Isa consolidating power in Felda, claims Anak

Isu kapal selam menarik perhatian media Hong Kong

Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.

Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King, tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.

Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar mendesak agar Perdana Menteri Najib menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata..

*Tulisan ini disedut dan diterjemah dari teks asal.

MCA WP ...TOLONG DIAM....DATARAN MERDEKA RAKYAT PUNYA....

ELOK LA BERDEBAT.......INI ELEMEN YANG SIHAT DARI DOK MELALAK MACAM PEKASAM...BUAT ORANG MENYAMPAH LAGI ADA....

Elok berdebat isu ini supaya rakyat dapat menilai fakta dan bukannya auta. Kita kenaingat rayat dah buka mata dan makin cerdik.Sebenarnya apa yang diakukan oleh Perkasa ini memburukkan keadaan Umno itu sendiri.Yang pergi buat kecoh Perkasa,yang ganggu ceramah Pakatan Pakeda....

Bila dua nama ini ikaikaan dengan Umno..yang busuknya adalah UMno....



Saya mengalu-alukan persetujuan Khairy Jamaluddin (gambar bawah), Ketua Pemuda UMNO yang dibuat melalui laman Twitter dua hari lepas bahawa "penghapusan PTPTN adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi persoalannya adakah ia wajar" merujuk kepada twit beliau "PKR missing the point re PTPTN. Its not whether govt CANwrite off the loans. Its whether the govt SHOULD. Most don't think govt should" <1:57 pm, 11 April 2012>

Saya telah membentangkan bahawa hutang PTPTN yang perlu ditanggung hanyalah RM24.7 bilion yang boleh dibayar dalam tempoh yang lama. Pelaburan yang diperlukan hanyalah RM2 bilion setahun dan pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran.

Jumlah RM2 bilion itu juga adalah kecil berbanding keputusan-keputusan pentadbiran Najib Razak akhir-akhir ini yang merugikan rakyat. Misalnya, geran berjumlah RM1 bilion diberikan begitu sahaja kepada Maju Holdings dalam penjualan Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya, hutang Tajuddin Ramli yang berjumlah hampir RM600 juta juga dimaafkan, malah wang RM250 juta yang diselewengkan oleh keluarga menteri dalam skandal NFC sehingga sekarang masih belum dikutip.

Hakikatnya, setiap tahun pembaziran yang berlaku jauh melebihi jumlah RM2 bilion yang diperlukan untuk menghapuskan PTPTN.

Lebih penting lagi, ini peluang baik untuk mengkaji semula kerangka sistem pendidikan tinggi di Malaysia. KEADILAN mengesyorkan supaya kita kembali kepada model pendidikan percuma yang meletakkan tanggungjawab menyediakan kemudahan pendidikan tinggi di bahu kerajaan.

Ini mengurangkan keperluan tempat-tempat pendidikan tinggi disediakan oleh pihak swasta, seterusnya mengurangkan perlunya sebuah dana yang besar untuk dipinjamkan kepada rakyat bagi tujuan pendidikan. Sebuah dana baru yang akan diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran secara swasta sudah tentu lebih kecil nilainya dari tanggungan PTPTN selama ini.

Isu hala tuju sistem pendidikan tinggi negara dan penghapusan hutang PTPTN adalah isu penting yang wajib diperhalusi dan didalami.

KEADILAN dan Pemuda UMNO sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan pihak-pihak terbabit untuk memahami isu ini dengan lebih baik. Sudah tiba masanya, hasil dan pandangan yang berbeza dari kedua-dua belah pihak diketengahkan untuk dibahaskan di hadapan rakyat.

Oleh itu, saya mengesyorkan supaya Khairy mengotakan janjinya untuk berdebat dengan saya ketika skandal NFC memuncak. Kesediaan itu dinyatakan sekali lagi oleh beliau selepas kami berdebat buat kali pertama di London akhir Januari lalu.

Demi kepentingan orang muda, saya juga mengesyorkan isu debat itu diganti - dari skandal NFC kepada persoalan PTPTN dan hala tuju sistem pendidikan negara.

Saya percaya Khairy seorang yang rasional dan faham bahawa debat ini ditunggu-tunggu oleh rakyat.

*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kanan) selaku Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.

54 bandar dari 30 negara: Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia!

Meskipun berasal dari bandar dan negara yang berlainan, malah barangkali tidak kenal mengenal antara satu sama lain, namun mereka disatukan atas satu slogan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia!" Dengan poster di sisi dan kamera di depan, mereka mengungkapkan perkara yang sama dengan bahasa yang berbeza, "Kami tolak kilang pemprosesan nadir bumi Lynas!"

Demikianlah mesej yang cuba disampaikan dengan satu klip video berjudul "STOP LYNAS SAVE MALAYSIA (International Version)", selama 4 minit 48 saat, dimuatnaik ke laman Youtube, semalam. Klip video ini diterbitkan atas inisiatif sekumpulan sukarelawan, termasuk Koh Wee Sun, Nicole Wong, Patrick Goh, Low Wawa, Weesiang Ng, James Cheng dan Joyce Ng, dengan muzik yang digubal oleh Hao Wei.

Klip video tersebut bertujuan untuk menyatakan satu mesej solidariti kepada penduduk Kuantan, "Saya seketul batu yang kecil, hilang begitu saja jika dibaling ke dalam air. Namun, jika ribuan riak air ditimbulkan, maka ia bakal mencetuskan gelombang, yang berakhir dengan tsunami untuk menghanyutkan segala yang buruk."

Dalam klip video tersebut, penduduk bandar yang berbeza dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, China, Hungary, Indonesia, Korea dan sebagainya, mengangkat poster "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia", dengan latar belakang yang berbeza, mereka menyatakan satu hasrat yang sama.

Menurut Koh Wee Sun, idea penerbitan klip ini bermula apabila Nicole Wong yang menuntut di Amerika Syarikat mengetahui isu pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Kuantan. Nicole berharap dirinya mampu melakukan sesuatu. Kemudian usaha ini disokong Low Wawa yang menuntut di Taiwan, yang bertanggungjawab untuk menyunting klip tersebut.

Koh Wee Sun berkata, "Menjelaskan kepada penduduk di 54 bandar dari 30 negara, kemudian memujuk mereka untuk menyokong kami, dengan tegas menyatakan di depan kamera, 'Kami menolak Lynas'... Dengan sendirinya adalah satu projek yang besar! Dan proses ini diulangi sebanyak 54 kali! "

Selepas beberapa kali perbincangan hingga larut malam, dan suntingan sebanyak empat kali, Koh Wee Sun bagi pihak Nicole Wong dan Low Wawa menyatakan harapan mereka, bahawa klip video, dengan penduduk dari 54 bandar di rata-rata dunia, sedang berkata kepada rakyat Malaysia, "Anda tidak bersendirian."

Selain itu, Koh Wee Sun (gambar kanan) memaklumkan bahawa dua lagi klip video akan dimuatnaik, dengan salah satu daripadanya diterbitkan oleh Patrick Goh, yang dirakam di kalangan rakyat jelata Malaysia. Satu lagi klip video bakal merakamkan seruan daripada tokoh-tokoh seperti A. Samad Said, S.Ambiga, Wong Chin Huat, pemimpin mahasiswa Adam Adli, pelakon tempatan Mislina Mustaffa, penari Hilyati Ramli, artis Hariry Jalil, ahli politik seperti Lim Guan Eng, Nurul Izzah dan lain-lain lagi.

Baca: Golongan ibu kini tampil menyokong BERSIH 3.0

*Tulisan ini disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

MUNAJAT RAKYAT 070412 MOHD SABU Benarkah Lim Guan Eng Anti Islam



PROFESOR KANGKONG AKA KONGKANG MEMANG MEMALUKAN.DULU TAK BERKAWAN DENGAN ORANG...TU A LA PASAI...


SHAH ALAM, 12 APR: Ahli Akademik yang gemar mengampu pemerintah dan tidak bercakap benar dibidas, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Menurut Anwar, ahli akademik tersebut lebih layak digelar ‘profesor kangkung’ kerana hanya mengikut rentak parti pemerintah dan menolak hakikat sebenar.

“Dulu dia kata gunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk menyelamatkan negara.

“Kalau tanya, ISA sahaja yang mampu menyelamatkan orang Melayu, tetapi sekarang ISA dah nak dihapuskan, dia kata inilah keputusan yang paling bijak dalam sejarah.

“Ini profesor kangkung. Tiga bulan lalu tanya pasal ISA, dia kata, kalau tidak kerana ISA tidak ada keamanan dalam negara ini, kalau tidak kerana ISA tidak ada harapan Melayu ‘survive’.

“Selepas tiga bulan tanya dia semula, tuan profesor, apa pendapat prof dengan pengumuman Datuk Seri Najib untuk batalkan ISA.

“Nanti dia jawab, ya, inilah keputusan yang akan menyelamatkan orang Melayu,” sindir Ketua Pembangkang itu ketika menyampaikan ucapan dalam program dialog Wacana Politik: Pendidikan Percuma; Apakah Sekadar Mimpi?

Anwar turut memberitahu kewujudan golongan pensyarah seperti ini di institusi pendidikan tinggi negara hanya menyebabkan sesuatu universiti itu gagal melahirkan mahasiswa yang berkualiti.

Selain itu, Anwar turut mengecam pemimpin politik yang mengongkong para cendiakawan dari menyuarakan kebenaran berdasarkan ilmu yang menjadi kepakaran mereka.

Sebelum ini, pensyarah, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang dianggap pakar perlembagaan dikenakan tekanan Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dan menyebabkan beliau bersara awal.

Dr Aziz sebelum ini kerap melontarkan pandangan akademik yang merugikan pihak kerajaan.

Wacana yang turut menampilkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Nizar Jamaluddin, Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari dan beberapa pemimpin gerakan mahasiswa itu telah diadakan di Seksyen 7, Shah Alam malam tadi.

KAUM IBU TURUT SERTA

Mungkin anda perlu membuang imej stereotype terhadap ibu, seandainya menganggap golongan bergelar "mama" ini hanya mengambil berat hal susu dan kain lampin anak-anak. Golongan ibu yang berpenat-lelah membesarkan anak-anaknya, kini sedar bahawa masa depan anak-anaknya hanya terjamin dengan sistem dan proses pilihan raya yang adil dan bersih.

Justeru itu, sekumpulan ibu telah melancarkan satu deklarasi "mamas@BERSIH3.0" berjudul "Pilihan raya yang bersih demi masa depan anak-anak", menyeru agar ibu-ibu menurunkan tandatangan secara online, sebagai langkah menyatakan sokongan terhadap lapan tuntutan BERSIH 3.0.

Petisen ini bermula dari jam 9 pagi pada 11 April 2012, sehingga jam 9 pagi pada 24 April 2012. Mereka menyasarkan matlamat 10 ribu orang dalam tempoh 14 hari, dan kini telah meraih sokongan lebih 500 orang setakat ini, dengan sebahagian besar ibu dari Selangor dan Johor.

Yang berikut adalah teks deklarasi "mamas@BERSIH3.0" yang diterjemah dari teks asalnya dalam bahasa Cina.

Kami, ibu-ibu dari seluruh negara, mengambil keputusan untuk tampil ke depan, menyatakan sokongan terhadap "Duduk Bantah" BERSIH 3.0 dengan tindakan kami. Maka dengan ini, kami menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Najib Razak melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya sebelum PRU akan datang.

Wanita yang memainkan peranan sebagai ibu dalam masyarakat tradisional, meskipun tidak terlalu ambil berat terhadap politik, namun tetap menyedari bahawa politik mendatangkan kesan yang mendalam terhadap setiap keluarga dan masa depan anak-anak. Kesan ekonomi negara meluas. Inflasi yang melambung menyusutkan nilai wang dalam poket kita. Negara kita semakin hari semakin terdesak ke pinggiran muflis, dengan pembaziran, urus tadbir yang tidak baik, rasuah dan penyelewengan. Anak-anak dan ibu bapa kehilangan kebebasan untuk memilih dan peluang yang saksama, lantaran daripada dasar pendidikan yang gagal. Rakyat jelata terus didiskriminasi dan dipinggirkan kerana kerenah "Little Napoleon" dalam jabatan kerajaan. Masalah pengangkutan dan keselamatan kekal tidak diselesaikan berdekad-dekad.

Jelas, politik mempengaruhi setiap detik dalam hidup keluarga kami.

Sering kali kami berasa bimbang, apakah kami terdaya untuk menampung kos pendidikan tinggi anak kami pada masa depan? Kami sering tertanya-tertanya, mengapa sekumpulan anak-anak kami berdepan dengan masalah kekurangan guru dan infrastruktur di sekolah, dan sekumpulan anak-anak kami pula perlu bangun di awal pagi untuk mengharungi kesesakan jalan raya sebelum sampai ke sekolah?

Sering kali kami tertanya-tanya, mengapa tenaga polis kita dibazirkan untuk menekan dan memantau rakyat, sebaliknya bukan untuk menangkap penjenayah, agar anak-anak kita keluar pintu dengan gembira, dan pulang ke rumah dengan selamat? Masalah-masalah yang timbul di atas lantaran politik ini paling dirasai ibu-ibu. Namun demikian, pada kebanyakan masanya, apa yang mampu kami lakukan sungguh terbatas, selain risau dan bimbang.

Berdepan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kami sekadar mampu mengeluh kerana sumber disalahgunakan. Seringkali kami hanya mampu mengeluh, dengan pasrah membiarkan benda-benda yang tidak masuk akal berlaku di depan mata kita.

Undi menjadi harapan kami ketika berdepan dengan masa hadapan negara. Sebagai ibu, apa yang kami harapkan adalah, kami dapat menjadi tuan kepada negara ini, memperjuangkan masa depan anak-anak yang lebih baik dengan undi dalam tangan kami. Namun, apabila kami mendapati daftar pemilih dimanipulasikan, media dikongkong, undi dirasuah, sehingga undi dalam tangan kita gagal membayangkan apa yang terpendam dalam hati kami secara berkesan, kami berasa amat marah.

Sebagai pengemudi masa depan anak, kami tidak menerima sistem dan proses pilihan raya yang sarat dengan penyelewengan. Bayangkan, bagaimana masa depan anak-anak kami boleh terjamin oleh kerajaaan yang bukan lahir dari pilihan raya yang adil dan bersih?

Kami tetap menganggap, kami tidak boleh meninggalkan kebobrokan generasi kami kepada generasi yang akan datang, kerana ia tidak adil untuk anak-anak kami. Kami, sebagai ibu, harus tampil untuk menyatakan pendirian kami, menyokong reformasi proses pilihan raya yang dituntut BERSIH 3.0. Kami harus menyempurnakan penambahbaikan proses pilihan raya dalam generasi kami. Tiada kesabaran untuk kami menunggu 5 atau 10 tahun lagi. Kami tidak mahu pengundi hantu. Kami hanya mahu pilihan raya yang bersih dan adil.

Kami menuntut SPR dan kerajaan Najib berjanji untuk melaksanakan sepenuhnya LAPAN tuntutan BERSIH sebelum PRU akan datang:

1. Bersihkan senarai undi;
2. Mereformasikan undi pos;
3. Gunakan dakwat kekal;
4. Masa kempen minima 21 hari;
5. Akses media yang bebas dan adil;
6. Kukuhkan institusi awam;
7. Hentikan rasuah dan
8. Hentikan politik kotor

Pada masa yang sama kami meminta kerajaan Najib mengundang badan pemantau antarabangsa untuk memantau pilihan raya umum Malaysia, untuk menambah kredibiliti dan memastikan keabsahan kerajaan pada penggal akan datang. Seandainya Burma mampu mengundang pemerhati antarabangsa, kami yakin Malaysia semestinya mampu berbuat demikian.

Akhirnya, sekali lagi kami menyeru semua ibu Malaysia untuk berhimpun di Dataran Merdeka atau lokasi di mana-mana pelusuk negara ini, untuk menyatakan tekad kami terhadap reformasi pilihan raya dengan tindakan kami.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

AMK desak Najib nafi pendedahan media antarabangsa

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menarik perhatian massa ke atas satu artikel nukilan John Berthesen, "Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal" seperti yang disiarkan di laman web Asia Sentinel pada 5 April 2012.

Artikel tersebut yang turut mengupas mengenai peranan mendiang Altantuya Shariibuu dalam transaksi berkenaan sehingga membawa kepada pembunuhan beliau, turut mendedahkan beberapa fakta kontrovesial di sebalik transaksi pembelian kapal selam Scorpene. Antara lain artikel tersebut turut melontarkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara dalam transaksi berkenaan. Ini sekaligus memalitkan imej Perdana Menteri, Najib Razak yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

Dalam transaksi yang bernilai US$1.2 billion tersebut, fakta didedahkan melalui proses penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144 juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda, berakhir di "poket Najib".

Syarikat Terasasi ini yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong turut dikendalikan oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda.

Pendedahan ini jelas menggemparkan, di saat fakta-fakta seumpama ini digelapkan di dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang kredibel.

Ditambah dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr.Shaaribuu Setev (gambar atas) bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak Baginda dan Najib, seolah-olah menggambarkan bahawa keterlibatan Najib di dalam skandal ini sudah tidak boleh diragui lagi.

Malah, AMK melihat ini merupakan satu tamparan kepada Najib dalam keadaan beliau telahpun bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada Ogos 2008 sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sedang dijalankan.

Fakta-fakta yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Justeru, AMK mencabar Najib untuk membuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata.

Sebarang dolak dalih yang bakal beliau berikan bersabit hal ini, hanya memburukkan lagi imej beliau di sebalik penafian dan sumpah yang telah beliau lakukan sebelum ini. Dan adalah malang bagi Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang hanya mampu membuat penafian tanpa sebarang susulan fakta.

*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar kiri) selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Umno: Dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putera

Umno: Dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putera — Sakmongkol AK47

April 11, 2012

11 APRIL — Pada 7 April, saya berjumpa dengan Oracle Syed Putera atau dalam bahasa Melayu kita boleh sebut sebagai Pendita dari Syed Putera.

Kali ini nasib saya baik. Saya di jemput masuk untuk berjumpa bukan sahaja dengan Sang Pendita Syed Putera tapi juga dengan tokoh halimunan, Tun Daim Zainudin.

Dahulu di pinggirkan oleh Umno, sekarang di cari cari untuk memberi jampi serapah penguat semangat.

Tun Daim jadi macam bomoh besar menggantikan swami ji atau bomoh dari Indonesia yang selalu di rujuk oleh pimpinan tertingi Umno.

Bomoh tak bomoh, macam mana ya, Najib sang general tanpa soldadu. Soldadu nya soldadu upahan, pengikut nya, pengikut bayaran.

Wah, memang nasib saya baik pada hari itu. malam nanti, saya akan berceramah di markas Tarbiyyah PAS , Taman Melewar. Ada modal mahu cakap.

Sang Pendita: You boleh tanya direct segala kemusykilan dari Tun sendiri. Dia baru pulang dari Tokyo. He went there after memberi temu ramah Utusan Meracau dan beberapa akhbar Cina yang lain. Isnin ini Tun akan ke Afrika untuk suatu tempoh yang agak panjang. Tun kata dia mahu jumpa Sakmongkol yang sudah masuk DAP itu. Kami semua ketawa.

Sakmongkol: Saya tukar wadah Tun, bukan tukar aqidah. Orang Umno hari ini, kalau agama boleh mereka jual, sudah lama mereka lakukan. Tanah, bangunan, saham, akhirnya lembu pun mereka balun.

Funny Tun that you are going to Africa. Our country is becoming what Africa was 30 years ago. Kita ada menteri bawak lari orang dan puukul setengah mati.

Kita ada anak menteri dulu di kata menembak seorang rakan dan kini suruh bodyguard pukul orang. Tanpa membuang masa saya pun bertanya dari Tun kontradiksi antara memberi markah A++ kepada Najib dan pandangan yang selalu disampaikan kepada saya melalui Sang Pendita bahawa Najib has lost the plot on how to run the country.

TDZ: Tidak ada kontradiksi. No contradiction. He got A++ dari segi membuat pengumuman berentetan pengumuman. Dia sudah perfect the art of doing everything and accomplishing nothing. You ke yang kata, much thunder, no rain? My take is BN is comfortable with Johore, Pahang and Melaka sahaja, ulangi Tun.

Sakmongkol: Tapi Johor is in trouble too, Tun. Ghani has intimated to some Umno confidantes that he fears that up to 9 parliamentary seats will be lost. And up to 16 DUN seats are going to the other side. Ong Kar Ting pun ada menggalakkan orang kuat DAP bertanding di Kulai, sure menang kata nya. Ini bereti Ong Ka Ting pun tidak yakin dia boleh mengekalkan kerusi parlimen nya.

Tun Daim kelihatan terkejut dengan pemakluman saya.

TDZ: Hmm, Ghani didepan kita kata semua ok. Tapi saya ingat mungkin ada kebenaran jugak, the seats now held by MCA are good as gone. Areas with a sizeable number of Chinese voters are also in danger. In Segamat unless BN can create another flood like the last time, the seat will also be yilek. No floods means, BN boats cannot carry only BN voters and also cannot begin counting votes on military and police lorries.

Sakmongkol: Biasalah lah Tun kata saya. Orang Umno ingat Allah pun ahli Umno. Sebab itu mereka yakin Tuhan hanya mendengar doa mereka. Doa rakyat yang sengsara lagi mujarab Tun.

Dan saya dengar doa mereka ialah supaya BN bungkus kali ini dan Umno jadi parti pembangkang. Saya pun Tun, mahu bantu najib untuk kalah supaya dengan kekalahan Umno, bolehlah dia lakukan transformasi yang di laung laungkan.

You know, all the rats will desert the sinking ship. Unfortunately, Tun, Najib says he is a driver and not a ship’s captain. Most likely he will also jump ship.

Sampai sini dahulu perbualan saya dengan Tun Daim. Lain kali kita sambung.

Mari kita bincang mengenai pembohongan pimpinan Umno. Kita fikirkan pandangan seorang lagi Pendita — the original Pendita bangsa Melayu — Zaaba.

Dalam tahun 1927, iaitu pada 16 haribulan bulan Mac dalam majallah Al Ikhwan, pendita pertama Melayu iaitu Zaaba menulis tentang sebab musabab Melayu bernasib malang.

Adat kebiasaan dan keadaan hidup yang dasyat yang telah di tanggung oleh datuk nenek mereka pada zaman sebelum kedatangan British, dan oleh sebab adat kebiasaan yang telah jadi pusaka itulah hingga perkataan pun tiada kita dapati dalam bahasa Melayu bagi menamai kebanyakan daripada sifat-sifat kemuliaan perangai. Apa makusd Zaaba?

Maksud Pendita Zaaba ialah orang Melayu tidak ada sifat kemuliaan perangai yang menjadikan mereka bangsa yang robust dan rugged dan mempunyai minda tangkas untuk memajukan diri. Atau dalam bahasa yang mudah, orang Melayu mewarisi perangai captive mind atau jiwa hamba.

Dan pada bulan April 1927 dalam Majallah Al Ikhwan Pendita Zaaba menyambung menulis… dan ini yang menjadikan mereka waris kepada beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah menjadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala itu, beratus ratus tahun lama nya mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah-pemerintah yang pada zaman dahulu itu, iaitu pemerintah-pemerintah dari bangsa mereka sendiri…

Saya macam ingat Zaaba menulis mengenai parti Umno yang mahu mengembalikan orang Melayu ke zaman dulu kala dimana orang Melayu kena picit, perah dan ramas dan mengabidkan fikiran orang Melayu. Inilah sifat dan perangai rendah Umno.

Inilah yang di lakukan oleh Umno hari ini yang tersangat cemas dan ketakutan, mengembalikan orang Melayu kepada zaman gelap dengan cerita cerita seram mengenai ancaman terhadap mereka.

Inilah pembohongan besar Umno keatas orang Melayu yang bertujuan untuk memicit, meramas dan memerah jiwa orang Melayu supaya orang Melayu terus di perabdikan.

Kita jangan sekali kali lupa bahawa Najib, is at heart a feudal person. His objective is to keep the Malays in servitude under Umno hegemony. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

DULU HANGPA YANG SOKONG..LA NI HANGPA YANG MARAH....SOKONG LAGI...

APA DISEBALIK PERJANJIAN SCORPENE

Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONESiasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.

Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.

Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.

Razak Baginda - bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu - disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.

BANYAK BAS SAMBUT NAJIB






BERSIH 3.0 ADALAH IBU SEGALA PERHIMPUNAN





Gabungan
Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) akan meneruskan himpunan awam bagi menuntut proses pilihan raya bersih dan adil di negara ini. Himpunan itu dijangka diadakan pada 28 April ini venuenya di Dataran Merdeka, waktunya jam 2:00 petang. Tarikh itu juga khabarnya serta dengan Himpunan Hijau 3.

Ada sedikit kelainan dalam himpunan Bersih 3;0 bertema Duduk dan Bantah kali ini di mana tiada perarakan tetapi berhimpun beramai-ramai di Dataran Merdeka. Tidak dapat dipastikan apakah himpunan itu akan membawa kepada himpunan berterusan hingga menjelang tengah malam beberapa hari.

Sasterawan Negara Pak Samad Said akan mengepalai himpunan Bersih 3:0 kali ini. Sebanyak 84 buah Ngo akan bergabung tenaga membuat desakan itu. Samad menjangkakan himpunan itu akan melibatkan 500,000 peserta. Wah kalau ini menjadikan kenyataan negara bakal mencatat sejarah baru dan ia ujian kepada Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh parlimen baru-baru ini.

Sejauh mana akta itu akan berdiri atas prinsip undang-undang ataupun akta Perhimpunan Aman itu bakal menjadi satu sejarah baru pulak.

Bersih menuntut lapan perkara utama dipenuhi oleh kerajaan bagi memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan aman, bersih dan adil sesuai dengan prinsip dan paksi demokrasi.

* Bersihkan senarai undi. *Memreformasikan undi pos. *Guna dakwat kekal. *Akses media bebas dan adil. *Kukuhkan institusi awam. *Hentikan rasuah. *Hentikan politik kotor.

Itulah lapan tuntutan yang dituntut oleh Bersih tetapi ia tampak sukar dan liat untuk dipenuhi oleh kerajaan. Kenapa kerajaan begitu liat untuk memenuhi tuntutan itu? Di sinilah menimbulkan tanda tanya dan tanggapan negatif kenapa ke lapan-lapan subjek itu dikekalkan. Apakah kerana ia memberi keuntungan dan demi kepentingan parti yang memerintah.

Memanglah dari satu sisi himpunan begitu tidak berapa kondusif untuk negara kerana akan memberi persepsi kepada dunia luar bahawa keadaan demokrasi kita berkecamukan. Tanggapan kepada demokrasi memberi gambaran politik kita tidak stabil. Ketidakstabilan poltiik pula menyebabkan wujud implikasi lain, pelabor tidak berapa berminat untuk datang melabor ke negara ini.

Ketiadaan pelabor menyebabkan pendapatan negara berkurangan. Sebagai sebuah negara sedang membangun seperti Malaysia kita memerlukan hubungan dagangan dengan dunia luar. Bantuan pelaboran untuk membuka industri dan menanam modal adalah (subjek) asas untuk negara ini berkembang maju. Dan untuk memanggil mereka ianya memerlukan kestabilan dan keamanan politik selain daripada kredibiliti dan juga ketelusan kerajaan.

Kurangnya penghasilan negara menyebabkan negara miskin dan rakyat susah. Kesusahan rakyat menjadikan negara kita terkebelakangan dan mundur. Kemunduran meletakkan negara kita di corot dapur dunia.

Menyedari rangkaian dan natijah itu semua pihak kena faham. Penganjur Bersih kena sedar dan melihat kesulitan negara jika senario itu berlaku. Kena hitung juga sudah berapa banyak kita membazirkan masa, tenaga dan wang hanya untuk berpolitiking dan menguruskan sesuatu yang remeh dan tidak memberi kelabaan banyak kepada negara dan bangsa.

Begitu juga di sebelah kerajaan juga kena fikir dan mengambil kira apa sebab berlaku tuntutan itu. Tentu ia ada sebab musabab dan faktor menolaknya. Kerajaan yang bijaksana akan mengelak keadaan-keadaan mengacau begini dari berlaku. Dengan terus bersikap dan egois ia tidak mencerminkan sebuah kerajaan yang diplomasi dan toleransi.

Mengikut teori akal tanpa ada motif lain untuk mengatasi isu himpunan dan tuntutan lapan perkara itu sangat mudah diuraikan. Penuhkan tuntutan lapan perkara Bersih itu maka himpunan yang boleh memungkinkan huru-hara berlaku akan senyap. Bersih tidak akan melaung dan bertempik atau duduk sambil mendesak.

Kenapa sulit sangat untuk melayaninya?

Penubuhan PSC untuk membaikpulih dan menambah nilai pilihan raya tidak membawa hasil yang dihajatkan. Apabila tuntutan utama Bersih tidak dilayan menyebabkan PSC itu seolah-olah dijadikan gula-gula untuk memujuk rakyat. Kelulusan laporan oleh PSC tanpa dibahas di parlimen membuktikan bahawa tiada persepakatan bersama di antara kerajaan dan pembangkang. Cara parlimen handle PSC itu menggambarkan parlimen juga seakan tidak mahu kepada perdamaian politik?

Malahan apa yang berlaku di parlimen sungguh menyesal dan 'mentahi babikan' bila mana Speaker menggunakan sepenuhnya kuasa prerogatifnya untuk menghalau wakil rakyat pembangkang keluar dewan apabila ucapan salah seorang mereka dikira menyentuh dan mencabar speaker.

Speaker tidak sepatutnya menghalau mereka walaupun relatif mereka melakukan kesalahan, apa lagi tindakan itu akhirnya hasil yang dirunding dan dipersetujui bersama dalam PSC itu tidak diterima secara konrit dan semua pihak. Sepatut speaker Pendikar Amin Mulia dapat menahan kan diri dan tidak merasa tercabar dengan sindiran Mohamad Azmin Ali.

Seorang speaker bukan saja harus adil dia juga kena sabar dan bijaksana. Jangan kita memikul jawatan itu kerana kelangsungan politik kita dan juga kerana ingin mencari keuntungan dari jawatan itu. Bila anda berada di kerusi emas speaker anda menjaga kepentingan negara dan bukan menjaga kepentingan mana-mana pihak.

Tindakan Bersih kali ini lebih relevan dan tanggung kerana mereka dipermainkan menerusi PSC itu. Mereka diajak berunding bersetuju kemudian mereka dikencing. Lebih baik dari awal lagi PSC itu tidak ditubuhkan sebaliknya kerajaan harus bersedia untuk berhadapan dengan Bersih. Untuk itu polis siapkan lapangan, mungkin seperti Bukit Jalil untuk dijadikan penjara sementara untuk mengurung para ahli himpunan. Tender untuk menyediakan air dan minuman juga boleh dilakukan. Kontraktor kelas F berjiwa Umno masih ramai yang belum dapat projek tender itu boleh diberikan kepada mereka.

Atas kepentingan itu, kerana itu saya kira Bersih 3.0 adalah kemuncak kepada segala himpunan di negara ini. Kalau Bersih 1.0 berjaya menghimpunkan seramai 65,000 Bersih 2.0 seramai 30,000 mungkin Bersih 3.0 ini akan mencecah angka 100,000. Seandainya apa dihajati Pak Samad itu menjadi kenyataan , berpakat duduk dan bantah di Dataran Merdeka mungkin Merdeka Spring akan berlaku.

Kalau ini berlaku (minta dijauhkan) kerajaan (UBN) perlu bertanggungjawab kerana mereka telah mengheret rakyat ke tahap jihad untuk menentang kerajaan.

Khir Toyo: Lagi tangguh PRU, lagi banyak perhimpunan BERSIH

Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo meramalkan tarikh pilihan raya umum ke-13 pada Jun 2012, meskipun perkembangan terbaru menyaksikan perhimpunan BERSIH 3.0 (bersama Himpunan Hijau 3.0) pada 28 April bakal memberi impak yang besar kepada UMNO-Barisan Nasional.

"Himpunan BERSIH ni, kalau you tangguh (PRU 13), lebih banyak lagi himpunan BERSIH yang ada. The more himpunan akan ada," kata Khir Toyo (gambar kanan). Malah, Khir Toyo berkongsi bacaannya bagaimana perhimpunan BERSIH dijadikan strategi Pakatan Rakyat untuk mengerah sokongan massa.

"Pertama, mereka mengundang Ambiga (Sreenevasan) untuk memimpin BERSIH, untuk menarik sokongan golongan profesional. (Ambiga ialah) Bekas Presiden Majlis Peguam. Sekarang mereka guna A.Samad Said, untuk dapatkan sokongan cendekiawan. Phd, profesor semua hormat dia (A.Samad Said). Kalau pilihan raya lewat diadakan, dia akan adakan BERSIH 4. Akan diketuai pemimpin mahasiswa. Generasi muda," menurutnya.

Khir Toyo berkata sedemikian dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di pejabatnya, semalam. Beliau mendakwa setakat ini segala-galanya berjalan dengan baik, misalnya Perdana Menteri Najib Razak membuat keputusan yang baik untuk mengawal harga minyak, jikalau dibandingkan dengan kekecohan yang disaksikan di Indonesia apabila harga minyak naik. Ketika ditanya bahawa banyak isu dan masalah yang belum selesai setakat ini, lantas beliau jawab, "Isu tak akan selesai."

Apabila ditanya mengenai isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dilihat memberi tekanan yang amat besar terhadap UMNO, sehingga Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan menterinya, Khir Toyo sekadar berkata, "(Kes ini) Sudah diambil tindakan..."

Beliau memperingatkan, apapun yang dilakukan, tidak ada kerajaan yang sempurna. Malah Khir Toyo umpamakan kerajaan dengan suami dan isteri, mempersoalkan apakah wujudnya suami atau isteri yang sempurna? Lebih-lebih lagi, ketidaksempurnaan pasangan anda akan tertonjol selepas berkahwin, katanya.

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 menyaksikan lautan manusia mencecah lebih 50 ribu orang. Cara polis dan FRU menyuraikan perhimpunan tersebut telah mengundang kritikan, malah dikatakan menjejaskan persepsi rakyat terhadap kerajaan, sehingga populariti Najib Razak selaku PM merudum kepada 59%, berbanding 72% dalam tinjauan sebelum itu. Umum melihat kerajaan Najib mengambil masa untuk memperbaiki imejnya yang tercalar lantaran perhimpunan BERSIH 2.0.

Parlimen perlu dibubarkan sebelum akhir April 2013, dan UMNO bakal mengadakan pemilihan partinya sebelum Mac 2013. Justeru itu, PRU 13 dijangka berlangsung sebelum Mac 2013. September 2012 menjadi tarikh yang hangat dibincangkan sekarang, menggantikan Jun 2012 yang diramalkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Khir Toyo tetap meramalkan Jun 2012. Beliau mendakwa dirinya sempat berjumpa dengan Najib baru-baru ini, dan ketika ditanya sama ada isyarat diberikan oleh Najib mengenai tarikh pilihan raya, Khir menjawab, "Melihat kepada cara beliau (Najib) bekerja, dan bagaimana Tan Sri Muhyiddin kerja sekarang, dan kesemua parti komponen BN, saya rasa sekitar Jun."

UMNO yang tentukan, bukan Daim

Khir Toyo mengakui bahawa cabaran paling besar buat UMNO-BN kini adalah undi dari bukan Melayu dan golongan pemuda. Mengimbas PRU 12, beliau mendakwa bahawa BN hanya kehilangan 2% hingga 5% undi Melayu, tetapi undi bukan Melayu hilang lebih 70%. Hampir semua kerusi bandar hilang, melainkan Pandan (kerusi parlimen) yang dipertahankan BN di Selangor.

Menurutnya, golongan berumur 50 tahun ke atas telah membuat keputusan parti mana yang ingin diundi; sementara golongan berusia 30 tahun ke bawah tidak kisah sama ada kerajaan ditukar atau tidak. Golongan berusia antara 30 hingga 50 tahun inilah yang masih belum membuat keputusan, dan golongan ini jugalah cabaran terbesar buat BN. Meskipun memuji pimpinan Najib sama ada di peringkat negeri mahupun negara, namun pemerhatian Khir Toyo turut mendapati, orang ramai yang hadir ke majlis Najib kebanyakannya berusia 50 tahun ke atas, sama ada di Puchong, Shah Alam, Hulu Selangor dan sebagainya.

Khir Toyo berkata, polisi Najib misalnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan pemberian tunai RM500 kepada keluarga yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah memberi kesan yang besar. Sungguhpun demikian, Khir Toyo menganggap Najib mungkin akan mengumumkan sesuatu, yang menyasarkan pengundi bandar sebelum PRU 13.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin ketika ditemuramah Sin Chew Daily, berkata seandainya Najib kehilangan lebih kerusi dalam PRU 13 berbanding PRU 12, maka beliau terpaksa berundur dari jawatannya. Apabila kenyataan ini diajukan kepada Khir Toyo, ditambah dengan andaian jika BN bawah pimpinan Najib gagal menawan semula Selangor, apakah Najib perlu berundur?

Khir Toyo bagaimanapun cuba elak menyatakan pendirian dengan "enggan membuat andaian keputusan PRU 13", tetapi berkata perhimpunan agong UMNO akan datang yang bakal menentukan sama ada Najib perlu berundur atau tidak, bukan Daim Zainuddin.

Belum menonjolkan, bukan gagal menonjolkan

Dalam satu wawancara bersama Malaysian Insider sebelum ini, Khir Toyo mendakwa bahawa BN tidak memiliki calon Menteri Besar yang sesuai untuk mencabar Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat. Namun, dalam wawancara bersama MerdekaReview pada 5 April, beliau memperbetulkan kenyataannya, bahawa setakat ini BN "tidak tonjolkan" calon MB, bukan tiada.

Beliau bagaimanapun menyerah kepada Pengerusi UMNO di Selangor, Najib (gambar kiri) untuk memutuskan calon mana yang ingin ditonjolkan sebagai MB Selangor dalam PRU 13. Wartawan cuba memetik kritikan BN terhadap Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan, iaitu tiada "kabinet bayangan" ditampilkan, sebagai bukti PR belum bersedia memerintah. Dengan logik yang sama, apakah ia juga menunjukkan BN belum bersedia menawan Selangor?

"Saya ingat sebelum pilihan raya, mungkin dalam masa pilihan raya, mungkin dia tonjolkan..." jawabnya.

Wartawan menyusul dengan soalan sama ada dirinya bakal bertanding dalam PRU 13? Beliau menjawab, "Saya ingat saya kena clear case saya dulu. I nak clearkan myself dulu. Even though I have right bertanding...saya masih dalam keadaan boleh merayu dua mahkamah. Tapi saya tak nak libatkan parti. Saya ingat nak bersihkan diri saya dulu. I concentrate my court case."

Dengan kata lain, Khir Toyo tidak akan menyarung jersi dalam PRU 13? "Ya, kalau lambat lagi court case. Court case saya lambat..." Beliau berkata dirinya tidak akan bertanding sehingga kesnya dibersihkan, meskipun dicalonkan Bahagian Sungai Besar. Khir Toyo, dijatuhkan hukuman penjara setahun pada Disember 2011, bagi kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zaharah Kechik dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Kembali selepas kes dibersihkan?


Khir Toyo, 47, menyandang jawatan Menteri Besar pada Ogos 2000 pada usia 35 tahun, menggantikan Abu Hassan Omar. BN kehilangan kuasa di negeri Selangor pada 8 Mac 2008, dan Khir Toyo menyandang jawatan Ketua Pembangkang dalam DUN Selangor selepas itu. Beliau meletak jawatan Ketua Pembangkang setelah dirinya diheret ke mahkamah berhubung kes di atas.

Apakah beliau akan kembali ke persada politik seandainya berjaya membersihkan kes dirinya? Beliau pada mulanya memberi jawapan "bergantung kepada Dato Seri Najib," sebelum didesak untuk menyatakan hasrat dirinya untuk kekal "aktif dalam UMNO", sambil menambah, "tapi saya tak nak jadi Menteri Besar lagi". Khir Toyo mengambil kesempatan untuk menyiku Pakatan Rakyat, bahawa kerosakan yang sangat ketara telah dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat, termasuk PKNS, UNISEL, KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) dan sebagainya.

Apabila ditanya apakah beliau berhasrat kembali ke persada politik untuk menyandang jawatan Menteri di peringkat pusat, beliau hanya senyum dan menjawab, "Saya nak jadi pemimpin UMNO biasa...untuk perkasa UMNO." (Bahagian pertama, disambung)

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. Wawancara ini dijalankan bersama Chan Wei See, Ketua Pengarang MerdekaReview pada 5 April 2012, di pejabat Khir Toyo.

Teluk Rubiah: Nizar cabar Zambry klasifikasi dokumen

Nizar Jamaluddin


Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah.

Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE. Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini.

Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat.

Hal tersebut hanya di peringkat permulaan sahaja. Laporan-laporan daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan dibincangkan, dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu:

1. TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah
2. Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI)
3. Jabatan Perikanan dan Marin
4. Pejabat Tanah dan Galian
5. Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut
6. Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri :

Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan. Syarikat tersebut berhutang dengan kerajaan negeri lebih RM20 juta untuk cukai pintu. Ia juga mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai institusi kewangan melebihi RM200 juta. Oleh yang demikian, kita ada beberapa pertanyaan.

Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang luar biasa cantiknya. Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan dengan kebajikan rakyat.

Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan penjelasan menyeluruh tentang hal ini.

Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh mereka.

Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan penukaran tanahnya.

Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO, tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali menjadi kerajaan.

Zambry (gambar kiri) tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai. Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang berikut:

1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE
2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut
3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE
4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE

Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal di atas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional.

Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula demokrasi kepada negara kita.

*Kenyataan media oleh Nizar Jamaluddin (gambar kanan) selaku bekas Menteri Besar Perak, kini ahli parlimen Bukit Gantang.

PR tak puas hati JK Parlimen perbaharui pilihan raya




Penyata minoriti Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya

1.0 Pendahuluan

Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai Dr.Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah tiga undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala enam undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor dan Wangsa Maju). Adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa sepanjang perjalanan dan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, ahli jawatankuasa dari Pakatan Rakyat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas mereka.

Penyata Minoriti adalah penting untuk memberikan ruang kepada suara minoriti dalam Jawatankuasa melaporkan pandangan dan cadangan mereka yang tidak dipersetujui oleh majoriti dalam Jawatankuasa. Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti dalam sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas wajib direkod dan dilaporkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa.

Tujuan tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa tersebut mencadangkan Penyata Minoriti ialah kerana kami berpendapat perkara yang paling asas dan penting dalam soal penambahbaikan sistem pilihanraya iaitu memastikan Daftar Pemilih yang bersih dan telus masih belum mendapat perhatian yang sepatutnya dan tindakan yang serius daripada pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR). SPR gagal memberikan komitmen yang penuh untuk memastikan segala kepincangan dalam Daftar Pemilih akan diatasi dan menjamin satu Daftar Pemilih yang bersih yang bakal digunakan pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

2.0 Isu-isu berkenaan Daftar Pemilih yang gagal ditangani oleh SPR

2.1 Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen

Di antara bulan Mac 2008 dan suku ketiga 2011, SPR telah memindahkan seramai 31,294 pemilih keluar dari kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen dimana mereka mengundi pada PRU ke-12 tanpa keizinan mereka. Alasan yang diberikan oleh SPR ialah mereka menjalankan proses memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya ke kawasan yang sepatutnya. SPR menggunakan peruntukan undang-undang di dalam seksyen 7 Akta Pilihan Raya iaitu memperbetulkan kawasan daerah mengundi dan lokaliti di dalam aktiviti belah bahagi untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang iaitu memindahkan pengundi tanpa izin mereka dan memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa melalui persetujuan Parlimen.

Prinsip Belah Bahagi di bawah tajuk Sempadan Pilihanraya jelas menyatakan:

"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH sama sekali melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk mencantumkan dua daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan dua bahagian Pilihan Raya yang berlainan."

Aduan rasmi daripada Ahli Parlimen Subang kepada SPR berhubung isu tersebut yang melibatkan kawasan Parlimen Subang adalah dilampirkan dalam Apendiks 1.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan serta-merta untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.2 Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR

Pada penghujung tahun 2011, SPR telah mempamerkan 42,000 nama pengundi ragu yang dikatakan status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh JabatanPendaftaran Negara. Proses pameran tersebut telah tamat beberapa bulanyang lepas namun sehingga kini, SPR gagal membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.3 Nama pengundi yang melebihi 100 tahun

Dalam Daftar Pemilih Induk SPR, terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas dan lebih 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun! Terdapat 19 nama pengundi yang lahir sebelum tahun 1900. Walaupun kebanyakan pengundi yang berumur 85 ke atas dipercayai masih hidup namun pengundi-pengundi yang melebihi 100 tahun adalah sangat diragui.

Contoh seorang pengundi yang lahir pada tahun 1853 (berumur 159 tahun sekarang) adalah dilampirkan dalam Apendiks 2.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari.

2.4 Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina

Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor genap (yang sepatutnya untuk wanita) didaftarkan sebagai pengundi lelaki. Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor ganjil (yang sepatutnya untuk lelaki) didaftarkan sebagai pengundi perempuan.

Contoh-contoh kes tersebut adalah dilampirkan dalam Apendiks 3.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.5 Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos

Satu kajian bebas ke atas Daftar Pemilih mendapati bahawa terdapat lebih kurang 4,500 nama isteri kepada anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Isteri kepada anggota polis sepatutnya tidak layak menjadi pengundi pos. SPR telah memaklumkan kategori anggota keselamatan yang layak menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan mereka serta anggota polis sahaja.

Contoh senarai isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos adalah dilampirkan di Apendiks 4.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

3.0 Rumusan

Makanya keputusan kami untuk tidak memperakui Laporan Akhir Jawatankuasa sebagai laporan yang konklusif serta menekankan keperluan dibentangkan bersama penyata minoriti adalah kerana kegagalan SPR sehingga kini untuk bertindak sesuai dengan mandat Perlembagaan demi memastikan perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil. Ma lah sepanjang perjalanan mesyuarat Jawatankuasa, berdasarkan penjelasan yang diberikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, tambah meyakinkan kami bahawa SPR kian hilang kewibawaan menyempurnakan mandat tersebut secara bebas dan adil.

Baca: Catatan seorang ahli dewan: Kecoh tentang laporan minoriti

*Oleh Mohamed Azmin Bin Ali (tengah, Ahli Parlimen Gombak), Loke Siew Fook (kanan, Ahli Parlimen Rasah) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (kiri, Ahli Parlimen Kuala Krai). Dipetik dari Kajian Politik Untuk Perubahan.

Catatan seorang ahli dewan: Kecoh tentang laporan minoriti

Hari ini kecoh dewan sebab pada pukul 3.30 hari ini Tuan Speaker telah menangguhkan sidang sehingga jam 10 pagi keesokannya. Tuan Speaker juga telah membuat keputusan untuk meluluskan laporan Jawatankuasa Penambahbaikan Proses Pilihanraya dalam keadaan kekecohan di dewan petang tadi dan sebelumnya telah mengarahkan tiga Ahli Parlimen untuk keluar dewan dalam keadaan yang penuh kegawatan di Parlimen. Saya boleh angkat topi kepada Tuan Speaker kerana dapat melakukan semua keputusan tersebut dalam masa tak sampai 15 minit. Tapi apakah sebenarnya yang berlaku di dalam dewan sebentar tadi pada saat semua pihak menanti-nanti laporan JK untuk memperbaiki sistem pilihanraya negara kita?

Sebenarnya Dewan telahpun kecoh sebelum berhenti rehat pukul 1 tengahari tadi apabila Speaker telah menolak usul awal dari pembangkang supaya minority report dibentangkan berserta dengan laporan JK kerana ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh anggota JK dari pembangkang yang berpendapat ia tidak menyentuh isu dasar tentang kepincangan SPR dari sudut Daftar Pemilih yang masih tempang. Speaker bertugas sebelum rehat tengahari iaitu Pandikar Amin Mulia (gambar kiri) menolak dengan alasan bahawa telah cukup laporan JK tanpa perlu pembentangan minority report. Apabila Speaker berhujah bahawa tidak ada kes awalan yang membenarkan minority report dibentangkan, di sinilah belengu kekecohan pun terlepas dan bermulalah perbalahan. Ramai dari Ahli Parlimen menghujahkan bahawa ada kes awalan (preceding cases) yang membenarkan laporan minoriti dibentangkan lalu menolak itu sebagai alasan menolak minority report.

Untuk pengetahuan pembaca minority report adalah istilah yang digunakan untuk laporan dari kalangan anggota sesebuah jawatankuasa yang mempunyai pandangan yang berbeza dari pandangan majoriti dalam jawatankuasa tersebut. Ia diperakui sebagai satu laporan untuk merakamkan pandangan yang berbeza dalam sesebuah jawatankuasa.

Namun persoalan yang diperdebatkan ialah adakah perlu dibentangkan dalam mesyuarat penuh? Pastinya laporan minority report itu adalah pandangan anggota pembangkang dalam JK yang menyentuh persoalan daftar pemilih yang masih lagi dipertikaikan dari sudut pembersihan nama dari warga asing yang tidak diselesaikan dan dijelaskan. Tujuan kami meminta untuk dibentangkan ialah supaya pandangan ini dirakamkan untuk diminitkan dalam dewan bahawa kami masih tidak berpuashati dengan laporan JK yang tidak menyelesaikan masalah pokok iaitu Daftar Pemilih.

Hanya waktu rehat sidang telah menyelamatkan keadaan apabila keputusan Speaker waktu itu ialah meneruskan perbahasan ahli tentang laporan JK tersebut tanpa menerima usul laporan minoriti dibentangkan bersama. Semasa sesi bersidang selepas rehat, Ronald Kiandi bertugas. Kebetulan saya sempat menyapa beliau di cafeteria Parlimen dan kami berseloroh tentang bagaimana Pandikar Amin Mulia pagi tadi berada dalam keadaan sukar untuk membuat keputusan, saya memberitahu Ronald Kiandi yang akan ambil alih sesi petang bahawa dia mesti bersiap sedia untuk mengawal keadaan kerana kami belum berpuas hati. Rupanya sapaan saya secara berseloroh terhadap beliau menjadi kenyataan apabila dia turut didesak seperti tengahari tadi untuk membenarkan minority report dibentangkan.

Semasa Ronald Kiandi berada dalam keadaan tertekan itu, Pandikar Amin masuk ke dewan lalu dengan gaya seorang "pendekar" ambil alih tempat Ronald Kiandi untuk mengawal keadaan. Malangnya tindakan "kependekaran" beliau itu hanya memburukkan lagi keadaan apabila Pandikar mengarahkan beberapa Ahli Parlimen keluar dewan. Ketua Pembangkang berdiri untuk menyelamatkan keadaan dengan meminta Speaker supaya tidak menggunakan kuasanya dalam keadaan kekecohan ini hanya kerana ada pandangan dari ahli parlimen yang lain berhujah bahawa keputusan awalnya berlandaskan kepada kes awalan sudah tidak boleh diterima kerana ada kes yang membenarkan minoriti report dibentangkan. Suasana semakin tegang dengan bunyi hiruk pikuk Ahli Parlimen di kedua-belah pihak sehingga kedengaran suara dari pembangkang "Leave the Chair, Leave the Chair!" (semacam menghalau keluar) terhadap Pandikar.

Dalam kekecohan itulah Pandikar terus meluluskan laporan dalam keadaan tidak ada sesiapa pun yang mendengar apa yang diucapkan, hanya bunyi penukul speaker yang kedengaran meminta semua diam. Kekecohan berakhir dengan semua kami keluar dewan dan Ketua Pembangkang bersama pipimpinan PAS dan DAP serta PKR mengadakan sidang media dan semua mata tertumpu kepada Anwar Ibrahim kerana ingin mengetahui apa yang berlaku di dalam dewan tadi. Sememangnya hari ini hari yang bersejarah apabila Speaker yang diarahkan keluar dewan setelah menggunakan kuasanya untuk memerintahkan beberapa ahli keluar hanya kerana menganggap Tuan Speaker tidak melakukan keadilan untuk mendengar pandangan dan hujahan pembangkang supaya minority report dibentangkan.

oleh: Muahid Yusof Rawa

Keengganan Speaker Benarkan Usul Laporan Minoriti Dibahaskan Disifatkan Sebagai Angkuh

KUALA LUMPUR, 3 APR : Tindakan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang enggan memberi ruang kepada MP Pakatan Rakyat bagi membahaskan usul kenyata minoriti PSC disifatkan sebagai angkuh dan tunduk kepada tuntutan Umno-Barisan Nasional (BN) semata-mata.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Speaker enggan mengesahkan kenyata minoriti tersebut kerana ia menjelaskan isu pokok berhubung kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sah.

Menurutnya, Speaker tidak mahu melayan perbahasan tersebut sedangkan beliau (Speaker) mencabar ahli Parlimen Pakatan sebanyak tiga kali untuk mengemukakan amalan berhubung alasan amalan ini.

“Daripada awal sidang, ketiga-tiga ahli jawatankuasa yang mewakili Pakatan Rakyat menegaskan keperluan mengemukakan laporan minoriti.

“Speaker menolak dengan alasan tidak pernah ada amalan dalam negara Komanwel berhubung perkara berkenaan.

“Speaker baca amalan di New Zealand, tetapi dia hanya baca separuh, tidak lengkap. Sedangkan negara-negara seperti Australia, New Zealand, United Kingdom dan Jamaica membenarkan amalan ini.

“Bila beberapa ahli Parlimen bangkitkan isu amalan ini, dia tidak hadir, dia masuk terus gantung (ahli Parlimen),” katanya di dalam sidang media di lobi Parlimen.

Anggota PSC Pakatan pagi tadi memohon satu Laporan Minoriti dimasukkan dalam laporan akhir PSC untuk mengetengahkan lima perkara yang tidak selesai.

Usul itu dikemukakan oleh MP Gombak, Azmin Ali, MP Rasah Loke Siew Fook dan MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Walaubagaimanapun, usul mereka ditolak oleh Pandikar Amin dan apabila tiga MP Pakatan enggan mematuhi arahan beliau, ke-tiga-tiga MP itu diarahkan keluar.

Meraka adalah Azmin, MP Subang, R.Sivarasa dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Speaker dilihat enggan menerima pandangan yang dikemukakan ahli Parlimen Pakatan berhubung amalan tersebut, sedangkan beliau sendiri meminta mereka berbuat demikian.

“Bagi saya, Speaker akan dilihat lebih berjiwa besar sekiranya dia boleh memperbetulkan kesilapan apabila kita telah mengemukakan hujah yang cukup konkrit.”

Mahfuz berkata, ia adalah sesuatu yang memalukan apabila laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) ini diterima dalam keadaan yang jelas membuktikan terdapat banyak lagi kepincangan dalam sistem pilihanraya.

Kenyataan itu turut dipersetujui Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyifatkan kejadian sedemikian rupa adalah insiden paling memalukan dalam sejarah 53 tahun Parlimen di Malaysia.

Menurutnya, Speaker dilihat gagal mengawal dewan sehingga berlaku kekecohan dan huru-hara dalam Parlimen.

“Kejadian yang berlaku hari ini jelas menunjukkan Speaker telah melakukan kesilapan, bersikap berat sebelah dan tidak rela memperbetulkan kesilapan beliau.”

MP Umno-BN Tolak Cadangan Bersihkan Daftar Pemilih

KUALA LUMPUR 03 APR : Gagasan Umno-BN yang menguasai Dewan Rakyat hari ini menolak cadangan untuk memperbetulkan sistem pilihanraya Malaysia dengan membersihkan daftar pemilih dari lebih 50,000 pengundi yang statusnya diragukan.

Majoriti MP Umno-BN juga telah menolak cadangan yang dibawa MP Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk memgembalikan lebih 30,000 pengundi-pengundi yang dipindahkan tanpa pengetahuan mereka ke lokasi mengundi yang asal.




Ini berlaku setelah Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul bagi memasukkan penyata minoriti dari Ahli Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dari Pakatan ke dalam laporan rasmi PSC itu.

Kenyata minoriti itu ditulis tiga ahli panel PSC Untuk Penambahbaikan Pilihanraya dari Pakatan yang tidak puas hati terhadap gerak kerja ahli panel PSC yang terdiri dari MP Umno-BN.

Mereka ialah MP Gombak Azmin Ali, MP Rasah Loke Siew Fook dan MP Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Menurut kenyata minoriti itu, ahli PSC Pakatan berpendapat perkara yang paling asas dalam penambahbaikan pilihanraya, iaitu satu daftar pengundi yang bersih dan telus, masih tidak dapat perhatian yang sepatutnya.

Malah, Pandikar Amin Ahli bertindak mengarahkan Azmin, MP Subang R. Sivarasa dan MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad keluar dari Dewan selepas mereka mempertikaikan keputusan Pandikar Amin untuk menolak kenyata minoriti itu.

Azmin berkata tiada peraturan mesyuarat Parlimen yang menghalang Pandikar Amin untuk memasukkan laporan minoriti ke dalam laporan terakhir PSC tentang penambahbaikan pilihanraya.

Oleh itu kata Azmin, Pandikar Amin tiada sebarang alasan kukuh untuk menolak laporan minoriti itu yang memuatkan cadangan bagi membaiki kelemahan di dalam sistem pilihanraya negara.

“Walaupun di peringkat awal, Speaker telah mengaitkan dengan amalan daripada beberapa buah negara, tetapi kita juga telah mengemukakan beberapa amalan yang telah dilaksanakan, namun pandangan ini diketepikan begitu sahaja.

“Sebagai contoh, saya nak bawa perhatian kepada Parlimen New Zealand. Speaker boleh membenarkan laporan minoriti dimasukkan dalam laporan terakhir PSC. Oleh itu, kalau dikatakan tiada amalan dalam negara Komanwel adalah tidak benar sama sekali,” tegas Azmin di dalam satu sidang akhbar di luar Dewan.

Kenyata minoriti Pakatan antara lain mendesak SPR supaya memindah kembali 31,294 pengundi yang telah dipindahkan kawasan tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka.

Ia juga mahu SPR membersihkan daftar pemilih dari 42,000 pemilih yang status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Ahli PSC Pakatan juga mengesyorkan SPR supaya menyiasat nama pemilih warga emas yang lebih 100 tahun dan 15,000 pemilih yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina.

“Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam daftar pemilih sebagai pemilih biasa,” kenyata itu berkata.

Najib membuat jenaka kepada demokrasi yang telus

SOROTAN

Isu mereformasikan perjalanan proses pilihanraya di negara ini bermula sejak dari awal lagi namun kesedaran secara massa tercetus seiring dengan kesedaran rakyat terhadap tanggunggungjawab demokratik mereka untuk menentukan masa depan politik melalui proses berpilihanraya.

Selama ini proses perjalanan pilihanraya tidak sangat diambil berat oleh rakyat namun setelah usaha menyedarkan orang ramai melalui tindakan BERSIH sejak Julai 2005 kesedaran mula tercetus. Objektifnya mudah iaitu mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia. Pada September 2006 dalam resolusi "bengkel reformasi politik" jawatankuasa menyatakan beberapa objektif jangka pendek dan jangka panjang. Pada 10 November 2007 satu perhimpunan besar-besaran diadakan untuk menuntut reformasi pilihanraya disertai dengan memorandum kepada Agung bagi menyatakan kepincangan SPR yang tidak menjalankan tugasnya secara adil dan saksama. Tuntutan BERSIH ketika itu terbatas kepada EMPAT perkara:

1. Penyemakan semula daftar pengundi yang dikatakan tidak bersih
2. Pengundian menggunakan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda
3. Mansuhkan undi pos dan
4. Akses media yang bebas untuk setiap parti politik yang bertanding

Kehadiran dalam perhimpunan tersebut mencecah hampir puluhan ribu itu menjelaskan kesedaran yang tinggi rakyat terhadap reformasi pilihanraya yang amat-amat diperlukan. Pada 9 Julai 2011 iaitu empat tahun kemudian satu lagi perhimpunan BERSIH yang dinamakan BERSIH 2.0 diadakan kali ini dengan tuntutan LAPAN perkara iaitu tambahan kepada 4 perkara yang telah disebut dalam BERSIH 1.0.

1. Tempoh berkempen 21 hari
2. Kukuhkan institusi awam supaya bertindak bebas
3. Hentikan rasuah politik dengan sogokan kepada pengundi
4. Hentikan politik kotor melalui fitnah dan pembohongan

LATARBELAKANG JAWATANKUASA KHAS

Di sebalik tuntutan yang keras dibuat oleh BERSIH 2.0 dan mesej orang awam terhadap kepincangan SPR, isu-isu yang terus memalit SPR menjadi kudis kepada usaha rakyat untuk memulihkan proses demokrasi di Malaysia. Walaupun telah mula berpilihanraya sejak 1955 dan kemudian selepas Merdeka 1959, cara berpilihanraya tidak menuju ke arah yang lebih baik dan keterbukaan malah keadaan menjadi lebih rigid dan semakin disukarkan. Sepatutnya dengan berlalunya masa dan kejayaan kita mendidik orang ramai tentang perlunya satu pilihanraya yang bebas, perjalanan pilihanraya di negara kita seharusnya menuju kepada garis yang lebih telus dan terbuka serta memudahkan proses berlangsung.

Tetapi apa yang berlaku ialah SPR sebagai institusi yang bertanggungjawab menjalankan pilihanraya menjadikan prosedur-prosedur pilihanraya menjadi sukar, pendaftaran pengundi, bantahan yang hendak dibuat mestilah dibayar dan lain-lain. Tempoh berkempen semakin singkat, pemantauan SPR menjadikan jurukempen dan calon-calon berada dalam ketakutan kerana terlalu banyak yang dikenakan syarat yang tidak masuk akal, begitu juga manipulasi daftar pemilih yang melibatkan pendaftaran warga asing. Kesemua ini menandai bagaimana SPR badan yang lemah dan tidak bebas serta menjadi mangsa rakus pihak tertentu yang terdesak untuk kekal berkuasa walaupun dengan cara yang kotor.

Malah cakap-cakap bahawa PRU ke-13 akan menjadi yang paling kotor hanya akan mengiyakan tanggapan rakyat terhadap SPR selama ini. Berlatarbelakangkan semua keadaan inilah maka Parlimen Malaysia tertekan untuk bertindakbalas dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada sidangnya bulan Oktober tahun lalu. Penubuhan Jawatankuasa ini menurut pimpinan PR sebagai sesuatu yang tidak dirundingkan lebih awal dengan pembangkang walaupun PR bersetuju untuk berada dalam jawatankuasa tersebut dengan menghantar wakil masing-masing dari PAS, DAP dan PKR.

PERKEMBANGAN


Sejak ditubuhkan JK ini telah membentang laporan interim bagi menjelaskan apakah aktiviti yang telah mereka lakukan dan feedback awal yang mereka dapat dari orang awam. Bagi Pakatan Rakyat tuntutan BERSIH sudah memadai untuk dijadikan sebagai panduan dalam membaikpulih perjanlanan pilihanraya di negara ini. Tuntutan BERSIH tidaklah sebesar mana malah ia selari dengan keperluan satu proses pilihanraya yang adil dan bersih. SPR berdolak-dalik dengan mengatakan bahawa ia tiada kuasa dalam bidang kebebasan media dan instituisi awam dan sering memulangkan bola kepada orang politik yang berkuasa. Dakwaan terhadap SPR yang membiarkan daftar pemilih dimasukkan warga asing di dalamnya serta terdedahnya SPR kepada manipulasi JPN tanpa pengetahuannya amat memalukan instituisi yang sepatutnya tegas dalam soal daftar pemilih yang menjadi pertikaian.

Hari ini akan dibentangkan laporan kepada penemuan-penemuan dan cadangan-cadangan yang boleh diterima dan tidak boleh diterima oleh SPR. Format laporan mudah di mana ruang-ruang dibahagikan kepada laporan, bilangan, syor, ulasan dan tindakan. Ada beberapa belas isu dikenalpasti dan hampir 80% dapat dipenuhi tuntutan-tuntutan dalam isu tersebut. Walaupun 20% tidak dapat disempurnakan namun ia dilihat sebagai isu-isu besar yang menimbulkan masalah selama ini. Seolah-olah jika tidak dipenuhi tuntutan ini penyelewengan akan tetap berlaku dan rakyat sekali lagi akan kecewa. Walaupun Najib merasakan laporan JK ini boleh menunujukkan komitmen kerajaannya tentang reformasi pilihanraya namun, Najib akan dilihat sebagai membuat jenaka kepada sebuah demokrasi yang telus.

ISU YANG BELUM SELESAI


Nampaknya isu daftar pemilih tidak memberi jaminan kepada kita tentang ianya sudah bersih. Pendaftaran warga asing yang meragukan tidak diselesaikan, begitu juga tentang pemindahan pengundi tidak diberi jawapan yang memuaskan dan isu akses media yang bebas gagal ditangani. Apakah ertinya sebuah pilihanraya yang bebas jika rakyat tidak boleh mendapat akses kepada manifesto parti yang bertanding untuk mereka membuat perbandingan lalu memilih yang terbaik? Bagaimana satu pilihanraya yang asasnya ialah pengundi dapat berjalan dengan baik jikalau berlaku "rasuah" mendapat kerakyatan dengan memasukkan pengundi yang tidak layak dan sebagai balasan hendaklah mengundi parti tertentu?

Pakatan Rakyat merakamkan kekecewaan di atas nama rakyat yang mahukan demokrasi yang telus dan adil bahawa JK Parlimen hanyalah satu persembahan magik untuk menggabui mata rakyat dan gagal dengan tulus ikhlas menampakkan komitmen untuk menjadikan SPR sebagai institusi yang berwibawa dan dihormati. Inilah antara sebab mengapa berlaku Kebangkitan Arab kerana agensi yang mengendalikan pilihanraya menjadi tunggangan pemimpin diktator mereka.

Walaupun kita tidak boleh mengatakan negara kita mempunyai pimpinan diktator namun apa yang dibentangkan hari ini mengisyaratkan tentang kediktatoran pilihanraya dan prosesnya yang tetap terkongkong oleh rangkulan regim BN. Terdesak untuk terus berada di persada kuasa, kita semua tertanya-tanya apalah nasib Jawatankuasa Khas Membaikpulih SPR melainkan hanya satu sandiwira bagi Najib memulakan paluan gendang PRU 13.

Baca: Kerajaan yang tentukan sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

Bersih 3.0 dijangka berlaku bulan ini, kata sumber

Pengerusi Bersih Ambiga: “Tiada pilihan lain.”
KUALA LUMPUR, 3 April — Bersih dijangka akan mengumumkan esok tarikh perhimpunan ketiganya untuk pilihan raya yang bersih dan adil, yang mana menurut sumber badan pemerhati pilihan raya itu akan berlaku hujung bulan ini.

Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada The Malaysian Insider butiran berkenaan “Bersih 3.0” akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut.

Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar.

Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku.

Sumber itu menambah, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,” kata sumber berkenaan.

“Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu.

“Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas.”

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam.

Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut.

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen.

“Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

“Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari,” tambahnya.

Pemimpin PR turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil.

Ribuan rakyat Malaysia telah menyertai perhimpunan 9 Julai Bersih 2.0 yang kemudiannya menjadi ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Situasi berkenaan menyaksikan 1,000 orang telah ditangkap termasuk sebelum perhimpunan berlangsung, dan Najib menerima kritikan daripada media antarabangsa.

Berdasarkan tekanan tersebut, kerajaan telah menjanjikan reformasi, yang mana turut melibatkan pembentukan PSC dan enakmen yang menerima kritikan hebat, Akta Perhimpunan Aman tahun lalu.

Panel mahu SPR bersihkan daftar pengundi

Panel mahu SPR bersihkan daftar pengundi


KUALA LUMPUR, 3 April — Panel khas Parlimen menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan keutamaan bagi membersihkan daftar pemilih daripada sebarang kegiatan manipulasi.

Panel berkenaan dalam laporan akhir mereka yang dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini turut mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) diteruskan bagi memantau dan memastikan daftar pemilih terus bersih dan bebas.

Cadangan tersebut dikemukakan selepas dakwaan berterusan pemimpin pembangkang dan kumpulan pemerhati seperti Bersih 2.0 terhadap kegiatan manipulasi dalam daftar pemilih, termasuk kewujudan pengundi bertindih dan peningkatan mencurigakan di sesetengah kawasan pengundian.

“Jawatankuasa mencadangkan agar SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan kerjasama berterusan untuk membersihkan daftar pengundi bagi memastikan daftar pengundi yang digunakan di dalam pilihan raya adalah sah,” kata panel dalam laporan tersebut.

Panel berkenaan turutt mendedahkan sehingga 20 Mac ini, sejumlah 483 anggota polis telah memohon untuk kad MyKad atau MyTentera.

“Jawatankuasa mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil tindakan sewajarnya dalam tempoh 60 hari selepas laporan lengkap ini dibentangkan di Parlimen,” kata panel.

Turut dicadangkan agensi yang bebas seperti Mimos Berhad ditugaskan untuk bekerjasama dengan SPR untuk mengemaskini daftar pengundi berkenaan.

Panel berkenaan turut mendedahkanpengesahan daripada Mimos menunjukkan sejumlah 324 alamat dengan lebih 100 individu didaftarkan sebagai pengundi dan 938 alamat antara 51 dan 100 pengundi berdaftar.

Menurut panel, punca kepada masalah tersebut adalah alamat yang tidak lengkap, seperti alamat yang menggunakan perkataan “kampung”, “rumah pangsa”, “rumah panjang”, dan “jalan” tanpa nombor rumah, alamat bersama, dan alamat pengundi “peminjam”, yang mana alamat digunakan oleh individu lain yang membolehkan mereka berdaftar di kawasan spesific.

Sehubungan itu, panel berkenaan mengarahkan SPR untuk menggunakan tempoh 45 hari untuk menunjukkan senarai pengundi di mana lebih 50 didaftarkan di bawah satu alamat.

“Ini bagi membolehkan mereka (pengundi) tampil dan membolehkan SPR membersihkan senarai daftar pengundi. Hasilnya kemudian harus di laporkan kepada jawatankuasa khas Parlimen yang dilantik,” kata panel.

Antara cadangan lain, panel turut menuntut pemindaan peruntukan undang-undang yang membolehkan SPR memadamkan nama daripada senarai daftar pengundi, apabila menerima bukti individu berkenaan bukan pengundi sah.

Laporan PSC itu sedang dibahaskan di Parlimen.

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas13 mesyuarat, enam pendengaran awam, dan lawatan ke beberapa negara luar, panel berkenaan mengemukakan 22 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam. Daripada kesemua hasil laporan tersebut, terdapat empat perkara yang tidak dipersetujui panel.