KEKAL TENANG YANG TIDAK LAGI BERTENANG - SIAPA DIA?




Padah bersikap kurang ajar dengan orang yang angkat dia.  Jiwa sudah tidak tenteram sehinggakan setahun tidak hadir mesyuarat parti kerana tidak mampu berdepan dan bertentang mata dengan insan yang mendidik dan mengangkat dirinya hingga ke tahap ini.  

Mesyuarat dengan parti tiada masa, retreat bersama parti pun tidak berkesempatan.  Tetapi banyak masa untuk bertemu dengan pemimpin2 Umno, tidak cukup siang, bertemu malam di rumahnya sehinggakan diberi jamu makan.  Alasannya bincang pasal projek.  Eh, projek untuk wakil rakyat Umno ke?  Bagaimana dengan kos sara hidup rakyat yang lain?

Sampai bila mahu menipu?  Dia kata, saya bertemu dengan semua orang tidak kira siapa.  Sesiapa yang mahu bertemu dengan saya, saya sebagai menteri kerajaan sentiasa terbuka, katanya.  Ewaah....betul ke mereka mahu bertemu kamu untuk mengadu masalah atau kamu yang memanggil mereka untuk mengadu masalah semburit?   Kalau kebetulan mereka yang mahu bertemu kamu untuk bincang masalah rakyat, kenapa tidak bertemu di pejabat?  Mengapa di rumah kamu waktu malam siap disediakan catering untuk makan besar?  Cukup2lah menipu.

Khabarnya, kes semburit dah semakin ke episod akhir.  Polis kata mungkin hujung tahun ini akan diketahui siapa pasangan Haziq.  Oleh kerana gelabah puyuh, terpaksalah buat kerja gila berpakat dengan musuh untuk menghancurkan PH.  Hatinya busuk sekali.  Padanya, kalau dia tak boleh jadi PM, dia akan tentukan Anwar tidak akan jadi PM.  

Siapa dia itu?

WFAUZDIN NS

NOTIS MESYUARAT KARTEL SULIT TAPI BOCOR



Kartel nie notis mesyuarat rahsia bocor, notis pembatalan mesyuarat rahsia pun bocor..😂

*NOTIS SULIT & PENTING*

-Edaran Segera kepada yang berkenaan-

*PEMBATALAN MESYUARAT MPP AMK MALAYSIA*

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat MPP AMK Malaysia sepertimana panggilan bertarikh 20 November 2019 (RABU), jam 8.00 malam di Rumah Pemuda, Shah Alam dimaklumkan *DIBATALKAN*.

Pembatalan berkenaan kerana notis yang sepatutnya berstatus RAHSIA telah bocor ke pihak media dan akan mengganggu proses penyusunan yang dirancang oleh YB Hilman Idham sebagai Timbalan Ketua AMK. 

Saya akan memaklumkan tarikh baru dalam waktu terdekat selepas pembatalan ini. Harap maklum.

Nazree Yunus
Naib Ketua AMK Malaysia

JAWATAN PM BUKAN HARTA PERIBADI TUN M, BUANG MASA SAJA UNTUK SESIAPA, SELAIN ANWAR BAKAL PM8



Sebelum ini, saya sudah dua tiga kali menulis menyentuh tentang perbezaan antara BN dan PH berhubung perlantikan Perdana Menteri.

Dalam BN, siapa yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menduduki kerusi Perdana Menteri.

Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri pula boleh mengatur dan menentukan siapa yang dikehendakinya untuk menjadi penggantinya.

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi tujuan itu seperti memberi jawatan kanan dalam kerajaan atau menyokong calon tertentu yang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Bahkan, ketika tidak lagi menghendaki Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO untuk menggantikannya, Perdana Menteri, melalui cengkaman kuasa yang dimilikinya dalam kerajaan, turut boleh memecat bakal penggantinya dengan pelbagai hujah serta alasan.

Begitulah besar dan berpusatnya kuasa seorang Perdana Menteri di era BN. 

Itu belum dikira lagi kuasa untuk memperkayakan diri sendiri, keluarga, anak-anak dan kroni.

Walaupun berkuasa atas nama BN, tapi penentuan Perdana Menteri ditentukan hanya dalam kelambu UMNO. BN sekadar “rubber stamp” untuk diberi maklum saja.

Tetapi, PH berbeza dengan BN di mana penentuan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan diputuskan oleh Majlis Presiden yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang bergabung di bawahnya.

Kedudukan Tun Mahathir Mohamad dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah diputuskan oleh Majlis Presiden sebelum PRU14 lagi dan ia disah serta diumumkan secara rasmi dalam Kongres PH yang diadakan pada 7 Januari 2018, empat bulan sebelum PRU14.

Bersekali dengan itu, turut diputuskan ialah kedudukan Anwar Ibrahim sebagai bakal pengganti kepada Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Selagi Majlis Presiden PH tidak membuat apa-apa perubahan atau mengubah keputusan itu, kedudukan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 adalah kekal dan tidak boleh dibantah.

Bermakna, tanpa mengubah keputusan dan konsensus Majlis Presiden PH itu, bukan saja Tun Mahathir tidak boleh melantik orang lain selain Anwar sebagai penggantinya, malah buang masa saja bagi sesiapa yang lain untuk berangan-angan menjadi Perdana Menteri ke-8.

Lebih daripada itu, ini bermakna dalam era PH berkuasa, penentuan siapa akan menjadi Perdana Menteri adalah ditentukan secara bersama oleh gabungan parti pemerintah itu, bukan lagi oleh siapa yang duduk di kerusi empuk Perdana Menteri.

Ia tidak seperti dalam BN dahulu di mana jawatan Perdana Menteri seolah-olah harta peribadi yang boleh diserah atau dihadiahkan kepada sesiapa yang disukai oleh seseorang yang menjadi Perdana Menteri dan boleh dielakkan atau ditarik balik daripada mereka yang tidak disukai.

Lantaran ini, saya jadi tergelak, mungkin berdasarkan perkembangan politik dalam sehari dua ini, ada yang berkata Tun Mahathir kononnya memang tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, tetapi mahu menghadiahkannya kepada Hishammuddin Hussein.

Ternampak daif sangat pandangan sedemikian rupa kerana untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada orang lain dalam PH selain Anwar yang sudah dipersetujui pun, jika tanpa persetujuan Majlis Presiden, tidak mungkin dapat dilakukan oleh Tun Mahathir, apa lagi untuk menyerahkannya kepada pemimpin pembangkang daripada UMNO.

Yang menang pilihanraya adalah PH, jadi mana mungkin tiba-tiba jawatan Perdana Menteri mahu dikembalikan kepada BN.

Lagi pun, jika Tun Mahathir boleh menyerahkan jawatan Perdana Menteri macam dulu-dulu, buat apa diserahkannya kepada Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib Razak.



Lebih baik diserahkan saja kepada anaknya sendiri, Mukhriz!! (ShahbudinHusin 20/11/2019)

PH TAK PERLU JADI KERAJAAN SEPENGGAL



**PH tak perlu jadi kerajaan sepenggal**

Keputusan tg Piai isyarat approach dan politik PH sekarang tak menguntungkan..  jika dikatakan kerajaan sepenggal..  maka buatlah pendekatan BN semasa jadi kerajaan..  Rakyat malaysia pemikirannya kelas ketiga..  ini yg disebut Rasulullah yakni golongan Ruwaibidhah timbul diakhir zaman yg akan mendapat tempat memimpin rakyat begini...  Rakyat malaysia terutama melayu tak melihat kebaikkan tapi lebih kpd sentimen..  maka sentimen ini yg perlu diapi2kan... 

Ubahlah cara PH sekarang..  ambil pendekatan BN dulu..  contohnya pendekatan BN..

1.   Rakyat malaysia tak perlu diberi kebebasan media..  rakyat tak boleh tahu banyak..  apa kerosakkan yg kerajaan buat kena disembunyikan.. Sekat suara pembangkang dlm media arus perdana dan jangan ada ketelusan berita.. 
Berpolitik sepanjang masa burukkan pembangkang..  Kawal dan guna media perdana sebanyak mungkin..  hanya benar pembangkang guna media parti sendiri utk bersuara..  Star.. utusan dll tak boleh dibawah mca dan umno..  ambil alih.. 

2.  Jangan beri peruntukkan buat semua MP pembangkang...  Dan sekat aliran wang ke kawasan pembangkang...

3.  Jsngan beri Royalti pd terengganu dan kelantan..  kaburkan mata rakyat dgn beri sedikit wang ehsan tapi salurkan pd mpkk bukan negeri..  biar mpkk ph mewah utk beri dedak pd ahlinya dan rakyat setempat... 

4.  Adakan Brim... rakyat lebih suka dedak begini...   beri pada B20 dan M40... beri lebih dr apa BN beri dulu..   

soal duit..  boleh saja jual harta dan tanah utk projek dilakukan sesiapa saja...  media tak akan tahu cerita sebenar sebab sudah disekat...  rakyat malaysia tak kisah sangat tanah jatuh pada rakyat asing pun... 
kerajaan pun boleh kutip cukai sebanyak boleh..  ambil melalui sst dan naikkan..  minyak petrol apungkan dan balun setinggi boleh..  rakyat malaysia bukan kisah sangat..  bagitahu je minyak dunia naik..   macam BN buat..  pernah cecah lebih RM2.40 utk ron95...

5.  Mewahkan MP kerajaan dgn beri dedak..  jadi tak ada lah yg nak lawan PM..  beri dedak sebanyak mungkin contoh RM 10 juta sebulan supaya MP kerajaan boleh salur agihkan pd setiap dun dan pastikan dedak sampai pd ahli.. 

6.  Tangkap Sesiapa saja yg melawan dan celupar terutama MP pembangkang dibawah Sosma..  Bafia..  skmm...  dan apa2 peruntukkan undang2... 
kaitkan apa yg boleh dibawah undang2...   spt yg berlaku pd Rafizi... LGE... 
ugutan begini perlu utk takutkan rakyat.. 

7.  Banyak berikan muka pd bukan melayu...  beri apa mereka mahu..  contohnya iktiraf UEC... jadi semua sekolah vernakular sama spt sekolah kebangsaan dan boleh dapat peruntukkan dan pelajar boleh dapat kerja dgn kerajaan..   UEC ini ada disebut dlm manifesto BN pru 14 dulu..  org melayu tak kisah pun...  janji dedak cukup.. 
Media kena ceritakan betapa bagusnya UEC utk org melayu jadi tak nsmpaklah kecacatan..  ini contoh...  macam2 lagi yg boleh dibuat...

8.  Banyakkan buat majlis keagamaan dan perhimpunan.. rakyat suka benda makan free ni..  ambil lah tajuk apa2 pun..  “kami bersama rohingya.”.  pakailah baju sedondon semua.. ajak pembangkang sekali..  siapa yg tak ikut..  hentam dlm media...  itu contoh... 

9.  Bsnyakkan projek rakyat..  dan tipu sebanyak boleh dlm projek yg boleh masuk akaun parti dan peribadi...   tak kan tak pandai??
beri projek2 ni pd kroni2...  tak perlu open tender...  rakyat bukan tahu pun.. 
Jadi...   sebagai pulangan kroni2 ini akan bekerja utk parti dan kuatkan parti.. i.e ketua bahagian.. 
ketua bahagian perlu yg mewah berharta maka dedak boleh ditaburkan dan samseng boleh diupah utk ugut dan ganggu mereka yg cuba lawan... 

Semua diatas dialami masa BN perintah..  ia sangat berkesan..  rakyat kebanyakkan yg pemikiran kelas ketiga ni tak kisah sangat..  apa yg ada dan perubahan ph bawa tak terkesan pd mereka..  

Begitulah pendekatan yg perlu...  rakyat malaysia kelas ketiga tak perlu maju sangat..  kaburi lah dgn wawasan dan masukkanlah agenda2 apa2 pun... tak buat takpe janji media dikawal...  janji dicapati dulu pun bukan rakyat kisah sangat...   yg penting media dikawal..  

Buatlah spt saranan diatas.. sptnya waktu BN dulu.. 
PH pasti akan jadi kerajaan lama yg berpenggal2...   jangan risau.. 
👍👍👍😆

Kredit-Rizadh Arrayyan

PM TIDAK BOLEH LAGI BERDALIH SERAH JAWATAN



Pagi tadi, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengalami pendarahan hidung sehingga sidang medianya terpaksa disingkatkan dan kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Walaupun beliau dilaporkan stabil dan tiada apa-apa perlu dibimbangi mengenai kedudukan kesihatannya, tetapi dalam usia menjangkau 95 tahun, jangankan berdarah hidung, luka di jari kelingking pun tetap membimbangkan.
Apa lagi bagi mereka yang bergantung nyawa politik kepadanya, laporan pendarahan hidung itu tidak mustahil membuatkan ada yang jantung mereka berdegup dengan lebih kencang dibuatnya.
Bagaimanapun, apabila petang tadi Tun Mahathir boleh hadir merasmikan Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di sebuah hotel berhampiran KLIA, ramai yang berasa lega.
Maknanya, beliau benar-benar sudah sihat dan tiada apa-apa yang membimbangkan mengenai kesihatannya.
Cuma, dalam sidang media selepas perasmian itu, reaksi Tun Mahathir mengenai peralihan kuasa dilihat tidak begitu menyenangkan.
Sementara mengakui beliau mungkin menjadi salah satu punca kekalahan calon Bersatu di Tanjung Piai, Tun Mahathir bagaimanapun seperti masih mahu berdalih atau mencari alasan untuk melengah-lengahkan, bahkan mungkin enggan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Kata Tun Mahathir, beliau tidak pasti sama ada negara benar-benar sudah sedia dengan peralihan kuasa itu.
“Kita belum tahu lagi keadaan negara sekarang ini, sama ada bersedia untuk beralih pentadbiran ataupun tidak.
“Apabila sampai masanya, kita tentukan,” katanya.
Ehhhh…apa ni Tun, kalau menumbangkan BN dan menjadikan PH sebagai kerajaan pun rakyat Malaysia sedia dan sanggup melakukannya, apalah sangat sekadar bertukar Perdana Menteri daripada gabungan parti-parti yang sama.
Tidak ada masalah sebenarnya, malah lebih ramai negara ini yang tidak sabar melihat peralihan kuasa kepada Anwar itu terlaksana.
Lagi pun, kedudukan Anwar sebagai calon pengganti dan bakal Perdana Menteri ke-8 sudah pun diumum dan diketahui lama sebelum ini lagi.
Bahkan, melihat keadaan negara yang sentiasa bergolak dan Tun sendiri nampaknya tidak mampu melakukan banyak perkara, maklumlah sudah terlalu lanjut usia dan sekarang berdarah hidung pula, hanyalah Anwarlah harapan yang ada dipergantungkan untuk membawa harapan baru.
Oleh itu, janganlah Tun bimbang dengan kononnya ada ketidakpastian negara kepada peralihan itu kerana ia mungkin hanya suatu bisikan jahat saja agaknya.
Bisikan baik yang sebetulnya ialah peralihan kuasa itu mesti dipatuhi dan jangan melebihi tempoh dua tahun sebagaimana yang Tun sendiri janjikan sebelum ini.
Ditakuti jika selepas ini berlaku hidung berdarah lagi atau lain-lain kejadian tak terduga, maka ada baiknya Tun tidak berlengah dan berdalih lagi mengenai peralihan kuasa itu.
Tetapkan tarikhnya sekarang dan rakyat Malaysia akan lebih menyanjungi Tun selepas itu. (ShahbudinHusin 19/11/2019)

*KENALI AZMIN*



Oleh  : Zanirun Baba

Dengan mengenal cara dan seni  politik Azmin, pertemuan malam tadi adalah gimik semata-mata. Ia inisiatif Azmin untuk menimbulkan kegemparan yang kosong. Itulah yang Azmin mahu dengan pertemuan di rumahnya itu. Ia mahu umum melihat beliau ada kekuatan dan sokongan. Dan ia seperti dilayan oleh khalayak.

Sebagai orang terdesak, Azmin melakukan dan boleh melakukan apa-apa sahaja. Azmin kini diasak dengan pelbagai masalah yang belum selesai. Isu video lucah Haziq sangat-sangat menghantuinya. Sokongan terhadapnya dari dalam parti semakin mengurang. Seorang demi seorang rakan dan kawan bersamanya, telah mufaraqah dan sedar serta cemuh dengan political 'animal'nya. Sokongan padu ditunjukkan oleh Keadilan di seluruh negara kepada Anwar sebagai Presiden, tambah meresahnya.

Cuma dalam hal itu beliau bernasib baik kerana mempunyai rakan dan jiran yang baik seperti Hishammuddin yang juga terdesak. Hisham kini sedang menghadapi zaman malap dalam UMNO kerana sikap yang diambilnya tidak mahu sama-sama membangun parti selepas kehilangan kerajaan. Tindakannya tidak mempertahankan jawatan dalam perhimpunan agung UMNO dilihat sikap tidak  bertanggungjawab bekas Naib Presiden itu.

Menyimpulkan pertemuan sekumpulan wakil rakyat di kediaman Azmin malam tadi, adalah sebagai pernyataan apa disebut sebelum ini, kononnya ada 29 orang wakil rakyat UMNO akan bergabung dengan Dr Mahathir. Mereka akan meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu. Penghijrahan itu diketuai Ahli Parlimen Sembrong (Hishammuddin), yang telah pun mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Dr Mahathir.

Bagaimana pun usaha Hishammudin itu yang digelar pula sebagai cuba membentuk kerajaan pintu belakang gagal apabila timbul beberapa kejadian mengejutkan. Ini termasuklah terbongkarnya video lucah Haziq yang watak utamanya mirip wajah Azmin. Pembongkaran video lucah itu benar-benar mengejutkan Azmin dan juga Hishammuddin. Dan paling mengejutkan sampai tidak terkata ialah Dr Mahathir Mohamad.

Apapun usaha dan rancangan kolaborasi Hishammudin dengan Azmin tidak terhenti di situ sahaja. Keraguan kepada keduanya timbul dalam parti masing-masing. Mereka yang setia kepada parti, baik Keadilan maubpun UMNO marah dan menyifatkan perbuatan Azmin dan Hishammudin itu sebagai pengkhianat dan belot.

Ada yang bimbang dan cemas dengan rancangan untuk bentuk kerajaan dari pintu belakang oleh Azmin dan Hishammuddin itu. Saya awal-awal sudah membaca akan kewujudan naratif baru politik negara ini membabitkan kolaborasi Azmin dan Hishammuddin. Citra ini ada satu nukilkan dalam buku baru saya; PENJARA BUKAN PUSARA - Anwar PM Yang Didambakan.

Sebenarnya mereka yang tahu membilang angka tidak perlu cemas. Usaha mereka berdua itu walau pun mendapat restu Dr Mahathir sekali pun ia tetap tidak akan berjaya.

Dengan mengambil kira semua yang hadir di pertemuan malam tadi sedia dan ikhlas bersama, jumlah MP hanya baharu 27 orang. Angka ini kalau dicampur dengan jumlah kerusi miliki Bersatu kini sebanyak 28 ia baharu jadi 55 orang. Katakan PAS sedia untuk mendukung kerajaan baru itu, dengan mengira 18 orang wakil PAS baru berjumlah 73 kerusi. Katakan Warisan (8) juga bersedia baharu ada 81 kerusi. Apakah dengan jumlah itu mampu untuk mendukung Dr Mahathir kekal sebagai PM kemudian melantik Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Kita telah tegas berkali-kali, apa-apa motion, atau perubahan dalam Parlimen tidak mudah berlaku sekiranya ia tidak membabitkan ahli Parlimen DAP dan Amanah. Baik kumpulan mendukung Dr Mahathir, atau pun kumplan menyokong Zahid Hamidi mau pun kumpulan menyokong Anwar, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya wakil DAP dan Amanah tidak bersama mereka.

Dalam kata lain yang menjadi kunci rahsia dan kunci hikmat sama ada untuk mempertahankan kerajaan yang ada hari ini atau untuk membentuk kerajaan baru (secara dari pintu belakang) ia memerlukan sokongan daripada 53 anggota parlimen daripada DAP dan Amanah.

Ertinya mana-mana pihak pun yang cuba membaiki kerajaan yang ada kini memerlukan sokongan DAP dan Amanah. Dan realiti hari ini kesemua ahli parlimen DAP dan Amanah masih jujur kepada janji asal dan mereka setia kepada akad yang dibuat sebelum ini. DAP dan Amanah adalah the king maker.

Makanya, pertemuan di Putrajaya malam tadi tidak memberi apa-apa impak yang perlu dibimbangkan. Ia hanya sebagai pertemuan majlis Aqiqah cucu Azmin ke empat sahaja tanpa ada apa-apa kesan politik menggemparkan. Kegemparan dan rasa takut hanya kepada mereka sedia kala takutkan hantu, di mana bila "terjeropak" dengan tunggul kayu pun mereka sangkakan hantu dan lari lintang pukang.

Kepada Azmin diharap akan mengadakan kenduri lebih besar lagi selepas ini...

Senarai ahli parlimen yang sokong supaya Tun Mahathir letak jawatan

NEWS

Breaking News : Here Are The List of 101 MPs That Is Supporting Anwar Ibrahim & Wants Tun Mahathir To Resig:The Coverage.com






Senarai ahli parlimen yang sokong supaya Tun Mahathir letak jawatan
PERLIS (tiada)
KEDAH (8)
Kulim Bandar Baharu – Menteri (PKR)
Kubang Pasu – Timbalan Menteri (PPBM)
Pokok Sena – Timbalan Menteri (AMANAH)
Sungai Petani – Pengerusi BBC (PKR)
Merbok (PKR)
Alor Setar (PKR)
Kuala Kedah (PKR)
Padang Serai (PKR)
PENANG (10)
Bagan – Menteri (DAP)
Tanjong – KM Pulau Pinang (DAP)
Bukit Mertajam (DAP)
Batu Kawan (DAP)
Bukit Bendera (DAP)
Jelutong (DAP)
Bukit Gelugor (DAP)
Bayan Baru (PKR)
Balik Pulau (PKR)
Permatang Pauh (PKR)
PERAK (14)
Parit Buntar – Menteri (AMANAH)
Gopeng – Timbalan Menteri (PKR)
Lumut – Timbalan Menteri (AMANAH)
Teluk Intan – Timbalan Speaker (DAP)
Bagan Datuk – Ketua Pembangkang (PPBM)
Taiping (DAP)
Padang Rengas (UMNO)
Sungai Siput (PKR)
Batu Gajah (DAP)
Ipoh Barat (DAP
Ipoh Timur (DAP
Beruas (DAP)
Kampar (DAP)
Tanjung Malim (PKR)
SELANGOR (17)
Pandan – Timbalan Perdana Menteri (PKR)
Shah Alam – Menteri (AMANAH)
Kuala Selangor – Menteri (AMANAH)
Kota Raja – Menteri (AMANAH)
Puchong – Menteri (DAP)
Subang – Menteri (PKR)
Sungai Buloh – Timbalan Menteri (PKR)
Sepang – Timbalan Menteri (AMANAH)
Damansara (DAP)
Hulu Selangor (PKR)
Selayang (PKR)
Hulu Langat (AMANAH)
Bangi (DAP)
Subang (PKR)
Petaling Jaya (PKR)
Kapar (PKR)
Klang (DAP)
WILAYAH (7)
Seputeh – Menteri (DAP)
Segambut – Timbalan Menteri (DAP)
Cheras (DAP)
Kepong (DAP)
Setiawangsa (PKR)
Bukit Bintang (DAP)
Lembah Pantai (PKR)
MELAKA (2)
Tangga Batu (PKR)
Kota Melaka (DAP)
NEGERI SEMBILAN (5)
Port Dickson – Bakal PM (PKR)
Seremban – Menteri (DAP)
Rasah (DAP)
Rembau (UMNO)
Tampin (AMANAH)
JOHOR (12)
Simpang Renggam – Menteri (PPBM)
Kulai – Timbalan Menteri (DAP)
Iskandar Puteri (DAP)
Segamat (PKR)
Sekijang (PKR)
Labis (DAP)
Ledang (PKR)
Bakri (DAP)
Kluang (DAP)
Tebrau (PKR)
Pasir Gudang (PKR)
Johor Bharu (PKR)
PAHANG (4)
Raub – Timbalan Menteri (DAP)
Kuantan – Timbalan Menteri (PKR)
Temerloh – Timbalan Menteri (AMANAH)
Bentong (DAP)
TERENGGANU (1)
Besut (UMNO)
KELANTAN (1)
Gua Musang (UMNO)
SABAH (8 )
Kota Kinabalu (DAP)
Putatatn (PKR)
Keningau (STAR)
Ranau (PKR)
Tenom (DAP)
Sandakan (DAP)
Tawau (PKR)
SARAWAK (12)
Selangau – Menteri (PKR)
Mas Gading (DAP)
Kuching (DAP)
Sibu (DAP)
Stampin (DAP)
Puncak Borneo (PKR)
Lubok antu (PKR)
Saratok (PKR)
Sarikei (DAP)
Julau (PKR)
Lanang (DAP)
Miri (PKR)

HISHAMUDDIN PARASIT, AZMIN PEROSAK PH.KEDUANYA HARUS DIAMBIL TINDAKAN.



Dalam suatu tindakan cepat dan pantas, Lembaga Disiplin UMNO dilaporkan akan menyiasat perbuatan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan perjumpaan sulit dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, malam tadi.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali berkata, siasatan itu dilakukan berikutan pihaknya menerima aduan berhubung pertemuan yang menjadi perbualan ramai itu.
Selepas siasatan, tambah beliau, tindakan sewajarnya akan diputuskan berkenaan dengan perkara tersebut.
Sebagaimana yang ditulis dalam posting sebelum ini, tindakan Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu memang suatu kesalahan kerana mereka mengadakan pertemuan sulit dengan pihak musuh tanpa pengetahuan atau memaklumkan kepada parti.
Lebih daripada itu, jika ada perkomplotan yang sedang dirancang melalui pertemuan sulit di kediaman Azmin itu, bererti mereka juga sedang mensabotaj UMNO yang ketika ini telah bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional.
Maka itu, tindakan disiplin, secara logiknya, tidak dapat lagi dielakkan untuk dikenakan kepada Ahli-Ahli Parlimen terbabit, terutama terhadap Hishammuddin Hussein yang dipercayai ketua kepada kumpulan Ahli-Ahli Parlimen terbabit.
Membiarkan mereka terus bebas tanpa tindakan akan lebih membahayakan masa depan UMNO kerana mereka ini bila-bila masa boleh menjual diri kepada pihak musuh demi mengejar kepentingan peribadi serta menjadikan impian BN bersama Muafakat Nasional untuk menjadi kerajaan musnah sama sekali.
Sebagai bekas pemimpin kanan UMNO, perbuatan ini, khususnya oleh Hishammuddin umpama parasit yang mahu memusnahkan masa depan parti sendiri.
Tetapi, bagaimana dengan Azmin yang menganjurkan pertemuan sulit di kediamannya itu?
Walaupun Tun Mahathir sebelum ini mengatakan penggantinya tetap Anwar Ibrahim dan bukan Azmin, tindakan beliau menganjurkan pertemuan sulit dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO di rumahnya itu seolah-olah suatu cubaan untuk menggagalkan peralihan kuasa yang sememangnya merupakan konsensus PH sejak sebelum PRU14 lagi.
Kalau bukan berkomplot, untuk apakah pertemuan itu diadakan?
Bermakna, tindakan Azmin adalah suatu kesalahan disiplin kerana bukan saja mengengkari konsensus PH, malah cuba untuk menggagalkannya.
Sekaligus, Azmin melalui tindakan terbarunya ini terang-terangan mahu memecah-belahkan PH dan menjadikan kedudukan kerajaan tidak lagi diyakini rakyat.
Dalam hal ini, jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas mahu memastikan PH terus stabil sebagai gabungan yang menguasai kerajaan serta jujur kepada janji konsensus peralihan kuasa kepada Anwar, beliau mesti tiada halangan untuk sesuatu tindakan diambil terhadap Azmin.
Kalau Tun Mahathir cuba mempertahan, mempengaruhi atau melindungi Azmin, sebagaimana Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dilindungi dalam kes video Haziq, bermakna pada tanggapan ramai, Perdana Menteri mungkin dalang di sebalik semua permainan ini.
Persoalan utama, mengapakah Tun Mahathir membiarkan saja pertemuan itu diadakan dan tidak cuba menasihatkan Azmin agar tidak meneruskan pertemuan tersebut?
Lantaran itu, oleh kerana kesalahan Azmin adalah serius iaitu cuba menggagalkan peralihan kuasa, engkar kepada konsensus, serta bertindak ke arah memecah-belahkan PH, beliau semestinya perlu diambil tindakan disiplin atas perbuatannya itu.
PKR, dalam hal ini, boleh memulakan siasatan dan kemudian mengenakan tindakan disiplin keatas Azmin, sebagaimana UMNO sudah mengesahkan akan menyiasat Hishammuddin.
Kenyataan Anwar bahawa pihaknya akan meminta penjelasan Azmin tidaklah memadai dan seseorang mesti membuat aduan kepada Lembaga Disiplin PKR.
Berdasarkan situasi dan perkembangan terbaru sekarang ini, Hishammuddin dan Azmin, kedua-duanya adalah parasit dan perosak kepada masa depan UMNO dan Muafakat Nasional serta juga kepada PKR dan PH.
Hishammuddin dan Azmin tidak boleh dibiarkan terus berada dalam UMNO dan PKR dan tanpa mereka, kedua-dua parti akan jadi aman serta selamat meneroka pilihan yang dipersetujui demi masa depan masing-masing. (ShahbudinHusin 19/11/2019)

Bermulanya pengakhiran atau permulaan baharu buat Pakatan Harapan


Oleh Liew Chin Tong
(Pengarah Pendidikan Politik DAP, Pengerusi DAP Johor, Timbalan Menteri Pertahanan)
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan DAP yang telah berusaha gigih untuk berkempen bagi calon Pakatan Harapan, Haji Karmaine Sardini. Jasa bakti anda terhadap usaha tersebut sangat luar biasa; dan saya tahu bahawa kekalahan ini telah meruntun hati anda semua.

Kekalahan besar di pilihan raya kecil Tanjung Piai adalah suatu persimpangan untuk politik Malaysia. Seakan-akan suatu gempa bumi.

Kita dengan rendah hati menerima kekalahan itu dan menghormati keputusan demokratik orang ramai.
Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin negeri parti komponen (Syed Ibrahim Syed Noh dari PKR, Aminolhuda Hassan dari Amanah, Mazlan Bujang dari Bersatu, dan saya sendiri); kita harus kembali ke meja rundingan dan mengkaji semula dasar-dasar, pendekatan dan prestasi Pakatan Harapan dan juga kerajaan.

Saat yang lebih sukar kini bermula. Kita harus memahami apakah pengajaran yang didapati daripada keputusan undian kerana ia akan memberi implikasi besar kepada tindakan-tindakan selanjutnya. Setiap tindakan akan mengundang reaksi dan akibat selanjutnya.

Kekalahan yang dahsyat ini akan sama ada menjadi permulaan kepada pengakhiran kerajaan Pakatan Harapan, atau memberi peluang untuk bermula semula ke arah yang lebih baik.

Oleh yang demikian, majlis makan malam penghargaan ini adalah sesi pertama bagi saya dan kepimpinan negeri untuk mendengar pendapat anggota-anggota parti, pasca PRK Tanjung Piai.

Kepimpinan DAP akan menjelajah negeri Johor dan seluruh negara untuk mendengar pendapat bagi merangka langkah-langkah ke hadapan. Saya percaya, kepimpinan Pakatan Harapan juga akan turut mengadakan jelajah yang sama.

Saya berharap supaya jelajah oleh para pemimpin akan berhasil mendapatkan suatu bentuk tawaran baharu dan kerangka perubahan untuk dilaksanakan pada tahun 2020 bagi mengembalikan keyakinan umum.

Bahaya yang sedang dihadapi kerajaan Pakatan Harapan ialah kewujudan pendapat bahawa gabungan ini tidak dapat diteruskan dan mesti ditukar secepat mungkin.

Gabungan UMNO-PAS akan berhujah bahawa Muafakat Nasional, dengan MCA sebagai rakan kongsinya, adalah model yang lebih baik berbanding kerajaan sekarang, dengan memainkan antipati dalam kalangan orang Melayu terhadap DAP. Di sebalik sana, MCA pula akan terus berhujah bahawa DAP telah menjual dirinya kepada Bersatu.

Bingkai perkauman sedemikian adalah berbahaya dan telah terbukti di PRK Tanjung Piai bahawa kita tewas di kedua-dua kelompok Melayu dan bukan-Melayu, malah jalan tengah juga boleh dikalahkan.

Kini kita harus mencari suatu tujuan bersama. Kita mesti menerima bahawa kebangkitan demokratik pada 9 Mei 2018 bererti semua orang kini merasakan mereka mempunyai hak demokratik untuk memilih siapa sahaja, dan mereka bukanlah deposit tetap siapa-siapa. Hampir semua orang adalah pengundi ‘swing’.

Kita memerlukan naratif Malaysia bagi meyakinkan semua kumpulan etnik bahawa mereka tidak terkepung dan diserang. Kegagalan untuk mengajukan sebuah naratif Malaysia yang jelas akan membolehkan para pempengaruh yang telah terbebas untuk membentuk pengaruh dan pendapat secara perkauman yang telah mencetuskan kemarahan melampau di kedua-dua kelompok Melayu dan bukan-Melayu.

Semoga kita dapat memahami pengajaran yang tepat daripada kekalahan ini dan bermula semula, selain mencipta tawaran-tawaran baharu bagi kerajaan Pakatan Harapan dan juga negara. – Roketkini.com

*Ucapan di majlis penghargaan untuk sukarelawan kempen DAP bagi pilihan raya kecil Tanjung Piai pada 17 November 2019

‘Tamparan Tg Piai’ mesej pada PH untuk tunai janji manifesto



Rakyat menghantar mesej kepada kerajaan supaya menunaikan janji manifesto, demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulas kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada Sabtu lalu. 

“Apa yang rakyat mahu lihat adalah bahawa kita kena menunaikan janji-janji yang kita telah buat. Oleh itu, saya rasa adalah penting bahawa PH memberi tumpuan untuk menunaikan janji-janji tersebut seperti mana yang digariskan dalam manifesto pilihan raya PH.

“Saya yakin kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, rakyat akan membuat penilaian sendiri, dan membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan PH,” katanya seperti dipetik Bernama. 

Beliau berkata selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara SME Bank Bhd, Malaysia Rail Link Sdn Bhd and China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) pada Isnin.

Calon MCA, Wee Jeck Seng berjaya merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai yang dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu dalam pertandingan enam penjuru. 

Jeck memperolehi 25,466 undi, diikuti calon PH, Karmaine Sardini dengan 10,380 undi; calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam (1,707); calon Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (850), serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32).

PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung. –


TAMPARAN TANJUNG PIAI



Oleh Wan Hamidi Hamid
Kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dikatakan menjadi pengajaran agar gabungan pemerintah ini bangun daripada tidur yang panjang. Kata orang putih ini adalah satu “wake-up call”.
Persoalannya, selepas ia bangun, apa yang PH akan lakukan?
Masyarakat Malaysia masih terpisah dari sudut pemikiran berasaskan kaum, seolah-olah setiap kumpulan etnik mempunyai falsafah pemikiran yang berbeza walaupun tekanan ekonomi dan kos sara hidup yang mereka alami hampir sama.
Jadi, jawapan kepada persoalan di atas adalah berbeza mengikut tekanan kaum atau peer pressure kumpulan etnik masing-masing.
Pemikiran berasas kaum
Bagi kebanyakan orang Melayu, PH mesti lebih prihatin dengan keperluan dan kehendak kaum majoriti tersebut. Ini bermakna apa yang PAS dan UMNO semboyankan selama ini adalah benar – hak, keistimewaan dan perlindungan terhadap orang Melayu selama ini masih tidak cukup, dan perlu diperluaskan lagi.
Hakikatnya ialah apabila Melayu diutamakan, ia mengurangkan hak dan perlindungan kepada bukan-Melayu. Ini asas ekonomi. Jika ini adalah jalan pilihan PH selepas Tanjung Piai, politik kaum dan agama politik akan meningkatkan tahap ketegangan antara rakyat.
Apatah lagi apabila serangan PAS-UMNO terhadap PH turut bertujuan menimbulkan keraguan dan kebencian terhadap menteri serta pemegang jawatan kanan yang bukan-Melayu semata-mata kerana mereka bukan-Melayu.
Bagi kebanyakan orang bukan-Melayu pula, PH perlu lebih prihatin dengan keperluan mereka yang sekian lama dipinggirkan. Ramai antara mereka percaya hak mereka semakin ditekan dek politik kaum dan agama, dan mereka mahu ruang kebebasan yang lebih selesa serta hak-hak asas seperti yang disarankan dalam Manifesto PH dalam pilihan raya umum 2018.
Dari sudut kaum, janji pengikitrafan UEC, pengenalan tulisan Jawi, kematian anggota bomba dalam pergaduhan kuil di Selangor, penangkapan suspek LTTE, cadangan dan bantahan ICERD telah menimbulkan ketegangan. Setiap isu tersebut disokong oleh majoriti satu kaum dan dibantah pula oleh majoriti kaum yang lain.
Wira sesuatu kaum menjadi musuh besar untuk kaum yang satu lagi. Parti yang didominasi satu kaum dibenci oleh parti majoriti kaum yang satu lagi. Inilah dilema rakyat Malaysia yang tidak berkesudahan.
Lembabnya perubahan
Dalam keadaan ini PH dilihat terlalu lembab bergerak dan tidak banyak melakukan usaha untuk mengurangkan tekanan hidup rakyat. Dari sudut ekonomi, walaupun Cukai Barangan dan Jualan (GST) dihapuskan, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pula dikembalikan. Untuk jutaan pengguna, ini tidak dirasai meringankan beban mereka. Ini membuatkan rakyat marah kerana janji meringankan beban hidup, khususnya untuk anak muda, dilihat gagal dilaksanakan dengan baik.
Begitu juga dengan janji menghapuskan tol secara berperingkat yang semakin tidak jelas sama ada ia akan berlaku atau tidak. Soal akses kesihatan juga tidak menampakkan kesan besar, malah melalui laporan media, ia masih berkisar dengan soal penjagaan kesihatan awam atau meluaskan peluang perniagaan untuk hospital swasta.

Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini. (Dua dari kiri)
Reformasi politik pula masih di takuk lama kerana banyak undang-undang yang mengongkong atau peruntukan zalim dalam undang-undang yang mahu dihapuskan masih wujud.
Namun tidak adil jika dikatakan PH gagal dalam semua usaha melaksanakan manifestonya. Kebanyakan janji 100 hari pertama pentadbiran telah ditunaikan. Malah, usaha menyelesaikan skandal 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji telah ditangani dengan baik dan masih dalam proses pembaikan.
Begitu juga usaha melaksanakan proses yang menjamin ketelusan amalan kerajaan, dan melawan rasuah dalam pentadbiran termasuk proses tender terbuka yang merupakan kejayaan kerajaan PH.
Politik emosi
Tetapi sikap dan perasaan manusia tidak mudah untuk diyakinkan dengan fakta dan perangkaan. Emosi menjadi penentu kepada rakyat dalam menilai sesuatu.
Buat masa ini, PAS-UMNO serta konco-konco mereka dalam gabungan Muafakat Nasional yang membawa ideologi “Melayu terancam” mempunyai daya pujukan, tuntutan dan seruan yang berjaya meyakinkan orang Melayu. Kaedahnya mudah sahaja – menimbulkan ketakutan di kalangan Melayu bahawa mereka akan hilang kuasa di bawah pentadbiran PH kerana adanya DAP yang mereka sifatkan sebagai hantu yang mengancam orang Melayu.
PRK Tanjung Piai mengukuhkan kepercayaan mereka apabila MCA yang menentang hudud dan menolak tulisan Jawi telah mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan PAS-UMNO. Malah dengan tanpa segan silu MCA berganding bahu dengan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini bertarung di mahkamah atas puluhan tuduhan jenayah, rasuah dan salah guna kuasa.
Sehubungan itu, paduan kemarahan Melayu dan Cina digabungkan untuk “mengajar” PH yang disifatkan ramai sebagai berada di alam khayalan dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Mereka seolah-olah tidak peduli dengan pucuk pimpinan UMNO yang sarat dikenakan tuduhan rasuah di mahkamah.
Pasca-PRK
Namun, kembali kepada persoalan asas, iaitu apa yang perlu PH lakukan selepas bangun daripada tidur, akan mendapat pelbagai jawapan daripada pimpinan yang mungkin kabur atau kurang jujur.
Banyak yang akan menyalahkan orang lain, menuding jari ke arah lain. Tiada siapa yang akan mengaku bertanggungjawab, meminta maaf dan meletak jawatan. Mungkin kerana ia bukan budaya politik Malaysia.
Jika itulah hasilnya dalam beberapa minggu ini, kemarahan rakyat tidak akan reda. Walaupun rasa bengang itu berbeza asasnya – iaitu bukan-Melayu marah kerana pimpinan PH dikatakan tidak peduli dengan keperluan bukan-Melayu manakala Melayu marah kerana PH tidak peduli dengan tuntutan Melayu – kesannya sama sahaja, iaitu mereka semua marahkan PH.
Fenomena ini pula bukan baru kerana ia pernah berlaku kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila semua kaum marah terhadapnya dalam PRU 2008 akibat gagal menunaikan janji-janji manisnya yang dibuat dalam PRU 2004. Sedangkan kemarahan mereka terpisah mengikut emosi kaum masing-masing.

Suasana ceramah Pakatan Harapan di Tanjung Piai
Sama ada PH bangun atau tidak selepas PRK Tanjung Piai, bagi gabungan parti pemerintah, masalah kaum dan tuntutan berasaskan kaum/agama akan selamanya menjadi duri dalam daging bagi mana-mana kerajaan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentunya akur tentang kemelut ini.
Bagi Wee Jeck Seng pula yang kembali menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai selepas tewas dalam PRU 2018, beliau perlu menunaikan janji-janjinya dalam PRK tersebut termasuk menghantar beribu-ribu warga emas di kawasannya menunaikan umrah. Jika gagal, dia mungkin dihumban keluar oleh pengundi yang semakin berani dalam era pentadbiran PH.
Bagi calon Bersatu-PH yang kalah, Haji Karmaine Sardini, beliau boleh kembali menjadi imam masjid di Johor pada bila-bila masa kerana gabungan Melayu-Islam PAS-UMNO telah menendangnya keluar untuk memberi laluan kepada MCA. – Roketkini.com
*Artikel ini kali pertama disiarkan di