg OT95 pertahankan? Bukankah dia patut PERTAHANKAN mandat rakyat itu hingga ke titisan peluh terakhir? Kenapa dia terus letak jawatan? IA ADALAH SATU KESILAPAN TAKTIKAL YG BESAR DAN FATAL, seperti disengajakan. Ini juga membuatkan org MARAH..!! Abah Kau pula TIADA MANDAT rakyat malah tidak pernah membuktikan keabsahan atau legitimacy JAWATAN PM yg dia sandang. Sbb itu, adalah WAJAR bagi DSAI MENDESAK DIA LETAK JAWATAN..!! Jangan jadi bodoh nak persoalkan pula gesaan DSAI supaya Abah Kau letak jawatan dgn kemarahan penyokong terhadap cara OT95 letak jawatan. Hgpa sedang membandingkan Lembu dgn SETAN Tua memg tak masuk akal le nak jwpan mcm bandingkan Apple dgn Apple. Berhentilah jadi TOLOL.

5) Perletakan jawatan OT95 adalah dengan kesedaran bahawa seluruh Kabinet dan Kerajaan runtuh maka kuasa diberikan kpd YDPA yg mempunyai hak utk menentukan siapa bakal PM. Bukankah itu yg pembenci-pembenci DSAI mahu iaitu YDPA diberikan wawenang utk menentukan siapa pengganti PM yg letak jawatan? Kenapa kali ini bila DSAI sarankan Abah Kau letak jawatan utk menyerahkan kpd kebijaksanaan YDPA memanggil MP yg dianggap punya sokongan MAJORITI hgpa nak marah pula? Bukankah Triple standard di situ? Jika benar OT95 itu berprinsip, dah letak jawatan dan sehingga kini dia GAGAL membuktikan dia punya Majoriti KENAPA PULA DIA TERHEGEH-HEGEH NAK JADI PM LAGI UTK 6 BULAN? Dok tepi dan sokonglah DSAI mcm DSAI sokong dia? Tak boleh? Prinsip Atuk hgpa? Siapa yg SIAL dan GILA skrg?

6) G7U, budak PAN Admin CDS dan para PENJILAT pungkoq AtukSAKATua lupa ke bahawa pada 17 Mei 2020 selepas mesyuarat MP PH Plus Plus suatu Kenyataan Bersama OT95 Bersatu Renegade (ketika itu) dan Warisan TELAH BERSETUJU bahawa keabsahan Abah Kau sebagai PM adalah dipertikaikan. Maka gesaan DSAI skrg, supaya Abah Kau letak jawatan adalah SELARI dgn pendirian MP PH + OT95 and the gang + Warisan. Tidakkah BANGANG dan SIAL namanya dok mempertikaikan gesaan DSAI terhadap Abah Kau? Apa hgpa tak suka Abah Kau letak jawatan sbb takut DSAI yg ada MAJORITI utk jadi PM?? So, berhentilah SPIN atas KETAKUTAN hgpa sendiri.

E) BANYAK lagi kalau aku nak sanggah keGILAan hgpa yg KUNUNnya penyokong PH tapi menolak DSAI Pengerusi PH semata-mata mahu jadi anjing OT95 (Org Luar) yg bukan anggota atau pemimpin PH demi mendapat upah tulang. Tapi jawapan aku ini pun dah cukup panjang dan menjelaskan bahawa TIDAK MASUK AKAL hgpa nak bandingkan seorg PM (AtukSAKAtua a.k.a OT95) yg TIDAK SEPATUTNYA letak jawatan tanpa berbincang, tanpa disahkan oleh Ahli Dewan Rakyat berbanding dgn seorang PM (Abah Kau) yg sememangnya TIDAK PERNAH mengesahkan KEABSAHAN (Legitimacy) jawatan dia dan KINI JELAS HILANG SOKONGAN dari beberapa MP UMNO BN.

F) Pi habag kat G7U yg takut nak buka ruang komen pada public tu bahawa kemusykilan (baca : kebodohan) dia sudah terjawap. Yg membezakan kedua makhluk yg pernah dan skrg jadi PM itu ialah seorg buat pekak badak, selamber land make donno walau PATUT letak jawatan, manakala seorg lagi kelamkabut nak letak jawatan SEGERA meskipun dia TIDAK PERLU berbuat demikian SEKALUT itu. TU PASAL ORANG MARAH. NOKTAH..!!

Wallahualam

- Zus Din

13 Januari 2021

 

PAS TIDAK PERNAH JUJUR-BAKAL JADI GELANDANGAN POLITIK

[[LIVE]]13.1.2021 - Perihal darurat. Mengenai darurat yang kita x tau. P...

RENTASAN 804 | MP PEMBANGKANG SEPAKAT TOLAK RASIONAL, SEBARANG ALASAN PM...





MENARIK DALAM RENTASAN 802
1. PM HILANG MAJORITI TAPI ENGGAN LETAK JAWATAN! 2. DARURAT BUKAN PENYELESAI MASALAH 3. MASYARAKAT ISLAM DIGESA TOLAK PEMIMPIN BERIMEJ MUNGKAR DAN MUNAFIK





PAS KEKAL MAIN DUA KOLAM

[🔥SIRI 20🔥] "UMNO KEKASIH GELAP BERSATU?"

KARTEL DAGING | ISU YANG DISENYAPKAN DAN DIPANDANG SEPI

 


Kartel daging: Kerajaan perlu siasat kakitangan, pegawai terlibat


Dedah segera dalang kartel daging, jangan biar rakyat berteka teki

Dalang sebenar isu kartel daging perlu didedahkan dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan awam terutama umat Islam demikian menurut peguam Syahredzan Johan.

Beliau berkata, setakat ini hanya berlaku pendakwaan terhadap syarikat yang dikatakan terlibat dan beberapa siasatan dijalankan namun dalang sebenar masih belum didedahkan kepada umum.

“Kerajaan perlu segera mendedahkan dalang di sebalik kartel tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam terutamanya umat Islam di negara ini.

“Kita sambut baik semua perkara ini, tetapi dalang kartel daging ini masih belum didedahkan kepada umum,” katanya dipetik Roketkini.

Ekoran itu, katanya orang ramai terpaksa berteka-teki tentang daging import mana yang terlibat sehinggakan ada yang mengambil inisiatif sendiri dengan membuat ‘siasatan’ melalui media sosial.

“Perkara seperti ini tidak sihat, kerana ada kemungkinan bahawa syarikat yang tidak terlibat pun terpalit sama,” katanya.

2 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan serbuan pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor yang menjadi lokasi modus operandi kartel daging selama bertahun-tahun.

Difahamkan daging beku itu diseludup dari dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal.

Sejumlah 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta telah disita dalam operasi yang diketuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada 21 Disember lalu telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import.

Senator, Liew Chin Tong sebelum ini menegaskan isu kartel daging boleh menjejaskan reputasi negara sekiranya tidak disiasat sepenuhnya.

Beliau turut menyokong sepenuhnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu tersebut.

Mengulas lanjut, Syahredzan yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata kerajaan perlu segera memaklumkan langkah yang akan diambil bagi memastikan isu kartel daging tidak berulang.

“Jelas bahawa terdapat kepincangan dalam proses ini yang membolehkan ia dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Suatu semakan semula yang menyeluruh dan ‘overhaul’ harus dijalankan untuk menjamin perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya.